Rindunya nak travel...


Salam Sejahtera, Happy Wednesday!

Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan saya. Walaupun 2 tahun berlalu, saya masih tak punya keberanian nak travel, otak ni fikir macam macam. Tapi hakikatnya, hati ni meronta-ronta nak travel. Dalam masa yang sama saya risau, takut dan masih tak yakin yang keadaan kat luar sana selamat untuk saya.



To be honest, kehidupan saya sekarang berputar antara kerja, groceries, rumah saya dan rumah parents. Paling paling nak hiburkan hati, saya bawak diri menonton filen di cinema. Covid 19 memang mengubah hidup. Antara tempat yang saya teringin sangat nak pergi adalah Turkiye. Mungkin 2 tahun lagi saya akan jekakkan kaki saya ke sana. Kenapa 2 tahun lagi? Entah la, planning saya memang 2 tahun lagi. Banyak yang perlu saya pertimbangkan.


Osaka Trip 2020, masa ni covid baru mula nak spread out.


Sementara itu, boleh la saya menabung banyak-banyak, supaya percutian saya tu nanti tak la budget sangat. Usia macam sekarang ni rasanya tak daya dah nak backpacker macam dulu. So kena pastikan perbelanjaan yang cukup dan lebih untuk selesa. Until we meet again!






Salam Sejahtera !

Saja nak kongsi macam mana saya boleh turun 17 kg. Actually it took me 4 months nak turun 17 kg dan ianya tidak senang dan tidak jugak susah. 2 bulan pertama, focus saya hanya pada permakanan. Saya ikut kaedah suku-suku separuh. Saya pastikan kalori makanan yang saya ambil tidak lebih dari 1350 kal sehari, sesuai dengan berat dan gaya hidup saya. Bulan pertama saya turun 7 kg, happy tu hanya Allah saja yang tahu.

Lepas 2 bulan berat saya dah turun hampir 10kg, tapi dia dah semakin susah nak turun. Makanya saya mula faham, yang saya tak boleh hanya bergantung dengan menjaga pemakanan sahaja, saya kena mula bergerak. Saya start dengan briskwalk 10 ribu tapak sehari. Kemudian 20 ribu tapak sehari. Perlahan-lahan saya mula jogging, dari 1km membawa ke 3km, kemudian 5k dan seterusnya 7km. 

Namun 1 perkara yang saya sedar, semakin panjang jarak saya berlari, saya jadi semakin lapar. Akhirnya saya decide untuk mengubah dari berlari kepada hiking. Sampai akhirnya saya turun 17 kg. Itu yang orang tua-tua kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. 



Saya masih berharap semangat saya untuk sihat takkan pernah luntur. Saya harus kuat berusaha dan focus. Demi kesihatan dan masa depan. Nak travel the world kan. Mesti kena kuat dan sihat. Until we meet again!



15 tahun tak begitu panjang tapi penuh dengan cerita




Salam Sejahtera, Salam Ahad!

Tak tahu nak pick up dari mana, well actually I'm not really expecting anyone to read this blog, maybe ada yang terserempak disaat tengah google cari info, tapi, ada lagi ke orang baca blog sekarang ni. Anyway, as an 80s kid, to be honest, saya masih lagi bermain dengan pen dan kertas, masih lagi beli buku dan baca. Saya sangat enjoy selak helaian demi helaian buku yang saya baca, enjoy bau buku, baru dan lama, rasa texture kertas baru dan kertas lama. I think less of gen z nowadays yang buat semua ni. Ada but segelintir probably.

Macam yang saya cakap dalam posting saya yang pertama untuk tahun 2023, saya yang kini sangat berbeza dengan saya yang 15 tahun dulu. Masa dan pengalaman hidup mengubah dan membentuk saya menjadi diri saya yang kini. Bila kita meningkat usia, dengan segala yang kita lalui dalam hidup, secara langsung dan tidak langsung mematangkan kita. 

Antara yang paling membanggakan saya sepanjang 15 tahun ini, first, saya berjaya menyambung pengajian saya ke peringkat master, second saya berjaya turun 17kg. Alhamdulillah. Banyak lagi la yang saya banggakan tapi 2 perkara ini yang buat saya tepuk bahu sendiri dan ucap "good job" sebab bukan mudah. Sangat tak mudah. 

Sebagai manusia yang normal saya melalui ups and downs dalam hidup saya. Saya harap, kembali berblogging ini akan membantu saya untuk menyusun atur segala yang ada dalam minda saya, membantu saya untuk lebih jelas memandang kehadapan dan mengatur kehidupan saya dengan lebih baik. Until we meet again!








Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...