Showing posts with label Mind spokes. Show all posts
Showing posts with label Mind spokes. Show all posts

Life is too short to wake up with regrets

Life is too short to wake up with regrets
So love the people who treat you right. 
Forget about the one's who don't. 
Believe things happen for a reason. 
If you get a second chance, grab it with both hands. 
If it changes your life, let it. 
Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it. . .


I love this quote so much..i got from my friend's status..it just remind me of myself..well..i'm the one who really afraid to take risks..when it comes to my happiness, my future..i will think 100 times and at the end it's just stay inside my head..no decision or action at all..

"Life is too short to wake up in regret"

Its true..i can't always stay at the safe side..life itself is a risk..hmm...either i have to face it and be happy (or fail - at least i gain new experience in my life) or glued myself and live in such a pathetic life..~sigh~

"Nonody said life would be easy, they just promised it would be worth it"

Yah..life would never be easy..at least, we have been promised that it would we worth it..I'm the one who can make my life worth it..no one else..its all in my hand..i dont wanna wake up in regret..

This is my life..i will do what is the best for me..and for this coming 2012..i wish for better life, better job and better salary..I wish the best for my new relationship..may it will be bless by Allah and everyone..
(this entry was created early November, before all those interviews thingy..)

Now i already got a new career and i wish i will stay success through the year..




Credit to Mytechquest


Happy New Year 2012 everyone..Enjoy every moment with full of joy, happiness and pride..I wish may all your dreams come true !!!!

Hmmm...

Mencari penghormatan....aku juga punya maruah dan harga diri....tapi di mana?bagaimana?....

Penghijrahanku adalah untuk mencari kembali harga diri dan maruahku yang lunyai diinjak2..aku mencari penghormatan..

Manusia akan dipandang tinggi bila berwang..

Hina manusia kerana melarat..hina aku kerana merempat..

Tin kosong...itu lah aku pada pandangan mata mereka...

Bagaimana nak mencapai darjat teragung..?

The Choice Is Yours..

Ok entry ni takde kena mengena ngan yang hidup mau pon yang dah mati..so jangan perasan, terasa atau kechik ati (merujuk pada diri sendiri..)..

Pada pendangan korang especially guys out there...i mean yang muda2 ni..yang tuo2 taknak tanya..kalau korang cari girl friend or wife girl cam mana yang korang nak..lawa? putih gebu? muka atak licin? kurus? badan cam model? muka comel cam nora danish?..ade ke laki yang cerdik2 pasal cintan cintun jer hati dia berkata yang dia nak girl yang montel, gelap, yang lawa dia agak so-so (tak bleh la kita cakap tak lawa sebab tu menghina kejadian Allah..dosa) dan macam2 lagi la yang tak best nak cakap..ade ke..kalau ade meh sini i nak interview dia..memang pelik mamat ni..

Kalau ko cakap ko la lelaki itu..itu la pembohongan yang besar ko penah buat..ko cakap tepon ngan girl yang ko tak penah tengok pon imaginasi kau membayangkan yang girl tu adalah lawa dan comel..definitely..semua pon cam tu..even girl pon cam tu..so ko tak yah la berlagak suci kat sini ok..

Ape point yang i nak sampaikan..ok takde point ape2..saje nak buat entry nak kasi idup ini blog..ok ok takde..just nak express my thought jer..tetiba drive kete nak datang keje tadi terpikir pasal benda ni..apa yang paling penting kepada seorang lelaki tu..rupa paras..bentuk tubuh (kurus, motel)..harta benda..hmm..

Guys terbahagi kepada beberapa golongan..ada yang satu golongan yang girl dia mesti kena cun, malatop, manja siot, comel cute..ada satu golongan yang tak kisah la muka berjerawat batu pon janji body mantop..ada satu golongan yang tak kisah sangat bab rupa paras & bentuk fizikal..yang penting angka dalam account bank girl tu 7 keturunan pon makan tak habes..ada satu golongan ni..yang mana i rasa semua girl mengharap dapat orang cam ni..dorang ni tak pandang luaran..pandang dalaman..ikhlas dan tak mintak balasan..hati bersih..wah..ade lagi ke orang2 cam ni..ade..tapi cam pupus la...golongan ni jenis yang setia dan menerima girl dia seadanya..

For me..kalau i ni guy..i mungkin akan pilih girl berdasarkan inner quality..tak kisah la lawa ke tak..kurus ke montel..as long as sifat dalaman dia terbaekkk seperti yang di sarankan oleh agama kita i on jer..tu kalau i la kan..dari segi luaran tu kita bleh ubah..kurang lawa kita bleh lawakan..banyak per produk kecantikan kat luar sana tu..make up set pon belambak2..yang ori tak ori..semua ada..pakai jer la..yang montel kita kuruskan..JM5 kan ada..takpon ambik jer Herbalife..kalau duit banyak..sponsor jer pegi London Weight Manangement..ape susah..sifat dalaman tu yang susah nak ubah..ade duit juta2 pon kalau tuan empunya diri taknak berubah tak jadi jugak..so guys out there..think wisely ya..


P/S: Kalau kurang lawa time nak kawen bleh dilawakan ngan tempek makeup tebal2 kan..kalau montel..bleh tak tanggalkan lemak2 tu dan letak tepi habes kenduri tampal balik..?*thingking hardly sampai mata jadi spiral*





Tak sangka Faizal Tahir pon pandai buat magic..

AJL semalam adalah sangat mengejutkan..i wonder cam mana perkiraan juri..cam mana dorang nilai performance dan bagi markah..bukan nak kritik..semua pon bagos..kalau tak bagos tak bleh la nak pegi akhir kan..kita pon tak aspect they all to be perfect cam dalam album tu..tapi some tu cam terkantoi tak bleh nyanyi life rupanya..kadang2 kita kena thank to reality program jugak..sebab dorang ni dah well train nyanyi life atas pentas..so suara tu ala2 maintain gitu..tak la kucil teruk sangat..some tu memang ketara sangat terkucil dia..yang pancit tak cukup nafas di hujung2 lagu pon ada..kalau Fauziah A.Daud ada ni memang syok jugak dia bagi komen..haha..

Apa2 pon tahniah la pada yang menang..dah menang nak buat cam mana..nak kata pon tak boleh..sebab yang jadi juri bukan calang2 orang..semua otai2 dan sifu2 belaka..dorang lagi pandai menilai..lagi pun..apa aku kesah..bukan dapat portion pon dari duit yang dorang menang..haha..


P/S: Tajuk tu bukan tak de kena mengena ya..those yang tengok AJL25 semalam paham la..yang tak tengok korek2 dalam tonton.com tengok ya..

Yang Ku Mahu....

Apa yang i nak sekarang ni..banyak sebenarnya..cuma terdaya tak terdaya nak memilikinya ja..haha..kalau i orang kaya bleh la capai..tapi sekarang ni miskin la..pokai..habuk pon tarak..haha..kesian kan..nampak cam cool..hakikatnya..haih..payah nak cita..apa2 pon ni la wish list i..

My Wish List
A new handphone (Blackberry maybe)
Lancome Miracle
Holiday to Europe
Holiday to Melbourne (Again)
A new laptop/notebook
A new camera (light weight & slim one)
SK11 Miracle Water
Treadmill
An Oven
Bulks of RM (to settle all my debts...*sigh*)


These are what i can think of rite now..haih..ada lagi..cuma malas nak letak..wat panas hati n bebulu mata ja..hmm..bleh ke dapat?

Bersyukur la apa yang ada..

Olla Peep-Pals,

Ahad memang hari yang membusankan..as usual i am in office now..takde keje sangat nak buat..so cam mengantuk2 ja rasa ni..padahal tido awal jugak la semalam..

Uol penah tak rasa cam life uol sucks life kawan uol cam happy ja..penah tak..well..kadang2 i rasa cam tu..tapi kan..actually bila kita fikir balik..kawan kita tu mesti rasa benda yang sama..life dia sucks..life kita cool..see see..conclusionnya..manusia ni tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dia ada..dan lagi dah jadi habit manusia memang suka tengok orang punya..

I malu pada diri sendiri dikala buat conclusion tu tadi..tapi buat juga sebab i mengaku i ni salah dan bodoh berfikiran macam tu..sejak i dapat conclusion ni..everytime i rasa benci ngan hidup i, i akan kata kat diri i "orang lain rasa apa yang ko rasa sekarang cuma ko yang tak tau"..dengan sendirinya i cool balik..

Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha lebih untuk mendapatkan apa yang kita mahukan..benda yang diperolehi dengan titik peluh dan usaha sendiri ada lebih bernilai dari benda yang diperolehi hasil dari ehsan orang lain..as for me..i prefer usaha sendiri untuk mendapatkan apa yang i nak dari mengharap ehsan orang lain..so tak heran la kalau i ni nampak miskin (kota) ja..huhu..

