Do you really need a wedding planner for you wedding?

Courtesy of Google


Mungkin i bukanlah orang yang layak bercakap tentang perkahwinan (persiapan perkahwinan to be specific) sebab i takde kelulusan academic dalam bidang berkaitan atau yang seangkatan dengannya..all these adalah berdasarkan pendapatan i jer..so kalau uol tak suka atau tak setuju is up to u la kan..sebab setiap orang mempunyai pendapat masing2..dan pendapat kita berbeza2, tak sama antara satu sama lain..pendapat pakar plak lain..dan tak semestinya pendapat dorang to kita suka dan leh terima..tapi mostly kita suka dan leh terima la sebab dorang consult berdasarkan personaliti kita..





Persiapan perkahwinan nampak jer cam senang..tapi hakikatnya susah dan sangat rumit..sebab tu seeloknya bakal pengantin tu hired seorang wedding planner untuk uruskannya..ok ok..i know WP professional tu memang la mahal kan..yer la dorang tu dah bertahun2 pengamalan dalam bidang ni..so kalau dorang charge harga yang mahal tu standard la..kita tak bleh la kata dorang charge mahal ke ape ke kan..

Pada yang budget terhad bleh jer soh kakak ke, adik ke, cousin ke, makcik ke, mak ayah ke, abang ke mana2 relatives jadi WP..selain dari jimat, kita senang nak contact dan jumpak dorang ni..tapi kalau relatives yang bekerja tu kena sabar la ek sebab dorang pon ada commitment jugak..nak jadi WP untuk majlis sendiri? hmm..bleh tu bleh la..tapi end up sekerat jalan jugak..sebab takkan uol nak bersanding dalam masa yang sama nak manage majlis uol kan..yes..WP tu bukan setakat urus hal sebelum majlis..tapi semasa majlis berlansung jugak..dia kena pastikan semuanya berjalan lancar..makanan, jemputan, doorgift and so on..semuanya la..

So sangat penting untuk ada WP so that tak serabut majlis tu nanti..ramai orang tak nampak kepentingan WP..kenduri kat rumah or kat kampung pon ada WP dia actually..cuma secara officialnya kita tak la panggil dia WP..dalam sesebuah majlis perkahwinan tu..sape yang jadi kepala yang uruskan semua dari pemilihan menu makanan, penanggah, marhaban, jemputan, pelamin sampai lah ke bunga telur..? yesza..orang tu boleh dikatakan WP..selalunya mak dan ayah kita la kan..semua tu dorang yang uruskan..ada jugak yang adik-beradik yang uruskan..bergantung pada tuan rumah la dia appoint sape yang uruskan..

Pada family orang besar2 yang budget banyak, normally dorang ni busy dan takde masa nak uruskan semua ni..tau la nak uruskan majlis perkahwinan ni bukan bleh sehari dua..makan bulan jugak..so dorang selalunya akan hired jer WP yang ada brand (means ada nama la)..takpe la budget bukan masalah kan pada dorang..dan plak jemputan dari VIP sampai ke VVVIP..takkan nak buat ala2 jer dak..kena la ambik WP yang famous dan hasil kerjanya malatop..WP yang takde brand pon ok jugak bukan tak ok..cuma sebab takde brand means tak terkenal..so keyakinan tu agak kurang..some tu hasil kerja setanding yang ade brand..tapi dek kerana dia takde brand makanya orang kurang yakin dengan dia..

Macam mana nak ada brand..satu hasil kerja dia la..dua pengalaman dia dalam bidang ni..tiga berapa banyak wedding orang besar2 dan celeb yang dia dah buat..lagi banyak wedding orang besar2 dan celeb dia buat maka lebih famous la dia..cam tu la caranya..so WP yang baru bertapak kalau nak famous dengan cepat buat la wedding orang besar2 dan celeb..memang cepat naik..





Beza yang ketara antara WP yang profesional ngan yang tak profesional adalah labor fees dia..kalau yang profesional dan ada brand ni mahal la..kalau yang profesional tapi takde brand murah skit..means kat sini kalau nak yang profesional kene la kuar duit..kalau tak profesional ni free jer la..profesional kat sini means dia adalah WP by profession..jangan ingat i offend your fam yang jadi WP u plak..yang tu kita sebut as tak profesional sebab WP bukan profession dia..

Lagi plak..WP ni berfungsi sebagai finance manager jugak..sebab setiap perbelanjaan akan di kira..tugas WP ni kena pastikan yang expenses tak bleh melebihi budget..pernah tak dengar orang tua2 selalu kata kalau nak buat majlis perkahwinan tu budget jangan cukup2..kena lebih skit..kalau budget 20K kena simpan dalam 25K - 30K..bukan apa..selalunya akan tersasar dari budget..sebab apa? sebab takde perancangan..berbelanja tak ikut plan sebab tu jadi macam tu..tugas terpenting seorang WP adalah memastikan expenses tu tak melebihi budget..dan semua yang dibuat mengikut apa yang telah diplan..

Seorang WP tak semestinya memiliki butik pengantin..tapi nowadays WP memang ada butik pengantin..senang la kan..semua dia ada..so all bride-to-be out there..fikir2kan la u perlu ke tak WP ni untuk wedding u..kalau tanya i..memang perlu la..sebab u kene fikir kenduri ni banyak kerja nak kena buat..nak tempah dewan (bagi yang buat di dewan/hotel), nak tempah catering, nak tempah pelamin..all these memerlukan masa dan tenaga..sape yang penah uruskan majlis perkahwanan (i mean yang tak professional) tau la..letih dan stress...serius..trust me..



Courtesy of Andy Lim




Cititel Hotel Penang..

Pagi ni i pegi Workshop Jutawan..sape nak jadi jutawan jom ikut i..haha (gelak orang kaya)..ingat senang ker nak jadi jutawan..ade sesaper nak derma kat i 1 juta tak..i nak jadi jutawan..haha..ok ok enough mengarut..

Tajuk entry tak de kene mengena ngan entry..tajuk tu cuma nak menunjukkan yang i sekarang ni berada di Cititel Hotel, Penang..tu jer..sampai kol 5 petang i akan kat sini..so memang berasap la montot ku hari ini..tapi makanan kat sini bleh tahan best..hohoho..itu yang penting dan i suka sangat..wat pa kat sini..? ada la..jangan sebok bleh..? takde takde..kejam jer bunyinyer..i ada workshop kat sini..Workshop Jutawan..ngeh ngeh ngeh..cukup 40 kali..jutawan la i..hohoho..sambung mengarut balik..

