How To Add Some Music To Your Blog

Salam Semua...

Ada sorang adik blogger ni nak tau cam mana nak letak music player dalam blog..so aku pk baik aku buat entry ni supaya orang lain pon leh belajar gak kan..aku ni pon bukannya pandai sangat..tapi bleh la skit2..aku tau korang lagi kencang kan bab gadget2 ni..saya bukan along saya cuma nak tolong..scroll down jer la..


Oleh kerana aku guna Myflashfetish, makanya tutorial ni pon untuk Myflashfetish jugak..lain2 kena explore sendiri..tapi guna ni pon ok..aku guna ok jer..Please click Myflashfetish untuk ke laman web dia..



Korang kena signup dulu..lepas klik sign up, isi la apa yang patut seperti yang di minta..nak letak gambar ke tak terpulang la pada korang..dah isi semua klik sign up (butang oren kat bawah)..



Lepas tu dia akan kuar cam ni..so sekarang klik Create A MP3 Playlist..dia akan kuar list skin untuk player korang..pilih la yang mana korang nak..nak MyPod Nano ke..MyPod Touch ke..MiniTunes ke..terpulang..cam aku aku pilih Ninja..hehe..pas dah buat pilihan klik Create Now..





Korang leh pilih nak color ape..so pepandai ubah la yer ikut color kesukaan korang..Cam no nak pilih lagu..?..sonang bah tu..kat sebelah tempat korang pilih color tu kan ada list..corang pilih la lagu pe korang nak..n klik +..ada kan icon + kat tepi lagu pilihan korang tu..pastu nanti dia akan terus kuar kat player kat atas tu..maknanya korang leh dengar la kan..kalau korang pilih lagi lagu..dia akan add lagi kat player korang..so kalau nak ada banyak2 lagi sila la klik banyak2 lagu..

Cam no nak add masuk dalam korang punya blog..?..ok..korang nampak tak butang Save (Get Code) yang warna hijau tu..sebelum tu korang letak la nama untuk playlist korang tu..then hit butang hijau tu..dia akan tanya "Where you would like to post your code?"..korang tengok kat bawah skit dia ada tules "Click here for any other website or blog!"..korang klik situ..dia akan kuar list website..untuk tidak pening2 kepala memikirkan kenapa banyak nar list tu..korang nampak tak ada code kat bawah list tu..copy jer..then paste kat blog korang..guna HTML/JavaScript..jangan lupa save plak yer..then pepandai la nak ubah kat mana tempat yang korang suka..kat atas ke..kat tepi ke..kat bawah ke..yer..untuk pengetahuan korang..korang leh guna ID korang ni kat web MixPod.com gak..so tak payah la create banyak2 account kan..nanti aku citer cam mana nak delete lagu plak ek..buat yang ni dulu...selamat mencuba..huhu..tarra

Birthday Wishlist

Tag ni adalah dari Naily Anis..

Rules and regulations:
1)Make a list of what u want for your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours

Make a list of what u want for your birthday?

Birthday wishlist..apa ya..birthday aku baru jer lepas..scroll down jer la...

1-Aku nak jam yang macam dalam wish list aku tu..
2-Aku nak melancong ke seluruh dunia..
3-Aku nak birthday dinner @ date ngan Johnny Depp..
4-Aku nak kete besor yang bleh bawak ramai orang..
5-Aku nak cake 7 8 tingkat (walaupon aku tak makan sangat kek ni)..
6-Aku nak ajak Sheikh Muzaffar main teng teng kat bulan..
7-Aku nak bungalow atas bukit yang dinding dia dibuat dari crystal (wahhh..sangat suka)..
8-Aku nak ada 1 Juta dalam akaun bank aku..
9-Aku nak berlian besor cam dalam cite Pink Panther tu..
10- And lastly..yang paling penting..aku nak celebrate ngan orang2 yang menyayangi aku seikhlas hati (yang tak ikhlas tak mo)..


Ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pon yang mati..terima kasih..


10 orang yang aku nak tag adalah kamu, kamu dan kamu..sesapa yang bukak blog aku ni dan terpandang tag ni sila la buat ya..

T'ganu Kite..

Kepada yang perasan..aku dah tukau layout..bukannya apa..busan bila asyik2 hitam..asyik2 hitam..sekali sekala nak la ceria2 skit kan..bila tulau layout color yang meriah2 ni secra tak langsung kita pon ikut meriah dan berbunga2 sama..