Well i bercita-cita tinggi untuk memiliki harta sendiri..pada i..kalau u takde harta takde duit orang akan pandang rendah pandang hina pada u..tapi kalau u ada harta, ada duit berkepuk2 dalam bank, even u buta huruf pon orang akan sanjung tinggi..so i hope cita2 i tercapai..i tak mencari kemasyuran, i tak nak orang sanjung i..cukup la orang hormat i dan tak pandang hina atau pandang rendah pada i (even i takde pelajaran pon)..




I Hope They Managed To Get There Safely

Kita baru jer dikejutkan dengan cerita kapal2 misi kemanusian yang membawa bekalan bantuan untuk Gaza di tahan di perairan antarabangsa..ada yang mati dan cedera..semalam dengar satu lagi misi kemanusiaan membawa ubat-ubatan dan bekalan makanan untuk penduduk gaza dilancarkan..sukarelawan Malaysia dah berlepas pagi tadi..haih..i really hope that they managed to get there safely..tak mo jadi macam hari tu..

Baru2 ni i ada tengok documentary kat ASTRO Oasis..documentary pasal Bosnia..bukan pasal perang..tu citer 12 tahun dulu..ni citer pasal Bosnia after 12 years..negara yang runtuh akan bangun balik lepas perang..everything look fine..tapi economy tu memang teruk jugak la..60% dari penduduk dia menganggur..huh..teruk tu..tapi actually..Bosnia ni sangat cantik..ramai jugak pelancong yang pegi ke sana..tapi for me..i will definitely say no la kan..hehe..seram gitu..lets wait 10 years more ya..hehe..

Apa yang menarik perhatian i ni bukan keadaan muka bumi or ekonomi dia..tapi satu kenyataan yang dibuat oleh seorang doctor pakar yang merawat mangsa2 perang 12 tahun dulu..sekarang pon doctor lagi dia ni..at that time cuba bayangkan..takde electric..dorang pakai benzine untuk hidupkan generator..generator bukan kuat mana pon..nak bedah orang dengan lampu yang suam2 kuku tu..ngeri wei..kebanyakannya dihantar ke ICU sebab perlukan alat bantuan penafasan..bayangkan tetiba generator tu plup..padam..haih..habes la semua

Dan lagi..doktor kat hospital tu asalnya ada 90 lebih..last2 tinggal 8 orang jer..yang lain tau tak tau la mati ke..lari keluar negara ke kan..dengan peralatan yang tak cukup..doctor pon tak cukup..nak rawat ribu2 orang tu..huh..peperangan ni memang menyusahkan semua orang..yang syoknya..hospital pon jadi sasaran dorang..genocide tak mengira kechik besar tua muda..tak kira bangunan apa..apa yang penting sasaran mesti dihapuskan..haih..sedih betul dengar citer dia..

Apa yang menarik perhatian lagi..dia kata masa tu..orang yang cedera punya la banyak..ubat yang ada (yang didermakan oleh negara2 luar) kebanyakannya dah expired..BAYANGKAN LA..sedih tau..dah expired kalau guna silap2 mati sebab keracunan plak orang tu..kalau nak derma, derma la yang baru..nak derma timbunan stock lama dalam store tu buat apa..kan dah tak bleh guna dah..kalau negara yang tak kacau bilau tak pe la..mungkin tak perlu pn stock2 ubat tu..ni negara yang amat2 memerlukan..kena2 plak stock ubat tu expired..haih..kes naya kes naya..

Dan lagi dia kata..ada satu tahun tu lagi la teruk..dorang kene rawat mangsa periuk api..memang ramai giler la..tapi dorang memang takde ubat untuk rawat kecederaan..tahu ubat apa yang banyak? ubat malaria..Ya Allah..apa la nak jadi ni..dorang kata Bosnia takde 1 kes malaria pon..ubat tu berlambak2 dalam simpanan dorang..nak buat apa..? makan? atau buat ganti detergent basuh baju..yang pegi hantar ubat malaria banyak2 buat apa..ni bukan bencana alam..ni peperangan..so ubat apa lagi yang lebih penting? tentu la ubat tahan sakit, ubat hentikan pendarahan..ubat rawat kecederaan dan yang sewaktu dengannya..

So i mintak la sesangat lepas ni..please please please hantar benda yang elok untuk mangsa2 perang ni..hantar benda baru..bukan yang dah terpakai atau expired..hantar benda yang sesuai..yang sememangnya diperlukan oleh dorang..kira kalau takde, dorang akan mati..hantar barang sekolah ke gaza buat apa? dorang sana perang..memang la dorang masih pegi sekolah..tapi i rasa banyak benda lain lagi yang dorang perlukan..tapi susah jugak nak cakap..sebab dah orang dermakan benda tu nak wat cam mana..terpaksa hantar jer la..haih..sedih bila pikir..

So i nak ambik kesempatan ni nak mengingatkan bukan pada uol jer..pada diri i jugak..negara kita ni aman damai..tak de perang sana sini bom sana sini..so kita kena la jaga negara kita..kita kena bersatu hati..jangan asyik gaduh sesama sendiri je..walaupon kita berlainan bangsa kita tetap 1 keluarga..keluarga 1 malaysia..so jangan la create conflict..selama ni kita tak kebuluran pon..so lebih kurang tu tolak ansur la..

Ahli2 politik pon jangan create conflict..jangan gaduh sesama sendiri..conflict yang kecil bleh merebak jadi yang besar..jangan jadi pengkhianat negara..this is our land..our country..our home..jangan palit najis kat rumah sendiri..jangan khianati saudara kita sendiri..kita kena sedar diri kita ni sapa..we are malaysian..so kalau kita pegi mana pon dalam dunia ni..we are malaysian..kita takkan jadi American, African, Jepanese or what so ever yang lain..WE ARE MALAYSIAN..

Sayangilah negara kita..rumah kitaa..tanah kita..sebab kalau malaysia hancur kita pon turut sama hancur..

Life..

Ola Peep-pals!!

Lama jugak aku tak update..bukannya apa..aku cam takde idea nak update blog ni..banyak benda yang nak di ceritakan..idea nak olah tu yang takde..dan lagi melihat kepada usia yang semakin meningkat ni aku rasa aku kena kurangkan atau buang terus perangai merapu merepek aku ni..bukannya nak jadi tua sebelum usia..tapi cuma nak train diri supaya berfikir dan bertindak secara matang..sometimes it's nice to be like a small kid..kalau selalu2 orang pon meluat kan..nampak cam mengada2 plak..just be ourselves la yer..jangan jadi orang lain..


Hidup ni memang sangat2 complicated..kalau kita selalu think and take it that way..kadang2 kita terfikir, kenapa hidup aku tak seindah orang lain..kenapa keluarga aku tak sebahagia orang lain..well..hidup kita jadi tak bahagia sebab kita selalu kata pada diri kita yang kita tak memiliki sebuah kehidupan yang bahagia..kita rasa keluarga kita tak bahagia sebab kita selalu compare dengan keluarga orang lain..kita rasa pasangan kita tak hebat cam pasangan orang lain sebab kita selalu mengharapkan lebih dari apa yang dia mampu bagi..atau lebih sesuai dikatakan kita tak terima pasangan kita seadanya..to be more religious tak bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan..

Kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita selalu mahukan lebih dari yang kita mampu..kehidupan akan jadi sangat2 susah kalau kita cuba melalukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum yang ditetapkan dalam kehidupan itu sendiri..kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita asyik NEGATIF pada semua perkara..kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita tak pernah nak bertolak ansur dengan orang lain, ego dan pentingkan diri sendiri..kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita lupa siapa diri kita di sisi Allah SWT..dalam erti kata lain terlupa pada Dia yang telah mencipta kita..

Setiap kali kita merasakan yang jiwa kita tak tenang, tak tenteram dan gundah gulana..kembali la kepada yang Maha Esa..mohon ketenangan dariNya..mohon petunjuk ke jalan yang benar dan lurus..Insya-allah segalanya akan kembali tenang dan lancar..

Sebagai manusia, kita tak sunyi dari berbuat kesilapan..aku pon sama gak..banyak silap yang aku buat sepanjang hidup aku..kalau la aku boleh kembali ke belakang..memang nak jer aku betolkan balik semua silap yang aku buat..tapi apakan daya..sekarang..yang mampu aku buat hanyalah maju kedepan..sesekali menoleh kebelakang untuk mengingati kembali apa yang pernah jadi sebagai panduan dan pengajaran dalam aku menempuh masa hadapan..

