Jangan, jangan dan jangan!!!!

Dah lama tak bukak Yahoo Mail..aku memang jarang check email yahoo ni..masa tengah delete email2 spa, aku terperasan ada email dari ayah aku..so aku nak la kongsi dengan korang semua..rajin2 la baca no..


*****************


Jangan biasakan berbohong
.

Kerana ia adalah ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kepercayaan & kasih orang kepada kita.


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
Kerana
mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
tidur selepas solat Subuh.

Nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti
rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nantikita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.



Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




P/S: ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Lega dah balik

Aku dah sampai balik rumah..hmm..nenanti la aku post entry trip ke Terengganu ya..heva great day..tarra..

HAPPY CHINESE NEW YEAR [sticky mode]

**Please scroll down for my new entry**


zwani.com myspace graphic comments

&

HAPPY HOLIDAY

TO ALL

FROM

HOODEDLICIOUS a.k.a NORULE HITLER

Perompak pencuri sekarang berani2 balaka

Baru2 ni dalam minggu lepas ada kes pecah kete kat depan office aku..kepunyaan sorang sales girl Chinese..yang lawaknya..dia leh tak perasan n tak nampak yang kete dia kena pecah.padahal dia parking kete depan kedai yang dia pegi tu jer..dia pakai Pesona putih..dah tu letak beg dalam kete plak..cam nak soh orang pecahkan kete dia plak gayanya..


Yang nampak tu budak yang keje kat Pusat memandu tingkat 2..dia tengah lepak kat depan office dia kat tingkat 2 nunggu gerai cucur udang bukak..menurut cite dia..dia nampak 2 orang budak mencurigakan dok berlegar2 kat kawasan office kitorang..panjang la citenye n aku cam tak reti nak explain..apa yang pasti..masa budak tu tengah resah gelisah menanti gerai cucur udang bukak (sebab dia lapar) tetiba dia dengar bunyi "prak"..masa tu dia tak sure apa yang dah jadi..tapi dia nampak la budak tu kat kete tu..tak berapa lama pas tu..dia nampak budak tu tarik kuar satu beg yang menyerupai beg laptop n blah ngan kawan dia..cam terpanik n kaku seketika budak yang nampak tu call Kak Na..aku yang malas nak ambik port buat bodoh jer...tak lama pastu aku turun sebab nak sembahyang..masa tu la aku dengar cite dari budak tu..


Tuan kete tak jugak muncul..n dia tak tau yang kete dia kena pecah..aku ambik keputusan untuk call polis..ni lagi satu..kalau ada perompak nak merompak aku rasa perompak tu dah bawak lari barang rompakan n dah sampai Bukit Kayu Hitam baru polis sampai..bukannya apa..4 kali aku dail 999 tak bleh masuk..ada ke patut..dah la tu..jenuh nunggu gak la baru dorang angkat..haih..ntah ape2 la..kang kalau aku marah cakap aku lawan polis..bangkang kerajaan..tapi kalau tak cakap susah jugak..sampai kucing bertanduk dorang tak tau yang dorang punya so call emergency line 999 tu lembab n tak efficient langsung..haih..please la..nunggu dorang pick up call aku rasa kalau aku drive pegi IPD town aku pon dah sampai..office yang bertugas kat IPD town aku ni tak pula tanya nama aku apa..no phone aku berapa..yer la buat reference..mana la tau aku tipu ker..sebab aku guna phone office Kak Na..dorang leh detect ke sape yang guna..memang la dorang leh trace nombor yang aku guna..tapi dorang tau ke sape yang call..hmm..cam no tu..


One more thing..2 orang offecer memang dok ronda pegi balik kat depan office aku..lepas aku dengar cite budak tu aku nampak 2 officer tu nek motor lalu depan tepat kejadian..n aku rasa memang dorang buta sebab tak nampak kete tu dah kene pecah..walhal kalau tengok mesti leh nampak punya la..haih..ni la orang kata keje setakat melepaskan batuk di tangga..tu cam mana orang tak marah kat polis..


Berbalik kepada cite tadi..after call polis..2 orang officer yang meronda tadi tu datang..memang la cepat gile sebab dorang memang ada kat kawasan tu..bila officer tu tertinjau2 kat kete tu baru l owner dia terkocoh2 datang..n dia terkejut tengok kete dia..haih..kesian dia..tu la kesah nya..


Pecuri sekarang ni berani betol..siang2 hari tengah khalayak ramai dorang berani pecah kete orang..mencuri n sebagainya..itu memang menakotkan..kawasan office aku ni dah 2 kali dah kes2 kecurian..hari tu lagi la..kedai mas kat bawah tu kene rompak..menakotkan..aku time tu takde la kat kawasan tu..aku turun operation..haih..macam2..seram pon ada dengar..budak yang nampak orang pecah kete tu kete dia calar balar masa rompakan kedai mas tu..dah dia parking depan kedai tu..hmm..apa la nak jadi dunia sekarang ni..semoga Allah SWT lindungi kita dari bencana dan mara bahaya..

Tahun2 Baru Dalam Bulan 1

Korang perasan tak satu benda..semua tahun baru jatuh dalam bulan Jan..Tahun baru Masihi telah la kan..1 Jan 2009..dah memang January..Tahun Baru Hijrah pon jatuh dalam bulan Jan..Ponggal..Tahun baru bagi orang2 India n Tahun Baru Cina jugak dalam bulan yang sama..dah la bulan ke 9 Masihi dengan bulan ke 9 Hijrah sama seiring tahun lepas..maksudnya..1 Jan bersamaan dengan 1 Ramadhan..What a co-incident..kan kan kan..


P/S: Co-incident ke ni..?..atau....ntah la..

Dorang yang buta atau aku yang tak sedar diri

Situasi 1

Di sebuah kedai runcit dekat ngan rumah aku..aku singgah nak beli telur ngan roti..masa aku tengah nak pegi kaunter bayaran ada satu budak kechik berdiri menghalang laluan aku..

Budak Kechik: Mak..apa tu mak..

Mak Dia: Tepi tepi makcik nak lalu..



Situasi 2

Di sebuah Hair Salon dekat ngan office aku..Kak Nak nak potong rambut Arisa..so aku ngan June ikut sama la..dah alang2 pegi tu nak ler tanya budget n style apa yang sesuai ngan muka aku..


Aku: You rasa kalau i potong cam China Doll elok tak..atau u ada suggestion..

Pekerja Salon: Hmm..i rasa u potong kasi pendek skit..nampak muda skit..



Persoalannya sekarang..adakah aku ni nampak tua sebelom usia..?..tolong jawap sat..

Nak apa?

