Jangan, jangan dan jangan!!!!

Dah lama tak bukak Yahoo Mail..aku memang jarang check email yahoo ni..masa tengah delete email2 spa, aku terperasan ada email dari ayah aku..so aku nak la kongsi dengan korang semua..rajin2 la baca no..


*****************


Jangan biasakan berbohong
.

Kerana ia adalah ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kepercayaan & kasih orang kepada kita.


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
Kerana
mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
tidur selepas solat Subuh.

Nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti
rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nantikita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.



Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




P/S: ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Lega dah balik

Aku dah sampai balik rumah..hmm..nenanti la aku post entry trip ke Terengganu ya..heva great day..tarra..

HAPPY CHINESE NEW YEAR [sticky mode]

**Please scroll down for my new entry**


zwani.com myspace graphic comments

&

HAPPY HOLIDAY

TO ALL

FROM

HOODEDLICIOUS a.k.a NORULE HITLER

Perompak pencuri sekarang berani2 balaka

Baru2 ni dalam minggu lepas ada kes pecah kete kat depan office aku..kepunyaan sorang sales girl Chinese..yang lawaknya..dia leh tak perasan n tak nampak yang kete dia kena pecah.padahal dia parking kete depan kedai yang dia pegi tu jer..dia pakai Pesona putih..dah tu letak beg dalam kete plak..cam nak soh orang pecahkan kete dia plak gayanya..


Yang nampak tu budak yang keje kat Pusat memandu tingkat 2..dia tengah lepak kat depan office dia kat tingkat 2 nunggu gerai cucur udang bukak..menurut cite dia..dia nampak 2 orang budak mencurigakan dok berlegar2 kat kawasan office kitorang..panjang la citenye n aku cam tak reti nak explain..apa yang pasti..masa budak tu tengah resah gelisah menanti gerai cucur udang bukak (sebab dia lapar) tetiba dia dengar bunyi "prak"..masa tu dia tak sure apa yang dah jadi..tapi dia nampak la budak tu kat kete tu..tak berapa lama pas tu..dia nampak budak tu tarik kuar satu beg yang menyerupai beg laptop n blah ngan kawan dia..cam terpanik n kaku seketika budak yang nampak tu call Kak Na..aku yang malas nak ambik port buat bodoh jer...tak lama pastu aku turun sebab nak sembahyang..masa tu la aku dengar cite dari budak tu..


Tuan kete tak jugak muncul..n dia tak tau yang kete dia kena pecah..aku ambik keputusan untuk call polis..ni lagi satu..kalau ada perompak nak merompak aku rasa perompak tu dah bawak lari barang rompakan n dah sampai Bukit Kayu Hitam baru polis sampai..bukannya apa..4 kali aku dail 999 tak bleh masuk..ada ke patut..dah la tu..jenuh nunggu gak la baru dorang angkat..haih..ntah ape2 la..kang kalau aku marah cakap aku lawan polis..bangkang kerajaan..tapi kalau tak cakap susah jugak..sampai kucing bertanduk dorang tak tau yang dorang punya so call emergency line 999 tu lembab n tak efficient langsung..haih..please la..nunggu dorang pick up call aku rasa kalau aku drive pegi IPD town aku pon dah sampai..office yang bertugas kat IPD town aku ni tak pula tanya nama aku apa..no phone aku berapa..yer la buat reference..mana la tau aku tipu ker..sebab aku guna phone office Kak Na..dorang leh detect ke sape yang guna..memang la dorang leh trace nombor yang aku guna..tapi dorang tau ke sape yang call..hmm..cam no tu..


One more thing..2 orang offecer memang dok ronda pegi balik kat depan office aku..lepas aku dengar cite budak tu aku nampak 2 officer tu nek motor lalu depan tepat kejadian..n aku rasa memang dorang buta sebab tak nampak kete tu dah kene pecah..walhal kalau tengok mesti leh nampak punya la..haih..ni la orang kata keje setakat melepaskan batuk di tangga..tu cam mana orang tak marah kat polis..


