Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

SELAMAT HARI MERDEKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA


DI PENTAS KEBEBASAN


Kamu membakar hutan bandar

Kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu

Siapa yang ditentang juga jelas

Menegakkan keadilan dengan tangan kasar

Meja rundingan pun turut dibakar


Seorang tua termanggu melihat kejadian

Peristiwa yang tidak terlintas di fikiran


Apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan

Kau bersorak bangga mematahkan


Aku yang mengecat tugu sejarah

Putih bersih sedap mata memandang

Kau conteng dengan niat hitam


Jari terketar tak mampu menampar

Tangannya letih hendak menangani


Mereka yang bingung di pentas kebebasan

Tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak

Sedangkan ladang sudah dibajak

Benih sudah dipilih untuk disemai


Orang tua itu berbisik sedih

Aku membina kamu meruntuhkan


KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Semadikan ia dalam jiwa serap dalam minda supaya tidak hilang jati diri tidak lupa asal usul serta pejuangan orang2 terdahulu menuntut apa yang kita miliki sekarang

1 comment:

Encik Nort said...

aku mula belajar menghargai sejarah selepas tgok crita bukit kepong..terlalu melekat disanubari...

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...