Masa korang tengah baca ni aku dah pun gerak ke KL ngan mummy..singgah KL jap sebab kakak n adik aku ada di sana..then gerak ke Terengganu..aku tak suka drive pepagi sebab nanti mula la nak ngantuk la apa la..sangap la..busan..tapi nak buat cam no kan..perjalanannya jauh..so kena la bertolak awal supaya leh gerak ke Terengganu pon awal..


Aku perasan sendiri yang aku ni jadi garang plak 2 3 hari ni..garang yang melampau..kira nak marah jer..tu pon aku control2 memek muka aku..kalau tak memang cam singa lapar..PMS PMS..terok cam ni..aku memang control emosi aku ni..kalau tak memang terok la..aku sendiri pon tak suka..orang lain lagi la..menci la..bila ada perasaan marah n nak belasah orang dalam diri ni..cepat la period ni habes sebab aku meluat dengan muka aku yang garang cam singa betina hilang anak ni..haih..


Semalam (kalau ikutkan..tadi la..sebab ni entry auto publish) dapat panggilan dari ex aku..sebenarnya..aku harap dia tak call aku lagi..memandangkan aku nak lupakan semuanya pasal dia..tapi dia ni asyik nak mengganggu ketenangan aku..call aku pada waktu yang salah..buat aku teringat balik semua pasal dia..then dia senyap berbulan2..elok aku nak ok n lupa semua..dia call lagi..maunya aku bom rumahnya cam Israel bom Gaza baru dia senyap selama2nya..


Dia nak jumpak aku..nak jumpak buat apa lagi..dah dah la..dia dah ada kuarga pon..nak cari aku lagi buat apa..haih..nak lari pegi jauh2..tapi nak lari mana..haih..aku memang perlu cari ketenangan diri..malangnya aku tak leh solat..tu yang buat aku serabut kepala..Semoga Allah SWT tabahkan hati aku..

Terengganu here I come..

I'm going to Terengganu this Saturday..wah asyik jalan jer ni..hmm..bila lagi nak jalan kan..aku dah kata aku ni busy..busy sampai aku tak de masa untuk diri sendiri..sangat pathetic kan..bukan busy keje jer..tapi busy dengan activity harian n mingguan yang agak pack..korang rasa aku soka hati sesangat sampai nak lompat2 pecah bumbung ke nak jalan2..?..aku ni jenes yang soka dok rumah jer kalau takde hal..tak berapa soka sangat nak jalan2 tak tentu pasal..yes aku soka traveling..tapi ada masa la..tengok kesesuaian masa..walaupon hati ni berat jer nak ke mana2..tapi paksa diri gak la..hati semua pihak nak kena jaga..coz they all tak leh terima perkataan TIDAK, TAK MAU n TAK BOLEH..haih..


N aku ni payah nak ucap perkataan TIDAK, TAK MAU n TAK BOLEH tu kalau ianya tak bebetol perlu..itulah kelemahan aku..masa aku sekarang hanya dibahagi dua..setengah untuk keje..setengah lagi for family..for me..?..none..even aku cuba untuk bagi masa pada diri sendiri..still tak leh..sebab orang lain lebih perlukan masa aku..sometimes kita nak bersendirian..tapi tak dapat nak buat cam tu..haih..apa2 pon i'm going to Terengganu..satu2 negeri yang aku tak pernah pegi kat sebelah semenanjung ni..harap2 trip ni best..

Membarah dalam dada

Kenapa la dorang ni tak mau nak paham..aku bukan benci..tapi hati aku ni tak leh nak terima..harus aku berpura2 n paksa diri aku untuk terima walhal hati aku menolak2 n memberontak..macam mana lagi aku nak explain sedangkan aku sendiri tak tau kenapa..dalam hal ni aku akui memang susah untuk aku paksa otak aku berfikiran positif..setiap kali aku paksa..setiap kali tu otak aku reject impulse tu..akhirnya membuatkan aku membenci diri aku sendiri..


Aku akui aku cukup terluka..sejak kechik..sangat2 terluka..luka tu makin lama makin besar n dalam..sampai satu tahap luka tu dah jadi sebati ngan aku..luka tu tak pernah sembuh..membuatkan aku menjauh..tapi setiap kali aku cuba menjauh setiap kali tu semua orang mencemuh aku..luka ni mungkin akan sembuh jugak satu hari nanti..tapi parut dia hilang tak..?..


Sejak kechik aku tanggung beban perasaan n sakit dari luka tu..sampai sekarang barang kali dah jadi nanah..atau mungkin dah berulat..ditambah dengan macam2 benda lain yang membuatkan aku bertambah sakit n parah..tapi aku cool ja..paksa diri think positif..yes..aku berjaya yakinkan diri aku untuk be positif..kalau tak aku dah lama masuk hospital bahagia..


Aku happy..ceria..gumbira..ketawa..nampak cam takde masalah kan..itu cara aku melupakan kesakitan n keperitan yang aku rasa..sometimes aku ada gak rasa sedih, sebak, benci, salahkan diri sendiri n ntah apa2 lagi..tapi tu aku anggap as PMS je..sebab perasaan tu datang bila aku tengah period jer..hari lain under control..hmm..


Macam sekarang ni.so kalau several latest entry aku cam emo2..tensi2..tu semua sebab PMS..so jangan pelik atau heran plak ya..benda ni need to diluahkan..kalau tak parah..bertukar jadi barah..sapa susah..aku jugak..


Neway..thanks for reading..see yah around..tarra..

It's a twin !!

Gambar Sekadar Hiasan Sahaja


Congrat to HANIM, kawan aku masa di Convent dulu, atas kelahiran babies dia..kenapa babies..sebab dia dapat twin..boys lagi..sangat mengujakan bila dengar orang dapat anak kembar kan..nak jer aku lawat dia..malangnya dia di KL..so kena tunggu dia balik sini dulu la..oh ya lupa plak nak bagitau..anak dia kuar ikut tingkap..operation da..kluar awal 34 minggu plak tu..sekarang dua2 kat spital..sebab tak cukup berat n demam kuning..tapi dah ok..katanya tak lama lagi leh kuar la..


Dia delivered 6 Jan..anak awal tahun la ni..aku baru tau tadi..dia call aku..ya la..anak dalam spital..dalam incubator lagi..mesti la runsing..tapi dah ok dah anak dia..so dia call la aku bagitau..happy jer dengar kengkawan dah jadi mummy..diri sendiri bila pon tak tau la..neway..tahniah sekali lagi ya Hanim..

My life is one big soap opera - part 6 (Rupa Paras vs Duet Hengget)

Pada korang kan..rupa paras (termasuk la sekali rupa fizikal) ngan duit hengget (termasuk la kete mewah, bungalow, real estate n apa2 yang sewaktu dengannya) mana lebih besar kuasanya..?