Kadang2 aku cam takot bila pk tentang masa depan..macam mana keadaan dalam 15 tahun akan datang..apa yang aku akan buat..di mana aku time tu..hidup lagi ke..semua tu cam scary je bila pk..tapi tu la namanya kehidupan..hidup kalau takde masalah takde konflik bukan hidup namanya kan..apa yang memberatkan pemikiran adalah keseriusan konflik dan masalah tu..cam mana nak elak dari masalah dan konflik yang extremely serious..aku rasa..kalau kita keep our life simple and low..tak jadi kot masalah n koflik yang super serius..dan lagi..kalau kita selalu think positive dan bertindak secara rasional serta tak mudah panik..konflik dan masalah yang super serius yang kita alami takkan menyusahkan kita..dan aku rasa jugak..kalau kita selalu sembahyang dan berdoa pada Allah SWT..konflik dan masalah yang super serius tu akan berjaya kita hadapi dan selesaikan dengan baik..aku rasa ahli ulama dan guru agama pon setuju dengan pendapat aku yang terakhir ni..kalau kita tak pernah lupa atau membelakangkan Allah SWT, nescaya Allah SWT akan tolong kita dan ringankan masalah kita..


Ok la..aku rasa cukup la kot..dah macam ustazah tak bertauliah dah ni..apa2 pon fikir2kan la ya..renung2kan la apa yang kita dah buat selama ni..

Frozen me melt again..

Hello Peepals..

Lama jugak blog aku ni beku..hibernated..kenapa ya?..kerana minda dan emosi aku jugak beku..chewah..banyak benda yang berlaku di sekeliling aku dalam sebulan ni..even b4 my cousin's wedding tu pon banyak benda yang berlaku..tapi aku cam tak de mood nak update..ni pon nak kata bermood pon tak gak..cuma tetiba rasa cam nak halo halo semua orang..cam tak rock plak kalau menyepi lemama..


Apa2 pon here i am now..kembali berblogging..active ke tak tegar ke tak itu tak tau la nak cakap..serabut skit kepala aku ni sebenarnya..banyak benda yang aku dok pk2..plan2..tapi cam semakin lama semakin berserabut..apa2 pon..thanks to all yang support blog aku ni..yang bagi komen2..yang baca dalam diam..dan yang follow blog aku ni..aku appreciate korang suma tau..love you all..will sambung balik nanti yah..tarra..

My life is one big soap opera - part 6 (Rupa Paras vs Duet Hengget)

Pada korang kan..rupa paras (termasuk la sekali rupa fizikal) ngan duit hengget (termasuk la kete mewah, bungalow, real estate n apa2 yang sewaktu dengannya) mana lebih besar kuasanya..?


Pada aku..duit hengget harta benda mempunyai kuasa yang lebih besar dari rupa paras..aku bukan cakap pasal kuasa super power ke magic haprak ke ape ek..ni kuasa tarikan..attraction power..so jangan plak ko nak buat bangang cakap kuasa Allah SWT lebih besar..tu memang la kan..semua pon tau..n entry ni tak cakap pasal kuasa yang ada dalam pikiran ko tu sekarang..mau nak kena tendang ramai2 je ni..


So aku ulang sekali lagi..Pada aku..duit hengget harta benda mempunyai kuasa yang lebih besar dari rupa paras..ni aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri..kalau bebudak pon leh pk cam tu..takkan orang dewasa tak pernah nak pk kan..


Aku penah sekolah kat sekolah perempuan dulu..3 tahun sebelom aku masuk sekolah teknik..dari form 1 sampai form 3..aku ni boleh la dikatakan ok la jugak dalam academic..tak nak la cakap bagos ke excellent ke kan..cam riak plak..tapi kira mampu bersaing la dengan budak2 pandai kelas first tu..


Masa aku form 1..aku ditempatkan kat kelas B (kelas no 2..sekolah aku pakai A,B,C je..takde lagi nama bombastik macam sekarang ni)..sebab aku bukan asal sekolah tu masa primary school..lagi plak result UPSR aku takde la cemerlang..biasa2 jer..so aku masuk la kelas B..aku study cam besa..most of the student orang melayu..ada la dua tiga kerat cina n india..most of Chinese n Indian dalam kelas A n C..kelas pertengahan ni tak banyak..


Aku study cam besa ja..pegi sekolah balik sekolah..aku tak tuition cam orang lain..tak masuk kelas music cam orang lain..exam aku jawap apa yang aku tahu berdasarkan apa yang aku baca..result keluar..n aku terkejut..bila mana aku dapat first place dalam kelas..dan membangga kan aku dapat tempat ke 10 dalam tingkatan..means secara keseluruhannya..sangat bangga babe..bila mana budak India, Chinese n Malay dari kelas A datang tanya aku "You ke yang dapat no 10 dalam tingkatan tu"..aku dengan bangganya cakap ya..form 2 aku ditukarkan ke kelas dorang..so aku sekarang boleh berbangga nak cakap aku budak kelas A..bukan senang babe..budak2 kelas tu semua pandai n excellent..kelas tu Chinese n India memang ramai..so persaingan sangat lah sengit..nak kekal berada dalam top 10 pon seksa tau..tapi aku berjaya kekalkannya..struggle jugak..Aku cita ni bukan sebab aku nak riak..aku tau korang2 lagi pandai n excellent dari aku..


Dalam kelas aku ni banyak puak..banyak group..tapi aku ni masuk mana2 ja..aku takde la plak nak group2 or puak2..antara kawan2 yang rapat dengan aku adalah Zaharah, Hada n Shafia..aku masih ingat dorang sampai sekarang..dorang2 ni dari group yang berbeza..so sekarang baru sampai ke ceritanya yang sebenar..yang berkaitan dengan persoalan di atas tu..Ada satu group ni..yang mana terdiri daripada malay jugak..dorang ni kira antara yang pandai..salah seorang dari dorang sekarang dah jadi doctor..n dia sekolah rendah dengan aku..sekelas lagi n se geng lagi..salah seorang dari dorang ni jugak merupakan pengawas sekolah..yang mana aku tak benci..cuma tak suka saja..tak payah la aku nak bagitau nama dia kan..pendek kata aku memang tak suka dia..sebab aku tau dia tak suka aku..mungkin sebab dia rasa kemasukan aku n beberapa kawan2 aku ke kelas A tu dah membuatkan kawan2 se geng dia terpaksa turun kelas..tapi apsal dia sebok plak nak marah kan..tak kisah la..yang pasti dia memang tak suka aku..n aku pon tak suka dia..sebab dia suka cebik mulut kat aku..pandang n senyum sinis kat aku..aku cam blur gak la kan apasal dia tak suka sangat ngan aku..


One day..masa aku di tingkatan 3..dah tak ingat masa mana..yang pasti pagi..aku selalu sampai awal kat sekolah..dalam kol 7.oo am..pagi tu Zaharah bagi tau aku..



Zaharah: H**A..hang rapat dak ngan H****A..(H**A tu aku la..)

Aku: Aku kawan cam 2 cam 2 ja ngan dia..hmmmm...dia cam tak suka aku ja..so aku pon malas la nak join depa..awatnya hang tanya..

Zaharah: hmm..takdak la..hari tu dia ada la kata kat aku.."Zaharah..hang tak malu ka kawan ngan H**D tu..dia tu kan cam tu."

Aku: Cam tu..?..aku ni cam mana..?..pasai pa dia kata lagu tu?

Zaharah: Tak tau..tetiba dia mai tanya kat aku lagu tu..

Aku : Hang jawap apa kat dia?

Zaharah : Aku kata la tak..sebab aku dah kawan ngan hang dari sekolah rendah lagi..kita satu kelas dari darjah 3 sampai darjah 6..pasai pa plak aku nak malu kawan ngan hang..

Aku : Pastu dia kata apa lagi

Zaharah: Pastu dia blah la..hanga jangan dok ingat apa la..biaq la apa dia nak kata..hang tetap kawan aku..



Kalau korang sakit ati tak..tu semua bunga2 nak cucuk kawan2 aku la tu..haih..aku just buat bodo ja malas nak ambik port walaupon aku sakit hati n kechik hati..aku buat tafsiran sendiri la..aku ni tak vogue..tak lawa..gemok..selekeh..lagi plak aku kawan ngan budak kelas aku yang tak kaya raya..orang susah..dia kawan memilih..nak yang lawa2 ja..vogue ja..kaya2 ja..aku pakai cermin mata murah..dia pakai yang frameless..bayangkan la time tu kalau frameless berapa harga..mesti mahal gila kan..so aku ni nampak cam budak miskin merempat la pada mata dia..sedangkan dia baju sekolah pon ada jenama..haih..manusia2..


