Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Us!!!

Raya 2011!!!

Masih lagi dalam mood raya..


Big Sis



Me & Lil Sis


We are on our way to Kuala Kangsar on the 2nd of raya to visit one of our relative who her husband has passed away a week b4 raya..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..



Her son, DIL and grandchildren..the specky one is my mom..

Salam Aidilfitri


Kepada semua blogger yang beragama Islam..
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki seandainya ada tersalah kata sepanjang berblogging ni..Kepada yang drive tu ikut had laju yang ditetapkan, jangan memandu kalau dah ngantuk..kampung tak lari ke mana2..so pandu cermat, biar lambat asal selamat..
~peace~

She's not with us !!

Salam peep-pals!!

Lama tak berblogging..bukannya apa..sibuk benar dengan aktiviti harian..teringat jugak kat blog yang dah semakin bersawang ni..macam dah terabai...haha..kesian..sedar tak sedar dah 29 hari kita berpuasa..esok dah nak raya..kejap jer rasa puasa tahun ni..macam baru semalam mula berpuasa..ramadhan bakal meninggalkan kita tak berapa jam lagi..sedih plak rasanya..moga2 Allah panjangkan usia i untuk merasai kemanisan ramadhan dan kemeriahan aidilfitri tahun depan..amin...

Tahun ni rasa lain skit..sebab beraya tanpa seorang ahli keluarga..my big sis kan dah kawen tahun lepas..tahun ni dia beraya di rumah mertua..so cam tak berapa nak best..sebab tak pernah beraya tanpa dia kan..mummy pon cam tak happy jer..sebab ni tahun pertama dia beraya tanpa big sis..kesian mummy..sampai demam dia memikirkan benda ni..

Actually kan..rasa cam tak best raya tahun ni..sebab takde dia..so cam malas nak beraya pon ada...mungkin rasa pertama kami sekeluarga jatuh pada 2 Syawal..sebab raya kedua baru dia balik beraya kat sini...haih..nasib la..esok2 i pon sama gak..once dah kawen memang terpaksa la..melainkan kawen ngan anak yatim piatu..

Setiap ibu bapa akan merasai benda ni..esok2 i dah tua ada anak pon akan rasa jugak benda ni..cuma kena redha dan terima hakikat la..nak buat macam mana kan..i beraya di rumah jer la macam tahun2 lepas..nak balik rumah nenek sebelah mak, dua2 dah takde..sebelah ayah plak..first day raya lagi nenek, pakcik makcik n cousin2 semua datang rumah...huhu dah terbalik plak kan..haha..so raya lepak rumah jer la..

Tahun ni plan nak buat open house..sebab tahun lepas tak buat dan tak beraya pon..tahun lepas weol sebok prepare wedding big sis..tahun ni buat la open house..kalau tak buat alamat tak merasa la suasana raya tu..haih..letih dah nak menaip..sampai sini jer la..

~peace~







Raya 2009

Salam semua..

Mood raya masih ada lagi kah?..Jemputan Rumah Terbuka banyak lagi ni..mana bleh ilang mood raya kan..as for me..biasa2 saja..sebab aku ni jarang2 pegi Rumah Terbuka ni..malu la katakan..i ni pemalu orangnya..agak terlewat aku ni nak update pasal raya..tapi tak bleh dikira basi lagi la sebab raya pon blom habes lagi..

Actually raya tahun ni biasa2 ja pada aku..mood aku nak raya pon actually tak la seghairah tahun lepas..tahun ni aku tak rasa pon nak raya..tak tau la kenapa..kakak n adik aku buat baju raya kat butik bermanik berkerawang sulam bagai..aku..antar kat Cik Yus jer..malas nak buat baju raya..tapi dalam malas2 nak beraya tu 6 jenes kuih raya aku rembat..tahun lepas aku beli kuih traditional je..tahun ni kan main lagi..semua chocolate type..huhu..