Pada aku..duit hengget harta benda mempunyai kuasa yang lebih besar dari rupa paras..aku bukan cakap pasal kuasa super power ke magic haprak ke ape ek..ni kuasa tarikan..attraction power..so jangan plak ko nak buat bangang cakap kuasa Allah SWT lebih besar..tu memang la kan..semua pon tau..n entry ni tak cakap pasal kuasa yang ada dalam pikiran ko tu sekarang..mau nak kena tendang ramai2 je ni..


So aku ulang sekali lagi..Pada aku..duit hengget harta benda mempunyai kuasa yang lebih besar dari rupa paras..ni aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri..kalau bebudak pon leh pk cam tu..takkan orang dewasa tak pernah nak pk kan..


Aku penah sekolah kat sekolah perempuan dulu..3 tahun sebelom aku masuk sekolah teknik..dari form 1 sampai form 3..aku ni boleh la dikatakan ok la jugak dalam academic..tak nak la cakap bagos ke excellent ke kan..cam riak plak..tapi kira mampu bersaing la dengan budak2 pandai kelas first tu..


Masa aku form 1..aku ditempatkan kat kelas B (kelas no 2..sekolah aku pakai A,B,C je..takde lagi nama bombastik macam sekarang ni)..sebab aku bukan asal sekolah tu masa primary school..lagi plak result UPSR aku takde la cemerlang..biasa2 jer..so aku masuk la kelas B..aku study cam besa..most of the student orang melayu..ada la dua tiga kerat cina n india..most of Chinese n Indian dalam kelas A n C..kelas pertengahan ni tak banyak..


Aku study cam besa ja..pegi sekolah balik sekolah..aku tak tuition cam orang lain..tak masuk kelas music cam orang lain..exam aku jawap apa yang aku tahu berdasarkan apa yang aku baca..result keluar..n aku terkejut..bila mana aku dapat first place dalam kelas..dan membangga kan aku dapat tempat ke 10 dalam tingkatan..means secara keseluruhannya..sangat bangga babe..bila mana budak India, Chinese n Malay dari kelas A datang tanya aku "You ke yang dapat no 10 dalam tingkatan tu"..aku dengan bangganya cakap ya..form 2 aku ditukarkan ke kelas dorang..so aku sekarang boleh berbangga nak cakap aku budak kelas A..bukan senang babe..budak2 kelas tu semua pandai n excellent..kelas tu Chinese n India memang ramai..so persaingan sangat lah sengit..nak kekal berada dalam top 10 pon seksa tau..tapi aku berjaya kekalkannya..struggle jugak..Aku cita ni bukan sebab aku nak riak..aku tau korang2 lagi pandai n excellent dari aku..


Dalam kelas aku ni banyak puak..banyak group..tapi aku ni masuk mana2 ja..aku takde la plak nak group2 or puak2..antara kawan2 yang rapat dengan aku adalah Zaharah, Hada n Shafia..aku masih ingat dorang sampai sekarang..dorang2 ni dari group yang berbeza..so sekarang baru sampai ke ceritanya yang sebenar..yang berkaitan dengan persoalan di atas tu..Ada satu group ni..yang mana terdiri daripada malay jugak..dorang ni kira antara yang pandai..salah seorang dari dorang sekarang dah jadi doctor..n dia sekolah rendah dengan aku..sekelas lagi n se geng lagi..salah seorang dari dorang ni jugak merupakan pengawas sekolah..yang mana aku tak benci..cuma tak suka saja..tak payah la aku nak bagitau nama dia kan..pendek kata aku memang tak suka dia..sebab aku tau dia tak suka aku..mungkin sebab dia rasa kemasukan aku n beberapa kawan2 aku ke kelas A tu dah membuatkan kawan2 se geng dia terpaksa turun kelas..tapi apsal dia sebok plak nak marah kan..tak kisah la..yang pasti dia memang tak suka aku..n aku pon tak suka dia..sebab dia suka cebik mulut kat aku..pandang n senyum sinis kat aku..aku cam blur gak la kan apasal dia tak suka sangat ngan aku..


One day..masa aku di tingkatan 3..dah tak ingat masa mana..yang pasti pagi..aku selalu sampai awal kat sekolah..dalam kol 7.oo am..pagi tu Zaharah bagi tau aku..



Zaharah: H**A..hang rapat dak ngan H****A..(H**A tu aku la..)

Aku: Aku kawan cam 2 cam 2 ja ngan dia..hmmmm...dia cam tak suka aku ja..so aku pon malas la nak join depa..awatnya hang tanya..

Zaharah: hmm..takdak la..hari tu dia ada la kata kat aku.."Zaharah..hang tak malu ka kawan ngan H**D tu..dia tu kan cam tu."

Aku: Cam tu..?..aku ni cam mana..?..pasai pa dia kata lagu tu?

Zaharah: Tak tau..tetiba dia mai tanya kat aku lagu tu..

Aku : Hang jawap apa kat dia?

Zaharah : Aku kata la tak..sebab aku dah kawan ngan hang dari sekolah rendah lagi..kita satu kelas dari darjah 3 sampai darjah 6..pasai pa plak aku nak malu kawan ngan hang..

Aku : Pastu dia kata apa lagi

Zaharah: Pastu dia blah la..hanga jangan dok ingat apa la..biaq la apa dia nak kata..hang tetap kawan aku..



Kalau korang sakit ati tak..tu semua bunga2 nak cucuk kawan2 aku la tu..haih..aku just buat bodo ja malas nak ambik port walaupon aku sakit hati n kechik hati..aku buat tafsiran sendiri la..aku ni tak vogue..tak lawa..gemok..selekeh..lagi plak aku kawan ngan budak kelas aku yang tak kaya raya..orang susah..dia kawan memilih..nak yang lawa2 ja..vogue ja..kaya2 ja..aku pakai cermin mata murah..dia pakai yang frameless..bayangkan la time tu kalau frameless berapa harga..mesti mahal gila kan..so aku ni nampak cam budak miskin merempat la pada mata dia..sedangkan dia baju sekolah pon ada jenama..haih..manusia2..


Korang tau apa aku buat..kebetulan ayah aku balik (ayah aku masa tu keje kat KL)..aku soh dia hantar aku..everyday tau..hari ni nek kete Volks Wagon (kete kura2), esok dengan Mecedes lusa ngan keta apa lagi ntah la tak ingat dah..yang pasti lain2 kete la..pastu mak aku memang hantar aku everyday ke sekolah ngan kancil..bukan aku nak belagak or menunjuk2 kata ayah aku ada banyak kete..kebetulan ayah aku balik rumah ngan lain2 kete..kete Makcik aku a.k.a second mother aku..kalau ayah aku yang hantar memang lambat skit la..dalam 7.30 am cam tu baru sampai sekolah..so time tu dia dah ada..kelas aku plak dekat ngan pintu pagar sekolah n dekat gila ngan jalan dalam sekolah tu..so aku soh ayah aku turunkan aku bebetul depan pintu kelas aku..jahat n keji tak aku..each n everytime aku sampai dia ada tercongok kat pintu kelas..so dia nak ke tak nak ke..dia kena tengok la kan..