Korang tau apa aku buat..kebetulan ayah aku balik (ayah aku masa tu keje kat KL)..aku soh dia hantar aku..everyday tau..hari ni nek kete Volks Wagon (kete kura2), esok dengan Mecedes lusa ngan keta apa lagi ntah la tak ingat dah..yang pasti lain2 kete la..pastu mak aku memang hantar aku everyday ke sekolah ngan kancil..bukan aku nak belagak or menunjuk2 kata ayah aku ada banyak kete..kebetulan ayah aku balik rumah ngan lain2 kete..kete Makcik aku a.k.a second mother aku..kalau ayah aku yang hantar memang lambat skit la..dalam 7.30 am cam tu baru sampai sekolah..so time tu dia dah ada..kelas aku plak dekat ngan pintu pagar sekolah n dekat gila ngan jalan dalam sekolah tu..so aku soh ayah aku turunkan aku bebetul depan pintu kelas aku..jahat n keji tak aku..each n everytime aku sampai dia ada tercongok kat pintu kelas..so dia nak ke tak nak ke..dia kena tengok la kan..


Lepas2 tu aku nampak dia dah mula nak rapat n berkawan ngan aku..cakap baik2 ngan aku..permulaannya dia datang meja aku nak pinjam pen..punya la ramai orang dalam kelas..apsal pen aku gak dia nak pinjam..ya la memang la aku dok depan sekali..tapi Shafia pon ada pen..Teoh pon ada pen..Izan kawan baik dia (yang dah jadi doctor tu) pon ada pen..dorang pon dok depan sekali gak..apsal aku yang dia tak suka ni yang dia pilih..nampak tak apa yang aku persoal kan kat atas tu..manusia ni..kalau berharta berduit..burok rupa pon takpe..


Korang rasa aku kawan tak ngan dia..?


Definitely NO..aku bukan kemaruk hadap sangat nak kawan dia..aku bukan budak pompuan nerd dalam cita2 orang putih yang sanggup dibuli semata2 nak jadi kawan kepada manusia2 sengal yang perasan diri dia cantik.sorry la..kalau dia ingat sebab aku bukan budak miskin merempat seperti yang dia sangkakan n dia nak kawan ngan aku..boleh blah..aku tak hadap friendship cam tu..ada sekali aku jumpak dia kat town aku ni last year..tapi aku tak tegur pon..malas..dia lagi la..haram nak tegur..belagak lagi ada la..lantak dia la..asalkan dia bahagia..nama kata aku nak berkawan rapat ngan dia..NO WAY..sebab dia penah hina aku dulu..setakat berbasa basi tu bleh la..


So persoalan "rupa paras (termasuk la sekali rupa fizikal) ngan duit hengget (termasuk la kete mewah, bungalow, real estate n apa2 yang sewaktu dengannya) mana lebih besar kuasanya..?" dah terjawap la..aku ngaku aku memang tak lawa (tapi muka takdak jerawat na)..gemok..selekeh..tak vogue..tak pakai barang berjenama..n tak suka bermewah2..itu adalah aku..tapi kan..aku ada mintak duit dia ke..tak kan..aku pinjam otak dia ke buat belajar..tak kan..aku ambik boyfie dia ke..tak kan..so apala yang dia sakit sangat ngan keadaan diri aku ni..heran sungguh manusia..aku tengok dia sekarang tak vogue mana pon..pakai Naza Suria je pon..lain la kalau dia pakai Honda City ke..Vios ke kan..jangan suka menghina orang..kita tak tau orang yang kita hina tu sapa..ntah2 dia tu jutawan..anak jutawan ke..anak raja ke..kerabat ke..kan..buat malu muka jer..to that idiot..berubah la yer..manusia ni sama jer..tak kira lawa ke tak ke..gemok ke kuros ke..yer..mati dok dalam liang yang sama pattern gak..kapan kain kapas gak..so tak yah la nak berlagak..


Allah selamatkan mereka

Semalam aku tengok news kat TV3..pasal apa yang jadi kat Palestine tu..tetiba hati aku jadi sebak..tetiba aku rasa nak menangis beria2..aku terkenangkan dorang kat sana..hati aku tak sampai hati tengok semua tu..masa tengah mandi aku terpikir..aku leh dok dalam shower setengah jam sambil nyanyi la la la..dorang kat sana nak mandi pon was was takot tetiba bom gugur atas bumbung bilik air dorang..aku leh sabun n shampoo berbuih..dorang kat sana jangan katakan sabun ngan shampoo, makan pon blom tentu dapat lagi..aku kat sini leh solat dengan tenang, sejok2 dihembus air-con..dorang kat sana solat sambil bertawakal kepada Allah semoga tu bukan solat dorang yang terakhir..anak2 kita leh main2 lari2 kat playground sama kawan..dorang nak main kat luar pintu rumah pon takot, mana tau ada peluru sesat ka bom sesat ka time tu..sangat menyedihkan..


Semua ni berlegar2 dalam kepala aku..semua ni menghibakan aku..semua ni menyesakkan dada aku..semua ni membuatkan aku insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada..at least aku leh jalan2 kat town tanpa risau kena tembak or bom..at least aku leh jalan dalam shopping complex sambil window shopping (window shopping jer sebab aku broke n rabak)..hati aku sakit bila mengenangkan apa yang dorang tengah alami sekarang..kenapa la mereka2 tu kejam sangat..apa la yang dorang dapat dengan membunuh ni..tak kesian ka tengok anak2 kecil nangis2 kat hospital sebab cedera kena serpihan bedilan roket ngan peluru..tak pikir ka kalau benda yang sama jadi kat anak dorang..


Aku tak berdaya nak buat apa selain dari berdoa kepada Allah SWT supaya mengampuni dosa2 dorang dan lindungi dorang semua kat sana dari bahaya..alangkah bagosnya kalau reramai buat sembahyang hajat memohon pertolongan Allah SWT..bacakan Yassin pada mereka2 yang terkorban..


Aku rasa dah melampau sangat Israel ni..dorang cam rasa dorang ni kebal..sapa pon tak leh buat apa kat dorang..dorang rasa satu dunia ni takot ngan dorang..dorang rasa dorang kuat..dorang rasa hebat sangat..sebab tu dorang berani buat semua ni..berani langgar perjanjian gencatan senjata n so on..Semoga Allah SWT membalas segala perbuatan dorang..telangkupkan ja bumi Israel tu..baru ada akai kot..


Mari la sama2 doakan keselamatan sedara2 seagama ngan kita di sana..

Goodbye 2008

HAPPY NEW YEAR 2009 TO ALL BLOGGERS IN THE WORLD



So..cam mana sambutan New Year semalam..aku dah terlupa yang semalam tu adalah malam terakhir untuk 2008..haha..semalam aku kuar makan ngan mak n kakak aku..makan kat Ahmad Seafood kat depan rumah aku ni..nanti aku update pasal ni..balik dah pukul 9.30 pm lebih..aku tertanya2 nak tengok cita apa ya..sebab dah tahu Rabu memang tak dak cita menarik sangat nak tengok..tetiba teringat cita Renjis 2 yang dah lama aku lupakan..haha..


Masa Renjis 1 dulu aku memang tak miss tengok..tapi yang season 2 ni cam malas plak..sebab cam busan n bodo2 skit episode dia..tapi semalam memandangkan aku blom mengantuk..so aku pon layan jer la..memang bodoh gila episode semalam..which is aku rasa memalukan orang melayu ja..kenapa..?..pegi cari episode semalam kat youtube n tengok..korang faham maksud aku..walaupon ini komedi..buat la kasi logik n ada moral value sket..bukan sekadar nak kasi orang gelak n fun jer..haih..bagos jugak la dorang buat Gelanggang Raja Lawak tu..at least leh la educate bakal2 comedian tanah air yang bakal jugak mewarnai industri hiburan tanah air..buat lawak bukan setakat nak kasi orang gelak n fun..tapi nak kasi message yang berguna gak dalam masa yang sama..


Tolong la wahai pengarah2 cita2 komedi..tak kisah la drama ka filem ka..tolong buat filem or drama episode yang berkualiti tinggi..this is Malaysia..not US or Europe..dorang kat sana pon tahu nak selit moral value ala2 dorang..memang la kita tak paham moral value apa yang dorang nak selitkan dalam cita2 dorang..sebab setiap society tu tak sama penekanan dia..dorang ada dorang punya interpretasi sendiri dari segi moral value ni..so kalau kita tak paham..tu bukan masalah dorang..tu masalah kita..but kalau kita sendiri tak paham moral value yang terselit dalam cita2 kita tu memang masalah besar..so please yer abang2 pakcik2 makcik2 kakak2 pengarah..