Raya tahun ni aku sembahyang raya kat Masjid dekat rumah aku..first time..selalunya aku sembahyang raya kat surau taman perumahan lama aku dulu tu jer..tapi tahun ni ntah la..tetiba aku rasa nak sembahyang kat masjid..aku pegi ngan adik au jer pon..kakak aku coti umum plak..mak aku sakit lutut..so aku kentalkan semangat nak berebut2 sembahyang kat masjid..gigihkan aku..

kami pegi agak lewat..so kami dapat tempat dekat2 dengan pintu pagar masjid..kira adik aku hamper2 nak sujud atas tar parking masjid..kesian kan..cam tu la keadaannya kat masjid tempat aku tu..orang ramai sungguh..pertama kali dalam hidup aku sembahyang berbumbungkan langit..huhu..aku doa2 semoga tak hujan..kalau hujan naya kami..nasib baik mendung light2 ja..Alhamdulillah tak panas..

Pas sembahyang kami terus pegi rumah mertua Kak Na nak ambik ketupat..sampai sama dia dah sesedih bergenang air mata..tahun ni dia beraya dengan ketiadaan makcik (mak dia)..nak buat cam mana..yang penting dia pulang dengan baik dalam bulan yang baik..kiat yang hidup ni kena la banyak berdoa dan sedekah kan rohnya..

Pas ambik ketupat aku pecut baik rumah..sampai rumah ayah ku dah sampai balik..so mak dah sebok panggil nak beraya..ni la sesi yang paling aku tak berapa nak best..bukannya apa..aku tak suka nangis2 ni..tapi aku ni kental..tak nangis punyo..huhu..


Mak & ayah aku bersalaman..dua2 tiap2 tahun salam pagi raya musti nangis punya..suami isteri musti kena nangis2 each other ka kalau salam..tragis plak aku tengok..



Kakak aku yang emo memang biasa..saja2 pon dia nangis tak payah tunggu nak salam raya..orang lain salam dia yang nangis..emo sungguh..




Aku yang cool..nangis2 tak main..kental neh..


Yang ni anak manja ayah aku..senyum lebar ja..



**kenapa gambar aku kissing2 takde yang lain suma ada..mana leh letak..tak rock arr..gambar mak aku ngan ayah aku kissing2 tak leh arr letak..2 exclusive 2..


Dah sudah suma..sesi makan plak..actually kami dah kira 2nd round..sebab sebelum pegi sembahyang raya kami dah makan dulu dah..menu utama yang mesti ada setiap tahun pagi raya adalah tosei, idhli, rendang & kari ayam..dari kechik lagi memang tu la menu dia..wajib ada..tetiba ayah ajak pegi rumah tok aku..nak pegi kubor arwah tok wan..so kami pon beramai2 penuhkan kereta balik kampung ayah aku..dalam perjalanan singgah kat kubor..

Tak lama kami kat kampung..ayah ada nak pagi mana ntah..so balik rumah balik..pegi beraya rumah jiran sebelah plak..raya pertama tak la meriah mana..biasa ja..nak kata ramai datang rumah tak jugak..aku abihkan masa dengan tengok tv..

Raya kedua kami balik kampung belah mak plak..tapi balik sana pon dah petang..sebab raya ketiga kami nak buat open house..so nak kena prepare everything sebelum nak pegi mana pon..menu yang ada nasi beriyani, ayam masak merah, kari ayam, roti jala, laksa, spaghetti, satay, nasi impit, dadih & puding..ramai gila tetamu sampai tak cukup lauk..memang ramai tetamu datang ke rumah tahun ni..dari pagi sampai malam..aku ingat sampai raya ke 5 pon masih ramai lagi tetamu yang datang beraya..selalunya raya ke 3 tu jer last orang datang rumah..tapi tahun ni memang ramai..tu yang membuatkan aku nyesal tak buat baju raya..huhu..sedih tau..tahun ni sampai nak jalan raya pon tak nyempat..raya ke 6 baru la nak berjalan2..tu pon pegi Kuala Kangsar rumah kakak angkat mak aku..pastu kami lepak rumah..letih..

Aku harap tahun2 mendatang ramai gak tetamu berkunjung ke rumah aku..tak macam 2 3 tahun lepas..takdo sapa pon datang rumah..sedih..


P/s: Gambar ni ja yang ada..aku tak ambik gambar pon raya..masa open house pon tak ambik..tak nyempat wei..open house aku tak nyempat nak ganti baju raya pon..seluar ngan tee jer..dah macam maid dah..