Memendam perasaan menjeruk rasa...

Korang penah tak rasa perasaan korang di ramas2 di renyuk sebab korang terpaksa pendam perasaan korang dari dihamburkan..i selalu rasa cam tu..susah wooo bila kita terpaksa memendam rasa..nak luah takut ada yang tersinggung..terasa..sentap..tau la zaman sekarang..semua nak sentap..semua nak kechik ati..susah..last2 badan sendiri yang merana..rasa tak best..rasa benci..meluat bagai..



Courtesy of Google



Banyak benda yang i tak terluah sebenarnya demi nak menjaga hati dah perhubungan (bukan hubungan gelpren boipren ok)..kalau cakap kang sentap..dah calar relationship..kalau tak cakap i plak yang sentap..calar jugak relationship tapi dalam percentage yang kurang la..susah2..sometimes kalau kita luahkan dah orang salah paham..mula la dia ada tanggapan buruk kat kita..susah jugak...

Kita ni selalu jer takut dengan apa yang orang akan kata..tapi bila difikir2kan kalau asyik pikir apa orang akan kata tak bleh buat apa la nampaknya..sebab semua benda pon nampak tak elok di mata orang..yer la kita tak bleh nak senangkan hati semua orang kan..susah kan..so apa yang kita kena buat sebenarnya..


Jangan peduli apa yang orang kata dan fikirkan tentang kita..


Dah berbalik pada ayat yang sama..so nampaknya dilema kita takde kesudahan la kan..dah tu cam mana la..?

Tanya diri kita..kita ni milik sape? milik orang2 kat luar sana tu ke milik Maha Pencipta..? so apa nak kisah orang kat luar tu..kisah la apa yang Allah akan kata..bukan orang akan kata..as long as tak melampaui batas agama itu sudah memadai..yer dak..?

Berbalik apda persoalan yang pertama..nilai balik..worth it tak kalau kita luahkan perasaan kita tu..kalau worth it luahkan je la..kalau tak, tak payah la..buang masa ja..pikir bebetul..kalau luahan perasaan tu bisa menyinggung perasaan orang lain tak payah la..bukan apa..dah tak masal ko berdosa ngan orang tu..nak kena mintak2 maaf bagai..dosa sesama manusia hanya akan terhapus bila manusia tu memaafkan kita..so masalah pulak kan..cara paling baik..ko stay away jer dari dia..tak payah baik sangat dengan dia..dipendekkan cerita berbaik ngan orang tu berpada2..jangan rapat beria2 sangat..sebab yang rapat beria2 tu la nanti nak jadi masalah...orang kedah kata jadi 'bunga taik'..

So kalau kawan yang rapat tetiba menjauh tu paham2 jer la ek..mungkin ada benda yang dia tak suka tapi tak dapat nak luahkan sebab nak jaga ati ko tu..jangan ko pikir ko jer sakit ati..orang lain maybe lagi sakit ati dengan perangai ko tu cuma dia tak cakap..lu pikir la sendiri..ko pon bukan malaikat..

Ice Age 4: Continental Drift


I memang suka Ice Age..so tak sabar nak tunggu yang the latest ni..more hilarious i guess..video credit to Peraih Udang Dari Zimbabwe..ambik kat blog dia..lama lagi ni..2012 baru nak kuar...haha..sama2 la kita tunggu ya..or maybe i jer tunggu sebab i memang Ice Age huge fan..




Pinjam senapang gajah..nak belajar menembak hari ni..

Ada sesetengah orang tu memang hidup sentiasa bergantung pada orang lain..pegi toilet nak ekna berteman..nak pegi makan pon nak kena berteman..tido pon nak kena berteman..mati nak berteman jugak ke? fikir-fikirkan la..sampai bila nak bergantung pada orang lain..kan..kena la buat sendiri..kena belajar berdikari..berdiri atas kaki sendiri..kena belajar buat sendiri..bukan semua benda kita bleh harapkan orang lain buat..

Tu satu la..ada setengah orang ni..asyik orang jer kene tolong dia..tolong hantar barang la..tolong ambik sudu la..tolong beli makanan la..tolong jaga anak la..tolong ambik anak sekolah la..tolong jaga laki tak suruh plak..semua nak soh orang tolong..bila tiba time orang plak nak mintak tolong dia..banyak nar alasan dia bagi..dan yang paling menyakitkan ati bila dia merungut dan cakap2 belakang..itu la ini la..haih..masa orang tolong dia tak plak orang merungut atau mengata belakang dia..ikhlas jer..ni jenis tak kenang budi ni..orang macam ni mau tembak jer ngan senapang gajah...baru dia tau..

Kedua-dua jenis manusia ni sama jer..tapi yang second one tu lagi teruk la..tak leh pakai punya orang...di sekeliling kita mesti ada sorang dua macam ni..bila tak tolong marah..kan main lagi dia punya marah..dah tolong tak kenang pulak..bukan la mintak dikenang atau balasan..cuma at least pikir la skit pengorbanan orang lain..

Nak nak plak yang pilih bulu..haih hangin betol..kalau orang yang best2 skit di mata dia mintak tolong laju jer dia tolong tak cakap banyak (tapi merungut & mengata kat belakang la..)..memang tak ikhlas..tapi tak tau la..mungkin ada kepentingan dia kot makanya dia laju jer tolong orang tu tanpa banyak soal..so orang macam ni..u can go to hell..kalau ada yang terasa..ko pon pegi hell sama..yang ko nak terasa apsal..kalau ko tak buat tak payah la nak emo2..sindri mau ingat ya..tepuk dada tanya selera..


P/S: i orang macam ni i banned sampai mati..mati la ko bersama2 dengan perangai ko tu ya..i don't give a damn..what u give u get back..kalau orang tak nak tolong ko muhasabah la diri..sebab apa orang tanak tolong ko..sebab ko pon tak nak tolong orang..so fair kan..





Juara Kekal Juara Untuk Kali Ke 7

Semalam memang lawak gila..pulun buat semua cepat nak tengok final badminton punya pasal..turun kat Misi Saga (Sekolah Memandu) dalam kol 5.00 pm nak tengok, sekali beregu wanita start dulu...haha...dalam entry sebelum ni i ada cakap tak sempat nak tengok kan..tapi bila dok mengelamun tu cam dapat ilham plak yang still ada harapan sebab kat Misi Saga ada tv...teruk kan..hehe ...