Kita dah masuk 2009..so harus ada kemajuan..sebab minda orang2 malaysia ni memang dah 100% berkembang..orang2 kita semua dah pandai2 menilai..so please buat benda yang berkualiti..jangan ingat orang Malaysia ni main tangkap muat jer yer..Nak buat filem komedi tu tak salah..tapi biar la benda tu orang paham..logik akal..nak buat filem cinta tu boleh..tapi biar la nampak ada kemajuan skit dari cita dulu2 cam Sembilu, Tragedi Oktober, Hanya Kawan, Ali Setan n so on..yer..cita tu memang best..but kalau zaman sekarang pon korang buat jalan cita dia sama cam zaman2 tu memang tak kena la..baik aku tengok Ali Setan, Sembilu, Hanya Kawan n Tragedi Oktober jer..kan..atau lebih baik aku tengok cite Shah Rukh Khan n Hritik Roshan..lagi puas hati..cita cinta dorang lagi la romantik n menyentuh hati..


Dah panjang lebar mak berleter nokz..sebagai rakyat Malaysia..aku rasa aku ada hak nak menyuarakan pendapat n ketidakpuasan hati aku..tapi dalam hal2 cam ni la..hal2 yang bersangkut paut ngan politik n kerajaan tak berani la mak..tak pasal ja aku masuk ISA..haha..apa2 pun jangan la ambik hati..aku bukan nak burukkan keja korang..tapi aku cuma nak improve ja..jangan plak korang kata hanya aku sorang ja yang rasa cita korang tak best..orang lain tu pon ada gak yang rasa benda yang sama..cuma dorang malas nak ambik port ja..untung ada aku yang nak jadi suara untuk dorang semua kat luar sana..haih..


Berbalik kepada New Year..semalam masa aku tengah menghabeskan membaca buku yang aku pinjam dari kakak aku..tetiba aku terdengar bunyi mercun..lama la gak..then baru la aku teringat..yang malam tu adalah malam terakhir 2008..n aku bersyukur yang malam semalam aku habeskan masa aku dengan menghabeskan buku motivasi yang sangat berguna untuk aku..n aku bercadang unutk beli buku tu kat MPH..tempat kakak aku beli hari tu..hmm..at least malam aku semalam tak sia2 kan..


Kalau korang nak tau..aku tak pernah sambut New Year cam orang lain yang sanggup tunggu tengah2 padang..duduk atas tanah tengah2 malam menantikan saat2 nak countdown New Year..haha..tak pernah sekali pon..aku memang tak suka tempat crowded..aku akan lepak jer kat rumah..tengok TV..tu lebih nikmat..bukan aku ni anti-sosial..cuma aku ada cara lain nak bersosial..well lain orang lain caranya kan..aku tak boleh nak katakan cara korang salah cara aku betol..cara mana pon betol..kalau korang rasa ianya betol..kalau rasa tak betol nak buat buat apa kan..life is easy if u take it in easy way..life pon boleh jadi complicated if u take it in complicated way..haha..pape jer kan..for me sometimes it's easy sometimes it's really complicated..ahaha..but aku selalu cuba live in easy way..n think positive bila berdepan dengan conflict hidup..supaya aku tak feeling down sangat..supaya aku tak hilang kepercayaan pada diri sendiri, keyakinan diri n yang lebih penting focus..supaya aku sentiasa kekal dalam orbit aku..


Banyak perkara yang nak di buat tahun ni..ni bukan azam ok..cuma perancangan..banyak benda yang nak capai tahun 2009 ni..n aku akan pastikan parancangan aku tu menjadi..insya-Allah..aku akan cuba sedaya upaya..bukan senang nak mendisiplinkan diri ni..for me la..orang lain aku tak tau..tapi aku tau yang memang susah untuk aku paksa diri aku untuk disiplin..it will take sometimes untuk aku biasa dengan sesuatu yang agak baru..n i know kalau aku put on more effort aku akan berjaya..


Aku ada mention yang 2008 adalah tahun yang sia2 pada aku kan..yang mana i have wasted my time tanpa buat apa2..actually..bila aku cakap ngan kakak aku..baru aku sedar yang sebenarnya aku tak la wasting time sangat..at least ada gak benda yang aku buat..sebenarnya aku dah buat 1 perubahan besar yang mana sebenarnya susah untuk orang macam aku ni nak buat..tapi aku tak suka nak cakap pasal benda ni sebab nanti jadi cam takbur..bila aku start cakap pasal benda ni ja nanti aku akan berubah jadi macam dulu balik..tu yang aku tak mau..biar aku ja yang tau..but aku rasa orang yang berada keliling aku perasaan akan perubahan aku ni..aku akan cuba kekalnya..insya-Allah


But after all..aku puas hati gak la dengan 2008..memandangkan aku berjaya mengukuhkan platform aku dalam kerjaya aku..aku sekarang ni dalam learning proses..tengah strenghtening my skill n collecting experience..aku tengah memperbaiki serta meningkatkan kualiti diri aku sendiri..aku tengah cuba sedaya upaya meninggikan nilai diri aku sendiri..haih..susah nak dirungkaikan sebenarnya..apa yang penting..2008 tak la wasting sangat..i'm improved tanpa disedari..tapi orang lain nampak..sebab tu aku suka sembang ngan kakak aku..sebab dia selalu menjadi pembakar semangat, motivate and educate aku..yang mana hanya aku yang paham apa yang dia cuba nak sampaikan..thanks dear sis..


Setiap kali aku cakap ngan dia pasal hidup dia pasti ada cara n idea untuk bantu aku mengenal diri aku, kebolehan aku, skill aku n nilai diri aku..dia macam ayah aku..ayah aku pon cam ni..but they have their own way yang mana aku lebih selesa dengan kakak aku berbanding ayah aku..bukan sebab ayah aku tak bagos..tak..tapi aku lebih selesa ngan kakak aku..in motivation..takdak sapa leh lawan ayah aku..dia memang pakar..cuma aku ni anak yang keras pala n pelik skit yang tak berapa selesa dengan ayah sendiri..ntah apa2 aku ni..bukan tak selesa ngan cara dia..tapi tak selesa dengan dia..mungkin sebab ayah is ayah kot..jurang tu ada antara anak n ayah..kakak ni lain skit..aku ngan kakak aku ni sejak dah dewasa ni lebih rapat...cam kawan..ya la memandangkan aku takdak kawan n dia pon takdak kawan..so kami kawan dua ja la..dalam soal hidup aku suka bersembang dengan kakak aku..sebab aku rasa dia ada ja jawapan untuk semua persoalan aku..


Dah panjang lebar aku dok merapu ni..korang pon cam busan dah dok baca..dah jadi artikel plak ni..maap la ya..aku kalau dah mula meluahkan apa yang ada dalam pikiran aku memang macam ni..lupa dunia plak..kalau korang tak paham buat2 paham ja la..ok la..aku tinggalkan korang dengan persoalan yang akan membuatkan korang mula berfikir tentang diri dan masa depan korang..


  1. Adakah korang berpuas hati dengan hidup korang sekarang?
  2. Adakah korang berpuas hati dengan apa yang korang ada sekarang?
  3. Apa yang korang sangat2 mahukan dalam hidup korang sekarang?
  4. Bagaimana korang nak memperolehinya?
  5. Apa korang kena buat untuk capai n perolehi kemahuan korang tu?

Fikirkan dalam2..Jangan tipu diri sendiri.

Panas hangat ganas bisa

Entry ni bukan ditujukan kepada sesape sekadar nak luahkan pendapat..bukan jugak aku nak menghina atau memperkecilkan apa2 tapi sekadar nak berkongsi apa yang aku tengah pkkan..


Ada seorang kawan yang baru aku kenali..mengajukan satu soalan yang membawa kepda 1 perdebatan yang hangat dan ganas..soalan itu:Kenapa Anda Tidak Bertudung?


Pada aku..soalan ni macam tak berapa nak sesuai ditanyakan sebenarnya..ni pada pemikiran aku la kan..sebab soalan ni sangat2 lah sensitif..orang kita ni tak boleh silap tanya atau silap cakap..cepat jer dia melenting..termasuk lah aku..tapi aku tak la melenting dengan soalan ni sebab aku penah kene tanya soalan lagi dasyat pada soalan ni (tak payah la aku detailkan apa soalannya..seolah2 tepuk air dalam talam plak kan..sesuai ke guna peribahasa tu..thee hee..)..ada baiknya kalau soalan macam ni "Kenapa Taknak Sembahyang" diajukan..aku sure perbahasan atau perbincangan akan jadi lebih peaceful dan menarik..