Salam Aidil Fitri



Get more Hari Raya : Click here
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA

Jari disusun maaf dipinta andai sepanjang ber'blogging' ni ada entry2 yang mengusik jiwa menguris perasaan kalian semua..aku seorang insan yang sangat tidak sempurna (bukan cacat ya)..sering melakukan kesilapan..aku harap, Syawal tahun ni membawa sejuta rahmat kepada kita semua..buang yang keruh ambik yang jernih..bermaaf-maafan la kita semua ya..

Berhati-hati di jalan raya

Morning Everyone !

Apa kah perkabaran anda semua..wah dah macam zaman parameswara plak dah bunyinya..cam mana ngan persiapan raya korang suma..mesti suma dah ready kan..lagi 3 hari nak raya tu..mungkin ada yang start cuti..yer la kan nak balik kampung lagi..nak plak yang dok jauh2..bila balik kampung tu beringat2 sama..jangan bawak kete laju2..jangan gelojoh sangat bawak kete kalau yer pon tak sabar2 nak balik kampung..kampung ko tak lari ke mana pon..bawak slow2 secara berhemat dan ingat lah orang tersayang..


Nak senang lepas sahur tu ko gerak..tak la sangkut dalam lautan kenderaan kan..bila2 terasa ngantuk tu berhenti..rehat ke tido ke kan..jangan ko bawak gak..kang ko rodok divider to sapa yang susah..ko, keluarga ko, polis, ambulance, bomba and PLUS gak susah..kalau gamak isteri ko ke adik ko ke sesapa ke yang bleh bawak kete..tukar2 la dengan dorang..jangan concer sorang jer..kalau yer pon ko tak nak kasi orang bawak kete ko ingat2 sama keselamatan semua orang yang ada dalam kete tu..


Tetiba plak aku ni terkenangkan hal pagi tadi..Kak Na tetiba call cakap ada jiran dia (aku kenal jiran2 dia semua walaupon dok lain2 taman) kematian suami..memang sebelum ni dia ada bagitau pasal suami Kak Jah (jiran Kak Na) tu yang accident..tapi aku tak tanya lanjut la sebab ingat cedera ringan je..sekali pagi tadi dia cakap dah ninggal..kesian..anak kechik lagi..nasib ada 1 jer anak..apa yang aku kesal sangat..suami dia ni kena langgar lari..ntah kete mana ntah la dan rodok motor dia..dah tu blah cam tu je..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..


Kepada orang langgar orang n lari tu..ko bleh lari dari hukum dunia..tapi ko rasa ko bleh ke lari dari Hukum Allah..ko rasa..?..bleh ke..?..rasa bersalah tu akan ikut ko ke mana jer ko pegi..dan tunggu la balasan Allah atas apa yang ko buat tu..


Dekat2 nak raya ni macam2 bleh berlaku..jangan over seronok or gelojoh sangat bawak kete ke motor ke..malang tak berbau..so hati2 la semua ya..walaupon ko nak drive pegi kedai kat hujung taman tu pon..Selamat Hari Raya..


Korban

Hello Peep-pals !!


Selamat pagi kepada yang bukan Muslim dan Assalammualaikum WTH kepada yang Muslim..Hari ni hari terakhir bertakbir..so masih boleh nak wish Selamat HAri Raya Aidil Adha kepada semua yang sedang membaca..


Seronokkan Hari Raya Korban ni..di Kelanatan lagi la seronok..sebab dorang kat sana memang meriah kalau Raya Haji ni..sebab aku penah pegi sana time Raya Korban ni..Adik mak aku a.k.a pakcik aku kawen ngan orang sana n menetap kat sana..best..jenuh makan daging..sebab hampa dah buat korban..orang bagi kat hampa lagi..banyak sampai buat kenduri la..dalam kewasan kejiranan hampa tu lebih separuh join buat korban..tu yang join..tak kira yang buat sekoq lagi kan..


Tahun ni kami pi beraya di Kampung mak aku..eventhough tok n tokwan aku dah takdak..tapi mak aku kan ramai beradik..so doa beraya la ngan adik2 n anak2 menakan a.k.a anak sedara a.ka. anak buah dia..


