Topic Wajib Mak Aku

Pagi tadi isu yang mak aku sibuk perkatakan adalah isu kawen..memandangkan semua anak2 dia belom ada yang kawen maka mak aku tak putus2 sebut hal ni..yang jadi mangsa aku sebab aku jer yang ada kat rumah..so hari2 aku dengar..dankira cam topik wajib mak aku jer..


Isu ni leh timbul pagi tadi sebab tengahari tadi cousin aku bertunang..dia sebaya ngan aku..mak aku tak boleh dengar orang tunang ke kawen ke..dia sensitif..sebab anak2 dia semua masih solo..letih aku dengar luahan hati mak aku pagi tadi..mak mana tak mau tengok anak2 dia kawen kan..semua dah berumur..bukan muda2 lagi..dan sapa tak mau kawen kan..cuba jodoh belom ada..aku soh mak aku carikan dia tak mau..


Aku bukan tak nak kawen..tapi aku takot kalau aku kawen aku tak bahagia..suami aku kawen lain ke..atau suami aku tak mampu nak pikul tanggungjawab ke..suami aku kaki pompuan ke..suami aku abaikan dan sia2kan aku ke..dan macam2 lagi lah..tu yang membuatkan aku phobia nak kawen..plus aku takdo orang yang menunggu..plus lagi aku putuih chenta..makanya aku belom rasa nak berchenta lagi..even kadang2 aku rasa nak jer berchenta..tapi nak berchenta ngan sape..haih..sabor jer la..

Panas hangat ganas bisa

Entry ni bukan ditujukan kepada sesape sekadar nak luahkan pendapat..bukan jugak aku nak menghina atau memperkecilkan apa2 tapi sekadar nak berkongsi apa yang aku tengah pkkan..


Ada seorang kawan yang baru aku kenali..mengajukan satu soalan yang membawa kepda 1 perdebatan yang hangat dan ganas..soalan itu:Kenapa Anda Tidak Bertudung?


Pada aku..soalan ni macam tak berapa nak sesuai ditanyakan sebenarnya..ni pada pemikiran aku la kan..sebab soalan ni sangat2 lah sensitif..orang kita ni tak boleh silap tanya atau silap cakap..cepat jer dia melenting..termasuk lah aku..tapi aku tak la melenting dengan soalan ni sebab aku penah kene tanya soalan lagi dasyat pada soalan ni (tak payah la aku detailkan apa soalannya..seolah2 tepuk air dalam talam plak kan..sesuai ke guna peribahasa tu..thee hee..)..ada baiknya kalau soalan macam ni "Kenapa Taknak Sembahyang" diajukan..aku sure perbahasan atau perbincangan akan jadi lebih peaceful dan menarik..


Sebenarnya iman seseorang itu bukan pada tudung yang dia pakai, bukan pada baju yang dia pakai dan bukan pada sopan santun yng dibuat2 yang dia cuba tunjukkan..Keimanan seseorang tak bleh diukur melalui berapa panjang janggutnya dan berapa tebal lilitan serban dikepalanya..pendek kata..tinggi mana keimanan seseorang, beriman atau tidak seseorang itu bukan dibawah kuasa kita untuk menilai..itu hak Allah..bukan hak kita..kita tak boleh kata seseorang yang tak tutup aurat dia sebagai seorang yang tak beriman kepada Allah SWT..kita tak boleh kata seseorang yang tutup auratnya (mengenakan tudung kepala dan memakai stokin kaki) sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT..sebab itu hak Allah..hanya Allah SWT saja yang berhak mengukur dan menentukannya..


Seseorang yang menutup kepalanya tidak mempunyai hak yang mutlak untuk memalukan dan mengkritik seseorang yang tidak menutup kepalanya..cukup sekadar menegur secara baik dan menasihati secara baik..membimbing dan memberikan kata2 semangat..memberikan pemahaman yang jelas berkenaan hal ini secara baik dan lembut..itu cara yang paling berkesan..


Dengan mengkritik kita hanya akan mengeruhkan keadaan..menutup aurat bukan sahaja menutup rambut dari dilihat orang bukan muhrim..tetapi menutup keseluruhan badan dengan hanya menampakkan tangan dan mukanya sahaja..memakai baju yang tidak menampak susuk tubuh jugak dikatakan sebagai menutup aurat..memakai stokin kaki juga dikatakan sebagai menutup aurat..adakah insan yang menutup kepalanya itu yakin yang dia sudah 100% menutup auratnya..dan paham erti aurat yang sebenarnya..