Sebenarnya iman seseorang itu bukan pada tudung yang dia pakai, bukan pada baju yang dia pakai dan bukan pada sopan santun yng dibuat2 yang dia cuba tunjukkan..Keimanan seseorang tak bleh diukur melalui berapa panjang janggutnya dan berapa tebal lilitan serban dikepalanya..pendek kata..tinggi mana keimanan seseorang, beriman atau tidak seseorang itu bukan dibawah kuasa kita untuk menilai..itu hak Allah..bukan hak kita..kita tak boleh kata seseorang yang tak tutup aurat dia sebagai seorang yang tak beriman kepada Allah SWT..kita tak boleh kata seseorang yang tutup auratnya (mengenakan tudung kepala dan memakai stokin kaki) sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT..sebab itu hak Allah..hanya Allah SWT saja yang berhak mengukur dan menentukannya..


Seseorang yang menutup kepalanya tidak mempunyai hak yang mutlak untuk memalukan dan mengkritik seseorang yang tidak menutup kepalanya..cukup sekadar menegur secara baik dan menasihati secara baik..membimbing dan memberikan kata2 semangat..memberikan pemahaman yang jelas berkenaan hal ini secara baik dan lembut..itu cara yang paling berkesan..


Dengan mengkritik kita hanya akan mengeruhkan keadaan..menutup aurat bukan sahaja menutup rambut dari dilihat orang bukan muhrim..tetapi menutup keseluruhan badan dengan hanya menampakkan tangan dan mukanya sahaja..memakai baju yang tidak menampak susuk tubuh jugak dikatakan sebagai menutup aurat..memakai stokin kaki juga dikatakan sebagai menutup aurat..adakah insan yang menutup kepalanya itu yakin yang dia sudah 100% menutup auratnya..dan paham erti aurat yang sebenarnya..


Kalau freehair itu dosa, maksiat jugak dosa..mengata dan mengumpat adalah satu dosa..fitnah itu dosa..menderhaka pada ibu bapa itu dosa (dosa besar lagi)..bersentuhan dengan bukan muhrin itu dosa..memuja2 dan mengingati manusia (contohnya boyfriend) lebih dari Allah SWT itu jugak dosa..adakah kita manusia ni sempurna?..kalau setakat freehair tetapi dia menjalankan perintah Allah dan menjauhi maksiat dikatakan sebagai tidak beriman kepada Allah SWT..itu sangat lah tidak adil..


Bercakap mengenai memakai tudung ni bukan sebarang orang boleh cakap..salah cakap kene batang hidung sendiri..macam menepuk air dalam talam (apsal la aku suka sangat guna peribahasa ni..thee hee..)..Pelakon A berlakon dalam filem tepi pantai..pakai swimming suit dan pario (beol eja cam ni)..ambik gambar untuk iklan sabun..separuh b***l dalam bathtub..setahun lepas tu dia dapat hidayah dan mula mendekatkan diri pada Allah dan menutup auratnya..disebabkan kejahilannya, auratnya masih dilihat orang melalui filem2 dan iklan2 yang dia lakonankan..walaupon semua tu berlaku sebelum dia insaf..sekurang2nya orang yang tengok tau cam mana rambut dia, cam mana susuk tubuh dia..apa warna kulit dia..sama la cam orang yang letak gambar dia (zaman2 dia jahil dan lupa akan sapa diri dia di sisi Allah SWT) untuk tontonan orang lain..walaupon dia dah bertudung sekurang2 nya orang tahu cam mana rambut dia..apa color rambut dia..apa color kulit tangan dan kaki dia..melalui gambar2 tu..tapi dia beruntung..sebab dia boleh buang gambar2 tu dari tontonan umum..klau artis dan model cam mana? filem dan iklan yang dorang berlakon tu bukan hak milik dorang..dorang tak leh larang sesuka hati kalau orang nak tayangkan kat public..fikir2kan la..


Adalah lebih baik kita memfokuskan kepada isu yang lebih berat iaitu solat..sebab solat itu tiang agama..kupas isu ni lagi baik..daripada menimbulkan salah paham orang lain..aku ni bukan nak mengajar (memandangkan aku pon masih mencari2 dalam memahami agama itu sepenuhnya)..tapi sekadar memberi pendapat..aku tak suka la tengok sesama muslim bertelagah pada benda yang tak perlu..


P/S: Tetibe aku jadi ustazah tak bertauliah plak...jangan marah ya..aku bukan menempelak sesapa..(menempelak tu..ni la akibatnya bila banyak sangat baca novel Ramli Awang Murshid..thee hee..jangan marah abang Ramli..)..aku sekadar meluahkan apa yang aku fikir..sowy bebanyak yer..


Anugerah Skrin 2008


Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada

Gandingan tak menjadi pada aku..memula tu cam menyampah jer..sebab si Adlin tu penuh ngan sindiran..but pas break..aku rasa dia kene bambu kat belakang kot dah cam ok skit walaupon sindiran tu still ada but cam dicover ngan lawak2 stupido..ok la daripada memula..Nurul Syuhada..hmm..baik ko teruskan hostkan documentary sebab tak berapa nak sesuai..kalau nak gak hostkan event cam ni..baik ko pegi berguru ngan Afdlin, Harith, Aznil, Kak Engku, Bob Lokman, Salleh Yaakub & Fauziah Ahmad Daud dulu..sebab host untuk event cam ni kene ade personality yang unik dan lain dari yang lain..kene tahu nak berinteraksi dengan audience..dan yang paling penting tahu cam mana nak menceriakan dan menggamatkan suasana..So far..ko boleh la..ni first time..belajar lagi..


p/s: Pada aku personality TV berbentuk documentary n informative tak berapa nak sesuai dijadikan host untuk event macam ni..tak cukup dengan cantik jelita jer..kalau tak cantik lagi bagus.. Dorang punya tonasi suara tu tak berapa sesuai..dan cara dorang berbahasa tu pon bunyinye serius dan terlalu firm..

Congrat the new president !! long live Obama..


Congratulation To You Mr Barack Obama


Hope he will make a huge changes as he is the first black to conquer the White House..Aku yakin dia akan bela golongan minoriti yang tertindas di US..I'm sure most of people all around the world (including me) are waiting for this moment..walaupun apartheid dah lama dihapuskan namun golongan monoriti ini masih diperhambakan..psychologically dan juga secara diskriminasi warna kulit..perhambaan cara moden..Aku berharap everything will be balance..no more war..conflict..no more discrimination..Dan aku juga harap sangat tragedi zaman Kennedy tak berulang..

Long Live Obama !

Marriage


Sekadar hiasan..chewah..actually ni cousin sis akunya wedding..nak letak gambar orang lain karang kene sue lak..so aku letak gambar ni..


Apa erti sebuah perkahwinan pada anda?

Pada aku (ni kira pendapat aku la) perkahwinan ni adalah sebuah perkongsian hidup antara dua insan (lelaki dan wanita)..maksudnya korang kongsi everything bukan setakat rumah, toilet, ruang tamu, meja makan, bilik tidur dan jugak katil..korang kongsi kehidupan, kasih sayang, suka duka, masalah, konflik dan yang paling penting korang kongsi tanggungjawab..tak ramai couple yang kongsi perkara yang paling penting ni..kebanyakan berat sebelah..kalau aku cakap isteri pikul banyak tanggungjawab berbanding suami karang korang kata aku ni feminist lak kan..tapi tu la hakikatnya..


Cuba korang renung balik isteri2 zaman dulu dengan sekarang..


Isteri zaman dulu..kerjanya memasak, membasuh, beranak, jaga anak, jaga keperluan rumah tangga, jaga keperluan suami dan uruskan keperluan anak2..pada zaman kuno dulu..Zaman Rome..Zaman Mayan..isteri membantu suami mencari makanan dengan bercucuk tanam dan menternak ayam ke, b**i ke dan sebagainya yang boleh diternak la..ada yang tangkap ikan kat sungai, cari buah2 hutan dan ada gak yang memburu ayam ke, burung ke (kira binatang yang kechik2 la kat tepi hutan..dorang tak masuk hutan sebab masuk hutan 2 keje lelaki)..dalam masa yang sama..Isteri mendidik anak2 dorang supaya anak2 dorang tahu hidup sendiri..kalau anak laki bapak dia akan ajar dia memburu, pertahankan diri n buat kerja2 orang lelaki..kalau pompuan plak mak dia akan ajar dia masak, membasuh, menjahit, mengayam dan lain2 lagi (senang cita kerja2 orang pompuan)..