So happy la sebab start kol 6.oo pm kan..so sempat la balik dan tengok dengan tenang..leka dok main fb mobile teringat plak cam dah lama plak dok main2 ngan hp..toleh tengok jam..alamakkkkkkkkkkkkk !!!! dah 5.45 pm..oh saya sudah lambat !! saya sudah lambat !! nasib baik dah tutup lappy semua dah..tetiba big bro tepon plak..mummy soh beli kelapa parut..oh saya sungguh tertekan ok..

Keluar dari office..hujan pulak..dugaan sungguh..dan saya lagi bertambah tertekan..pusing2 satu pekan cari kelapa parut..semua kedai takde..ada yang kata kelapa mahal la..takde stock la..what ever la..ohh sungguh geram..tetiba cam tingggg ! dapat idea...kedai dekat ngan rumah tu ada jual kelapa n sure ada lagi punya..

So tanpa berfikir panjang terus jer la pegi kedai tu..and as expected memang ada..uncle nyoq sebijik !!! tapi uncle tu nampak bz membungkus something untuk customer dia...ohh god !!! not now uncle..selepas beberapa minit..uncle tu settle urusniaga ngan customer tu..but he seems like lost skit..so i remind him once again..and he was like ahhhh ya ya !! and dia cam mencari2 sesuatu..then i pon berkata lagi uncle saya rushing nak tengok badminton sambil tengok jam..haha..cam desperate jer..so uncle went ahh boleh boleh...apa yang boleh nyer uncle oii..hadoi..

Selang beberapa second bila uncle dah siap timbang kelapa and hand over it to me ..i ulang lagi ayat saya rushing nak tengok badminton..haha..and uncle went cepat cepat !! ahaha..oh uncle, u sangat memahami..i masuk jer kereta dan pecut..dekat jer ngan rumah..within 2 min i dah sampai rumah..thank god tak start lagi..baru habes prize giving ceremony beregu wanita and whoever yang menang i don't care sebab dua2 team pon dari China..

Datuk Lee Chong Wei bermain ngan agak baik..and it paid off..he won Terbuka Malaysia..tahniah untuk dia..set kedua tu macam nak KO dah..tapi dia cam tersedar dari mimpi bila Taufik Hidayat jerkah (sergah) dia dengan pungutan mata yang super laju..hadiah memang lumayan..super lumayan..RM96,000 plus kerusi Osim..hebat !! hebat!!..

So sesapa yang ada anak kecil..dari sekarang la mula tanam minat kepada anak2 untuk join sukan..besar bleh cari duit melalui sukan yang mana lebih lumayan dari orang yang buat bisnes..Juara 7 kali berturut Datuk Lee Chong Wei bergegas2 plak malam ni nak ke Korea..sebab ada terbuka Korea plak..haih..tak letih ke..lepas satu satu kan..and guest what..seperti yang dijangka kan..Lin Dan tu memang ada agenda tersendiri bila mana dia tarik diri dari Terbuka Malaysia..dia plan nak menang dalam Terbuka Korea..prize lagi tinggi ok..sape tak nak kan..

Nampaknya Lin Dan ni bleh tahan jugak mata duitan..haha..yer la sape tak nak kan..nak untung besar kena la lepas yang kechik2 ni..so dia tak la tamak kan..dia cuma nak untung besar..tak salah la..mungkin bukan sebab tu..mungkin ada hidden agenda tersendiri..whatever it is Lin Dan ni menjengkelkan..bila dia buat macam ni membuatkan orang rasa cam apehal ko ni..poyo jer !!! even Taufik Hidayat pon tak setuju dengan penarikan diri Lin Dan..and he said that Lin Dan suka sangat dan selalu sangat buat macam ni..bukan la i pi sembang ngan dia..menurut kata pengulas sukan tu la..haha..

Ape2 pon..kita dah berjaya..oppss..Datuk Lee Chong Wei dah berjaya..haha..tahniah tahniah..Terbuka Korea tu tak de na letak harapan tinggi kalau bleh ke fina pon dah cukup bersyukur..bukan nak kata dia tak setanding Lin Dan (walaupon hakikatnya ya) tapi dia kan baru jer habes Terbuka Malaysia..so kita tak bleh la nak push dia sangat kan..ape2 pon..Chaiyok2 ya Chong Wei...

P/S: Lin Dan tu handsome la..lebih handsome bila dia stress..erkk..tetiba...lariksss...





Final Badminton Terbuka Malaysia

Apa yang dapat i katakan ketika ini..i stress sebab tak dapat tengok badminton final..dah dekat kul 5.00 pm..i masih di office..by the time i sampai rumah..dorang dah habes main pon..T_T...sakit ati pon ada..huhu...

Semalam Datuk Lee Chong Wei berjaya menumpaskan Chen Long dari China..kata pengulas percaturan Lin Dan tidak kena dengan menarik diri daripada perlawanan menentang Datuk Lee Chong Wei di semi final semalam..Dia meletakkan Chen Long di tempatnya dengan harapan Chen Long ranking ke 3 dunia mampu menumpaskan Datuk Lee Chong Wei yang dah 6 kali menjuarai kejohanan ni..Rasa2 kalau Lin Dan main sendiri bleh menang tak dia..harapan dia agak tinggi kalau dia main sendiri..dia tarik diri atas masalah kesihatan..mungkin jugak la..dia malu la kalau tetiba kalah plak ngan pemain ranking pertama tu kan..

Tapi hari tak dapat tengok pulak Datuk Lee Chong Wei Lawan ngan Taufik Hidayat..hadoi...tension2..haih..hope dia bermain ngan baik macam mana dia main semalam..semalam nampak sangat dia menang mudah dengan Chen Long..set pertama 21-9 set kedua pon sama..kejap je permainan..tak sama masa dia lawan ngan Lin Dan..nampak stress, penat dan struggle..Go Chong Wei..haha..

P/S: Tapi i tetap kecewa tak dapat tengok hari ni..T_T..

The Choice Is Yours..

Ok entry ni takde kena mengena ngan yang hidup mau pon yang dah mati..so jangan perasan, terasa atau kechik ati (merujuk pada diri sendiri..)..

Pada pendangan korang especially guys out there...i mean yang muda2 ni..yang tuo2 taknak tanya..kalau korang cari girl friend or wife girl cam mana yang korang nak..lawa? putih gebu? muka atak licin? kurus? badan cam model? muka comel cam nora danish?..ade ke laki yang cerdik2 pasal cintan cintun jer hati dia berkata yang dia nak girl yang montel, gelap, yang lawa dia agak so-so (tak bleh la kita cakap tak lawa sebab tu menghina kejadian Allah..dosa) dan macam2 lagi la yang tak best nak cakap..ade ke..kalau ade meh sini i nak interview dia..memang pelik mamat ni..