Kalau freehair itu dosa, maksiat jugak dosa..mengata dan mengumpat adalah satu dosa..fitnah itu dosa..menderhaka pada ibu bapa itu dosa (dosa besar lagi)..bersentuhan dengan bukan muhrin itu dosa..memuja2 dan mengingati manusia (contohnya boyfriend) lebih dari Allah SWT itu jugak dosa..adakah kita manusia ni sempurna?..kalau setakat freehair tetapi dia menjalankan perintah Allah dan menjauhi maksiat dikatakan sebagai tidak beriman kepada Allah SWT..itu sangat lah tidak adil..


Bercakap mengenai memakai tudung ni bukan sebarang orang boleh cakap..salah cakap kene batang hidung sendiri..macam menepuk air dalam talam (apsal la aku suka sangat guna peribahasa ni..thee hee..)..Pelakon A berlakon dalam filem tepi pantai..pakai swimming suit dan pario (beol eja cam ni)..ambik gambar untuk iklan sabun..separuh b***l dalam bathtub..setahun lepas tu dia dapat hidayah dan mula mendekatkan diri pada Allah dan menutup auratnya..disebabkan kejahilannya, auratnya masih dilihat orang melalui filem2 dan iklan2 yang dia lakonankan..walaupon semua tu berlaku sebelum dia insaf..sekurang2nya orang yang tengok tau cam mana rambut dia, cam mana susuk tubuh dia..apa warna kulit dia..sama la cam orang yang letak gambar dia (zaman2 dia jahil dan lupa akan sapa diri dia di sisi Allah SWT) untuk tontonan orang lain..walaupon dia dah bertudung sekurang2 nya orang tahu cam mana rambut dia..apa color rambut dia..apa color kulit tangan dan kaki dia..melalui gambar2 tu..tapi dia beruntung..sebab dia boleh buang gambar2 tu dari tontonan umum..klau artis dan model cam mana? filem dan iklan yang dorang berlakon tu bukan hak milik dorang..dorang tak leh larang sesuka hati kalau orang nak tayangkan kat public..fikir2kan la..


Adalah lebih baik kita memfokuskan kepada isu yang lebih berat iaitu solat..sebab solat itu tiang agama..kupas isu ni lagi baik..daripada menimbulkan salah paham orang lain..aku ni bukan nak mengajar (memandangkan aku pon masih mencari2 dalam memahami agama itu sepenuhnya)..tapi sekadar memberi pendapat..aku tak suka la tengok sesama muslim bertelagah pada benda yang tak perlu..


P/S: Tetibe aku jadi ustazah tak bertauliah plak...jangan marah ya..aku bukan menempelak sesapa..(menempelak tu..ni la akibatnya bila banyak sangat baca novel Ramli Awang Murshid..thee hee..jangan marah abang Ramli..)..aku sekadar meluahkan apa yang aku fikir..sowy bebanyak yer..


Kursus Jahitan Asas Baju Kurung dan Jahitan Manik - Hari Ke 3

Last Saturday merupakan last day kursus jahitan yang aku ikut tu..memula nak buat sampai petang kul 4.30 pm..tapi tak jadi makanya kursus tu dipendekkan sampai tengah hari jer..semua yang ada kat situ tekun belajar pattern2 baru dari Puan Rosnah dan tenaga pengajar lain..tak kurang jugak yang menimba ilmu menjahit lain2 jenes pakaian dan bertanyakan peluang2 perniagaan..tak rugi MPWK buat kursus ni kan..


Puan Rosnah pon tak kedekut mencurahkan idea, ilmu dan pengalaman..aku rasa bertuah menjadi peserta dalam kursus ni sebab banyak ilmu dan tips yang aku dapat especially dalam perniagaan..hmm..bukan aku nak berbisnes plak..cuma aku rasakan ilmu yang aku dapat, dapat digunakan dalam kerja2 yang aku buat sekarang..dapat membantu membangunkan company ni dan expand network aku lagi..

Kalau dah jodoh tak ke mana

Baru tadi aku dapat tahu satu berita yang sedih dari kawan aku..mak GF dia ninggal..n that girl kene force kawen ngan laki lain..dia plak takde kat sana..dia jauh nun di negara orang n only will be back in 2 months time..haih..kesian kan..dia ada mention pasal masuk spital..comma n in critical stage..tapi aku tak tau sape yang dimaksudkan..sebab aku tanya dia senyap tak jawap..ntah la..sabor jer la yang mampu..semoga semuanya selamat..kalau dah jodoh tak ke mana..