Pagi2 (pagi pon tak la pagi sangat)..lepas orang sembahyang raya kami sefamily (tolak ayah aku tambah adik laki aku) pi rumah adik mak aku a.k.a pak cik aku kat Permatang Gedung Sungai Petani..as aku bagitau dalam entry aku yang lepas..pakcik aku ni buat korban sekoq lembu..dia buat untuk arwah tok ngan wan aku..arwah pakcik aku a.k.a adik mak aku yang bongsu..dia buat untuk dia laki bini, mak aku n pakcik aku a.k.a pakcik aku yang dok kat Ipoh..adik mak aku yang buat korban ni memang baik..kira anak kesayangan arwah tok aku la..dia dulu TUDM..dah retired..baru ja tahun lepas..


Aku tak sempat nak ambik gambaq sebab masa kami sampai depa dah siap lapah n bahagi2 dah..tak dan la nak tengok..oh ya..kalau hampa tengok entry aku yang pasai kambing tu..ni la tuan kambing tu..






Apa pon..sebagai nak mengenangkan raya tahun ni..aku ambik la gambaq kucing pakcik aku yang banyak jari ni..(apa sangkut paut kucing dengan raya kan..heha..bantai ja..)..



















Dua2 kaki belakang dia ada extra jari..bertuah sungguh kucing ni..kata orang..kalau ada jari lebih rezeki orang tu murah..mak aku ada jari lebih..tumbuh kat ibu jari dia..sebelah tangan ja..sebelah kanan..kechik ja..


P/S: Ayah aku kata mak aku bawak tuah kat dia..wallahu'alam..

Sayu takbir raya

Terdengar suara takbir raya dari masjid dekat dengan rumah aku..tiba2 hati aku jadi sayu..cam sesedih gitu..haih..tetiba aku rasa kechik ja berbanding Allah SWT..memang la kan..tapi aku rasa cam sedih..cam sebak..mengenangkan diri aku ni yang banyak buat dosa..banyak sangat dosa aku yang aku rasa cam sempat ka aku nak tebus balik..Allah SWT akan ampun ka semua dosa2 aku tu..kalau aku cakap cam ni definitely hampa suma akan kata selagi dunia tak kiamat..pintu taubat tu sentiasa terbuka untuk kita bertaubat..aku tau..cuma hati aku sebagai hamba Dia ni rasa cam ni..sedih ja..haih..


Dalam hidup ni memang tak sunyi dari ujian dan dugaan Allah SWT..mengenangkan semua yang aku dah buat membuatkan aku rasa cam nak berlari dari hujung bumi ke hujung bumi satu lagi..bumi kan bulat mana hujung..menjerit2 meraung2 menyesali semuanya..hantuk2 pala kat batu..mintak ampun..guling2 atas tanah..haih..


Jahat aku ni..aku jahat..jahat sangat..sangat sangat sagat..kenapa la aku ni jahat sangat..menyesal..memang aku menyesal..tapi semua tu cam tak guna dah..bukan terlambat..tapi cam sia2..kadang2 aku cuba yakinkan diri aku yang aku tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku..tapi hakikatnya aku tak leh nak jadi psycho tipu diri sendiri..aku memang menyesal..MENYESAL..


Ntah apa la penyudah kisah hidup aku ni..apa la akan jadi kat aku di masa depan ni..maksud aku ya la.perjalanan hidup aku ni..cam mana la kan..end up dia plak cam mana..aku tau mana buleh tanya..tapi cam curious nak tau..aku mintak la kat Allah SWT moga2 perjalanan hidup aku ni elok ja..smooth ja..happy ja..dan end up dia tak la teruk sangat..Amin..

Hari Raya Korban

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA BLOGGER TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA


Kepada yang buat korban tahun ni selamat la ya..kepada yang menunaikan haji atau ada ahli kuarga yang menunaikan haji..aku mendoakan semoga dorang semua tu selamat menjalani ibadah haji dan memperolehi haji yang mabrur (betol ke eja cam ni)..semoga dorang sihat2 belaka dan selamat pulang ke pangkuan kuarga tersayang..


Pakcik aku pon buat korban...esok berpusu2 la kitorang semua pegi beraya kat sana..memandangkan ayah aku pon takde beraya di rumah..haih..


P/S: Pengorbanan yang paling besar dan tak ternilai adalah pengorbanan kedua orang tua kita membesarkan kita..Aidil Adha ni mengingatkan aku kepada segala pengorbanan mak aku kepada kami adik beradik..tetiba emo plak aku..ok la..tarra jer..

All in one week..makan week..!!

