Bersedia Tempias Gelombang Kedua

Ini di perolehi dari blog kak jijah (Tijah Lawa) masa bloghopping tadi ni..tetiba rasa seram sejuk plak..takut betul dengan kenyataan Tun Mahathir yang i highlight tu..nak buat apa sekarang ni..dah macam ada wabak nak merebak plak..tengok citer alien vs predator? cam mana orang lari bertempiaran nak selamatkan diri..cam tu la i rasa ketika ni..nak buat apa sekarang ni...hadoi..pening dah..nak simpan duit banyak pon i bukan gaji besar..gaji cukup2 makan n bayar hutang jer..hadoi..nak buat apa ni..tolong tolong tolong..Bil Gate please derma kat i 1 juta...huhu...T_T


Bersedia tempias gelombang kedua

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ingatan sudah wujud tanda-tanda gelombang kedua kemelesetan ekonomi di Eropah dan Malaysia mungkin turut menerima kesannya apabila ia berlaku.

Beliau memberitahu, tanda-tanda itu sudah dapat dilihat ketika kunjungannya ke Britain baru-baru ini.

"Saya baru balik dari England dan nampak ada tanda-tanda kemelesetan ekonomi gelombang kedua berlaku di sana. Kalau berlaku di Eropah, kita mungkin akan turut menerima tempiasnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan IRIS Corporation Berhad di sini hari ini.

Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama mengusahakan 40 hektar tanah di Perak dengan projek tanaman tembikai emas.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali Ismail dan Presiden Koperasi Atlet, Datuk Mumtaz Jaafar

Ditanya adakah inisiatif kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober ini mampu melindungi ekonomi negara, beliau menjelaskan:

"Kerajaan sedang berusaha tetapi ia bergantung kepada sektor lain iaitu sektor dalaman dan luaran."

Najib sebelum ini turut meminta rakyat supaya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kelembapan ekonomi pada separuh kedua tahun ini yang dilihat boleh mendatangkan risiko kepada sasaran pertumbuhan ekonomi negara.

3 comments:

Faisal Admar said...

gelombang kedua?
alamak!
kaki saham kena bersedia.

jejaka anggun said...

dulu ada anuar tlg nasihatkan dia pasal financial issue nih. skang nih sapa plak la nak nasihatkan najib kan?

sian.

Dart Hyda Osman said...

FA: yah..takut la..serius..
JA: hmm najib ada penasihat dia sendiri..hope he have prepared something for this..this kind of freak me out..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...