Kursus Jahitan Asas Baju Kurung dan Jahitan Manik - Hari Ke 2

Second day (7 Nov) ni kitorang belajar jahitan manik..bukan manik yang simple2 ok..manik yang susah2..yang ada kelopak2 bagai..nanti aku upload picas dia..sebab malas nak edit lagi..


Hari ni memang best..teruja aku..sebab aku ni kalau setakat manik simple ok la..manik yang sarat nak kene berguru la kan..Pengajar (Puan Rosnah) memang seorang yang sangat2 prihatin dan ikhlas mengajar kitorang..dia melawat setiap participant dan ajar satu persatu in details..ikhlas kan..


Ok la..ngantuk..tarra..

Anugerah Skrin 2008


Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada

Gandingan tak menjadi pada aku..memula tu cam menyampah jer..sebab si Adlin tu penuh ngan sindiran..but pas break..aku rasa dia kene bambu kat belakang kot dah cam ok skit walaupon sindiran tu still ada but cam dicover ngan lawak2 stupido..ok la daripada memula..Nurul Syuhada..hmm..baik ko teruskan hostkan documentary sebab tak berapa nak sesuai..kalau nak gak hostkan event cam ni..baik ko pegi berguru ngan Afdlin, Harith, Aznil, Kak Engku, Bob Lokman, Salleh Yaakub & Fauziah Ahmad Daud dulu..sebab host untuk event cam ni kene ade personality yang unik dan lain dari yang lain..kene tahu nak berinteraksi dengan audience..dan yang paling penting tahu cam mana nak menceriakan dan menggamatkan suasana..So far..ko boleh la..ni first time..belajar lagi..


p/s: Pada aku personality TV berbentuk documentary n informative tak berapa nak sesuai dijadikan host untuk event macam ni..tak cukup dengan cantik jelita jer..kalau tak cantik lagi bagus.. Dorang punya tonasi suara tu tak berapa sesuai..dan cara dorang berbahasa tu pon bunyinye serius dan terlalu firm..

Congrat the new president !! long live Obama..


Congratulation To You Mr Barack Obama


Hope he will make a huge changes as he is the first black to conquer the White House..Aku yakin dia akan bela golongan minoriti yang tertindas di US..I'm sure most of people all around the world (including me) are waiting for this moment..walaupun apartheid dah lama dihapuskan namun golongan monoriti ini masih diperhambakan..psychologically dan juga secara diskriminasi warna kulit..perhambaan cara moden..Aku berharap everything will be balance..no more war..conflict..no more discrimination..Dan aku juga harap sangat tragedi zaman Kennedy tak berulang..

Long Live Obama !

Kursus Jahitan Asas Baju Kurung dan Jahitan Manik - Hari Pertama

Hello peep-pals..

Teka hari ni aku buat apa..thee hee..nengok ke tajok dah tau kan..aku pegi Kursus Jahitan Asas Baju Kurung dan Jahitan Manik..kenapa..?..bukan senang nak pegi kursus macam ni..nak belajar kat luar siap duit la..tapi ni free..suma bahan dorang bagi..ko bawak diri jer..tak nak lagi..?

Hari ni dorang ajar cam mana nak amik ukuran n potong kain..katanya esok nk jahit manik..hmm..susah giler nak dapat datu baju pon..pada aku la..sebab aku tak pro..pada yang pro tu memang pejam mata jer..ada yang pro pegi..sebab dia ajar cara untuk buat baju cara mass production..bukan manin tempah satu2..so ramai la pro yang ikut kursus ni..dia ada bagi tips perniagaan lagi..hmm..nanti la aku upload picas dia..


Till then..see yah..tarra..

Life is not really easy

Kadang2 aku rasa bertuah dan bernasib baik dengan keadaan aku sekarang..aku rasa syukur dan berterima kasih pada Dia..sebab aku dalam keadaan aku sekarang..walupon aku sedih dengan apa yang terbuku dalam hati aku ni..tersayat hati..sayu..pilu..sekurang-kurangnya aku hanya perlu pk tentang aku..diri aku..sekurang-kurangnya aku tak payah makan hati berulam jantung..kecewa pada benda yang sebenarnya tak perlu..dan tak penting..sekurang-kurangnya aku tak payah sakit hati dengan tanggungjawab yang sepatutnya bukan aku sorang yang kene pikul..