Sambungan kisah trip ke Terengganu yang lepas..aku berpeluang melihat pembakaran gas karbon dioksida besar-besaran (aku letak sendiri word besar2an tu sebab api dia besar gila)..













kata kakak aku yang jugak staff Petronas Gas Berhad, bukan selalu dorang bakar gas ni besar-besaran..Ini disebabkan ada kilang2 yang shut down makanya dorang penyaluran gas ke kilang dorang pon dihentikan..tak sure shut down sebab ekonomi downturn ke atau sebab ada kerosakan..oleh kerana PGB tak bleh plak nak shut down production/penapisan *& what so ever yang sewaktu dengannya*, maka nak tak nak dorang terpaksa bakar gas tu..kalau disalurkan terus (bukan melalui pembakaran), alamatnya pollution la jadinya..kalau di simpan plak alamat meletup la kawasan plant tu..susah2..






Gambar di atas ni bukan pembakaran hutan ya..ni la rupa api tu..oleh karana api yang menjulang2 ni, kawasan sekitar jadi terang benderang..dari jauh dah nampak cerah jer langit tu..sekali pandang pedih mata..macam kita tengok matahari..silau dan pedih jer kan..cam tu la bila tengok api ni..kata kakak aku, Petronas dah rugi berjuta-juta ringgit oleh kerana gas yang tidak dapat di salurkan ni..BERJUTA_JUTA..banyak tu..

Sweet Berries Handphone Casing @ Terengganu









Percutian di Terengganu sangatlah menyeronokkan..jalan2 tepi pantai..pantai dengan rumah kakak aku tak jauh..dalam 2 KM jer..boleh mandi ke tak itu aku kurang pasti..tapi pada aku baik tak yah mandi..pantai dia mcam berteluk..kira dalam la..dengan ombak yang kuat..takut jugak la nak mandi pon..tapi rata2 aku tengok banyak yang memancing..





Pantai kat Paka ni memng bersih..cuba amati betul..ada nampak sampah tak..tak kan..memang bersih..pasir dia pon bersih ja..kerajaan Terengganu memang bebetul berusaha keras untuk menjayakan Tahun Melawat Terengganu dorang..sekitar kawasan rekreasi dan perlancongan dia memang bersih..





Paka memang dekat dengan Kerteh..dalam 6 minit perjalanan..apa yang ada kat Kertih..?..apa lagi kalau tak logi penapisan petroleum dan gas yang terbesar milik Petronas..sapa yang pernah pg tau la besar mana..





Oleh kerana kakak aku bising nak aku buatkan casing untuk hp dia aku pon start la dengan project kedua..Sweet Berries Handphone Casing..kenapa aku bagi nama ni..sebab warna yang aku gunakan adalah warna2 yang sweet dan warna2 berry..aku macam excited sikit buat casing ni sebab ni first time aku nak buat project macam ni..









Aku mulakan dengan membuat 5 keping granny square..kemudian aku sambung bagi jadi casing dan penutup dia..actually aku ada buat tambahan 2 baris sebab hp kakak aku tu cam gemuk n besar..so kalau aku tak tambah lagi 2 baris alamatnya sendat la casing ni nanti..




Casing ni kalau untuk hp biasa memang la tak sesuai sebab besar..kalau hp yang kecil, kena kecilkan granny square dia..





Bila siap ja casing ni aku terpk plak cam mana la nak tutup kalau takde butang ke apa ke kan..nak cari butang plak aku bukannya tau kedai jual alatan menjahit kat mana..sepanjang aku berjalan2 ni tak plak aku jumpak kan..then aku dapat idea untuk buat sendiri butang dia..so ni la hasilnya..sekali lagi ayah n mak aku bagi komen yang positif..mak aku siap suruh aku buat lapik meja n tv untuk kakak aku guna granny square ni..haih..tu lain hari la plak..sebab aku nak sambung alas untuk meja tepi katil aku dulu..


Seronok sebenarnya bermain2 dengan granny square ni..sebab kita tukar2 color..so tak la boring kan..aku ada buat sarung bantal sebenarnya...actually dah lama siap..sebelum aku pg Cuti2 Malaysia lagi..memandangkan aku blom jahit kain lapik dalam n belakang dia..aku taknak la update kat sini lagi..Insya-Allah bila dah totally siap aku akan update..

Granny Square Vase Cover @ Terengganu



Sepanjang minggu lepas aku berada di Terengganu bercuti..Cuti-cuti Malaysia la katakan..sungguhpun aku ni cuti seminggu, keja tetap keja..aku tetap layan customer yang call tak berhenti-henti..nak buat cam mana..keja kena buat gak walaupon cuti..