Lepas2 tu aku nampak dia dah mula nak rapat n berkawan ngan aku..cakap baik2 ngan aku..permulaannya dia datang meja aku nak pinjam pen..punya la ramai orang dalam kelas..apsal pen aku gak dia nak pinjam..ya la memang la aku dok depan sekali..tapi Shafia pon ada pen..Teoh pon ada pen..Izan kawan baik dia (yang dah jadi doctor tu) pon ada pen..dorang pon dok depan sekali gak..apsal aku yang dia tak suka ni yang dia pilih..nampak tak apa yang aku persoal kan kat atas tu..manusia ni..kalau berharta berduit..burok rupa pon takpe..


Korang rasa aku kawan tak ngan dia..?


Definitely NO..aku bukan kemaruk hadap sangat nak kawan dia..aku bukan budak pompuan nerd dalam cita2 orang putih yang sanggup dibuli semata2 nak jadi kawan kepada manusia2 sengal yang perasan diri dia cantik.sorry la..kalau dia ingat sebab aku bukan budak miskin merempat seperti yang dia sangkakan n dia nak kawan ngan aku..boleh blah..aku tak hadap friendship cam tu..ada sekali aku jumpak dia kat town aku ni last year..tapi aku tak tegur pon..malas..dia lagi la..haram nak tegur..belagak lagi ada la..lantak dia la..asalkan dia bahagia..nama kata aku nak berkawan rapat ngan dia..NO WAY..sebab dia penah hina aku dulu..setakat berbasa basi tu bleh la..


So persoalan "rupa paras (termasuk la sekali rupa fizikal) ngan duit hengget (termasuk la kete mewah, bungalow, real estate n apa2 yang sewaktu dengannya) mana lebih besar kuasanya..?" dah terjawap la..aku ngaku aku memang tak lawa (tapi muka takdak jerawat na)..gemok..selekeh..tak vogue..tak pakai barang berjenama..n tak suka bermewah2..itu adalah aku..tapi kan..aku ada mintak duit dia ke..tak kan..aku pinjam otak dia ke buat belajar..tak kan..aku ambik boyfie dia ke..tak kan..so apala yang dia sakit sangat ngan keadaan diri aku ni..heran sungguh manusia..aku tengok dia sekarang tak vogue mana pon..pakai Naza Suria je pon..lain la kalau dia pakai Honda City ke..Vios ke kan..jangan suka menghina orang..kita tak tau orang yang kita hina tu sapa..ntah2 dia tu jutawan..anak jutawan ke..anak raja ke..kerabat ke..kan..buat malu muka jer..to that idiot..berubah la yer..manusia ni sama jer..tak kira lawa ke tak ke..gemok ke kuros ke..yer..mati dok dalam liang yang sama pattern gak..kapan kain kapas gak..so tak yah la nak berlagak..


Sang Karibut

Oh sangat tensi hari ni..sebab apa..sebab dari pagi tadi tak kerja aku habis2..mana ngan walk-in customernya..mana ngan call-in customer (ada ka word tu) yang tanya itu ini..mana ngan nak pegi kurier document beli rumah kakak aku lagi..kurier tu tak la masalah berat..tapi aku nak kena ke office dorang yang terletak beberapa KM dari office aku..beberapa KM tu tak kisah sangat sebab small town cam tempat aku ni bukannya banyak keta sampai jem2 ker apa..apa yang aku kisah adalah lokasi office dorang tu..sukar nak aku citakan..haih..paham sendiri la..apa yang aku pelik bukan banyak pon quotation atau invoice atau EO yang nak kena buat..tapi aku rasa cam aku ni tak cukup masa ja..cam banyak benda yang tak dapat nak settle untuk satu2 hari tu..aku ni kena pegi kursus time management la aku rasa..anyone yang dah penah pegi leh advise skit..


Terhilang arah sekejap..otak terkejang sebentar..aku memang tak leh nak pikir..sebab tu berblogging..nak ambik mood..aku rasa memang aku nak kena sambung buat esok..oh..ni la adat orang bekerja..alangkah baiknya masa zaman2 belajar dulu..sangat indah..

P/S: Sila abaikan tajuk entry ni..

Wahh..lamanya aku mendiam..

Olla semua !!

Huuuuyyyyoooooooo..dah 5 hari aku tak berblogging..gila kejang n kaku sekejap..bukannya apa..aku ni cam terbusy skit..kira ni dah release skit..tapi sebenarnya ada several quotation yang nak di settle kan..gila kejang otak aku dengan kira2 ni..kalau matematik sekolah rendah ka...sekolah rendah ka..add math (yang sebenarnya haram satu benda pon aku tak tau sebab aku tak pernah ambik) ka..bleh gak aku bantai2 buat sesoka hati..kalau salah cikgu tolong tunjukkan kan..habeh kuat pon dia ketok ngan pembaris kayu yang panjang warna kuning tu..yang ni kalau silap mampos aku kena potong gaji..so kena carefully buat la..kalau setakat 2 3 hengget tak kisah sangat..ni 3 4 kosong kat belakang nu..isk..naya kalau silap..


Oleh kerana otak aku beku ngan kira2 n nombor..makanya aku malas dah buat apa pon..blog korang pon aku tak sempat nak jengah..aku harap korang semuanya baik2 dan sihat2 belaka..pada yang tak sihat tu rajin2 la makan ubat..baru la cepat sihat ok..nanti sambung lagi..tarra..

Tag From Naily Anis & Syimalicious

Edited on 20th January 2009..

Memandangkan Syima pon
tag aku benda yang sama..maka aku edit la entry ni letak nama gak dia..so kira aku dah jawap tag tu la..kan..aci tak..aci la na..babe aku dah jawap kan..so ko happy2 la ok.. Entry lama kat bawah ni na..


**************



I've been tagged by Naily Anis..hai la Cik Naily..cheq takdak boipren apatah lagi spesel boipren..cam no nak jawap ni..cheq kawan ngan pompuan ja lama la ni..bukan lesbo na..cheq straight..so cheq tak tau nak jawap cam no..

What is the relationship of you and him?
I Don't have any HIM in my life so far..