Hello Peep-pals,

Nearly a week tak berblogging..coti sakan..since last fri..orang lain yang raya orang lain yang coti beria-ria..*LOLz..


Singapore punya trip hari tu aku blom update lagi kan..nenanti la aku update..memang interesting la akunya trip hari tu..coma aku ni rasa cam banyak sangat nak diceritakan makanya aku just hold dulu..


Last Thursday aku, mom n big sista pegi KL..coti depavali kan..aku ambil la coti ahad tu..tujuan utama nak ngantar kakak aku balik KL..sebab hari tu dia pegi Penang ada Petronas punya conference..seminggu gak la dia kat utara ni..rumah aku ngan Penang tak jauh mana pon..45 minutes jer..so last Thursday berangkat la kami beramai (tak ramai mana pon)..bertolak malam dalam kol 8.00 pm cam tu..sampai dalam kol 12.00 am lebeh la..My Sis bawak kete..aku tido tak sedar2..ahaha..tau tau bangon nak makan jer..ntah ape ntah kan...burok perangai..


Activiti sepanjang coti takde la banyak sangat..shopping, makan, jalan membengkakkan kaki menjahanamkan tapak kasut n menghabeskan duet..*LOLz..


Sekali sekala kan..aku jarang shopping mopping ni..sebab aku bukan kaki shopping..chewah..yer ker..?..Friday kakak aku keje..so lepak rumah jer la..Saturday baru start operasi menghabeskan duet..adik aku pon coti..tapi dia sampai Saturday malam..so dia takdo la time 2..


Saturday tu start dari kol 1.00 pm kitorang gerak..tujuan nak beli kain kat Jalan TAR..memandangkan malas nak bersesak n berebot parking..so kitorang plan nak naik LRT jer..kitorang park kat KLCC then naik LRT ke Masjid Jamek..ramai gak la orang kat sana..kitorang sebenarnya nak pegi Gulatis sekali cari2 tak jumpa so dah tak daya nak jalan kitorang pegi Jakel jer la..dorang ada sales penghabisan stok..so aku borong la buat stock tahun2 depan..senang..bila perlu jahit jer..tak payah pk nak cari kain la apa la...


Balik suma dah bungkang tak larat..nunggu adik aku plak balik dari Johor..kul 11.00 pm baru sampai..haih~


Ahadnya plak berbondong2 plak ke Open House Pak Lang n Mak Lang aku kat TTDI..dorang buat untuk family sebelah Pak Lang (kira sebelah ayah aku la)..ramai babe..sebab fam sebelah ayah aku banyak yang kawin 2 la 3 la 4 la..ada tu kawin 9..menakotkan..tu yang jadi ramai tu..yang aku tak kenal pon ada..tak disangka2 aku ni dah jadi nenek rupanya..anak kepada cousin ayah aku (kira second cousin ngan aku la) pon dah nak sebaya ngan ayah aku..anak dia lebih tua dari aku..cucu dia tu pangkat cucu gak la dengan aku..haih..tua dan cek ni..





Antara yang aku kenal masa kat Open House tu cousin aku Siti (husband n wife) ngan anak dia..anak pakcik Salam (nama den lupa)..anak2 Pak Lang n Mak Lang (except Kak Izan sebab dia pegi rumah PIL dia kat Kuantan)..Anak2 sedara Pak Lang (Kak Intan n Abang Hamzah with their anak cucu)..Anak Pakcik Rahim and Makcik Som (forgot the name also..ahaha)..Pak Long Mat n family..dan ramai lagi la sedara mara..



Adik aku kawankan aku solat..



Aku ngan adik aku sempat lagi nak posing dalam bilik..


Foods..?sangatlah heaven..aku malu nak ambik gambar sebab ramai orang..so aku just makan maka dan makan..antara hidangan yang dibuat sendiri oleh Mak Lang adalah Laksa Johor (sangatlah authentic dan exotic)..spaghetti bolognese..satay (a must la kan at every open house)..soto (heaven sangat)..lamb kuzi makan dengan french loaf (aku yang tak makan semua jenes kambing ni pon leh makan sampai jilat jari..tinggal tak jilat pinggan jer)..waffle with scrumptious topping (Mak Lang Homemade recipe sampai leh buat business) and cakes (carrot cakes, blueberry cheese cake, Victoria sandwich and brownies also homemade recipe by Kak Izan n Mak Lang)..BTW..ni nak promote ni pada sesape yang really crazy about waffle bleh la drop by kat Waffle Stop..dia ada banyak outlet..kat Bukit Bintang pon ada..kat Alamanda Putrajaya pon ada..Kat Uncle Don Sri Hartamas pon ada..banyak lagi la outlet dia..Pak Lang n Mak Lang dengan anak laki dia punya business..Franchise..?..nope at all..kata Mak Lang so far blom nak franchise..