Berbalik kepada cite tadi..after call polis..2 orang officer yang meronda tadi tu datang..memang la cepat gile sebab dorang memang ada kat kawasan tu..bila officer tu tertinjau2 kat kete tu baru l owner dia terkocoh2 datang..n dia terkejut tengok kete dia..haih..kesian dia..tu la kesah nya..


Pecuri sekarang ni berani betol..siang2 hari tengah khalayak ramai dorang berani pecah kete orang..mencuri n sebagainya..itu memang menakotkan..kawasan office aku ni dah 2 kali dah kes2 kecurian..hari tu lagi la..kedai mas kat bawah tu kene rompak..menakotkan..aku time tu takde la kat kawasan tu..aku turun operation..haih..macam2..seram pon ada dengar..budak yang nampak orang pecah kete tu kete dia calar balar masa rompakan kedai mas tu..dah dia parking depan kedai tu..hmm..apa la nak jadi dunia sekarang ni..semoga Allah SWT lindungi kita dari bencana dan mara bahaya..

Tahun2 Baru Dalam Bulan 1

Korang perasan tak satu benda..semua tahun baru jatuh dalam bulan Jan..Tahun baru Masihi telah la kan..1 Jan 2009..dah memang January..Tahun Baru Hijrah pon jatuh dalam bulan Jan..Ponggal..Tahun baru bagi orang2 India n Tahun Baru Cina jugak dalam bulan yang sama..dah la bulan ke 9 Masihi dengan bulan ke 9 Hijrah sama seiring tahun lepas..maksudnya..1 Jan bersamaan dengan 1 Ramadhan..What a co-incident..kan kan kan..


P/S: Co-incident ke ni..?..atau....ntah la..

Dorang yang buta atau aku yang tak sedar diri

Situasi 1

Di sebuah kedai runcit dekat ngan rumah aku..aku singgah nak beli telur ngan roti..masa aku tengah nak pegi kaunter bayaran ada satu budak kechik berdiri menghalang laluan aku..

Budak Kechik: Mak..apa tu mak..

Mak Dia: Tepi tepi makcik nak lalu..



Situasi 2

Di sebuah Hair Salon dekat ngan office aku..Kak Nak nak potong rambut Arisa..so aku ngan June ikut sama la..dah alang2 pegi tu nak ler tanya budget n style apa yang sesuai ngan muka aku..


Aku: You rasa kalau i potong cam China Doll elok tak..atau u ada suggestion..

Pekerja Salon: Hmm..i rasa u potong kasi pendek skit..nampak muda skit..



Persoalannya sekarang..adakah aku ni nampak tua sebelom usia..?..tolong jawap sat..

Nak apa?

Masa korang tengah baca ni aku dah pun gerak ke KL ngan mummy..singgah KL jap sebab kakak n adik aku ada di sana..then gerak ke Terengganu..aku tak suka drive pepagi sebab nanti mula la nak ngantuk la apa la..sangap la..busan..tapi nak buat cam no kan..perjalanannya jauh..so kena la bertolak awal supaya leh gerak ke Terengganu pon awal..


Aku perasan sendiri yang aku ni jadi garang plak 2 3 hari ni..garang yang melampau..kira nak marah jer..tu pon aku control2 memek muka aku..kalau tak memang cam singa lapar..PMS PMS..terok cam ni..aku memang control emosi aku ni..kalau tak memang terok la..aku sendiri pon tak suka..orang lain lagi la..menci la..bila ada perasaan marah n nak belasah orang dalam diri ni..cepat la period ni habes sebab aku meluat dengan muka aku yang garang cam singa betina hilang anak ni..haih..