Kalau ko cakap ko la lelaki itu..itu la pembohongan yang besar ko penah buat..ko cakap tepon ngan girl yang ko tak penah tengok pon imaginasi kau membayangkan yang girl tu adalah lawa dan comel..definitely..semua pon cam tu..even girl pon cam tu..so ko tak yah la berlagak suci kat sini ok..

Ape point yang i nak sampaikan..ok takde point ape2..saje nak buat entry nak kasi idup ini blog..ok ok takde..just nak express my thought jer..tetiba drive kete nak datang keje tadi terpikir pasal benda ni..apa yang paling penting kepada seorang lelaki tu..rupa paras..bentuk tubuh (kurus, motel)..harta benda..hmm..

Guys terbahagi kepada beberapa golongan..ada yang satu golongan yang girl dia mesti kena cun, malatop, manja siot, comel cute..ada satu golongan yang tak kisah la muka berjerawat batu pon janji body mantop..ada satu golongan yang tak kisah sangat bab rupa paras & bentuk fizikal..yang penting angka dalam account bank girl tu 7 keturunan pon makan tak habes..ada satu golongan ni..yang mana i rasa semua girl mengharap dapat orang cam ni..dorang ni tak pandang luaran..pandang dalaman..ikhlas dan tak mintak balasan..hati bersih..wah..ade lagi ke orang2 cam ni..ade..tapi cam pupus la...golongan ni jenis yang setia dan menerima girl dia seadanya..

For me..kalau i ni guy..i mungkin akan pilih girl berdasarkan inner quality..tak kisah la lawa ke tak..kurus ke montel..as long as sifat dalaman dia terbaekkk seperti yang di sarankan oleh agama kita i on jer..tu kalau i la kan..dari segi luaran tu kita bleh ubah..kurang lawa kita bleh lawakan..banyak per produk kecantikan kat luar sana tu..make up set pon belambak2..yang ori tak ori..semua ada..pakai jer la..yang montel kita kuruskan..JM5 kan ada..takpon ambik jer Herbalife..kalau duit banyak..sponsor jer pegi London Weight Manangement..ape susah..sifat dalaman tu yang susah nak ubah..ade duit juta2 pon kalau tuan empunya diri taknak berubah tak jadi jugak..so guys out there..think wisely ya..


P/S: Kalau kurang lawa time nak kawen bleh dilawakan ngan tempek makeup tebal2 kan..kalau montel..bleh tak tanggalkan lemak2 tu dan letak tepi habes kenduri tampal balik..?*thingking hardly sampai mata jadi spiral*





Mee Kari World Hyda <--- Kar yang bagi nama

Hari ni as last week (start from last week actually) i dah dapat tugas baru..tukang pegi pasar tiap2 hari jumaat..haha..so today...i plan nak masak Mee Kari..so i bought everything i need and rushed back to home, prepared everything and rushed back to fetch mummy kat dewan bandaran (dia pegi dengar ceramah agama..that's the reason i dapat tugas baru..)..

Masa baru balik dari pasar i sempat jugak google resepi mee kari..i suka satu web ni..if i'm not mistaken owner web ni dok kat jepun..so resepi dia semua simple tapi sedap mencengkam..mau tak simple mana dia nak cari bahan2 macam kat malaysia kan...so kalau nak tengok resepi2 lain klik sini..banyak jugak resepi dia yang i dah cuba..dan semuanya best dan menjadi..

So berbalik pada mee kari tadi..sampai jer kat rumah terus mulakan usaha gigih untuk menyiapkan kuah mee kari..haha...jadi jugak..tu pon hasil tunjuk ajar mummy..sebab dia lagi terer..i combine resepi mummy ngan resepi dari web tu..rasa memang mencengkam..haha..so pi la tengok kat web tu kalau nak tau resepi dia cam mana..

Oh..pasal tajuk tu..i letak status kat FB..then Kar my friend masa sekolah dulu bagi nama ni..haha..ntah pape jer...

Satu ketika dahulu #2

One Silent Morning at Pusat Pengajian Asia...


Lecturer: Sihat hari? PI ok? Draft tak sampai lagi pun kat meja saya..
Me: Sihat ja..Sir tengok saya tercongok kat sini maknanya sihat la tu..hehe..
Lecturer: Bila nak hantar draft kat saya..? Bagi C baru tau..
Me: Blom siap sir..tak bleh extend masa ke? Stress la sir..banyak benda nak buat..banyak assignment nak kena submit awal minggu depan..
Lecturer: Stress? tu la awak tak pegi swimming..



Me like..what??????..ape kene mengena swimming ngan stress..ok mungkin kena mengena..tapi kenapa swimming..kenapa tak shopping ke..baru sesuai..


Orang lain punya birthday orang lain dapat present...

Today is big bro punya birthday..Tahniah..dan takziah jugak sebab dah masuk 35..ngeh ngeh ngeh..tua sudah abangku..bila mau kawen oii..sebagai adik yang suka bertekak ni (tapi ati baik) nak wish you A Very Happy Birthday To You..semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..semoga dilimpahi rahmat Allah SWT dan semoga dikurniakan jodoh yang baik..

Oh ya..berkenaan tajuk tu..yesza..orang lain punya birthday orang lain yang dapat hadiah..haha..dia punya birth day i plak yang dapat hadiah..ok per..i anggap sebagai hadiah birthday i in advance la..tak lama..bulan Feb jer..sebulan jer lagi kan..haha..sapa bagi?haha..


One Fine Day (15 Jan 2011)
Beeeeeppppppp..beeeepppppppp (telefon berbunyi macam dalam komik)..mummy nyer fon berbunyi..it's her beloved son..i tak tau apa yang dorang cakap kan..then mom hand over the phone to me..


Big Bro: Awat call tak angkat..tepon rosak ka?

Me: tepon tinggal kat atas..besa la tepon lama..nyawa2 ikan dah..

Big Bro: Kat sini ada lelong tepon ni..tokei dia nak tutup kedai..so depa lelong tepon..nak dak?

Me: Takdak duit la..

Big Bro: nak ka dak? (dengan nada yang agak keras dan berlagak..haha)

Me: Isk orang takdak duit la..berapa hengget?

