Bersedia Tempias Gelombang Kedua

Ini di perolehi dari blog kak jijah (Tijah Lawa) masa bloghopping tadi ni..tetiba rasa seram sejuk plak..takut betul dengan kenyataan Tun Mahathir yang i highlight tu..nak buat apa sekarang ni..dah macam ada wabak nak merebak plak..tengok citer alien vs predator? cam mana orang lari bertempiaran nak selamatkan diri..cam tu la i rasa ketika ni..nak buat apa sekarang ni...hadoi..pening dah..nak simpan duit banyak pon i bukan gaji besar..gaji cukup2 makan n bayar hutang jer..hadoi..nak buat apa ni..tolong tolong tolong..Bil Gate please derma kat i 1 juta...huhu...T_T


Bersedia tempias gelombang kedua

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ingatan sudah wujud tanda-tanda gelombang kedua kemelesetan ekonomi di Eropah dan Malaysia mungkin turut menerima kesannya apabila ia berlaku.

Beliau memberitahu, tanda-tanda itu sudah dapat dilihat ketika kunjungannya ke Britain baru-baru ini.

"Saya baru balik dari England dan nampak ada tanda-tanda kemelesetan ekonomi gelombang kedua berlaku di sana. Kalau berlaku di Eropah, kita mungkin akan turut menerima tempiasnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan IRIS Corporation Berhad di sini hari ini.

Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama mengusahakan 40 hektar tanah di Perak dengan projek tanaman tembikai emas.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali Ismail dan Presiden Koperasi Atlet, Datuk Mumtaz Jaafar

Ditanya adakah inisiatif kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober ini mampu melindungi ekonomi negara, beliau menjelaskan:

"Kerajaan sedang berusaha tetapi ia bergantung kepada sektor lain iaitu sektor dalaman dan luaran."

Najib sebelum ini turut meminta rakyat supaya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kelembapan ekonomi pada separuh kedua tahun ini yang dilihat boleh mendatangkan risiko kepada sasaran pertumbuhan ekonomi negara.

I Hope They Managed To Get There Safely

Kita baru jer dikejutkan dengan cerita kapal2 misi kemanusian yang membawa bekalan bantuan untuk Gaza di tahan di perairan antarabangsa..ada yang mati dan cedera..semalam dengar satu lagi misi kemanusiaan membawa ubat-ubatan dan bekalan makanan untuk penduduk gaza dilancarkan..sukarelawan Malaysia dah berlepas pagi tadi..haih..i really hope that they managed to get there safely..tak mo jadi macam hari tu..

Baru2 ni i ada tengok documentary kat ASTRO Oasis..documentary pasal Bosnia..bukan pasal perang..tu citer 12 tahun dulu..ni citer pasal Bosnia after 12 years..negara yang runtuh akan bangun balik lepas perang..everything look fine..tapi economy tu memang teruk jugak la..60% dari penduduk dia menganggur..huh..teruk tu..tapi actually..Bosnia ni sangat cantik..ramai jugak pelancong yang pegi ke sana..tapi for me..i will definitely say no la kan..hehe..seram gitu..lets wait 10 years more ya..hehe..

Apa yang menarik perhatian i ni bukan keadaan muka bumi or ekonomi dia..tapi satu kenyataan yang dibuat oleh seorang doctor pakar yang merawat mangsa2 perang 12 tahun dulu..sekarang pon doctor lagi dia ni..at that time cuba bayangkan..takde electric..dorang pakai benzine untuk hidupkan generator..generator bukan kuat mana pon..nak bedah orang dengan lampu yang suam2 kuku tu..ngeri wei..kebanyakannya dihantar ke ICU sebab perlukan alat bantuan penafasan..bayangkan tetiba generator tu plup..padam..haih..habes la semua

Dan lagi..doktor kat hospital tu asalnya ada 90 lebih..last2 tinggal 8 orang jer..yang lain tau tak tau la mati ke..lari keluar negara ke kan..dengan peralatan yang tak cukup..doctor pon tak cukup..nak rawat ribu2 orang tu..huh..peperangan ni memang menyusahkan semua orang..yang syoknya..hospital pon jadi sasaran dorang..genocide tak mengira kechik besar tua muda..tak kira bangunan apa..apa yang penting sasaran mesti dihapuskan..haih..sedih betul dengar citer dia..

Apa yang menarik perhatian lagi..dia kata masa tu..orang yang cedera punya la banyak..ubat yang ada (yang didermakan oleh negara2 luar) kebanyakannya dah expired..BAYANGKAN LA..sedih tau..dah expired kalau guna silap2 mati sebab keracunan plak orang tu..kalau nak derma, derma la yang baru..nak derma timbunan stock lama dalam store tu buat apa..kan dah tak bleh guna dah..kalau negara yang tak kacau bilau tak pe la..mungkin tak perlu pn stock2 ubat tu..ni negara yang amat2 memerlukan..kena2 plak stock ubat tu expired..haih..kes naya kes naya..