Semalam (kalau ikutkan..tadi la..sebab ni entry auto publish) dapat panggilan dari ex aku..sebenarnya..aku harap dia tak call aku lagi..memandangkan aku nak lupakan semuanya pasal dia..tapi dia ni asyik nak mengganggu ketenangan aku..call aku pada waktu yang salah..buat aku teringat balik semua pasal dia..then dia senyap berbulan2..elok aku nak ok n lupa semua..dia call lagi..maunya aku bom rumahnya cam Israel bom Gaza baru dia senyap selama2nya..


Dia nak jumpak aku..nak jumpak buat apa lagi..dah dah la..dia dah ada kuarga pon..nak cari aku lagi buat apa..haih..nak lari pegi jauh2..tapi nak lari mana..haih..aku memang perlu cari ketenangan diri..malangnya aku tak leh solat..tu yang buat aku serabut kepala..Semoga Allah SWT tabahkan hati aku..

Terengganu here I come..

I'm going to Terengganu this Saturday..wah asyik jalan jer ni..hmm..bila lagi nak jalan kan..aku dah kata aku ni busy..busy sampai aku tak de masa untuk diri sendiri..sangat pathetic kan..bukan busy keje jer..tapi busy dengan activity harian n mingguan yang agak pack..korang rasa aku soka hati sesangat sampai nak lompat2 pecah bumbung ke nak jalan2..?..aku ni jenes yang soka dok rumah jer kalau takde hal..tak berapa soka sangat nak jalan2 tak tentu pasal..yes aku soka traveling..tapi ada masa la..tengok kesesuaian masa..walaupon hati ni berat jer nak ke mana2..tapi paksa diri gak la..hati semua pihak nak kena jaga..coz they all tak leh terima perkataan TIDAK, TAK MAU n TAK BOLEH..haih..


N aku ni payah nak ucap perkataan TIDAK, TAK MAU n TAK BOLEH tu kalau ianya tak bebetol perlu..itulah kelemahan aku..masa aku sekarang hanya dibahagi dua..setengah untuk keje..setengah lagi for family..for me..?..none..even aku cuba untuk bagi masa pada diri sendiri..still tak leh..sebab orang lain lebih perlukan masa aku..sometimes kita nak bersendirian..tapi tak dapat nak buat cam tu..haih..apa2 pon i'm going to Terengganu..satu2 negeri yang aku tak pernah pegi kat sebelah semenanjung ni..harap2 trip ni best..

Membarah dalam dada

Kenapa la dorang ni tak mau nak paham..aku bukan benci..tapi hati aku ni tak leh nak terima..harus aku berpura2 n paksa diri aku untuk terima walhal hati aku menolak2 n memberontak..macam mana lagi aku nak explain sedangkan aku sendiri tak tau kenapa..dalam hal ni aku akui memang susah untuk aku paksa otak aku berfikiran positif..setiap kali aku paksa..setiap kali tu otak aku reject impulse tu..akhirnya membuatkan aku membenci diri aku sendiri..


Aku akui aku cukup terluka..sejak kechik..sangat2 terluka..luka tu makin lama makin besar n dalam..sampai satu tahap luka tu dah jadi sebati ngan aku..luka tu tak pernah sembuh..membuatkan aku menjauh..tapi setiap kali aku cuba menjauh setiap kali tu semua orang mencemuh aku..luka ni mungkin akan sembuh jugak satu hari nanti..tapi parut dia hilang tak..?..


Sejak kechik aku tanggung beban perasaan n sakit dari luka tu..sampai sekarang barang kali dah jadi nanah..atau mungkin dah berulat..ditambah dengan macam2 benda lain yang membuatkan aku bertambah sakit n parah..tapi aku cool ja..paksa diri think positif..yes..aku berjaya yakinkan diri aku untuk be positif..kalau tak aku dah lama masuk hospital bahagia..


Aku happy..ceria..gumbira..ketawa..nampak cam takde masalah kan..itu cara aku melupakan kesakitan n keperitan yang aku rasa..sometimes aku ada gak rasa sedih, sebak, benci, salahkan diri sendiri n ntah apa2 lagi..tapi tu aku anggap as PMS je..sebab perasaan tu datang bila aku tengah period jer..hari lain under control..hmm..