Big Bro: Murah ja..RM300..

Me: Tepon apa..cap ayam apa?

Big Bro: Tepon elok la..Zitron lagi..Tepon......tetttt.......mau ka?

Me: Hui biaq betoi..Rm300 ja..awat murah sangat..underwater ka?

Big Bro: Orang kata dia nak tutup kedai..Zitron underwater apa..(masih dalam nada berlagak dan keras)

Me: Hmm..nak belanja ka..haha..mau jer..

Big Bro: Ok sat gi pi beli..nak color apa?

Me: Dia ada color apa..pink ada?

Big Bro: Ada..confirm pink?

Me: Ha la..pink..eheh..ni confirm belanja ni..

Big Bro: Ha la..tunggu satgi balik la..

Me: Ok...(dengan hati yang berbunga2..dan senyuman yang lebar..)



16 Jan 2011 - pagi pas balik jogging..


Big Bro: Norule...(terjerit2 dari atas)

Me: Ya..ya..ya (eceh..hati adalah riang ria sekali..)

Big Bro: Nah..check tengok..

Me: Yeahhhh..Tenkiu tenkiu..free ka?

Big Bro: Ambik la..tapi Bapit punya lagi canggih..(sempat lagi..haih..)


Save dah duit beli hp baru..haha..tahun ni memang dalam perancangan nak beli HP baru..sebab yang i pakai tu dah 4 tahun lebih usia dia..haha..i beli masa belajar kat Sarawak dulu..tahun 2006..sampai dah tak berbunyi dah dia..haha..bisu dah..dapat HP baru ni..alhamdulillah..thanks bro..:D







P/S: tahun lepas birthday present warna pink..tahun ni pon pink..:D



Pegi tengok 3 Idiots baru paham tujuan entry ni..

Terkenang zaman study kat UiTM dulu..betapa nakal dan malasnya i time tu..selalu ponteng kelas..lambat hantar assignment..tak pegi group meeting..berchenta sampai tak hengat..macam2 la..memang hancus la..sebab tu result pon cam hapa lagi kan..masa first year tu memang hancus la..result memang terok gila..nasib tak kena tendang kuar..then after dah masuk penghujung secand year tu baru la nak sedor diri...masa tu baru la dapat hidayah dan mula bertaubat..cehhh..

Tapi dah terlambat la kan..awal2 ko tanak pulun habes2..sekarang tengok jer CGPA tu mengesot jer nak naik tinggi..ha tau mengelabah..tu la orang melayu kata..PADAN MUKA..tapi lepas dah dapat hidayah GPA boleh tahan gempak..cam tak cayer jer yang i tuan punya result tu..tapi still terlambat..CGPA hancus gak..haha..i rasa i dah penah citer pasal ni satu masa dulu..cuma yang ni mungkin ada sedikit penambahan jer..so bleh jugak baca yang tu..klik sini ya..

Ok ok..citer dia bermula cam ni..masa sekolah menengah..i minat ngan aliran sains..ceh..nak jadi doktor la katakan..tapi ramai yang kata i sesuai jadi lawyer since mulut ni banyak sangat cakap dan pandai jer nak menjawap kalau orang cakap pape tu..what ever..so after habes PMR (dengan result yang quite good jugak) i masuk la kelas pure science..memang minat ni..sebelum tu dah apply asrama penuh, MRSM dan sekolah teknik..memandangkan result kurang skit jer dari qualification yang dorang tetapkan..so tak dapat la masuk..yang MRSM tu plak sebab tak lulus ujian dorang..so tak dapat la masuk..sekolah i dua orang jer apply..me and my friend Latifah..dua2 tak dapat..

One day..balik dari sekolah i tengok dalam post box ada surat..and it was for me...bukak2 rupanya surat panggilan sekolah teknik..ohh saya tak minat ok sebab kursus yang dia bagi adalah Pengurusan Perniagaan..so not me..tak suka akaun bagai ok..so kira budget nak sorokan la surat tu sebab i tau confirm kena pegi punya kalau mummy dapat tau..kebetulan petang tu ada training hockey (dulu aktif sukan..hampir semua sukan yang ada kat sekolah i main)..so bawak jer la sekali..jahat kan..haha..

I told all my friends pasal ni..some said tak payah pegi la..some said rugi jugak kalau tak pegi..so..i just said..will think about it..balik tu i rasa bersalah plak sembunyikan benda ni dari mummy..so i terus terang ngan mummy dan tunjukkan surat tu kat dia..and as i said earlier..i memang kene pegi..kuasa veto ok..i cakap la i tak mau..sebab i suka sains..haih..

So esoknya i pegi sekolah as usual..and all my friends tanya how..i said i dah cakap no kat my mum..so tak tau la..kene tunggu my dad punya keputusan..balik sekolah sampai jer kat rumah i cam..haaaaaaaaaaaaaaa..tergezut..di satu sudut adalah barang2 yang nak kena bawak pegi asrama..oh ya i tak bagitau kan i dapat sekolah kat area mana..it's kat Perlis ok..jauh gila..so kena dok asrama..mummy dah beli semua barang keperluan..dari toiletries hingga lah ke cadar katil, baldi dan hanger bagai..lengkap..haih..

Mummy memang terer dan super efficient bab nak prepare all those things as big sis n bro pon dok asrama..kira dah biasa la kan..so mau tak mau kena la pegi..sedih betoi..memang berat ati ok..kursus yang i memang tak minat langsung..actually memang la i yang apply..tapi i apply suka2 ja..my dad yang soh mintak kursus tu..tak sangka dapat..so padan muka i..dah tak minat kan..jawapannya memang tak perform well la SPM i..padan muka semua orang..well semua tu salah i jugak..kenapa tak belajar bebetol..kan..

Dah habes school..i apply uitm dan poli..both dapat...poli i dapat science com and UiTM guest i dapat course apa? urkkhhh...dapat course yang sama juga Business Studies..and guest yang mana satu i kena pagi..even my dad against my decision nak masuk poli..actually everything dah siap untuk ke poli..haih..damed ok..i tak mau pegi UiTM..bukan sebab universiti tu tak best..tapi sebab course tu tak best..tapi as usual..kuasa veto..kena pegi jugak..so terpaksa la pegi..

Mummy said "suka ke tak suka kena pegi jugak..it's final"..dendam la konon i ni sebab terpaksa masuk UiTM dengan course i tak suka..tu la yang jadi macam tu..bila dah masuk tahun 2 baru nak sedar kan..i ruined my own future..haih...actually i tak mintak pon course tu..dorang offer base on my background..budak perniagaan kan..