2. Your 5 impressions towards him.
N/A

3. The most memorable things he had done for you.
N/A

4. The most memorable things he have said to you?
N/A


5. If he become your lover, you will...

N/A


6. If he become your enemy, you will...
N/A

7. If he become your lover, he has to improve on...on his/her
N/A

8. If he become your enemy, the reason is...
N/A

9. The most desirable thing to do on him is?
N/A

10. The overall impression of him is...
N/A


11. How do you think the people around you will feel about you?
Hmm...yang ni leh jawap..huhu..maybe dorang rasa aku ni straight forward, cold hearted & outspoken kot..

12. The character of you for yourself is?
Cakap banyak, suka berkawan, easy going, garang cam singa lapar, bila orang cuit aku, panas baran (orang kedah kata perongoih) dan lembut hati..

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Terlalu lembut hati sampai orang pijak kepala, susah nak kata TIDAK bila orang tolong, terlalu fikirkan masalah orang lain sampai membebankan diri sendiri...sebenarnya banyak lagi..tapi yang ni yang paling tak suka..

14. The most ideal person that you wanna be is?

I wanna be the best among the best..


15. For the people who likes you, say something about them.
I like you too..


16. People to tag:

Kepada sesapa jer yang nak buat especially kepada mereka2 ini..sila la buat yer..

The Spiral Eyes

Hidayah Admar

Cik Andam a.k.a Cik Wanie

Takde Tajok La !!

Hallo semua !!


Aku ni tak dapat nak update2 n terjah2 blog korang suma..sari dua ni aku cam terbusy skit..dan aku akan berangkat ke Sitiawan esok petang..maknanya tak dapek la cheq nak online for several days..haih mesti nanti aku windu kat blog korang semua..sekarang pon aku dah mula windu kat blog korang n blog aku gak..aku windu nak berblogging..haih..takpa2..minggu depan insya-Allah schedule aku ok dah kot..haih..penin2..


Hari ni pepagi awai lagi aku ngan June dah bertolak ke Seberang Jaya nak ngambil group yang nak buat program kat tempat kitorang..dalam kol 7.00 am plus2 la..sampai kat sana dalam 7.45 am..haih dorang suma dah tunggu sebab janji kol 7.30 am..ni semua sebab berebut bilik air ngan kakak aku..haih..bikin panas betoi..nasib dorang cam tak kisah sangat..nak kena bawak diorang pegi tempat kitorang sebab dorang ni suma dari Shah Alam..so kena la bawak dorang sampai sana..haih..dah settle semua balik office balik..so hari ni tak de la yang menarik sangat..cuma letih skit jer la..


Nanti ada masa aku lawat blog korang2 semua..so korang sudi2 kan la lawat blog aku walaupon aku takde yer..salam..tarra..

Nasib tak patah

Last saturday..aku ngan mummy bawak adik laki aku pegi Hospital check jari dia yang luka tu..kl 8.30 am kami dah pegi ambik dia..pegi ke Jabatan Kecemasan la kan memandangkan saturday klinik pesakit luar tutup..tunggu tak do la lama sangat..dalam 20 minute cam tu..standard la gomen hospital kan..pastu dia masuk la kat dalam bilik rawatan..kami ni tunggu la dengan sabar dan penoh senyuman..chewah..


Lepas 30 minute dia kuar..dengan balut kat jari..aku tanya dia sakit ke..dia cakap sakit masa nak bukak balutan yang doktor mangkuk ayun buat tu..adik aku cakap kena tunggu sebab nak x-ray plak..so tunggu lagi..kata mummy ni sahih kena tunggu lama sebab weekend juru x-ray tak de..dorang on call ja..so kalau nka guna khidmat dorang kena call dorang..dorang stay kat hostel belakang hospital jer..tapi punya la lama..sampai la kol 11.30 am..lama kan..ha..kali ni tunggu sejam lebih..dan aku cam dah nak hangin..mummy pegi tanya kat kounter..actually tu kawan dia..mummy aku keja kat hospital ni dulu..so misi (nurse) tu kata juru x-ray settle kes wad dulu..haih..sabor jer la..


15 min cam tu dorang panggil nama adik aku..so bergegas2 la pegi Jabatan X-ray plak..berdepan jer pon..kat situ je habis masa dalam 1 jam..haih sabor jer la hospital ni suka sangat buang masa orang..settle bab x-ray..dah kena tunggu lagi nak cuci..doctor nak tengok la kan x-ray film tu..lama la gak..dalam 45 minute..mummy cam tak sabar la nak tau kan..so dia pegi tanya kawan dia tu..menurut kata kawan dia n MA yang rawat adik aku tu..jari adik aku tu retak..kuku dia terpaksa dicabut sebab dah pecah..kesian dia..so proses dia mengambil masa dalam setengah hari..kitorang settle semua dalam kol 1 lebih..haih..


Gambar nanti aku upload..HP aku rusak plak nak kena hantar baiki dulu..so sekarang adik aku lepak rumah jer la..MC 5 hari..kete pon dah tak leh nak bawak lagi..kete dia manual..dah tu dia plak left handed..memang tules pon tak leh..kesian..15 Jan 2009 ada appointment kat klinik Ortho..tengok doctor cakap apa..sama ada nak sambung MC atau leh masuk workshop..haih..kesian kesian..ok la..tarra..

Keja dan saya

Salam Semua !!


Baru sekarang aku berpeluang nak tengok2 blog..nak update2 skit..haih..dari pagi sampai la tadi ni agak terbusy skit..nak kata busy sangat tak la..tapi busy dari hari2 biasa la..pepagi aku setlle semua invoce n quotation memandangkan semalam kol 3.30 pm aku dah balik sebab nak kena ngantar ayah aku ke Airport..dia nak kena pegi KL ada urusan keja kat sana..so yang mana customer punya booking ka quotation ka kena bawak ke hari ni..makanya terbusy skit la aku..


Tengahari tadi pas lunch bermula misi aku ngan Kak Na membeli barang2 (Ration) untuk customer yang nak daki Gunung Bintang..siap ngan peralatan untuk makan cam sudu, garfu, cawan n so on..banyak tau bukan skit2 punya cita n..beras la gula sardin la ni tu la..banyak la..nek lenguh kaki2..


Balik sambung balik keja2 tadi..dah siap suma here i am..chewah..itu la perjalanan kerja aku hari ni..mesti korang kata tak do la banyak keja sangat..buat benda2 cam tu ja..ada aku kesah..?..eceh..yang penting aku tau apa keja aku..memang kadang2 tu korang mesti heran..kata keja..tapi leh berblogging..aku blogging pon keja aku jalan..pada aku yang penting keja jalan..semua booking aku settle..EO aku settle..customer aku punya quotation settle..invoice aku settle..payment yang liat2 2 aku usaha dengan penuh gigih dan dedikasi call2 banyak kali tekan2 dorang mintak bayar..semua keja yang di'assign'kan boss settle..