Isteri zaman sekarang..kerjanya masih sama dengan isteri zaman dulu (memasak, membasuh, beranak, jaga anak, jaga keperluan rumah tangga, jaga keperluan suami dan uruskan keperluan anak2)..tapi tambah satu lagi..kerja cari rezeki sama cam lelaki..kalau dulu isteri cuma membantu suami cari makanan kat tepi2 hutan. cucuk tanam dan menternak sekarang isteri dah kerja sama2 dengan lelaki..buat apa yang lelaki buat..ada setengah tu..isteri plak yang kuar cari makanan tapi suami dok rumah tolong makan jer..tolong gak kan..bab mendidik anak2 plak kalau cakap kat lelaki jawapannya "oh itu kerja isteri..suami kuar cari rezeki"..fine..


Wahai husband2 kat luar sana..pernah tak korang terpikir..isteri korang uruskan keperluan kuarga yang sampai dia tutup mata pon takkan habes (keperluan kuarga tu sangatlah banyaknya tak payah aku nak hurai satu2)..dalam masa yang sama nak didik anak2..dan dalam masa yang sama kerja cari rezeki untuk bantu tambah pendapatan kuarga..penat tak dengar..?..penah tak korang terpk cam mana isteri korang leh terus jalankan tanggungjawap dia even dia tengah ngandung time tu..korang ingat ngandung ni senang..sakit belakang..sakit kaki..dengan morning sickness lagi..korang ingat anak korang dalam perut dia tu ringan..perut dah memboyot dia masih lagi mengemas, membasuh memasak untuk korang..kalau ngandung anak 2nd ke 3 rd ke dan seterusnya dengan nak jaga anak lagi..tau la bebudak kechik memang nakal..korang pon letih nak melayan anak2 kechik korang leh bayangkan cam mana isteri korang jaga dorang..


Nak tahu cam mana rasa isteri korang ngandung..korang isi dalam beg pack dengan batu2 kecik seberat 3 kilo..pastu korang galas ikut depan selama mana orang perempuan ngandung..tu baru skit tau..batu dia tak gerak2..plus korang galas kat luar jer.. anak korang dalam tu bukan statik..tapi dia gerak2..siap tendang2..cuba bayangkan ada benda bergerak n tendang2 dalam perut korang..bayangkan cite Alien..cam mana Alien tu bergerak2 n geget2 dalam perut sebab nak kuar..nak beranak lagi la perit..korang ingat senang nak beranakan anak korang tu..penah korang cuba bayangkan cam mana anak korang tu nak kuar ikut "pintu" dia yang sempit tu..cuba korang bayangkan..haih~


Tanggungjawab husband plak..?..kuar mencari rezeki kat luar untuk kasi makan pakai anak isteri kat rumah..is that all..?..i guess yes..haih~


So..sekarang korang nampak tak apa yang cuba aku katakan ni..korang nak jer kongsi everything..sampai ada husband yang nak si isteri kongsi dia dengan orang lain..ada ke patut..nak ke korang kongsi isteri korang dengan orang lain..mati idup balik korang tak nak (bukan aku nak menidakkan hak korang..atau mempertikaikan ketetapan Allah SWT..tapi kita bukan nabi..zaman sekarang tak sama cam zaman nabi dulu..kalau korang tak leh nak adil cam Rasulullah SAW baik tak payah gatal nak poligami..buat dosa jer..)..but apsal bab tanggungjawab ni korang tak nak kongsi..?..korang kongsi la buat keje2 rumah ngan isteri korang..korang berganding bahu didik anak2..sebab isteri korang sanggup dan sudi kongsi tanggungjawab cari rezeki dengan korang..korang pk kalau isteri korang tak keje korang mampu ke nak sara kuarga (for middle class kebawah la..yang upper class tu memang dah kaya raya tak kisah la kan..)..dengan sewa rumahnya, ansuran kete, api air, barang dapur, anak2 sekolah dan ntah apa2 lagi..kalau isteri leh korban kuar keje cari pandapatan tambahan..ada yang keje kilang siang malam..takkan korang nak buat keje rumah sket nak berkira..takkan nak tukar diaper anak korang nak berkira..apa salahnya sesekali korang masak plak kan..


Bukan aku nak kutuk husband2 kat luar sana..n tak semua la cam ni..aku cakap in general jer..for those yang mempraktikkan apa yang aku cakap ni bagus la..korang memang paham erti sebenar sebuah perkahwinan..dan korang memang bersedia jiwa dan raga masa korang nak kawen ngan isteri korang dulu..pada yang tak pernah buat..dan rasa diri tu besar sangat..ego sangat..aku tak tau nak cakap apa la kan..korang memang teruk..tu jer..


Hargailah isteri korang..sebab tanpa dia korang tak mungkin dapat terajui kuarga dengan baik..tanpa dia kuarga korang tonggang tebalik la jawapnya..sesebuah rumah tu takkan ada serinya kalau takde isteri atau ibu dalam rumah tu..hargailah dorang..cintailah dorang..kasihilah dorang..manjakan dan belailah dorang selalu..sebab perempuan ni memang suka di belai dan di manjakan..tu dah cukup untuk dorang..bukan semua perempuan tu kelabu mata dengan duit ringgit, harta benda dan berlian blink2 tau..

So mulai sekarang ubahlah pemikiran kuno korang tu..buat perubahan sket..insyaallah rumahtangga akan bertambah bahagia dan ceria..masalah sket2 tu biasa la..laut mana tak bergelora, bumi mana tak ditimpa hujan..rumah tangga mana yang tak dilanda masalah..tu semua ujian yang Maha Esa..Allah SWT bagi ujian..Dia jugak bagi solution pada setiap ujian tu..kadang2 ujian tu untuk mengingatkan kita pada dosa2 lalu..kira sebagai balasan la..so redha jer la..jangan merungut..sebab bila merungut maknanya kita tak bersyukur dan mempertikaikan ketentuan Allah SWT..dah macam ustazah dah aku ni..nak tarra la..pk2 la yer..


Muhasabah Diri

Kadang2 kita rasa orang tak adil dengan kita..tapi kita rasa kita adil tak dengan orang..apa yang kita buat tu adil tak untuk orang lain..kadang2 kita rasa kesian dengan orang..tapi orang kesian tak dengan kita..apa saja yang orang buat ada tak dia pk kita..kadang2 kita pk susah jadi manusia..tapi kita pernah pk tak binatang pon pk betapa susah jadi binatang..


Actually back to our belief la..muhasabah diri..ni satu2nya cara kita nak mendidik diri dari sifat angkuh, sombong diri, pentingkan diri sendiri dan hasad dengki..tipu la kalau ada manusia kat luar sana yang mengaku yang dia takda sifat2 ni..kita bukan nabi..kita bukan malaikat..apa yang membezakan kita dengan nabi..tu la dia..kita ni sering melakukan kesilapan..tapi kita tak pernah sedar sebab kita asyik menuding jari kat orang lain..kita asyik pk yang kita betul orang salah..kita asyik pk yang orang lain berhasad dengki dengan kita..which is totally wrong..haih~


Muhasabah la diri..cari kelemahan diri kita..betul kan..kuatkan iman kuatkan semangat..baru hidup kita lebih berkat dan sempurna..bagi yang muda2 tu perjalanan kita masih jauh..sepanjang perjalanan kita tu kita akan sering rebah tersungkur dan bangun kembali melangkah..itu sudah lumrah kehidupan..apabila rebah tersungkur jangan la kita sangka yang ada orang tolak atau sekat kaki kita sampai kita jatuh..kadang2 kita jatuh sebab kita yang lalai tak tengok betul2..


Kepada yang masih ada ibu bapak..masa dorang idup ni la kita nak jaga dorang..tengok tak iklan raya Telekom Malaysia..macam mana seorang anak tu balik kampung bersama anak dan isteri..mengenang kembali masa2 dia di kampung..sampai anak dia pun hairan kenapa dorang balik kampung walhal atok dan nenek dia dah tak ada..apa bapak dia cakap..


"Sebab masa atok dan nenek ada ayah tak pernah balik"


Adalah sangat menyedihkan bila benda ni terjadi..kita yang masih ada ibu bapak kat kampung tu ambik la ikhtibar dari iklan ni..walaupun pendek jer iklan ni..tapi padat dengan mesej..ibu bapak ni tak pernah mendoakan yang buruk2 untuk anak2 dorang..dorang sntiasa mendoakan yang yang terbaik unutk anak dorang..mungkin kadang2 dorang tersilap..yer la nama pon manusia..tak lepas dari melakukan kesilapan..maafkan la dorang..jangan plak nanti tak pasal kita yang derhaka..dosa besar tu..kita belom jadi mak bapak..once kita dah jadi mak bapak baru kita tau apa yang dorang rasa sekarang..nak nak plak anak2 kita melawan dan menderhaka kat kita..masa tu kita akan ingat..