Aku tak rasa pengorbanan yang aku buat besar sangat..aku tak mintak orang hargai setiap pengorbanan yang aku buat..aku suka melahirkan rasa simpati aku dalam keadaan yang tak diketahui..tapi percayalah..aku sentiasa ikhlas dalam apa jugak yang aku buat..cuma kadang2 niat aku disalahertikan..kebaikan aku di pandang serong..diri aku diperkecilkan..perasaan aku tak dipedulikan..kecewa..memang aku kecewa..terkilan memang aku terkilan..tapi tu semua ujian yang Maha Esa..aku terima dan redha..

The good old day..

Alkisah Kelas Industrial Relation and Labor Studies batch 2004/07 di Unimas..kitorang actually ramai..tapi banyak yang dah gagal berhenti la gagal mengulang sem la..so dorang dah tak rapat ngan kitorang..makanya ni jer yang tinggal..the oldest aku la..the youngest Mr Timothy..dia muda 3 tahun dari aku..



At the back from left: Tamil Selvi (aku panggil dia Aci..dia actually sebaya ngan aku), Kogilavani a.k.a Kogi & Nelson Irwing a.k.a Nelson..
Front from left: Siti Shahida Maasah
a.k.a Kak Cida, Erdanur Erza a.k.a Erda, Me a.k.a u dont wana know, Dona Monna anak Jimbau a.k.a Don, Nazlina Zainal Abidin a.k.a Kak Naz & Timothy a.k.a Tim..



At the back from left: Nelson, Selvi & Kogi
Front from left: Me, Shida, Norhayati a.k.a Ereng (aku panggil Reng jer), Loh Siew Shya a.k.a Shya, Erda, Simang, Dona & Same



Kesian Erda..nampak tudung jer..



Stand: Simang Sit from front: Ping Anak Tuban a.k.a Ping (the only Berawan (or Perawan i'm not so sure) dalam kelas aku..maksudnya dia punya tribe la..), Syida, Reng, Dona & Erda



From Left: Anthea Caroline Anak Hang a.k.a Anthea, Same & Baverly Allison (tak berapa nak sure nama penuh dia)..Anthea and Baverly both are the only Bidayuh in my class..Same and the rest are Iban..



The 3 and only Chinese Girls in my class..



From left: Liew Li Foong a.k.a Li Foong, Shya & So Sze Yin a.k.a Sze Yin



From left: Lenny Hanna Anak Majing a.k.a Lenny, Shya, Simang, Haslina Sapian a.k.a Ina (the only Melanau in my class) & ... you know who..



Nazlina Zainal Abidin (aku panggil dia Kak Naz even dia muda dari aku..)



Timothy (kitorang panggil Tim jer) & Same Anak Edward


Apsal gambar ni lain..?..sebab aku nak highlight si Nguang Ung Siong ni (budak laki dalam gambar ni..kitorang panggil dia Siong jer)..masa kitorang buat party tu dia tak ikut sebab injured main badminton..orang2 kat UNIMAS kenal dia as Rashid Sidek..sebab muka dari jauh cam Rashid Sidek..Dah tu main badminton plak..dia ni Presiden Kelab Badminton UNIMAS..Dia the only Chinese guy dalam kelas aku..



Noni, Kak Naz, Fiza Penang a.k.a Fiza Gagak, Zimah, Reng, Nor..Dorang yang dalam gambar ni selain Kak Naz n Reng ni actually kengkawan kitorang gak..sama sefakulti ngan kitorang iaitu Fakulti Sains Sosial..course lain2..Noni and Nor sama course (Mass Com)..Fiza ambik International Studies..Kenapa aku letak gambar dorang..?..sebab kebetulan jumpak dorang kat sini..memandangkan dorang kawan aku gak dan ada time party tu makanya aku letak gambar dorang sekali..

This being taken at Damai Beach, Santubong, Sarawak during our farewell BBQ party..5 of us (Me, Shya, Sze Yin, Ina and Selvi) were graduated that year..It was a goodbye party for us..

Camera aku dah jumpa

Hari tu aku ada bunyi pasal camera aku yang dah hilang kan..pada yang termangu2 klik sini untuk ke entry tu..aku dah jumpak..rupanya ayah aku yang ambik sebab dia ingat tu camera dia..camera dia plak ada pada aku..haih..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...