Hargailah isteri anda wahai anak2 adam sekalian..

Actually ni adalah email yang aku dapat dari kawan lama aku (Herda) yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi..aku terpanggil untuk masukkan dalam blog sebab aku rasa penting untuk semua isteri2 dan suami2 tahu peranan masing2 dalam rumah tangga..ganjaran Allah SWT tidak ternilai dengan apa2 didunia ini..baca la petikan kat bawah ni sampai habes makanya korang suma tau apa yang dikatakan sebagai alam perkahwinan dan rumah tangga itu..


Renong2kan dan selamat beramal..chewah..tetibe jer..layannn...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Mulianya seorang isteri di sisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak..Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim..ini adalah kerana dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..


Cuti bersalin juga sehingga 60 hari..Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami sebaik2nya..


Nabi SAW pernah bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..


Jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yer!!! Kata nak pahala lebih..


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


Satu lagi berita gembira untuk wanita..sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi seluruh dosanya habis..Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak..


Marilah kita pegang kepada tali Allah..Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur..


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah adalah ke atasnya jugak..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Siratul Mustaqim dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat..


Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya..


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , dekat dengan lengan lelaki supaya dipertahankan dan dilindungi, dekat dengan hati lelaki supaya sentiasa disayangi dan di hormati.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him..

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah baca kan..perkahwinan itu bukan sekadar nak 'menghalalkan' antara laki dan perempuan jer..dan bukan jugak sebab si lelaki nak orang jaga makan pakai dia jer..dan jugak bukan sebab si perempuan nak orang tanggung makan, pakai dan shopping dia jer..dan bukan sebab korang laki dan pompuan nak orang jaga korang masa korang sakit deman masuk sepital jer..konlusinya perkahwinan bukan lah untuk korang membuli antara satu sama lain..dan bukan untuk korang menghambakan diri atau memperhambakan diri orang lain..hanya Allah SWT berhak buat cam tu dan kepada Allah SWT jugaklah seharusnya kita menghambakan diri kita..


Perkahwinan itu sesuatu yang sangat sacred kata orang puteh..kata melayu dia suci..dalam perkahwinan tu kena ada tolak ansur dan kerjasama..dua2 pihak kene faham nape dorang mengahwini antara satu sama lain..maksudnya memahami erti perkahwinan yang sebenar dalam Islam..bukan ikut budaya masing2 yang kadang2 tak berapa nak leh terima akal dan fikiran..


Suami tetap suami walau seburuk mana pon dia..dan isteri tetap isteri walau sehebat mana pon dia..konsep dia cam kita ngan mak ayah kita la..kalau mak atau ayah kita seorang penjenayah contohnya penagih dadah..kita sebagai anak ni tak bleh sesuka hati maki hamun cakap lebih kurang sampai menyakitkan hati dorang..tu kira derhaka tu..dosa besar tu weii..sama la gak ngan suami..hmm..susah kan..


Cakap kasar pon dah kira dosa..tinggi suara pon dah kira dosa..susah susah..kadang2 kita tak sedar pon kan..tapi tu la..nama pon manusia kan..manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan..yang paling baik kita sentiasa mintak ampun dan maaf..in case tak sempat kan..mana la tau kot2 tetiba ninggal ker..ha..nyesal tak sudah..so..wahai pembaca sekalian..marilah kita renong2kan diri kita..kekhilafan diri kita..muhasabah diri..terima diri kita dan pasangan kita seadanya..


Mesti ada yang nak mengata ngumpat aku sebab aku wat entry cam ni kan..lantak ko la labu..sebagai manusia aku wajib mengingati diri manusia yang lain dan jugak diri sendiri..melalui entry ni secara tak langsung aku mengingatkan diri aku sendiri..pada korang yang tak suka mintak maaf la bebanyak..

P/S: Tetibe aku jadi serius semacam plak..pape ntah..

How Much Life Experience Do You Have?

You've Experienced 56% of Life



You have a good deal of life experience, about as much as someone in their late 20s.

You've seen and done enough to be quite wise, but you still have a lot of life to look forward to.

Regardless of your age, you may feel like you are still getting started.

Don't forget to look back at how far you've come. You've traveled a lot further than you might think.



Yer la kan..idup baru setahun jagung..tu pon dah kire banyak..sebab usia aku lambat lagi nak cecah setengah abad..life experiance dah 56%..cam nonsense jer kan..pape pun layan jerr...

