Showing posts with label Books n Novels. Show all posts
Showing posts with label Books n Novels. Show all posts

Sutera Bidadari Rocks My World!!!






I baru jer habes baca Sutera Bidadari dari Ramlee Awang Murshid dan i sangat-sangat teruja ngan siri kali ni..sebab memang best giler..kali ni corak penceritaan dia sangat mantop dan berbeza..banyak watak baru yang diwujudkan dalam siri kali ni dan kesinambungan antara watak dan jalan cerita sangat smooth dan perfect..mean bila baca tu takde persoalan yang tak terjawap di tengah2 cerita...yang ada cuma di hujung sebab i bet ada sambungannya..dan i tak sabar nak tunggu sambungannya tu..





For this time being..i akan start baca ADAM..yer yer lama punya..tapi i baru nak baca sementara nak tunggu Fiksyen 302 yang bakal keluar Disember 2011 ni..tengok cover pon dah seram..hah...i sokong penulis malaysia..thank RAM sebab buat novel-novel yang sangat best which membuatkan i tertunggu-tunggu novel style mana plak nak kuar pas ni..




P/S: Pictures Courtesy of RAMFC

The Books & I

Bila di hitung2 rupanya sudah lama tak baca novel cinta..last sekali baca novel cinta dalam tahun 2002 atau 2003..tapi tak ingat tajuk la..apa yang i ingat..dalam tahun 2002 atau 2003, novel terakhir yang i baca novel bertajuk Setinggan..novel ni bukan novel cinta..tapi kisah penduduk kampung setinggan..dari mula di buka sampai kerajaan ambik balik tanah tu..memang interesting..i wonder kenapa novel macam ni tak berapa terkenal..Novel cinta yang i maksudkan tu i baca sebelum novel Setinggan..

Novel Setinggan ni dia punya tebal memang tak hengat punya..haha..tebal gila..ada la tebal macam ensiklopedia..tapi best sangat..start dari situ i sedar yang i ni bukan penggemar novel cinta dan minat nak baca novel cinta tu hilang macam tu ja..actually dari sekolah lagi..i suka sangat baca novel seram..ingat lagi dulu masa sekolah rendah suka sangat baca novel seram Tamar Jalis..novel Bercakap Dengan Jin..dia punya tebal lebih kurang sama ngan novel Setinggan..Dulu novel Bercakap Dengan Jin tu memang tebal sebab dia kumpulkan banyak cerita dalam 1 buku..sekarang jer dia pecahkan satu2..tapi i rasa dorang tak cetak semula dah kot sebab tak pernah nampak dah novel tu di kedai buku..tu memang all time fav la..start dari situ i suka baca novel seram and tengok cita seram..

Novel cinta yang pertama i baca (actually i tak sure genre dia sebab nak kata cinta tak la romantik beria sangat) tajuk dia Badai Semalam karangan Khadijah Hashim..i still ada lagi copy lama dia yang cover dia warna biru tua tu..ada 2 copy kat rumah..actually bukan i beli..i think my dad punya kot..oh ya lupa nak citer..my dad memang suka baca buku..tak kisah la buku ke novel ke..dia memang suka membaca..dan dia punya passion tu turun kat i..i pon suka membaca..especially bila naik keta ke, bas ke, flight ke apa2 kenderaan la (tak termasuk moto dan basikal yer)..i memang tak tido la..i membaca dari start engine sampai la tiba di destinasi yang nak dituju..haha..memang tension pemandu kalau dapat copilot macam i..kah kah kah..

Berbalik kepada topic asal..Badai Semalam tu memang novel cinta yang pertama i baca..dan i baca more than 10 times..yer la masa tu sekolah rendah lagi..mana ada duit nak beli novel..so baca jer la banyak2 kali dah tu jer yang ada..actually ada lagi novel2 lain my dad punya..tapi mostly English..mana paham lagi masa tu..haha..lepas tu..i masuk sekolah menengah..baru la i mula baca novel2 lain macam Budak Setan, Lagenda Budak Setan, Budak Momok, Pilot Cafe, Sekuntum Bunga Sekeping Kad Seraut Cinta, Secangkir Kopi Panas Di Pilot Cafe, Kemelut Kasih dan banyak lagi la..i rasa bukan ratusan dah ribuan novel yang i baca..hasil dari pinjam di library sekolah dan awam..