Oh satu lagi blom settle..thee hee..design baju..huh..tu ada skit berat sebab gambar blom dapat lagi..so nak design tu cam ada cikit pelobelem (problem)..nunggu kata putus Mrs Manager sama ada nak ambik ke tak gambar tu..


Hari itu kes adik aku cedera tu aku blom update lagi kan..nanti aku update..apa cita dengan tangan dia..apa jadi ngan dia..sekarang nak balik..sebab mak aku soh singgah kedai beli benang..tarra..

Tagged by Hidayah Admar

Good Morning Peep-Pals!


I've been tag by someone name Hidayah Admar..thanks dear..even though i already did this tag before..i still wana do it now..you may find that some of the answer have changed in terms of it's content but some will remain the same..to compare with last tag please click here..


What is the most important thing in your life ?
** Mummy, Me Myself, Work, Career & Money.


What is the last thing you bought with your own money ?
** Mineral Water (just now)..


Where do you wish to get married ?
** Never have in mind so far..


How old do you think you will get permanently owned by your lover ?
** I don't have lover..ahaha..no idea..


Are you in love ?
** Now..?..Absolutely nope..


Where was the last restaurant you had dinner at ?
** Ahmad Seafood..what a lousy food we had..euwwww...


Name the latest book you bought ?
**Tafsir Sufi for my mummy..


What is your full name ?
** Is it necessary..?..huhu..


Do you prefer mother or father?
** To be honest i prefer my mummy..


Name a person that you really wish to meet in your real life for the first time?
** hmm..hmm..can't think of one..


Christina or Britney?
** Definitely Christina..Britney..?..euwwww...


Do you do your own laundry ?
** Herkhzzz..Mummy always do it..it's not that i'm so damn manja ok..Mummy wont allow..she said i could never meet her standard..huhu..that's why i love mummy..*gila keji


The most exciting place you want to go???
** Angkowat & Borobodur..Cukup 40 kali..confirm aku pegi..huhu..


Hugs or kisses???
** I need both..huhu..


Point out five things about the person who tagged you??
** She's cute, cheerful, manja, friendly & easy going..


Eight things i’m passionate about..so far la...???
1. Work
2. Money
3. Blogging
4. Knitting
5. Mystery Case File - Madame Fate (Game la apa lagi)
6. Beading
7. Books
8. Experimenting my dad invention..huhu..sampai sakit perut..


Eight books i have read recently???
  1. Marketing To The Campus Crowd
  2. Law of Atrraction
  3. Marketing Your Service
  4. 7 Tabiat Orang-Orang yang Berjaya
  5. Motivasi Ke Arah Kejayaan
  6. Bagaikan Puteri
  7. Cinta Sang Ratu
  8. Hijab Sang Pecinta


Eight songs i’ve been listening over and over again..sekali2 dengar sampai 30 kali tau..??
  1. Matahariku - Agnes Monica
  2. Aku punya Kamu - Faizal Tahir
  3. Cintamu - Siti Nurhaliza (eventhough i'm not her fan)
  4. Dibius Cinta - Melly Goeslaw & Yusry KRU
  5. Mantera Beradu - Too Phat Featuring M. Nasir
  6. Aku & Kamu - Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
  7. Akan Tiba - Alif OIM
  8. Dilema - Intan Nuraini


Eight things i learned last year ???---> Copy from last tag..
  1. Jangan mudah percaya orang..nak plak yang baru kita kenal..sebab kita tak bleh nak predict action dia..kita gak tak tau apa dalam hati perut dia..luar nampak elok..dalam berulat..
  2. Jangan percaya si lidah bercabang or talam dua muka..belakang kutuk rapat..depan cakap baik sampai nak jilat tapak kaki..belakang cakap itu salah ini salah..depan "ya betoi..ya betoi"..cam haram kan..belakang mengata bukan main lagi..depan kononnya nak tunjukkan sokongan n dorong..pi mampuih orang cam ni..
  3. Jangan jadi pak turut..sebab lelama orang pijak kepala kita sebab ingat kita ni bodoh n tak tau apa..padahal kita turut sebab nak menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling..lain plak tafsiran depa..
  4. Buat baik berpada2..sebab kebaikan kita tu kadang2 di salah ertikan orang..lagi plak orang bukan kenang pon kalau kita buat baik..kutuk lagi ada..kita buat baik cam mana pon orang tak pandang..manusiyal2 kat luar 2 (tiru word Zie) memang tak pernah kenang budi..pentingkan diri sendiri..perasan cam diri tu bagos sangat..pegi mampos..
  5. Kalau nak kawan lama jangan pinjam duit orang n jangan pinjamkan duit kat orang..yang ni ayah aku yang ajar..this is true..pasal duit kuarga pon leh pecah belah..ni kan plak kengkawan..pk2 kan la..
  6. Jangan sebok hal orang..sebab kalau salah langkah..ko yang kena balik..kononnya nak tolong selamatkan hubungan couple yang berantakan akibat tunang (pompuan) curang..ko pegi cita semua perihal pompuan ni ngan bf dia kat tunang pompuan ni..bila dorang berbaik ko plak yang jadi si mulut jahat sebab pegi cita hal tu semua..Dorang bergelak ketawa cam takde pape..ko plak jadi kaki penyibuk perosak hubungan orang..
  7. Berbakti pada ibu bapa Allah SWT permudahkan kehidupan..Setakat hari ni aku tak do la rasa susah bangat idup aku..sampai aku rasa nak mati..susah lite2 tu ada la..biasa la kan..takdo la sampai 2 3 orang datang umah mintak hutang..bank call bertalu2 pasal loan tak bayar..sket2 tu besa la..nama pon manusia..
  8. Family adalah yang paling utama dalam idup..Bila jatuh susah takdo sapa nak tolong..kawan2 suma larik..family yang banyak bagi support..bantuan..family terima kita walau apa jugak keadaan kita..buruk ka baik


Eight people you tag????
I think many of us did this tag several times..so now i wana tag bloggers who haven't do this tag yet..ok..but this person i mention below must do this tag ok...