That one was my dip la..bila masuk buat degree i dah berazam nak belajar bersungguh2...dan bila dapat walaupon course yang i tak mintak dan agak susah giler i belajar dengan bersungguh jugak..sebab course tu menarik plus 2 universiti jer yang offer course tu..and my universiti yang major bebetul bidang ni..so i can say the only universiti yang keluarkan graduan majoring bidang ni..so very the vangga..ahah..plus after habes sem pertama dari 50 plus orang tinggal 24 jer..sebab semua kena tendang..so i antara yang survive..very the vangga lagi..sebab tu pulun habis-habisan..ok tipu ok..tak la habis-habisan..just pulun sambil berjimba jugak sometimes ok..over plak..Ngeeeeeeee *tersengih macam kerang busuk..

Tapi sayang malaysia masih terlalu muda dan belom 100% ready untuk student lulusan ni..end upnya i masuk tourism line..haih..but i still love my bidang tu..sangat2 suka..instead of jadi medical doc..i can be accupation doc..haha..sesuai ker word tu..lebih kurang la..nak tau i amik course ape dig out la entry2 lama dalam tag yang sama ngan ni..

Malaysia really2 tak ready for it..tapi bit by bit i boleh nampak yang Malaysia dah paham yang they need people like us to help on the issues especially bila tiba time gawat di mana ramai yang kena VSS or ramai yang tak dapat gaji..hmm..i was thinking i should go for safety & health officer punya exam..tapi mahal dowh...



Moral of the story: Buat ape jer yang u minat nak buat..jangan buat apa yang orang lain nak u buat..memang hancus..believe me..i've went through this (walaupon the one yang i patut salahkan adalah diri sendiri)..Pegi tengok 3 Idiots (citer bolly yang dilakonkan oleh Amir Khan, Madhavan & Karina Kapoor) baru paham apa yang i cuba maksudkan..

Harap interior jer lawa, food hampeh...

Semalam me and mummy pegi makan kat luar..actually mummy nak belanja i makan since dia dapat duit kutu..so we decided to have our dinner at Old Town..i tak bawak Hp..cam lagi la tak bawak kan..tu sebab tak de pic nak tempek kat sini..i order Asam Laksa with Cendol with Gula Melaka..mummy plak order Curry Mee ngan Nan Yang C (kopi ais la senang citer)..then we order roti kawen dia (dalam menu nama dia best lagi)..

So dipendekkan citer..rasa semua makanan tu except roti kawen memang tak sedap dan tak worth for money..my asam laksa tu kuah dia di buat dari ikan sardin dalam tin tu ok (i know ok..i tak buta lagi tengok dan rasa ikan dia tu..plus tulang pon ada..)..then curry mee to mee dia dah la keras macam baru kuar dari plastik..my drink sucks..baik makan cendol kat mamak (sape soh ko order..banyak air lain yang tu jugak ko nak)..mom's drink dia kata ok la..dia suka but for me gila pahit..huh..memang tak pegi toilet seminggu..Roti kawen dia ok la even tak perfect macam dolu2 punya Old Town..

I tak tau Old Town tempat lain macam mana..tapi kat my place ni memang sucks la..curry mee & asam laksa tu masing2 harga dia RM6.90..lebih sedap lagi yang tepi jalan punya..murah plak tu..My Drink Rm7.50..ohh sangat tak worth it..abang mamak cendol bismillah punya baru RM1.40 siap ada kacang merah..Mom punya drink RM4.00 plus..i can bancoh better than that for free ok..haih..mencik. mencik..Old Town my place i pangkah siap2..nak pegi setakat nak minum milk tea and have some bread tu boleh lagi la..tu jer la kot yang tak berapa lari rasa dia..




Satu ketika dahulu #1

Roll call sebelum prep..


Warden: Mulai hari ni semua pelajar perempuan diharamkan memakai kain batik keluar dari dorm..walau ke toilet sekali pon tak boleh ya..
Pelajar: Kenapa cikgu? Kain batik tu sama ja kot ngan kain sekolah atau kain baju kurung..
Warden: Sama tapi tak serupa..Saya tak tahan tengok kamu pakai kain batik..seksi sangat..



P/S: Apa hal...ko yang tak tahan kami yang seksa..sapa soh jadi warden asrama perempuan...


**Kisah benar ok..bukan dongeng..

Tak sangka Faizal Tahir pon pandai buat magic..

AJL semalam adalah sangat mengejutkan..i wonder cam mana perkiraan juri..cam mana dorang nilai performance dan bagi markah..bukan nak kritik..semua pon bagos..kalau tak bagos tak bleh la nak pegi akhir kan..kita pon tak aspect they all to be perfect cam dalam album tu..tapi some tu cam terkantoi tak bleh nyanyi life rupanya..kadang2 kita kena thank to reality program jugak..sebab dorang ni dah well train nyanyi life atas pentas..so suara tu ala2 maintain gitu..tak la kucil teruk sangat..some tu memang ketara sangat terkucil dia..yang pancit tak cukup nafas di hujung2 lagu pon ada..kalau Fauziah A.Daud ada ni memang syok jugak dia bagi komen..haha..

Apa2 pon tahniah la pada yang menang..dah menang nak buat cam mana..nak kata pon tak boleh..sebab yang jadi juri bukan calang2 orang..semua otai2 dan sifu2 belaka..dorang lagi pandai menilai..lagi pun..apa aku kesah..bukan dapat portion pon dari duit yang dorang menang..haha..


P/S: Tajuk tu bukan tak de kena mengena ya..those yang tengok AJL25 semalam paham la..yang tak tengok korek2 dalam tonton.com tengok ya..

My lil cousin.....

Ni cousin i yang paling kechik..baru 1 tahun lebih..anak adik bongsu mummy..mummy ada 10 siblings all together..sebab tu la adik bongsu nak sebaya anak dia...budak kechik ni sangat garang ok..haha..dah usah didekati..kire kalau orang nak kidnap payah la..sebab dia memang tak mau dengan strangers..bleh tengok n main2 dari jauh jer..pegang tak boleh..memang dia jerit2 dan kuntau2..haha..

Muka dia exactly macam abang dia yang sulung..abang yang sulung aged 21..hmm..baby accident i guess..sebab abang yang second pon dah 15 years old..yes the only daughter..i nak sebut diri kakak pon cam geli..haha..sesuai ke?