Then bila tiba satu masa tu..otak i macam dah kebas dengan novel2 cinta..sebab banyak sangat kot baca novel2 macam ni..bila i habes baca novel Setinggan tu, i stop beli novel baru..memang takde lagi novel baru yang beli..i pegi sambung degree i bergelumang dengan buku2 akademik la pulok..haha..tapi ada jugak beli buku second hand dari lecturer yang buat book sale kat faculty..novel seram dan novel science fiction english..after a year macam tu kawan i pinjamkan novel karangan Ramlee Awang Mursheed Bagaikan Puteri..wahh terus jatuh cinta ngan karya RAM..i baca banyak kali jugak..tapi tak berpeluang nak beli hasil karya dia yang lain sebab sangat busy dengan study..lama la tak beli novel baru..habes jer belajar novel pertama i beli lepas dah keje sambungan Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta..then i follow novel2 karya RAM..habis jer baca novel baru dia i beli novel lama2 dia yang i belom baca..sekarang i know that what i need the most is novel2 RAM..

RAM ni bukan penulis novel cinta..tapi dia penulis genre Thriller..i memang suka genre macam ni so kena la ngan selera i..novel2 dia menjadi peneman i sebelum tidur dan masa i travel..sebenarnya minat membaca ni memang dari kechik lagi..i masih ingat masa kechik my dad ada belikan buku ABC..i suka sangat buku tu..then 1 day my lil sis dah koyak buku tu..i sedih sangat..nangis2 bagai..banyak la buku cerita kat rumah i..bedtime story punya pon ada..dongeng rakyat..siri Enid Blyton, Siri Salma (Siri penyiasatan yang lebih kurang macam Nancy Drew tu) dan banyak lagi la..dan buku2 tu masih ada lagi i simpan dan dalam kondisi elok macam baru beli..

Dulu masa kat sekolah rendah ingat lagi baca siri Pelajar :Tingkatan 1 Di Seri Melur and so on..haha..ada banyak siri kan..best sangat..berebut2 ngan kawan2 nak baca..pinjam kat library sekolah..zaman tu memang popular la siri ni..then ada siri salma, hardy boy dan beberapa siri lagi la..sekarang ni i wonder apa la yang budak2 la ni baca kan..tak tau dah apa yang popular sekarang...takkan baca novel cinta kot kan..

Actually bahan bacaan i dari zaman kechik sampai besor tak la tertumpu pada buku dan novel melayu sahaja..english pon banyak tapi mostly my dad yang belikan..ada la several yang i beli..tapi boleh kira dengan jari la..i tak baca bukan sebab my english teruk gila..tapi just i lebih suka baca karya anak melayu..culture dia lain..gaya bahasa dia lain..tak tau la orang lain pk macam mana kan..

Sebelum i habeskan ayat2 i..i just nak pesan pada parents kat luar sana..didik la anak2 anda untuk suka membaca..tak kisah la buku ke apa ke kan..kadang2 kita fikir susah betol nak ajar anak membaca..nak tanam budaya membaca dalam diri mereka..abang2 kakak2 pakcik2 makcik2..budaya membaca ni harus ada pada kita sebagai parent..baru anak2 akan ikut..ibu2 yang mengandung..banyak2 la membaca..anak yang kita kandung tu jugak mesti akan ikut jejak langkah kita suka membaca..tarra..:D



Hatiku Di Harajuku

Salam peep-pals!!

Seperti yang dah dinyatakan dalam entry sebelum ni..i tengah baca salah satu dari novel Ramlee Awang Mursyid..




Actually i belom pon habes baca lagi novel ni..so far ok..i suka jalan ceritanya..ganas dan suspen..bila baca novel ni kata rasa cam taknak berhenti..perasaan nak tau apa yang akan jadi selepas ni tu meluap2 membuatkan mom asyik marah sebab i asyik ngadap buku sampai bis sis soh bawak keta pon tak mau..i start baca novel ni rabu lepas..dalam bas on the way nak ke KL..novel ni i dah lama beli..cuma tak berkesempatan nak baca..actually i suka baca novel bila travel dalam bas ke keta ke..supaya tak boring and asyik buat taik mata jer kan..so masa on the way balik dari kl..big sis pon nak balik jugak..so balik naik keta ngan dia la..

Berbalik kepada novel tu tadi..i ada baca satu blog ni yang menghentam teruk novel Hatiku Di Harajuku..for those yang nak baca apa yang penulis blog tu kata sila klik sini..entry ni buat tahun 2007..masa tengah cari2 gambar terjumpak plak blog ni..pada i..i suka jer novel ni..even dialog dia guna bahasa jepun dan ada translation kat sebelah pulak..i still suka novel ni..