"Macam ni la dulu mak aku rasa bila aku melawan dia"





Aku bukan la nak offended sesapa..n tak tuju pada sesapa..sebab aku sendiri pon tak betol..sekadar memperingati diri sendiri dan secara tak langsung sesapa yang baca memperingati diri orang yang baca gak..maaf la kalau ada yang terasa..masih Syawal ni kan..aku bukannya apa..bila aku renung diri aku balik aku rasa aku ni bukan anak yang baik..sebab kadang2 aku terbagi sakit ati mak aku gak..so aku rasa cam sedih tetiba makanya aku create entry ni..ni bukannya apa..aku nak ingatkan diri aku..so aku akan ingat sape diri aku ni bila lepas2 ni aku baca entry ni balik..kalau takde mak ayah aku, takde la aku yang montel ni kat dunia ni..korang2 pon tak de la bleh baca blog aku sekarang sebab ia takkan wujud memandangkan aku pon tak wujud..


Renong2kan..Selamat Beramal..ceh tetibe..bleh?

15,16 & 18.08.08



I was really excited on this wedding..1) this is my sis wedding 2) this is the first wedding i ever experience which i was into it from the beginning till the end..when i was into the process i realized that this is not just a process or ceremony or custom or ritual..it's a movement of one's life..people will definitely move forward..we cry, we laugh..going up going down..those are part of us..we'll meet so many people in every stage of our life..we get to know someone new..we even lost someone we love..all this make me think..that's life is always goes on..even though you stop and being silent..life will still goes on..until one day u realize that u have wasted your precious life by doing nothing to appreciate it as it supposed to be..so now..we should do what ever we want to do..we should appreciate our life more than anything else..coz we live only once and die only once..

My life is one big soap opera - part 2

I'm back for today's post..kalau nak diikutkan banyak benda dalam kepala aku ni yang nak aku kongsikan..cuma nak kena organize kasi cantek.. :)) ..karang korang baca cam busan plak kan..sebenarnya..pada yang sangat mengenali aku..aku ni memang suka bercakap n bercerita..ntah apa yang aku cakap n cerita aku pon tak tau..kekadang tu aku sendiri tak tau apa yang aku katakan..* that's the worst la kan..macam sekarang ni la..ntah apa la yang aku merepek ni..korang pon baca jer ek.. :))

****

Ok..bila dikenangkan kembali pada masa aku belajar dulu..aku ni bukanlah seorang yang sangat pandai dan sangat rajin belajar..makanya result aku pon sangatlah cukup makan..ala2 cemerlang tak cemerlang gitu...*pendek kata kira cukup untuk aku sambung buat master...huahuahua..terukkan..ntah apa2 ntah...saat yang paling seronok dan gumbira dalam hidup aku adalah masa aku tengah belajar (maksudnya masa aku buat degree)..masa tu memang best...sebagai seorang student aku merasai semuanya..masa aku buat dip dulu cam tak berapa nak best sangat..tak rasa pon campus life yang orang sebut2 tu..mungkin sebab masa tu aku sibuk berchenta sampai tak hengat..dan pulak tau la Uitm tu ala2 sekolah asrama penuh gitu..so..life korang memang well organize yang mana korang tak payah sibuk2kan diri susun jadual kuliah korang or nak uruskan masa korang..assigment pon cam takde je..so korang akan rasa cam sekolah la..masa aku sangat la banyak..makanya aku dan kengkawan yang seangkatan dan sekepala dengan aku banyak lah menghabeskan masa kitorang dengan benda2 yang bila aku pkkan sekarang langsung tak membina minda dan berfaedah..*grin

Pengakhirannya..aku grad dengan result yang lebih baik gali lubang dan tanam daripada tunjuk kat orang..memang hampeh bangat..memula aku salahkan fam aku..mak aku especially sebab paksa aku ambik course yang aku tak minat langsung..alasan mak aku dulu aku ambik course yang sama masa spm yang yang dip..*ceta dia panjang cam mana aku leh ambik Course tu masa spm..nanti aku story len dalam part2 yang seterusnya..masa zaman aku habes spm tu memang tengah hangat pasal2 IT n Multimedia ni..aku dapat tawaran sijil IT di poli..mak aku tak bagi la sebab sijil namapun...makanya dengan sangatlah berat hati aku pon pegi la UiTM..paham2 la dah tak minat...dengan aku plak sakit masuk spital masa orientasi (MWS:Minggu Wawasan Siswa)..org dah start kelas dekat seminggu baru aku masuk kelas..*tapi tu alasan bodoh aku jer sebenarnyer..sebab benda yang aku belajar masa sem 1 tu benda yang sama masa SPM..aku memang tak minat nak buat cam mana kan..aku malas2kan diri la..esok exam accounting aku leh lepak tengok tv kat umah..*sebenarnya aku lupa yang esok tu ada paper..senior bilik aku (Kak Nana) yang call aku..esok tu..aku bergegas la pepagi subuh ke kolej..pagi tu gak dalam kete aku study..gila kan..nasib baik aku lulus..tapi cukop makan la...aku syukur sebab aku bukan study pon..sem demi sem aku bermalas2an..sampai la sem ke 4 baru aku sedar yang aku dah silap..dan aku sedar tujuan aku masuk UiTM...aku study hard..tapi tak de kesan yang ketara la dalam result aku...walau aku dalam 4.0 pon..CGPA takkan naik banyak..bermula la episode penyesalan..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..*padan muka aku..aku extend satu sem..result aku memang tak dapat nak diselamatkan..makanya aku reda..alhamdulillah..fam aku faham dan terima result aku cam tu...habes dah satu bab...

****

Bila tiba masanya nak sambung degree masalah la..sebab result aku tak lepas..aku mintak semua kat sabah sarawak..tak dapat babe sebab compete dengan budak STPM..makanya akupon menggunakan kabel2 yang ada..dan..tarrrrrraaaaaaaaa..jadilah aku mahasiswa UNIMAS..dan pada ketika itu juga bermulalah hidup aku sebagai seorang mahasiswa universiti..campus life yang orang sebut2 tu?..aku dah rasa..sangatlah memenatkan dan kelam kabut..lelama tu ok la..nasib aku baik sebab aku leh transfer credit..*jelous kengkawan aku hua hua..aku yang paling tua dalam kelas..mostly yang ada budak STPM..budak matriks takde..budak dip ada 4 termasuk aku..susah gila..especially untuk subject anthropology n com & society..huh~~ *thank to En Kelvin Egay (lecturer 2 subject tu) sebab banyak tolong sampai aku leh lulus sucject tu dengan agak cemerlang..subject tu subject killer tau..4 jam credit..subject faculty makanya student semua course fac aku kena ambil..dan banyak la yang bungkus..kena repeat..yang bungkus terus pon banyak..sebab subject ni..nearly 50 GB..100 lebih GMS (gagal mengulang sem)..phew~~ thank god aku lulos..aku jadi yakin pada diri sendiri pas 2 subject ni..kalau subject susah cam ni aku boleh buat..yang lain pon aku boleh..aku janji pada diri aku yang aku akan belajar..takkan sia-siakan peluang kedua yang aku dapat..aku paksa diri aku sebab aku tau aku ni bukan rajin sangat..aku selalu kata kat diri aku yang aku minat course yang aku ambik tu..*actually aku tak mintak course tu..ni course lelong..sebab tak famous so takde orang mintak..so dorang main sumbat je student yang tak dapat memana U..kesian kan..termasuk la aku..aku janji pada diri aku yang aku akan grad ontime..makanya aku grad ontime (5 orang jer untuk course aku n aku the only malay tau) dengan result yang aku rasa cukup puas hati..pada org lain mungkin biasa saja..tapi aku tau kemampuan aku dan usaha aku yang nak kata dasat sangat pon tak sebab buat kali ketiga aku katakan yang aku ni bukannya rajin sangat..makanya itu la yang aku dapat setimpal dengan usaha dan kemampuan diri aku..

****

Aku berterima kasih pada Allah SWT sebab bagi aku peluang kedua untuk aku perbetulkan diri aku..juga pada mak ayah aku yang tak jemu2 bagi sokongan dan kata2 semangat..pada kakak aku yang paling aku sayang sebab sentiasa bagi bantu aku (dari segi kewangan dan semangat)..kepada abang dan adik aku yang selalu backing aku dan bagi aku semangat..tak lupa pada semua kengkawan dan lectures yang banyak bantu aku..banyak bimbing aku..aku bersyukur aku dapat semua 2..aku syukur sangat2..pengalaman hidup di rantau orang..banyak mengajar aku berdikari dan yang paling penting banyak mengajar dan mengubah aku menjadi manusia yang berguna..banyak pelajaran dan pengetahuan yang aku dapat sepanjang 3 tahun aku study kat sana..aku bersyukur sangat2..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...