Puteri Aliesya Aliya


Mimpi yang indah..

Semalam mimpi sangat indah..haha..hmm..so bangun pagi ni rasa cam happy jer..kan best kalau tiap2 malam mimpi macam ni..dan lagi best kalau itu adalah realiti...hahaha...tapi selalunya realiti tak seindah yang disangkakan..sebab yang indah2 tu hanya berlaku dalam mimpi dan dalam wayang ja..huhu....

1st Day of 2011

1st day of 2011 yak ni 1 Jan 2011, planning to actually nak buat BBQ memandngkan big sis & her husband balik cuti..whatwas on my mind at that time actually nak buat satay la..so weol (me & lil sis) prepare la ape yang patut nak buat satay..dah siap perap masuk dalam plastik n kept it in freezer (ala2 licence to grill gitu..haha..)..belom cucuk kat lidi lagi..esoknya baru nak cucuk..

So keesokkan harinya..terpikir plak yang lebih best kalau bleh BBQ kat tepi sungai ala2 nak picnic sekali..since we knew a place which is kind of private and super best weol pon cecepat packed everything (we brought so many food..haha) and headed to that place which is located somewhere in guar cempedak..actually a stone throw from big sis in laws house..tempat ni memang best..ada pic kat sini..BBQ picnic ni disertai oleh parent in laws big sis dan tak ketinggalan all the ipar2..

Those are several picture..hari hujan leba actually..thanks god ade bangsal..so weol lepak kat situ sambil memBBQkan ape yang patut dan makan..actually kejap jer hujan dan stop..so ape lagi..it's mandi time la..haha..tak hengat punya ni..tak sedor yang diri tu tak bleh berendam lama sangat..dah kene asthma..pandan muka..tapi maintain..ceh..konon..




Homemade by me..and not to forget lil sis..marah dia tak sebut nama dia..


Ikan tu bukan hangit atau rentung yer..tu actually daun pisang yang dah hangus..:D


Kat bawah ni bukan weol pancing ke ape kay..ni ikan laut..masa mana plak nak pancing kan..ni actually ikan tenggiri yang dipancing oleh member kepada big sis FIL..dasat wei..besor giler ikan dia..cam mana la agaknya dia naikkan ikan ni kan..i can imagine that..her FIL bought this fish from them..yes Fish..not fishes yer..mampos beli semua..sape nak makan banyak2..sekor pon dah RM64 (around 3.5 kg)..menurut kater si pemancing tu..sekilo normally dia jual RM18..hmm..lebuh murah dari pasar la kan..so rugi la kalau tak beli..

Mummy nak jer beli jugak..but sape nak makan wei besor2 tu..weol berduet jer kat rumah lepas lil sis balik johor..so end up nya tengok jer la..lagi pon i dah tau..mummy sure2 buat curry ikan tu..so dia sorang jer makan kang..i kureng skit curry ni..nasib tak beli la kan..i pon tak suke sangat ikan cam ni..






Sebok jer dua orang ni nak ambik gambar ngan ikan..haih..


See2 besorkan ikan..ha..yang pegang tu my BIL..my lil sis (yang tak berapa nak lil tu) tak pakai tudung..sebab tu kene cover2 cam tu..kenape watermark tu cam kat atas sangat ek..hehe..sebab agak sexy di situ ya..haha..tak pasan masa ambik gambo..haha..so tutup2 skit la..ni la activity pembukaan bagi 2011..actually kira cam family day jugak la..


P/S: Sejak dua menjak ni suka plak buat BBQ ni..

Masak Lemak Ayam Bakar !!

Hari ni takde benda sangat nak buat..so dari semalam lagi dah plan ngan mummy nak masak2..dalam pemikiran weol nak bakar ikan..so pagi ni pegi la pasar berduet mencari ikan2 yang boleh dibuat bakar..susah sebenarnya nak cari ikan yang sesuai..sebab jarang2 buat bakar2 ni..selalunya kami bakar ikan kembong ja..tapi hari ni cam nak ikan lain plak..

Mummy memang dah ada fav fishmonger dia..so terus tuju kat situ jer la bila sampai tu..ikan yang menarik takde..so end up mummy bought 2 ekor ikan kembong atau dalam bahasa utara ikan temenung yang besar punyaaaa....

Tak puas ati ni..so jalan lagi..sampai kat hujung nampak ikan merah..tapi bukan jenis yang biasa tu..yang ni sisi dia halus dan putih..ambik jer la sekor malas na pikir lagi..dapat apa yang weol cari gerak balik sebab nak prepare bahan2 perap plak..masa tengah drive tu terpk plak..kalau buat ayam percik pon best..terus tanya mummy ada tak ayam kat rumah n mummy said yes we do..haha..best2..

Sampai jer rumah terus sarapan..perut dah berbunyi2..sementara nunggu mummy siang ikan i online jap..cari resipi ayam percik..i tak reti nak buat tapi nak jugak buat..hehe..pape ntah..senang jer rupanya nak buat..ingat susah..haha..so kalau nak tau resipi google jer..sebab semua resipi lebih kurang sama jer..

Tanpa melengahkan masa..chewah..i turun bawah dan start sediakan bahan2 dia..potong2 masuk blander dah siap satu pes kuah percik yang mabeles..haha..tapi i ni salah baca resipi..letak kunyit sekali..haha..tapi rasa tu tak lari la..cuma kuah jari kuning ala2 masak lemak..ngeh ngeh ngeh..

Pas masukkan ayam untuk dimasak dalam kuah tu tadi i pegi siapkan kan plak..lebihan pes tadi i jadikan perap untuk ikan..letak ikan, garam dan pes then balut ngan daun pisang dan foil..siap..opss...bara blum buat..dah gegas2 nak pegi buat bara..nasib arang semua ada (balance picnic hari tu)..oh ya tk cita plak pasal picnic masa new year hari tu kan..nanti i buat entry lain pasal tu..hmm..so after bertungkus lumus selama 15 min untuk hidupkan bara..bleh la mulakan process membakar yer..

So hasilnya ..............................................






















Best..haha..actually kan..ayam percik tu memang rasa percik walaupon warna dia kuning..next time ingat dah jangan letak kunyit..kang kuning macam hari ni punya..oh ya pasal tajuk entry ni..kuah dia nampak cam masak lemak memula tu sebab tu buat lawak ngan mummy ni masak lemak ayam bakar..:D

Later ya..

I Love Crocodile..