Novel ni memang memberikan kesan pada emosi i..sampai malam tido pon termimpi..novel RAM bukan 100% cinta la..diakan penulis thriller..apa yang i maksudkan tu bukan la bunga2 cinta dalam novel tu yang membuatkan emosi i terganggu..tapi cara olahan citer tu yang membuatkan citer ni cam real..kira i sampai rasa cam i pon ada kat dalam citer ni..sungguh menarik..several kekurangan tu biasa la..manusia tak perfect..just take it as entertainment..lain la kalau baca buku2 ilmiah kan..salah fakta memang susah..so lebih kurang tu halalkan jer la..


What next?

Cinta Sufi..tak sabar nak tunggu..dalam bulan march jugak nak kuar..for those yang dok kat kl bleh pegi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC 19-28 March 2010..for me..kena la tunggu novel ni masuk kedai..huhu..

10% kecewa dengan 9 Nyawa

Salam Uols,

Sekarang ni cam tak active sangat nak update blog..bukan sebab pe..i kan busy ngan online boutique..sebab tu yang tak dapat nak update selalu tu..lagi plak sejak dua menjak ni cam letih lain macam ja..apa..ngandung?..gila ka hapa..kawen pon blom..bopren pon takdak..nak ngandung kehapa..

Sekarang kan musim panas..so cam dehydrated skit la..sebab tu yang letih gamaknyer..ingat lagi entry pasal novel Ramlee Awang Mursyid 9 Nyawa?..tak ingat?..tak ingat klik sini..ok..apa yang i nak cita kat sini adalah..i dah habes baca novel tu..actually dah lama habes..tapi cam besa virus M penuh dalam badan kan..huhu..

Apa yang i bleh kata pasal novel ni..so-so..bukan tak best..cuma tak sehebat Novel2 RAM yang lain..kira tak bisa mengetarkan dada ku la novel ni..huhu..jalan citer dia menarik..cuma i tak rasa tarikan yang kuat untuk i stick on baca dan emosi tu ada sedikt kureng berbanding novel2 yang lain..tu i la..orang lain tak tau la..but for me..9 Nyawa cam tak bleh nak best Trilogi Bagaikan puteri, Ungu Karmila, Mikail dan Hatiku Di Harajuku..

Walau cam mana pon..9 Nyawa tetap best..cuma apa yang i nak tegur skit (cheaa..macam la RAM baca blog ni)..banyak kesalahan ejaan..ada jugak several kesalahan lain yang susah nak citer kat sini..i rasa auditor terlepas pandang kot..yer la sebab banyak manuskrip yang nak kena tengokkan..memang pening la dia tengok word2 semua..i tak salahkan sesapa la..sebab manusia tak perfect kan..as long as jalan citer dia ok..tak pe la salah sket2 tu..tutup mata jer la..

I tengah baca satu lagi hasil karya Ramlee Awang Mursyid..will update kat entry seterusnya..

This is what I'm waiting for...9 Nyawa by RAM


Dah kluarrrrrrrrrrrrrr...yeahhhhhhhhhhh..teruja seketika ya kawan2..tapi kat bookstore kat area sini takde lagi..huhu..tu yang sedeh tu..haih..actually ada 2 novel yang belom diupdate lagi..nanti bila dah rajin2 i update..saya sangat suka Ramlee Awang Mushid..maksud i karya dia..lain dari yang lain..tak percaya cuba la baca..mesti melekat..

Di kala orang sebok dengan Sophy Kinsella, Jody Picote dan ntah sapa2 lagi penulis barat yang sedang menempa nama di dunia penulisan novel ni i masih setia dengan penulis tempatan yang sorang ni..bukan sebab English i teruk ok..tak baca novel Inggeris, tak cakap omputeh 24/7 dan tak mempunyai blog berbahasa Inggeris doesnt mean that ko buta English ya..

Berbalik kepada 9 Nyawa..bila baca sipnosis i dapat rasakan konsep cita dia lebih kurang macam Trilogy Bagaikan Puteri..i cant wait untuk baca novel ni..nak gempur bookstore sekali lagi hari ni..mana tau kalau2 dah kuar ke kan..sesapa yang nak baca sipnosis dia sila klik di sini..