Lama gak la kitorang lepak kat sana..lama2 sekali baru jumpak kan memang banyak la nak dibualkan..dorang siap bukak cite pasal salah silah kuarga..susur galur kuarga..memang pening..sebab banyak sangat pecahan disebabkan ada yang kawen 2, 3, 4 n even 9..petang baru balik..on the way nak balik tu singgah rumah staff kakak..dia pon bat Open House gak..makan lagi..kat sini makanan dia pon sedap..rendang ayam dia sangat lah sedap..



Kak Ina n kakak Aku..dia staff kakak aku kat Petronas..



Aku dengan anak2 Kak Ina..anak dia memang tinggi ok..tinggi dari mak dia..baru habes UPSR..


Kitorang memang kenyang dan penat sangat hari tu..kene tido awal sebab awal pagi nak ambik ayah kat Pudu..memandangkan dia taknak bawak kete balik sorang2 makanya dia soh aku coti lagi 2 hari supaya dia leh balik ngan aku nanti..dia pon naik la bus..tu la pertama kali ayah aku naik bus..complaint la dia..bising la..busuk la..ahaha..macam2..kakak aku nak kasi naik flight dia tak mau..haih..macam2..ayah bertolak ke KL that nite dalam kul 10.00 pm sebab ada Open House rumah kawan dia kat Teluk Panglima Garang esoknya..



Mak aku dengan Kak Nazimah


Monday..yakni Depavali (Happy Depavali to all Hindus)..kitorang pepagi dah kuar pegi rumah anak angkat mak aku Kak Nazimah kat Shah Alam..mak aku yang jaga dia ngan adik beradik dia masa dorang kechik..dorang panggil mak aku aci..yer yer acik means kakak..tapi mak aku anggap dorang cam anak dia sebab dia yang suapkan makan, bagi mandi, hantar pegi sekolah cam anak dia..masa tu mak aku muda lagi la..belasan tahun..dia belom kawen ngan ayah aku lagi..masa tu dorang tinggak kat Sungai petani..lama gak la mak aku dok dengan dorang..bila mak aku dapat keje kat hospital dia still stay ngan dorang kira2 setahun..pastu bapak dorang kene tukar ke Seremban..mak aku pegi gak seminggu kat sana..yer la tak leh nak pisah ngan budak2 tu..nanti la aku cite sejarah mak aku dengan dorang ni yer..dah lama mak aku nak pgi rumah Kak Nazimah..baru kali ni dapat..dia masak mee kari..sedap..sama cam mee kari mak aku..yer la tok guru yang sama (mak kak Nazimah pandai masak..mak aku banyak belajar menguruskan rumah tangga dari dia..)..sembang punya sembang rupa2nya abang Zaini dengan ayah aku ada bau2 bacang..haih..banyak tol sedara mara ayah aku ni..




From Left: Ayah, Kak Pija, Abang Zaini (suami Kak Nazimah), Mak, Kak Nazimah, Syidah n Aku..


Dalam kul 3.00 pm cam tu kami pon gerak la nak ke Teluk Panglima Garang plak..ada jemputan ke Open House lagi..cari2 rumah orang tu pon dah dekat sejam..sebab rumah dia sangatlah susah nak cari memandangkan banyak sangat jalan nak kene masuk..sampai ke dalam2 kampung walaupon dia duduk kat taman perumahan..taman dia tu dikelilingi kampung..ada gak taman2 lain dalam tu..actually Uncle Tarmizi ni close friend ayah aku la kiranya..dia ni Penguatkuasa ROC..15 min lepas kitorang sampai Pak Syed yang jugak close friend ayah aku sampai dengan family dia..anak2 dia cute bangat..aku tak ambik gambar sebab aku tinggal cam dalam kete..tak lama sangat kitorang duduk sini..sebab karang kalau gelap susah plak kan nak cari jalan kuar..