  1. Anand a.k.a Making A Hero
  2. Anak Ramalan
  3. ~Mizzamy~

Student yang fokus

Kat sini aku nak sambung skit ja pasal entry preparation ke alam kerjaya hari tu..sila klik kat word tu untuk ke entry berkenaan..aku nak listkan ciri2 student yang fokus..bukan semua student fokus dalam bab2 ni..kebanyakannya meletakkan 100% attention pada kehidupan dorang as a student..means dorang fokus kepada kelas, assignment, test, quizes, final exam dan benda2 lain yang menjurus kepada kehidupan sekarang mereka..berapa orang yang dalam minda dia ada terfikir "Apa kualiti atau kredit yang aku ada untuk melayakkan aku market diri aku dalam pasaran kerja"..sila angkat tangan..Pe'ah ko penah pikir..?..Senah, ko penah..?..ko Temah..?..kalau ada korang memang la tergolong dalam kategori student yang fokus..sebab korang sedar akan kekurangan, kelebihan diri korang n tau nilai diri korang..


Dorang yang fokus akan memanfaatkan sepenuhnya tahun2 dorang kat IPT..dorang2 ini bukan setakat belajar nak abihkan subject dan menjalani hidup sebagai seorang student IPT (pegi kelas balik kelas..buat assignment hantar assigment), tapi cuba untuk melengkapkan diri dorang dengan ilmu2 lain yang memberikan faedah kepada dorang di masa akan datang..contohnya..dengan menghadiri seminar2, kursus2, forum2, ikut serta dalam projek2 amal dan sebagainya yang dianjurkan oleh IPT..dorang ni bleh dikatakan sebagai seorang yang berfikiran matang..


Dorang sentiasa merebut peluang untuk memajukan diri..dorang bekerja masa cuti sem untuk tambah pengalaman dan jugak tambah pendapatan..kiranya masa cuti dorang tak buang masa la..selain tambah duit poket dorang bleh tambah muka surat resume dorang gak..selain itu, student yang fokus adalah student yang tak hanya bergantung kepada nota yang lecturer bagi atau lecture di dewan kuliah sahaja..dorang akan usaha sendiri untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan ilmu dari buku2 lain kat library.


Kat IPT kita leh tengok banyak student yang suka sangat buat keja last minute..kan kan kan..pastu assignment kena baling dengan lecturer marah..memang patut la kena baling kalau dah kualiti tu terok..student yang fokus tak buat keja2 last minute ni..dorang sentiasa dalam mode bersedia..dapat2 ja assigment tak tunggu lama terus terjah library..bukan sebab rajin terlebih atau nak menunjuk..tapi dorang sentiasa sedar yang bukan satu ni ja assigment yang dorang nak kena buat..banyak lagi assignment lain nak kena buat cuma lecturer belom bagi ja..itu adalah orang yang fokus ya..


Dan akhir sekali..student yang fokus tak suka buang masa..masa dorang sentiasa dipenuhi dengan membuat benda2 yang berfaedah..itu sahaja..wahai student2 IPTA n IPTS..tanya diri korang..KORANG FOKUS TAK..?..


Habeh la..Chemey dah jari dia..

Tadi tengah aku dok sebok mengupdate pasal Palestine tu..tetiba mummy panggil turun..aku terdengar mummy dok cakap2..


Mummy: Makan ubat tu..pastu tidoq..haih..cam mana leh kena ni..


I was wondering sapa plak yang sakit..kat umah ada aku ngan mummy ja..so aku pon cecepat la turun nak tengok kan..rupanya adik laki aku..jari dia kena menatang time chain dia kata..aku tak tau la apa dia time chain tu..tapi dalam enjin la..adik aku ni baru start On Job Training a.k.a Practical Training a.k.a Indutsrial Training dia kat Toyota Service Centre kat hometown aku ni..baru 5 hari..dia ni ambik kursus membaiki enjin kat ILP..baru 5 hari dah cedera di jari..haih..


Malu gatai..sebab aku kata aku nak masuk dalam blog gambaq dia..


Dia kata jari dia pecah..aku tengok sampai kat hujung jari ha pecah..biru..cam sakit ja nampak..Doktor mangkuk ayun pi balut jari dia..esok nak bukak untuk cuci bercinta la jawapnya..dia kata tadi masa doktor cuci luka dia meraung dia..mau taknya..sakit nama pon..dia memang tak tahan sakit2 ni..muka selebet ja balik tadi..bergenang ayaq mata..huhu..esok nak bawak dia pi hospital inject n cuci..takot infection..kalau luka2 cam ni aku tak caya klinik..sebab dulu ayah aku penah luka pegi klinik tapi doctor buat cincai..akhirnya ayah aku admitted kat hospital for 4 months..ha..infection la..apa lagi..la ni 2 jari kaki dia tak leh gerak..dah keras..


Manja..mak aku siap cuci dua2 belah tangan dia yang penuh dengan minyak itam..bleh kot cuci sendiri..manja..haih..aku kata la nak bawak dia pi hospital hari ni jugak nak pi cuci..haha..bergenang dah ayaq mata..muka len ja..ahaha..takot jugak adik aku ni rupanya..kata metal..hahahaha..tapi mak aku kata tak payah dulu..sebab baru balik klinik ja..esok pagi baru pi..tu dok tidoq kat bawah lepas kena ubat tidoq..erkhz..ubat tidoq..?..doctor tules kat kulit ubat tu ubat tidoq..aku kata la ubat tidoq..apa kena mengena sakit jari ngan ubat tidoq..?..mungkin dia nak soh tidoq kot tak mau bagi rasa sakit tu..tapi tetap sesuatu..


Ayah aku dah kalut nak balik..dia dok ada kat KL nun..esok pagi baru nak balik..dia kalut nak balik malam ni..aku kata tak payah la..sat gi kalut len plak jadi..bukan leh kira 2..silap2 awai pagi esok dah sampai rumah..haih..ni la yang dikatakan mak ayah..tapi aku dah bagi jaminan akan bawak dia pi hospital esok..mummy pon ada..tak pa aih..



Ni tangkap curi masa dia tengah cerita apa jadi kat dia..kui kui..



So adik..sabaq na..esok kak bawak pi hospital..kesian dia..satu ja adik laki yang aku ada..huhu..walaupon nakal..sayang tu tetap sayang..adik nama pon..


P/S: Aku perasan dalam gambaq jari yang luka tu nampak bengkak..hampa perasan dak?

Allah selamatkan mereka

Semalam aku tengok news kat TV3..pasal apa yang jadi kat Palestine tu..tetiba hati aku jadi sebak..tetiba aku rasa nak menangis beria2..aku terkenangkan dorang kat sana..hati aku tak sampai hati tengok semua tu..masa tengah mandi aku terpikir..aku leh dok dalam shower setengah jam sambil nyanyi la la la..dorang kat sana nak mandi pon was was takot tetiba bom gugur atas bumbung bilik air dorang..aku leh sabun n shampoo berbuih..dorang kat sana jangan katakan sabun ngan shampoo, makan pon blom tentu dapat lagi..aku kat sini leh solat dengan tenang, sejok2 dihembus air-con..dorang kat sana solat sambil bertawakal kepada Allah semoga tu bukan solat dorang yang terakhir..anak2 kita leh main2 lari2 kat playground sama kawan..dorang nak main kat luar pintu rumah pon takot, mana tau ada peluru sesat ka bom sesat ka time tu..sangat menyedihkan..