Wah saya sangat bangga sebab berjaya habiskan duit beli kasut baru hari ni..i sangat kedekut ok..memang super kedekut..i beli kasut setahun sekali..kira pakai sampai hancur baru beli baru..percaya tak kalau i cakap dah 3 tahun i tak beli jeans..? percaya tak i bagitau yang i still ada dan pakai jeans masa i umur 13 tahun..? ni tak tipu ok..i memang super kedekut..tak fashionable dan tak trendy..

Zaman masa i tingkatan 1 dulu i adalah besar giler dan gemuk..bukan nak kata sekarang ni kurus..cuma i dulu lebih besar dari i sekarang..so kalau i bleh pakai seluar masa tingkatan 1 tu tak pelik la..dari segi ketinggian plak tak merisaukan..sebab dulu2 sluar i semenye jenis panjang..tak potong kaki..dulu memang suka pakai seluar lipat2 kaki..so sekarang senang la..potong jer ikut suka ati..tapi disebabkan terlebih pandai..i potong sendiri..haha..makanya tersingkat dan berjerumbai sebab malas nak anta jahit..teruk kan..

Pasal kasut baru i tu..i beli jenama yang sama jugak Crocodile..ok ok jangan gelak..i bukan pentingkan jenama dan fashion..what i care the most is keselesaan..jenama ni jer yang sesuai dan selesa ngan i..so i beli la..buat apa beli kasut yang jenama best2 tapi bila jalan kaki sakit..nak berdiri lama tak boleh..i bukan lah orang yang sanggup tahan sakit demi nak nampak cantik..no no..kaki nak pakai lama ok..so kena jaga..

i kalau nak beli kasut mesti tengok tapak dia..keras ke lembut..then pattern dia..meruncing ke atau lebar kat bahagian depan dia..i pakai kasut yang bahagian depan dia lebar..kalau tak kaki sakit nanti..ketinggian dia..tak mo tinggi2 sangat..sakit betis..dari segi saiz plak..i kene pakai kasut 1 saiz kesar dari size sebenar kaki i..kaki i ni jenis yang kembang bila i pijak..so kalau pakai sama size lama2 kaki i jadi sakit..so kene la beli yang besar 1 size dari kaki..banyak nar sakitnya..hmm..

Oh ya..tak ketinggalan..mummy also bought herself one. we both are huge fan of Crocodile..:D

My life is one big soap opera - part 7 (Selamat Bersekolah Yer Semua !!!!)

Hari ni sekolah dah mula..setelah sebulan lebih bercuti dari antar dan ambik anak sekolah, ibu ayah dah sibuk balik mulai hari ni..bagi yang ada anak yang masuk darjah 1, hari ni bercuti la yer temankan anak kat sekolah..kurang2 3 hari nak tunggu melangut perhati anak dari luar kelas..bukan apa takut anak menangis ke ape ke kan..anak2 yang dah penah pegi tadika mungkin bukanlah satu masalah untuk dorang stay dalam kelas..sebab dah biasakan..kalau yang tak pegi tadika ni susah skit la..dorang rasa takut, malu dan macam2 la bila kali pertama masuk sekolah..tu biasa la..semua orang alami benda ni..cuma kita jer yang tak ingat masa kita mula2 masuk sekolah dulu..maklum la..dah berpuluh2 tahun kan..

Hari ni pegi pejabat pos..nak pos shawl untuk customer..fenomena biasa time2 sekolah baru bukak...jalan nak ke pejabat pos menghala ke Jalan Pegawai tu memang sesak gila..tak bergerak2 kete..dalam tu ada 4 sekolah termasuk ngan sekolah agama rakyat..dengan hujan lagi..memang sesak giler la..so terpaksa la pusing2 ikut jalan jauh dan beli lunch untuk melengah2kan masa..memang tak bleh nak masuk pon pejabat pos..kalau tunggu buat muka kesian pon dorang takkan bagi jalan..haih..pusing punya pusing, siap beli bihun sup mak long, baru la dapat masuk pejabat pos..

Masa tengah bawak kete pusing2 menuju ke gerai bihun sup mak long (yang malatop tu), ternampak satu budak sekolah tengah bawak moto dalam hujan2..basah kuyup budak tu..tetiba teringat kenangan masa tingkatan 2 sekolah petang..hari ahad, hujan lebat giler..bas plak asyik penuh jer kat stesyen bas (i naik bas awam ok ke sekolah..)..ni fenomena biasa..hari Ahad memang penuh dengan encik Bangla yang berpusu2 pegi lepak kat shopping complex kat BM tu..tunggu punya tunggu sampai kol 2.00 bas still penuh..orang berdiri sampai kat pintu..cam mana nak naik kan..tunggu lagi sampai kol 2.15 petang..haih tak leh jadi..naik jer la penuh pon..

Bas bergerak agak lambat..maklum la penuh giler kan..sampai jer kat depan sekolah i tekan loceng (kene tekan kat depan sekolah sebab tak de bas stop depan sekolah..bas stop 100 meter dari sekolah)..bas berhenti tapi nak turun tak boleh..sesak ngan orang..i dah nak nangis ni..yer la..dah la dah lambat sangat2 dah ni..bersemangat nak sekolah punya pasal sanggup pegi sekolah jugak walaupon dah lambat giler..ni la contoh murid yang berdedikasi (sape yang nak muntah sila muntah sekarang)

Bas jalan..i tekan lagi loceng..kali ni dia berhenti 1 KM dari sekolah..i tak kira i rempuh ja orang2 yang ramai tu dan turun..kalau tak turun i confirm sampai BM dan melepak sama2 ngan Encik-encik Bangla ni..definitely basah la kan sebab hujan dah lebat..payung plak tak sempat nak bukak dari dalam bas..haih..memang sadis la time tu..i dah separuh basah ni, hujan dengan angin lagi..payng tutup atas jer..kaki angin dok tiup kene gak air hujan..jalan la kaki pegi sekolah..nasib baik period pertama tu kelas seni..haih..i dengan muka yang sedih dan hampir nangis masuk kelas..cikgu macam paham jer ngan masalah i..yer la dah separuh basah..pinggang ke bawah basah kuyup..cikgu tengok jer i dan buat2 tak nampak..muka ala2 cam malas nak ambik port..dorang yang lain tengah melukis time tu..tak ingat dah melukis apa..

Tu la kenangan i masa sekolah dulu..banyak lagi kenangan yang best2..kalau dulu i rasa cam perit..tapi sekarang rasa manis jer..hehe..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...