Marketing To The Campus Crowd



Ni buku baru yang aku tengah paksa diri aku untuk baca..ayah aku beli buku ni last week..so dia soh aku baca dulu..makanya aku kena habeskan buku ni sebelom dia tanya..*worried

Hijab Sang Pecinta





Aku dah lupe pasal novel HSP oleh RAM yang aku beli masa bulan pose hari tu..actually aku dah lama habes baca..sangat sedih..for me la..aku tak suke ending dier..di mana my beloved Saifuddin ninggal..*sob sob..Haryani end up solo sebab Dani kawen ngan Sulihah..*tsk tsk..


Bleh tak kalau aku katakan yang aku dah jatuh cinta ngan Saifuddin a.k.a Laksamana Sunan tu..haih..if only i can get someone like him..*which is not possible la kan..

Perang Armageddon

Hari tu..few days back la..time tu kira petang la dalam kol 5 lebih camtu..lepak ngan my dad kat dapur meneman my mom masak..aku niat nak tolong sekali terbatal sebab ayah sebok cita pasal Dajjal..huh..seram weii..dia baca petikan dari dalam buku kat bawah ni..



Nabi Muhammad SAW decribe dengan detail cam mana rupa si Dajjal tu..huh..naik bulu roma..buku ni cerita dengan detail tanda2 kiamat..yang secara logiknya memang ada sekarang..bukan tanda2 seperti yang kita tau tu..ni pasal perang Armageddon (peperangan paling besar), bila masanya Imam Mahdi muncul, nabi Isa AS turun..cam mana baginda bunuh si Dajjal..semua detail..

So sesape yang sangat berminat nak tau..sila la baca..sendiri feel..aku sampai leh bayang situasi masa tu cam mana punya ngeri n seramnya..insaf weii..cari la kat MPH ke..POPULAR ke.TIMES ke..Kedai Buku Pak Brahim ke..Toko Buku Husin & Son ke..pasti ada..

Aku dan Buku a.k.a Novels

Friday tu tetiba aku rasa cam nak masuk MPH Bookstore kat Tesco SP tu..dalam dok tinjau2 mags yang belambak2 kat rack 2..(actually aku tak de idea nak beli mags apa..yang penting i really need something to read)..aku ternampak crossword punya mag..ada yang 9 hengget lebeh n ada yang 14 hengget lebeh..so aku ambik tengah2.. 11 hengget lebih...semua ada 109 crossword..aku dah buat dalam 15..hehe..giler gigih..dok ngadap tu jer..tapi tak ambik gambar sebab tak terpk plak..pas dah grab Special Edition Find-a-Word Jumbo..mata aku meliar cari port mana plak aku nak tinjau..bila terpandang jer rack novel..*ting..sambungan Cinta Sang Ratu..yeahh..ada..tanpa pilih2 aku grab jer yang depan sekali..now i have something to read..i know how am i gonaa spent my time now..hehe..thank Encik Ramlee..u really make my day with stocks of great novels of yours..luv yah..tanpa pk berapa harga nyer aku trus pegi bayar..Rm19.90..takdo la mahal..Mak pejam mata bayar jer nyah..Bubbye MPH..will come again pas abis Hijab Sang Pencinta..


****
Fav novelist aku adalah RAMLEE AWANG MURSHID..giler punya best novel2 dia..yang paling aku suka 3 series dia yang sangatlah best..aku ni tak suka baca novel cintan cintun ni...aku peminat setia TAMAR JALIS..Siri Bercakap Dengan Jin yang beratus2 cite tu..baca sampai tak tido..aku ni peminat novel seram n thriller sebenornya..tak kire sape penulesnyer..asal seram jer aku baca..banyak la yang aku dah baca..tapi tak ingat tajuk buku..cuma jalan cite jer..sebab dah lama kan..

3 novel kat bawah ni bukan jer epic thriller n dongeng..tapi ada la sket cintan cintun..tak banyak sangat la..banyak pengajaran pasal agama..tu yang buat aku suka..novel ni banyak pengajaran yang tersirat..pada yang paham, paham la..so pada peminat novel..cintan cintun jiwang mawang..sila la coba novel2 ni..