Dayang Ngandung


Ade tak nampak cam pompuan ngandung..ni la Pulau Dayang Bunting..



Ni bukan Jaws ke Ikan Yu ker ok..ni haruan..yer yer..tak caye kan..untuk lebih mentakcayekan korang..ni aku ambik kat Langkawi..Kolam jabatan perikanan kat laut..ha..laut..bukan sungai ker air banjir ke..takde maknanye aku nak tipu ke nak buat lawak poyo ke..ni la Haruan Tasik..kata pemandu boat yang bawak aku pegi island hopping..


P/S: Gambar2 ni aku ambik masa buat inspection kat Langkawi..

Tak bleh ke mandikan dorang




Teruja aku dapat tengok gajah dekat2..ni anak dia jer..mak dia dorang buat guna untuk elephant show..ni kat luar..nak kasi makan ke nak bergambar ke kene bayar ok..RM20 kot kalau tak silap..oleh kerana aku pegi buat inspection kat A'famosa Resort Melaka maka aku leh masuk semua Theme Park dia free n ambik gambar Free..ngeh ngeh ngeh...





Sombong tol bendalah ni..aku nak ambik gambar dia dia paling lak..cam tau2 aku nak ambik gambar dia free..kuang hajo tol..ni mesti tuan dia ajar ni..ni pon sama kalau nak ambik gambar kene bayar..exploitasi binatang betul dorang ni..





Apa persamaan dua binatang ni agak2 korang...dua2 bau busuk..thee hee..busuk gilo wei..tak lalu aku nak pegang pon..adik aku bergambar ngan pony kat Cowboy Town..dia cakap busuk pony tu..sampai tangan dia busuk..nyumpah2 adik aku..pastu dia nak bergambar kat kerusi tempat dorang letak orang utan untuk begambar..busuk gak tempat tu..marah2 adik aku sebab kene yang busuk2 n tak jadi nak ambik gambar kat situ..ha ha ha..





Kakak aku pon ada ambik gambar kat pony tu..dia pon cakap benda yang sama..konklusinya zoo dia memang teruk..busuk..masuk jer kawasan dia leh bau dah..busuk sesangat..tak suka tau..


P/S: Apsal aku asyik update pasal binatang jer neh..

Monyet, tong sampah dan milonya




Bila Monyet dah pandai minum milo..manusia nak minum apa plak lepas ni...pic ni aku ambik masa aku pegi buat inspection kat Langkawi hari tu..ni kat Tasik Dayang Bunting..masa aku nak turun tu aku ternampak la monyet ni tengah selongkar tong sampah..siap2 minum milo ni lagi..dah tahu banyak monyet buat apa letak tong sampah..lagi senang jangan benarkan pengunjung bawak makanan kat situ..bleh ke?..haih~

Travel Malaysia 2008

Hi Folks,

I'm still in Singapore..bekerja..banyak yang nak diceritakan..but tunggu aku balik hari isnin ni yer..sebab sekarang aku tompang lappy orang..thee hee..exhibitor sebelah booth aku..Homestay Kampung Jeruju, Kedah..Nama Tuan Haji Ariffin Bin Abu..Head of Agrotourism Section..orang nya?sangat lah friendly dan best sangat..dia ni baik n caring..lawak gak..sekarang dia takda..pegi makan kot..so aku ni kononnya jaga la booth dia..tapi aku dok membloggingkan diri plak..maklum la kat Singapore Expo ni ada wifi..makanya aku mengambil kesempatan la kan..


Overall kat sini tak la berapa ramai orang..mungkin kurang promosi dari Tourism Malaysia Singapore makanya tak ramai yang tahu..tapi aku rasa kalau dorang buat kat Suntec City mungkin banyak sambutan..but dorang pilih Singapore Expo yang sangat besar, banyak hall yang jugak besar2 dan jauh nun dekat ngan area Changi..


Banyak exhibitor kat sini yang rata2 from Malaysia la..namapun Travel Malaysia 2008..ada la several singapore exhibitor..this is a new experience untuk aku la..sebab selalu aku pegi travel fair akan involve sekali airlines..but yang ni difference..dia involves coaches..nanti aku balik aku upload picas dia..dorang siap bawah bus double deck tu masuk dalam hall bukak kasi orang masuk n experince kat dalam2 tu..sangat lah mengujakan..