Sempat lagi aku Snap..masa ni kitorang baru sampai..Mak Lang pegi mandi..time ni dah gelap skit..tapi dalam gambar cam cerah plak..Ni kira patio la..tempat dorang lepak2 time petang..



Dan lagi..



Dan lagi..abaikan budak yang tengah menungging tu..


Destinasi seterusnya adalah rumah Pak Lang n Mak Lang..ayah aku kalau dia datang KL memang tak sah kalau tak pegi rumah dorang..Pak Lang n ayah aku cousin..ayah aku memang sayang bangat ngan Pak Lang..dia anggap macam abang dia..muka dorang pon hampir nak sama..Pak Lang n Mak Lang tinggal berdua jer bersama2 maid2 dia..anak2 suma dah kawen..ko kalau pegi rumah dorang ni memang tak sah kalau tak makan..ko taknak pon ko kene makan gak..dorang akan bersungguh2 meraikan tetamu dorang walau apa keadaan pon..itu la kebaikan dorang..dorang tak pernah la nak pilih bulu eventhough dorang berada n bertittle..merendah diri jer..haih~



Dia dua ni dah macam pelancong plak..dok menikmati keindahan Taman Mini rumah ni..






Budak ni sempat lagi nak posing dengan bunga..



Ni Sorang lagi..



Gambar tuan blog mesti la ada kan..



Dan lagi..Serabaikan..


Actually hari kitorang pegi tu dorang puasa..time kitorang sampai dah nak dekat berbuke..so kitorang join la sekaki..memandang dah masuk waktu Maghrib kan..so beramai2 la jemaah solat Maghrib n Isyak..moment yang tak mungkin dilupakan..


Habes solat makan lagi..cakes, goreng pisang n a mug of hot mochaccino..yang paling mengharukan..Mak Lang soh anak dia buatkan Butter Cake sebiji untuk kitorang..haih..dorang sembang la isu2 semasa dunia n dalam negara..aku dengar jer la..sebab tak baik nyampuk orang tua2 cakap kan..time dah masuk kul 10.oopm..kitorang pon nak beredar dah..Mak Lang siap tapaukan all the cakes lagi..malu tol..


Sweet moment..dah lama tak bertandang rumah Mak Lang n Pak Lang macam ni sebenarnya..yer la semua dah besar..study jauh2..masa kechik2 selalu la pegi..sampai tido2 nunggu dorang sembang..sekarang dah besar..takde tido2 lagi..ahaha..During my childhood, i still remember la dorang anak beranak datang rumah kitorang quite often..at that time mak aku mesti sibuk masak itu ini..ada sekali tu Mak Lang siap bawak waffle machine dia n the adunan ke rumah kitorang..masa tu dia belom bukak Waffle Stop..seingat aku since i was small (tak sekolah lagi rasanya), everytime kitorang pegi rumah dia..mesti dia akan buat waffle..dia kata resepi mak dia..rasa tu maintain..cuma ada upgrade dari segi topping n texture la..yer la dah commercialized kene la ubah sket...



Cheh tetiba jer gmbar bunga..ni bunga halia bara..lawa kan..tapi kechik2..mungkin jenes yang kechik kot..


P/S: Apsal la asyik cite pasal waffle nehhh...!!!!


Tetiba P/S kat tengah2..ntah ape ntah..lantak la labu..Tuesday takde ape sangat activity..cuma shopping mopping dengan mak. ayah n adik aku..pegi IKEA..mak beli few pieces of cook ware..they both puasa..kitorang selumber kodok makan kat belakang while ayah was driving..keji kan..before went to IKEA pegi KLCC dulu..cari bank..punya la jauh pegi cari bank..macam kat area Kajang n Bangi tu takde bank..mom tetiba nak makan sandwich kat O'bien..hmm..so tapaukan untuk dia buat berbuke..Chicken Tripple Decker untuk my mom..senyum sampai telinga la dia..



Majlis Rumah Terbuka Deeparaya Dentsu Utama Sdn Bhd



Close up sket..