Gambar ni aku dapat dari blog azrieizham(jangan tanya aku sape dia ni..sebab aku pon tak tau..aku surf gambar novel ni dapat blog dia)..kenapa aku cilok dari dia? sebab aku takdo novel ni..aku baca novel ni tahun 2005 ke 2006 tak ingat dah..masa tu aku tengah study kat Sarawak..tahun 2..aku pinjam dari Ann..aku dah jatuh chenta dengan novel ni..banyak kali aku baca..Saifudin a.k.a laksamana Sunan tu dah curik ati aku..jatuh chenta..haha..gilos..sampai ari ni aku tak beli lagi novel tu..aku memang suka ngabihkan duet..:)

Bagaikan Puteri ni kira part 1 la..mengisahkan Haryani n Saifudin a.k.a laksamana Sunan yang berada pada dunia yang berbeza..Haryani ni accidentn koma..roh dia dah masuk ke era sebelum kurun ke 15..bermula la kisah dorang..Cam mana dorang (dunia si Sunan) berperang melawan kejahatan..Cam mana haryani jatuh chenta ngan si Sunan ni..Cam mana Dani kenal Haryani n jatuh chenta masa Haryani koma kat spital..Cam mana Haryani balik ke dunia dia..memang best la..





Cinta Sang Ratu ni plak part 2..cite pasal si Sunan yang kawen ngan Ratu Sulaman a.k.a Ratna yang sangat kejam..dia dah Islamkan Ratu Sulaman tu..yang ni lagi dasat peperangan dorang..dorang berperang melawan dunia kegelapan..kire kuasa iblis laknat ni..sama cam part 1..cuma dia punya musuh tu lagi dasat la..kira memang best giler la..yang ni aku beli awal tahun ni..sampai aku pegi Misi Jualan Domestik anjuran Tourism Malaysia kat KL pon aku tak tinggal novel ni..





Yang ni terbaru..Hijab Sang Pencinta..aku beli last Friday kat MPH Bookstore..baru baca skit..belom habes..but i really know that this episode will tells more about Menggala since i finished with Cinta Sang Ratu..(for those yang terpinga2 menatang apa tu Menggala..beli la Cinta Sang Ratu..anda akan tahu)..apa yang pasti part 3 ni adalah the last episode..sedih plak aku sebab dah last dah..aku mengharapkan series Bagaikan Puteri ni sambung dan sambung dan sambung lagi..tapi apakan daya..bukan aku yang tules..kalau aku yang tules lain la..Encik Ramlee..please tules novel cam ni lagi..sebab sangat lah best dan dasat..please please please..


****

Aku cakap jer nak masuk MPH..mak cakap ok..mak tunggu kat luar..tak la lama..dalam 10 min jer..dah kuar aku cakap "sorry ya mak lama sket"..mak cakap "takper,beli buku baca bagos"..dia suka anak dia baca buku..aku cakap "novel jer pon"..mak cakap "tak kisah la novel pon, asalkan masa terisi dengan membaca"..how sweet..

Mak cakap dia nak cari buku untuk dia baca sebelom dia tido..tapi dia nak buku agama..ok..aku cakap "nanti kat Econsave kita cari"..sebab kat luar tu ada akak2 jual buku2 n cd2 agama..kuar jer aku tinjau2 kot2 ada buku yang sesuai untuk mak aku..susah tau..sebab buku2 banyak yang kechik2 tulisan dia..pastu tebal giler..pastu mak aku payah nak baca..pusing punya pusing..mak aku pegang satu buku..Misteri & Keajaiban Sifat 20.Kelebihan & Penghayatannya..Mom..pandai u pilih buku..that's my mom..takpa memikirkan harganya..aku terus bayar..she's already start reading it..





For those yang agak cam dalam kebingungan..yer yer saya sangatlah memahami keadaan anda sekarang..mak aku memang macam tu..dia lebih selesa kalau anak2 dia yang buat pilihan untuk dia..cam baju ker..tudung ker..makanan ker..dia memang suka cam tu..akak aku la selalu jadi perunding imej dan juga yang rajin belikan mak aku baju la tudung la kain la..memandangkan aku yang tinggal ngan mak aku..makanya aku la yang akan mengusung mak aku ke mana dia pegi..kadang2 aku kuar pegi bayar bill ke..kete ke..credit card ke..aku usung mak aku gak..akupegi meeting kat Alor Setar pon aku usung mak aku..kalau aku pegi sorang la..kalau aku pegi ngan June ke tak de la aku usung..

Panjang plak entry ni..Mrs Manager dah kasi keje..nak kene bayar bill tepon..*Sowy yer Kak Eda..Esok pepagi Nurul pegi bayar..Sebab ari ni cam dah tak sempat..thee hee..okay..aku sorang kat office ni..busan..nak offline dah..nak balik ni..nak ngantar cucur badak ke rumah Kak Na..dia pesan kat mak aku 30 bijik..Selamat berbuke..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...