Jangan pakai lipstick nanti batal puasa

Info ni aku dapat dari blog seorang teman, Shaferlicious..thank ya sebab kongsi info yang berguna ni..


Actually aku pernah terpikir pasal benda ni..tapi aku buat bodoh jer sebab aku tak rasa penting sangat..tapi tak sangka sebenarnya benda ni memang salah pon..tapi aku ni bukannya jenes yang suka conteng2 muka..so tak de la masalah besar pada aku..cuma hari tu masa awal puasa aku kan deman campak seminggu..so bibir aku cam kering la kan..so aku apply la lipbalm..masa tu aku tetiba terpikir batal ke tak puasa kalau pakai benda tu (walaupon sebenarnya aku tak puasa pon)..dengan adanya article ni maka aku harap kita semua jangan buat2 lupa atau tak tau..kang tak pasal nak kena ganti puasa sebulan plak..sanggup ke..?..

Article from: Berita Harian Isnin 24/08/09


Memakai gincu boleh batalkan puasa?

Soalan ini sering ditanya setiap kali Ramadhan. Sesetengahnya menganggap ia dibolehkan kerana gincu sekadar dicalit pada bibir dan tidak kurang juga yg mengatakan ia tidak dibenarkan kerana takut tertelan gincu khususnya apabila bibir kering, secara tidak sengaja kita cenderung melembabkan bibir dengan lidah.

Penceramah bebas, ustaz Zawawi Mohd Yusof, berkata..

Gincu boleh larut dalam air liur dan mungkin boleh menyebabkan puasa terbatal.Justeru beliau menasihatkan wanita mengelakkan memakai gincu ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal.

"Kalau boleh tidak payah pakai gincu apabila berpuasa. Apatah lagi gincu itu mempunyai perisa atau bahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal apabila ia larut dalam air liur dan kita menelannya.Begitu juga dengan pelembab bibir yg digunakan untuk mengatasi masalah bibir. Bibir kering memang biasa pada bulan puasa kerana tubuh kekurangan air. Ini juga adalah cabaran pada bulan suci ini" katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Betul ke batal puasa?

hoodedlicious said...

Hmm..dah masuk paper..betul la kot..secara logiknya kalau dipk2kan memang la batal..sebab ada rasa kan..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Auntie ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" Take Care

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...