Macam sekarang ni.so kalau several latest entry aku cam emo2..tensi2..tu semua sebab PMS..so jangan pelik atau heran plak ya..benda ni need to diluahkan..kalau tak parah..bertukar jadi barah..sapa susah..aku jugak..


Neway..thanks for reading..see yah around..tarra..

It's a twin !!

Gambar Sekadar Hiasan Sahaja


Congrat to HANIM, kawan aku masa di Convent dulu, atas kelahiran babies dia..kenapa babies..sebab dia dapat twin..boys lagi..sangat mengujakan bila dengar orang dapat anak kembar kan..nak jer aku lawat dia..malangnya dia di KL..so kena tunggu dia balik sini dulu la..oh ya lupa plak nak bagitau..anak dia kuar ikut tingkap..operation da..kluar awal 34 minggu plak tu..sekarang dua2 kat spital..sebab tak cukup berat n demam kuning..tapi dah ok..katanya tak lama lagi leh kuar la..


Dia delivered 6 Jan..anak awal tahun la ni..aku baru tau tadi..dia call aku..ya la..anak dalam spital..dalam incubator lagi..mesti la runsing..tapi dah ok dah anak dia..so dia call la aku bagitau..happy jer dengar kengkawan dah jadi mummy..diri sendiri bila pon tak tau la..neway..tahniah sekali lagi ya Hanim..

My life is one big soap opera - part 6 (Rupa Paras vs Duet Hengget)

Pada korang kan..rupa paras (termasuk la sekali rupa fizikal) ngan duit hengget (termasuk la kete mewah, bungalow, real estate n apa2 yang sewaktu dengannya) mana lebih besar kuasanya..?


Pada aku..duit hengget harta benda mempunyai kuasa yang lebih besar dari rupa paras..aku bukan cakap pasal kuasa super power ke magic haprak ke ape ek..ni kuasa tarikan..attraction power..so jangan plak ko nak buat bangang cakap kuasa Allah SWT lebih besar..tu memang la kan..semua pon tau..n entry ni tak cakap pasal kuasa yang ada dalam pikiran ko tu sekarang..mau nak kena tendang ramai2 je ni..


So aku ulang sekali lagi..Pada aku..duit hengget harta benda mempunyai kuasa yang lebih besar dari rupa paras..ni aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri..kalau bebudak pon leh pk cam tu..takkan orang dewasa tak pernah nak pk kan..


Aku penah sekolah kat sekolah perempuan dulu..3 tahun sebelom aku masuk sekolah teknik..dari form 1 sampai form 3..aku ni boleh la dikatakan ok la jugak dalam academic..tak nak la cakap bagos ke excellent ke kan..cam riak plak..tapi kira mampu bersaing la dengan budak2 pandai kelas first tu..


Masa aku form 1..aku ditempatkan kat kelas B (kelas no 2..sekolah aku pakai A,B,C je..takde lagi nama bombastik macam sekarang ni)..sebab aku bukan asal sekolah tu masa primary school..lagi plak result UPSR aku takde la cemerlang..biasa2 jer..so aku masuk la kelas B..aku study cam besa..most of the student orang melayu..ada la dua tiga kerat cina n india..most of Chinese n Indian dalam kelas A n C..kelas pertengahan ni tak banyak..


Aku study cam besa ja..pegi sekolah balik sekolah..aku tak tuition cam orang lain..tak masuk kelas music cam orang lain..exam aku jawap apa yang aku tahu berdasarkan apa yang aku baca..result keluar..n aku terkejut..bila mana aku dapat first place dalam kelas..dan membangga kan aku dapat tempat ke 10 dalam tingkatan..means secara keseluruhannya..sangat bangga babe..bila mana budak India, Chinese n Malay dari kelas A datang tanya aku "You ke yang dapat no 10 dalam tingkatan tu"..aku dengan bangganya cakap ya..form 2 aku ditukarkan ke kelas dorang..so aku sekarang boleh berbangga nak cakap aku budak kelas A..bukan senang babe..budak2 kelas tu semua pandai n excellent..kelas tu Chinese n India memang ramai..so persaingan sangat lah sengit..nak kekal berada dalam top 10 pon seksa tau..tapi aku berjaya kekalkannya..struggle jugak..Aku cita ni bukan sebab aku nak riak..aku tau korang2 lagi pandai n excellent dari aku..