Dan lagi dia kata..ada satu tahun tu lagi la teruk..dorang kene rawat mangsa periuk api..memang ramai giler la..tapi dorang memang takde ubat untuk rawat kecederaan..tahu ubat apa yang banyak? ubat malaria..Ya Allah..apa la nak jadi ni..dorang kata Bosnia takde 1 kes malaria pon..ubat tu berlambak2 dalam simpanan dorang..nak buat apa..? makan? atau buat ganti detergent basuh baju..yang pegi hantar ubat malaria banyak2 buat apa..ni bukan bencana alam..ni peperangan..so ubat apa lagi yang lebih penting? tentu la ubat tahan sakit, ubat hentikan pendarahan..ubat rawat kecederaan dan yang sewaktu dengannya..

So i mintak la sesangat lepas ni..please please please hantar benda yang elok untuk mangsa2 perang ni..hantar benda baru..bukan yang dah terpakai atau expired..hantar benda yang sesuai..yang sememangnya diperlukan oleh dorang..kira kalau takde, dorang akan mati..hantar barang sekolah ke gaza buat apa? dorang sana perang..memang la dorang masih pegi sekolah..tapi i rasa banyak benda lain lagi yang dorang perlukan..tapi susah jugak nak cakap..sebab dah orang dermakan benda tu nak wat cam mana..terpaksa hantar jer la..haih..sedih bila pikir..

So i nak ambik kesempatan ni nak mengingatkan bukan pada uol jer..pada diri i jugak..negara kita ni aman damai..tak de perang sana sini bom sana sini..so kita kena la jaga negara kita..kita kena bersatu hati..jangan asyik gaduh sesama sendiri je..walaupon kita berlainan bangsa kita tetap 1 keluarga..keluarga 1 malaysia..so jangan la create conflict..selama ni kita tak kebuluran pon..so lebih kurang tu tolak ansur la..

Ahli2 politik pon jangan create conflict..jangan gaduh sesama sendiri..conflict yang kecil bleh merebak jadi yang besar..jangan jadi pengkhianat negara..this is our land..our country..our home..jangan palit najis kat rumah sendiri..jangan khianati saudara kita sendiri..kita kena sedar diri kita ni sapa..we are malaysian..so kalau kita pegi mana pon dalam dunia ni..we are malaysian..kita takkan jadi American, African, Jepanese or what so ever yang lain..WE ARE MALAYSIAN..

Sayangilah negara kita..rumah kitaa..tanah kita..sebab kalau malaysia hancur kita pon turut sama hancur..

Reglant Tee

Hello Readers,

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni..i sonok sangat nak update pasal felt yang i buat kat reglant tee..ni la rupa reglant tee..actually this tee dah pegi Johor..my sis punya ni..dia dah balik johor bersama2 dengan tee ni..huhu


Tee ni warna dia Light Pink dan Dark Brown


Close up design


I ni actually big fan of reglant tee..bukan apa..bila pakai tu nampak kemas..well tee ni kain dia agak tebal dan selesa..so those yang berminat bleh la order ngan i..murah jer..Tee kosong RM18 sehelai..but kalau nak sekali ngan felt design i kira RM15 jer sehelai..tee je ek..tak masuk felt..

Cakap jer nak color ape..kan i bagitau i ada tukang jahit sekarang..so nak color pe cakap jer..:D..

So those yang berminat bleh la klik blog felt tee i..actually ni blog craft i..but i dah tukar ke felt tee..walau apa pkn any craft yang i buat i will update jugak kat sana..so jangan lupa klik blog ti ya..


http://100stithes.blogspot.com

Felt Tee Siap Untuk Dipasarkan..

Salam Semua,
As u can see..blog ni dah cam bernafas balik even tak la berapa lancar sangat..meaning?..means ada la entry baru even 2 3 hari sekali kan dari sebulan 1 entry..

So what's new..ok..i baru je siapkan 7 helai felt tee untuk diletakkan kat souvenir shop The Tree Top Walk..this is my second batch..yang first batch dah sold out semua..Alhamdulillah..but this second batch different dari yang first batch..yang ni wording dia banyak lagi la..those yang nak tengok bleh klik sini..why so simple?..sebab tak jual mahal..murah jer jual ni..kalau buat design yang banyak mahal plak nanti...dah customer complaint plak kan..





Actually banyak lagi design bleh buat..bleh letak Elmo jugak..penguin ke..anything la yang sesuai..wording pon bleh letak besar lagi..Now i already have penjahit tee yang dok kat my area..senang la nak order..tak la terkejar2 around the globe cari Tee kan..

For those yang berminat dengan Felt Tee ni, nak tempah untuk pakai sendiri, gathering, family day, nak bagi GF/BF, untuk couple tee ke bleh la contact i yer..kalau yang banyak2 tu please buat tempahan awal..ni jahit tangan ni..bukan mesin..