Rabu..Dentsu Utama buat Opean House Deeparaya kat Restoran Seri Melayu Jalan Conlay..memandangkan adik aku nak balik Johor..makanya mak tak ikut la..yang pagi aku ngan ayah aku jer..aku kan kaki sebok..nak jer enter frame expose diri..ahaha..well..that's me..makan dia suma sedap..siap ada orang serve kan lagi.."Nak ni tak?" "Nak tu tak?"..haih..rimas plak.."Tak mo..tak mo"..bukan malu..mana leh malu bab makan..malu lapar la..terlalu banyak makanan sampi aku aku tak mampu nak makan..



Restoran Seri Melayu..Abaikan Makcik yang tengah menyapu tu yer..



Klik kat pic ni kalau nak tengok dengan jelas menu2 dorang pada hari tu..



Buffet ala hawker stall dorang..gambar kabur kan..



Mee Rebus yang sedap..lain dari yang lain..Ni jer yang sempat aku ambik..malu nak snap..



Kuih raya (moden n traditional)..



Muka2 bosan..



Mr Omar (second cousin aku)..Boss Dentsu..



Ayah aku..one of Dentsu Utama's Director..masa ni dia tengah tekun bersms denga kawan dia..



Yang dua kat belakang tu wakil dari Dentsu Malaysia (Dentsu Utama punya sister company)..yang baju merah tu client dorang dari Tabung Haji..Haji apa ntah nama dia..dorang panggil Ajoi jer..percaya tak kalau aku cakap dia ni pengarah bahagian apa ntah kat Tabung Haji..umur dia dalam 30 tahun atau late 20s..dia pegi haji masa umur dia 21 tahun..caye tak? itu la hakikatnya..aku pon blink2 kan mata..ni kira antara tetamu la..antara yang aku kenal sebab close friend ayah aku ni la Mr Ayoi, Dato' Yahaya (Timbalan Ketua Pengarah JTK), Dato' Jaafar Gafar (Businessman), Dato' Ridzuan (Businessman) and Pak Syed..



Yang ni main area kat sebelah tempat kitorang..yang ni dorang serve untuk orang public yang datang nak lunch or dinner..buffet lunch dia harga RM46/person..dinner RM70/person..kalau tak silap la..sebab tengok sekali lalu ker..tapi pusing2 harga dia lebih kurang cam tu la..



Apsal la dari tadi asyik ambik gambr cawan jer..ketahuilah wahai sekalian rakyat bahawasanya aku curik2 snap gambar pakai phone sebab tu nampak cawan jer..memula ingat nak bawak cam..tapi karang malu nak ambik plak..so malas bawak la..



Tengok..snap gambar sendiri pon curik2 sebab tu snap dari bawah..abaikan double chin aku tu ok..



Muka Orang soka hati sebab dah kenyang dan nak balik..


P/S: Ni kira pengalaman baru yang aku aku dapat la..bercampur dengan orang2 corporate..all the Dato' & Datuk..observe their behavior..build up my confidence..my PR..learn how to communicate with people..dalam masa yang sama exposing what we are doing now in Sedim..sambil menyelam minum air..kakak aku selalu kutuk aku..dia cakap kalau aku pegi holiday ke mesti aku nak selitkan sket agenda2 keje aku..nak buat cam mana..i love doing what i am doing now..i'm still young kan..so masa ni la nak expand my network, gain knowledge n experience..dah tuo tak larat dah..


P/S kat tengah2 lagi..hahaha..gilo..Open House tu start dari kul 1.00 pm sampai 6.00 pm..tapi dalam kul 5 cam tu dah takdo orang datang lagi..Pak Syed was the last guest..pas dah salam2 n say thank you kat staff2 Dentsu (Kak Mimi, Kak Kak Kusza n few others) kitorang pon gerak la..kira2 dalam kul 5.00 pm cam tu la..sampai kat kajang dalam kul 6.15pm cam tu..kitorang nak balik Kulim lagi tau that day..


Mak puasa..so dia dah siap2 masak suma..dah siap2 kemas beg suma nak balik kan..dah rindu rumah la tu..dah seminggu kat rumah anak dia..nunggu kakak aku balik keje..dalam kul 9.00 pm cam tu kitorang gerak la nak balik Kulim..banyaknye brang Tuhan jer tahu..sampai Kulim around 1.00 pm lebeh..aku as usual..tido tak sedar2 kat belakang..Sampai kat Serdang, Kedah (ayah aku kuar exit Bandar Bharu) aku sambung bawak sampai rumah..tamat la cita aku kat sini..busan kan..layan jer la labu..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...