Perjalanan ke Terengganu melalui Kelantan amatlah memenatkan..Sebab jalan berbukit2, berliku2..nak kata jalan tak berapa nak elok tak jugak..jalan dalam kondisi yang ok..perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam..Sebelum ni aku pg ikut KL-Bentong..oleh kerana aku tinggal kat Kedah..so ikut Kelantan lebih dekat lagi..


Sepanjang perjalanan panas terik..cuma malam ja hujan skit kat Terengganu..tak la lebat mana..gambar kat atas tu aku ambik kat sebuah perhentian dalam kawasan Perak..udara dia sejuk ja..kawasan gunung yang sayup mata memandang tu dah masuk kawasan Thailand kata ayah aku..


Sepanjang kami di Terengganu (tinggal di rumah kakak aku), masa aku banyak dihabeskan dengan mengait (crochet)..sebelum aku bercuti aku sempat la melawat blog mereka2 yang minat crochet ni..ada satu blog milik seorang housewife yang tinggal kat England, pattern crochet dia sangat simple dan cute..so aku pon ambik peluang cuti panjang ni nak polish skill mengakit aku..kasi mantanp orang kata..chewah..kiranya aku sempat siapkan 2 projek sepanjang cuti ni..senang dan cute..tapi aku bagi dengan kakak aku sebab dia nak..nak mencantikkan rumah dia la kononnya..ambik la labu..aku leh buat lain..




Ni rupa vase cover tu..pada aku cute ja..pada korang suma tak tau la kan..Kanapa aku pilih color ni..?..sebab tema ruang tamu dia warna panas..curtain dia sama color dengan tudung meja dia ni..so aku pilih padanan colour ni untuk vase dia..





Untuk buat vase cover ni aku guna benang acrylic yang biasa ada jual kat kedai bunga tu..kat tempat aku susah nak dapat benang jenis lain..yang banyak ada benang jenis ni..Minlon & Ondori..yang ni memang 100% acrylic..so kalau nak buat baju tu memang tak bleh la kan..sebab panas..huhu..




Untuk buat vase cover ni, aku siapkan 10 keping Granny Square ni dan sambungkan antara satu sama alin..kemudian untuk bagi muat2 dengan vase ni aku tambah lagi 2 baris atas dan bawah..





Aku ambik masa 2 hari untuk siapkan vase cover ni..Alhamdulillah siap jugak dan hasilnya macam kat atas ni..apa yang penting kakak aku pon suka..mak aku pon kata lawa..ayah aku yang memang tak tahu menahu pasal kait-mengait ni pon suka..aku pon sedikit berbunga-bunga sebab semua dok puji-puji..


Lepas siap ni aku ingat nak rest seketika..nak jalan2..so kami pegi ke Kemaman untuk beli sedikit ole-ole untuk bawak balik ke Kedah..keropok kering Kemaman boleh tahan sedapnya..dalam perjalanan balik ke Paka (kakak aku tinggal di Paka), kami singgah di Mesra Mall memandangkan ayah aku blom penah sampai ke sini lagi..takde banyak sangat yang dibeli disini..aku cuma beli 2 buah novel yang ada dalam wishlist aku..nak tau novel apa sila refer pada wishlist aku ya..ayah plak beli magazine auto..


Kami jugak sempat singgah di pasar basah Paka untuk beli ikan memandangkan esoknya kakak aku nak bawak kawan2 yang sama2 satu office masa dia di KLCC dulu 2 lunch di rumah..

Frozen me melt again..

Hello Peepals..

Lama jugak blog aku ni beku..hibernated..kenapa ya?..kerana minda dan emosi aku jugak beku..chewah..banyak benda yang berlaku di sekeliling aku dalam sebulan ni..even b4 my cousin's wedding tu pon banyak benda yang berlaku..tapi aku cam tak de mood nak update..ni pon nak kata bermood pon tak gak..cuma tetiba rasa cam nak halo halo semua orang..cam tak rock plak kalau menyepi lemama..


Apa2 pon here i am now..kembali berblogging..active ke tak tegar ke tak itu tak tau la nak cakap..serabut skit kepala aku ni sebenarnya..banyak benda yang aku dok pk2..plan2..tapi cam semakin lama semakin berserabut..apa2 pon..thanks to all yang support blog aku ni..yang bagi komen2..yang baca dalam diam..dan yang follow blog aku ni..aku appreciate korang suma tau..love you all..will sambung balik nanti yah..tarra..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...