Dalam kelas aku ni banyak puak..banyak group..tapi aku ni masuk mana2 ja..aku takde la plak nak group2 or puak2..antara kawan2 yang rapat dengan aku adalah Zaharah, Hada n Shafia..aku masih ingat dorang sampai sekarang..dorang2 ni dari group yang berbeza..so sekarang baru sampai ke ceritanya yang sebenar..yang berkaitan dengan persoalan di atas tu..Ada satu group ni..yang mana terdiri daripada malay jugak..dorang ni kira antara yang pandai..salah seorang dari dorang sekarang dah jadi doctor..n dia sekolah rendah dengan aku..sekelas lagi n se geng lagi..salah seorang dari dorang ni jugak merupakan pengawas sekolah..yang mana aku tak benci..cuma tak suka saja..tak payah la aku nak bagitau nama dia kan..pendek kata aku memang tak suka dia..sebab aku tau dia tak suka aku..mungkin sebab dia rasa kemasukan aku n beberapa kawan2 aku ke kelas A tu dah membuatkan kawan2 se geng dia terpaksa turun kelas..tapi apsal dia sebok plak nak marah kan..tak kisah la..yang pasti dia memang tak suka aku..n aku pon tak suka dia..sebab dia suka cebik mulut kat aku..pandang n senyum sinis kat aku..aku cam blur gak la kan apasal dia tak suka sangat ngan aku..


One day..masa aku di tingkatan 3..dah tak ingat masa mana..yang pasti pagi..aku selalu sampai awal kat sekolah..dalam kol 7.oo am..pagi tu Zaharah bagi tau aku..



Zaharah: H**A..hang rapat dak ngan H****A..(H**A tu aku la..)

Aku: Aku kawan cam 2 cam 2 ja ngan dia..hmmmm...dia cam tak suka aku ja..so aku pon malas la nak join depa..awatnya hang tanya..

Zaharah: hmm..takdak la..hari tu dia ada la kata kat aku.."Zaharah..hang tak malu ka kawan ngan H**D tu..dia tu kan cam tu."

Aku: Cam tu..?..aku ni cam mana..?..pasai pa dia kata lagu tu?

Zaharah: Tak tau..tetiba dia mai tanya kat aku lagu tu..

Aku : Hang jawap apa kat dia?

Zaharah : Aku kata la tak..sebab aku dah kawan ngan hang dari sekolah rendah lagi..kita satu kelas dari darjah 3 sampai darjah 6..pasai pa plak aku nak malu kawan ngan hang..

Aku : Pastu dia kata apa lagi

Zaharah: Pastu dia blah la..hanga jangan dok ingat apa la..biaq la apa dia nak kata..hang tetap kawan aku..



Kalau korang sakit ati tak..tu semua bunga2 nak cucuk kawan2 aku la tu..haih..aku just buat bodo ja malas nak ambik port walaupon aku sakit hati n kechik hati..aku buat tafsiran sendiri la..aku ni tak vogue..tak lawa..gemok..selekeh..lagi plak aku kawan ngan budak kelas aku yang tak kaya raya..orang susah..dia kawan memilih..nak yang lawa2 ja..vogue ja..kaya2 ja..aku pakai cermin mata murah..dia pakai yang frameless..bayangkan la time tu kalau frameless berapa harga..mesti mahal gila kan..so aku ni nampak cam budak miskin merempat la pada mata dia..sedangkan dia baju sekolah pon ada jenama..haih..manusia2..