Wording tu i pakai material dari kain felt..yes wording tu kain ok..kalau basuh tak kuar sebab dah dijahit kan..cara nak basuh, jangan basuh dengan mesin ya..kene basuh ngan tangan jer..ofcoz no bleaching..nak iron..bleh jer direct iron..sebab ni kain..so takde masalah..berminat nak order? email kat cayangalin@gmail.com..ade design sendiri..hantar kat email jugak..let me see whether design tu bleh ke tak nak jahit kat baju..

My next felt tee project is baju reglant..3 helai semunya..hmm..reglant tu cam mana? dah siap nanti i update..Just nak inform..MessyBoo Craft dah ada new logo..semalam 1 hari i design logo ni..lawa tak?ok la..till then..bubbye..enjoy your day..



Say No To Risk..Bleh Ker?

Aku...Seorang manusia yang paling takot nak ambik risiko..takot nak hadapi ketidaksempurnaan..takot nak gagal dalam semua hal..hidup memang satu perjudian..nak tak nak kena jugak ambik risiko..aku tak rasa aku mampu hadapi..haih..kenapa la susah sangat nak buat satu keputusan..

*Heran la orang bleh buat keputusan senang jer..*

Bersawang....

Hello Peep-pals..

Sekarang ni dah macam malas nak update blog..dan dan berbulan2 lamanya tak bloghopping..ntah kenapa cam malas..as dalam entry sebelum ni..i ada mention yang i ni cam dah hilang semangat dan focus..well pelan2 i tengah kumpul balik semangat and make myself on track again..sangat susah ok..

Bila bloghopped 1 2 blog pagi ni baru ada semangat nak menaip..walaupon tak la penting sangat isinya..sekadar nak bagitau my beloved follower yang i masih hidup dan bernafas..banyak benda yang jadi sejak akhir2 ni..tapi semua melibatkan orang lain yang ada di sekeliling i la..bukan i..hmm..

Perkembangan diri yang terbaru tak banyak sangat..apa yang pasti dan semestinya pasti i masih jugak single..huhu..cuma sekrang sebok buat persiapan untuk wedding my big sis..banyak yang dah prepare..tinggal sikit2 jer lagi..kad belom edar..next week dah bleh start edar la agaknya as Ramadhan pon tak lama ja lagi kan..kang tak larat plak..

I tengah sebok dietkan diri sekrang ni..sebab nak pakai baju lawa masa wedding tu..lelebih plak kan..orang lain nak kawen i yang sebok nak diet..hehe..so sekarang dah 3 bulan i tak makan nasi..hmm...ada jugak ambik supplement skit..well nanti la i update pasal benda ni..bila dah confirm berjaya i update..so far ok la..banyak turun i tak mo cakap lagi..

Activity harian..every morning jogging..twice a week hill hiking..tapi dah 2 minggu tak jogging..sebab puasa & my lil sis pon sebok ngan report dia..but hiking activity still go on..cuma bila dah stop jogging ni agak pancit skit la nak naik..huhu..kat mana hiking? Those yang dok area BM tau la..Tokun Relics..The Best place so far..Jogging plak kat stadium jer..tak leh nak gi jauh2..sebab lil sis LI masuk kol 8..so tak sempat nak balik karang..

Well that's all for today i guess..

P/S: World Cup...Argentina will won this year..

Mencari Semangat Yang Hilang

Sejak akhir2 ni cam dah hilang fokus plak...hilang mood dan semangat..kenapa ya..nak kata ada masalah..tak do..nak kata stress..pon tak do..but feel like i am not me anymore..ngandung? hish..kawen pon blom...mustahil la kan..

I need a vacation la rasanya..untuk kumpul balik semangat yang hilang tu..hmm..mana ya nak pegi..Vietnam..? will think about this..


PS: Gila, update blog sebulan sekali ja..mampos..

Leave me!!!!!


Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu



Get out of my head..my live..just leave me alone..

Shawlitas Dah Sampai Ke Singapore

Oh i sangat teruja bila dapat order dari Singapore..tak sangka plak bleh sampai ke luar negara..walaupon Singapore tu tak la jauh mana pon ngan Malaysia but still luar negara..i bersyukur sangat kat Allah Swt atas rezeki yang Dia berikan kat i selama ni..

Kepada customer2 ku dari Singapore..thanks for the payment ya..uol memang best..senang berurusan ngan uol seme..esok i akan poskan seme order..dalam masa 7-14 hari uol akan dapat parcel uol..

Hope pas ni dapat order dari brunei plak kan..

Smileeeeeeeeeee!!!!!!

Coming Soon..3 Layer Inner..


Nantikan kemunculan inner 3 layer ni..

COMING SOON...VERY SOON...

Shawlitas Punyer Customer













Membuatkan saya semakin bersemangat untuk berniaga..hehe..thanks for supporting my blogshoppe..

(^_^)

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...