BTW..akak dah pehi Bugis Street semalam..thee hee..sempat lagi tu..tapi takde banyak benda yang dibeli..several tee n sourvenir jer..sebab more or less dia ni macam Petaling Street kat KL n Jonker Walk kat Melaka penoh dengan jualan pakaian, tees, accessories, foods and souvenir..difference..add 1 more supplier for all the goods sold here..Hong Kong..haha..tu jer..means ada barangan2 dari Hong Kong di jual di sini..especially baju2 la..sebab tu dorang punya baju ala2 artis Hong Kong gitu..sebab dorang banyak ikut trend dari Hong Kong..


Terlupa plak nak cakap pasal hotel..kitorang duduk kat Hotel 81..di Joo Chiat Street..bilik dia..?ko bukak pintu terus nampak katil...harga? SD129.00..ko darab sendiri la dengan RM2.4..hmm..tu 3 star ok..kalau 5 start tak tau la kan..tapi tempat yang kitorang stay tu senang la nak makan..sebab kat area Geylang Serai.tempat yang banyak melayu..ada Malay settelment lagi..Makan kat Zain's cafe..sedap n banyak sangat choice..from western to oriental..ada nasi padang lagi..hmm..aku teringin nak makan nasi padang sebab tk pernah try..sebelum balik kena cuba..


Second experience datang ke Singapore tak la teruk..sebab cam dah tahu skit..so far ok jer la..ok la..see yah lagi kalau ada kesempatan ya..tarra..

Geli aihh...




Pompuan ni adalah Azura yang Disney Channel dulu tu..aku ambik masa Go Green hari tu..dia tengah berdiri atas The Tree Top Walk..cube tengok bebetul apa kat leher dia tu..geli kan..

Flower me

.


Aku yang sewel..ni aku ambik masa Matta Fair Penang hari tu..kitorang rembat bunga2 tu bawak balik..miahahaha..bunga idup ok..belambak2 plak tu..sebenornya dari hari taklimat tu lagi aku dah geram nengok bunga2 ni..masa tu dorang tengah gubah la..aku ni bukan suka bunga2 ni..tapi kadang2 angin aku datang aku suka gak..thee hee..ntah apa2 ntah..

Travel Malaysia 2008 - Singapore Expo




Masa korang baca entry ni aku dah bertolak ke Singapore dengan van yang diuruskan oleh tourism Kedah..yang akan ikut kitorang cuma Kedah Resort n Homestay Jeruju..so we will be 4 in group respresenting Kedah untuk Travel Malaysia 2008 di Singapore Expo..haih~


Ni kira 2nd time la for me n Mrs Manager..tapi first time merupakan pengalaman yang sangat ngeri la..sebab kitorang main redah masuk je guna bus..so penat naik turun MRT jer lah..n berebot2 masa nak balik..dah rupa pelarian dah..tapi sampai gak Sentosa Island yang orang sebot2 tu..aku ada tengok dalam cite Wonderfull Life (siri korea)..indah khabar dari rupa jer sebenarnya..haih~


Kitorang dijangka bertolak ke Singapore kul 10.00 am 16 Oct 2008..dan dijangka balik 20 Oct 2008..Ni kira pengalaman pertama buat promo kat negara orang ni..doa2 kan yer..

Mana la peginya ni

Aku heran sungguh..mana la aku letak camera aku ni..satu rumah aku cari tapi aku tak jumpak..hmm..misplaced mana tak tau..isk.geram tol..dah la orang nak pegi Singapore ni..terpaksa la ku bawak yang ayah aku punya..dah sebulan lebih aku tak tengok camera tu..last sekali aku guna masa Go Green hari tu..pastu aku transfer2 gambar..terus aku tak tau lagi aku letak mana..careless betol..geram geram geram pada diri sendiri..


Dah la mata aku ni dok merah tak pasal2..pedih2 plak tu..geram aihh..macam2..

Ni yang di katakan cedera di dapur

Tadi aku Aku basuh pinggan..sekali masa aku nak letak pinggan kat tempat letak pinggan tu tetiba ja mangkuk biru mak aku jatuh atas kaki aku..sakit la la la la...cam nak nangis pon ada..ni tengah sakit la ni..hampes..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...