Korang tau apa aku buat..kebetulan ayah aku balik (ayah aku masa tu keje kat KL)..aku soh dia hantar aku..everyday tau..hari ni nek kete Volks Wagon (kete kura2), esok dengan Mecedes lusa ngan keta apa lagi ntah la tak ingat dah..yang pasti lain2 kete la..pastu mak aku memang hantar aku everyday ke sekolah ngan kancil..bukan aku nak belagak or menunjuk2 kata ayah aku ada banyak kete..kebetulan ayah aku balik rumah ngan lain2 kete..kete Makcik aku a.k.a second mother aku..kalau ayah aku yang hantar memang lambat skit la..dalam 7.30 am cam tu baru sampai sekolah..so time tu dia dah ada..kelas aku plak dekat ngan pintu pagar sekolah n dekat gila ngan jalan dalam sekolah tu..so aku soh ayah aku turunkan aku bebetul depan pintu kelas aku..jahat n keji tak aku..each n everytime aku sampai dia ada tercongok kat pintu kelas..so dia nak ke tak nak ke..dia kena tengok la kan..


Lepas2 tu aku nampak dia dah mula nak rapat n berkawan ngan aku..cakap baik2 ngan aku..permulaannya dia datang meja aku nak pinjam pen..punya la ramai orang dalam kelas..apsal pen aku gak dia nak pinjam..ya la memang la aku dok depan sekali..tapi Shafia pon ada pen..Teoh pon ada pen..Izan kawan baik dia (yang dah jadi doctor tu) pon ada pen..dorang pon dok depan sekali gak..apsal aku yang dia tak suka ni yang dia pilih..nampak tak apa yang aku persoal kan kat atas tu..manusia ni..kalau berharta berduit..burok rupa pon takpe..


Korang rasa aku kawan tak ngan dia..?


Definitely NO..aku bukan kemaruk hadap sangat nak kawan dia..aku bukan budak pompuan nerd dalam cita2 orang putih yang sanggup dibuli semata2 nak jadi kawan kepada manusia2 sengal yang perasan diri dia cantik.sorry la..kalau dia ingat sebab aku bukan budak miskin merempat seperti yang dia sangkakan n dia nak kawan ngan aku..boleh blah..aku tak hadap friendship cam tu..ada sekali aku jumpak dia kat town aku ni last year..tapi aku tak tegur pon..malas..dia lagi la..haram nak tegur..belagak lagi ada la..lantak dia la..asalkan dia bahagia..nama kata aku nak berkawan rapat ngan dia..NO WAY..sebab dia penah hina aku dulu..setakat berbasa basi tu bleh la..


So persoalan "rupa paras (termasuk la sekali rupa fizikal) ngan duit hengget (termasuk la kete mewah, bungalow, real estate n apa2 yang sewaktu dengannya) mana lebih besar kuasanya..?" dah terjawap la..aku ngaku aku memang tak lawa (tapi muka takdak jerawat na)..gemok..selekeh..tak vogue..tak pakai barang berjenama..n tak suka bermewah2..itu adalah aku..tapi kan..aku ada mintak duit dia ke..tak kan..aku pinjam otak dia ke buat belajar..tak kan..aku ambik boyfie dia ke..tak kan..so apala yang dia sakit sangat ngan keadaan diri aku ni..heran sungguh manusia..aku tengok dia sekarang tak vogue mana pon..pakai Naza Suria je pon..lain la kalau dia pakai Honda City ke..Vios ke kan..jangan suka menghina orang..kita tak tau orang yang kita hina tu sapa..ntah2 dia tu jutawan..anak jutawan ke..anak raja ke..kerabat ke..kan..buat malu muka jer..to that idiot..berubah la yer..manusia ni sama jer..tak kira lawa ke tak ke..gemok ke kuros ke..yer..mati dok dalam liang yang sama pattern gak..kapan kain kapas gak..so tak yah la nak berlagak..


Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...