Semua ni berlegar2 dalam kepala aku..semua ni menghibakan aku..semua ni menyesakkan dada aku..semua ni membuatkan aku insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada..at least aku leh jalan2 kat town tanpa risau kena tembak or bom..at least aku leh jalan dalam shopping complex sambil window shopping (window shopping jer sebab aku broke n rabak)..hati aku sakit bila mengenangkan apa yang dorang tengah alami sekarang..kenapa la mereka2 tu kejam sangat..apa la yang dorang dapat dengan membunuh ni..tak kesian ka tengok anak2 kecil nangis2 kat hospital sebab cedera kena serpihan bedilan roket ngan peluru..tak pikir ka kalau benda yang sama jadi kat anak dorang..


Aku tak berdaya nak buat apa selain dari berdoa kepada Allah SWT supaya mengampuni dosa2 dorang dan lindungi dorang semua kat sana dari bahaya..alangkah bagosnya kalau reramai buat sembahyang hajat memohon pertolongan Allah SWT..bacakan Yassin pada mereka2 yang terkorban..


Aku rasa dah melampau sangat Israel ni..dorang cam rasa dorang ni kebal..sapa pon tak leh buat apa kat dorang..dorang rasa satu dunia ni takot ngan dorang..dorang rasa dorang kuat..dorang rasa hebat sangat..sebab tu dorang berani buat semua ni..berani langgar perjanjian gencatan senjata n so on..Semoga Allah SWT membalas segala perbuatan dorang..telangkupkan ja bumi Israel tu..baru ada akai kot..


Mari la sama2 doakan keselamatan sedara2 seagama ngan kita di sana..

Untuk mereka2 yang blur dan terhilang arah tujuan

Hello semua !!


Satu ketika dulu aku pernah bergelar sebagai Student IPTA..yang mana dalam otak dan pemikiran aku hanya ada kelas..dateline assignment..buku2 library yang dah tamat tarikh n nak kena hantar balik..test..quizes..final exam dan yang sewaktu dengannya..tak pernah aku terpikir apa aku nak buat bila aku dah habes belajar nanti..mana aku nak keja..cam mana nak mintak..sebab pada aku sekarang bukan masanya nak pikir semua tu..yang penting aku grad on time..yang penting aku leh jawap soalan2 final dengan baik..yang penting assignment aku siap n the best..bila hujung2 sem..sebok dengan carry mark la..last assignment la..final exam la..tak de lain dari ni semua..


Bila dalam 2007 aku habes belajar..aku jadi tak tentu arah memikirkan apa aku nak buat sekarang..takkan nak lepak rumah makan tido ja kan..mana aku nak keja..semua tu berlegar2 dalam pikiran aku..tambahan plak aku ni Graduate Industrial Relation n Labor Studies..susah jugak nak mintak keja guna degree aku..sebab Industrial Relation kat Malaysia ni masih terlalu muda..tak macam kat UK, US, German and so on..dalam pening2 tu aku dapat offer keja tempat aku keja sekarang..so aku tak nak pikir banyak2 n terus terima..dah setahun setengah aku keja sini..alhamdulillah..at least aku bekerja n tak menganggur..ada setengah kengkawan aku yang masih tak dapat kerja..means masih meganggur..tak dinafikan susah jugak nak cari keja sekarang..sebab apa..sebab kebanyakan company nak pengalaman keja atleast 1 tahun..so banyak fresh graduate yang keja tanpa kira berapa gaji yang dorang bayar n keja apa yang dorang buat demi untuk mendapatkan pengalaman dan mengukuhkan kualiti diri..pas dah kukuh baru leh market diri..baru leh demand..kalau fresh graduate dah demand memang nak kena penampar laju2 la kan..


Kepada mereka2 yang tengah belajar lagi kat tak kira la IPTA ke IPTS ke..sila la baca ni..aku ni bukan pandai sangat nak bagi2 tips ni..tapi ni serba sedikit dari apa yang aku baca..dan aku nak kongsikan dengan mereka2 yang masih tengah study, yang dah final sem or baru grad..mereka2 yang baru masuk IPT atau yang plan nak apply IPT untuk kemasukan Jun/Julai pon boleh baca..persediaan awal..


At least korang clear la kan apa tujuan korang masuk IPT, apa yang sebenarnya korang perlu buat bila dah masuk IPT n apa yang korang leh buat selain belajar, makan, tido n beronggeng2 kat IPT tu..tak la nanti bila korang dah masuk tahun 3 korang baru sedar yang korang selama ni cuma menghabeskan duit P*P*N beli HP baru, beli lappy baru, foya2 ronggeng2 n sewaktu dengannya..bila tengok balik buku panduan pelajar rupa2nya banyak lagi subject yang korang tak bawak lagi sebab tak habes2 carry paper yang kena repeat..atau banyak lagi paper tak ambik sebab bersenang2 dahulu (bawak jam kredit sikit gila untuk satu2 sem)..bila dah final year nak gerak gempur habeskan semua subject/paper memang sakit la..sebab korang kena sedar final year ada Final Year Project nak kena buat..tu memang akan ambik masa n tumpuan korang 100% tau..


Sebelum tu aku TAK CAKAP pasal korang yang ambik medic, engineering atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan sains dan teknologi..aku bercakap tentang mereka yang dalam business, sosial science dan sewaktu dengannya..kalau yang dalam bidang sains n teknologi memang tak yah cakap la..peluang dorang cerah skit dari mereka yang dalam bidang lain..sebab dorang lebih kepada teknikal..ok..harap paham..


Korang tau tak..degree n transkrip yang korang dapat tu hanya sekadar bukti yang korang ni graduate universiti n tiket untuk korang apply keja (junior eksekutif)..korang sedar tak yang bila dorang dapat resume korang..part yang mula2 dorang tengok adalah part pengalaman keja korang..then skill2 yang korang ada..kebolehan korang..then baru dia tengok CGPA korang kemudian U mana korang study..percaya tak..percaya la..itu la hakikatnya..kalau aku jadi interviewer tu aku pon akan buat cam ni..bukan senang nak kasi gaji..nak kena tengok worth it ke tak kan..jangan asyik tanya apa yang company leh kasi kat ko..sesekali tanya la apa yang ko leh kasi kat company plak kan..


Sebagai seorang student..korang kena betol2 clear tujuan korang study kat IPT..apa yang korang nak sebenarnya as a student..?..mesti la good grade every sem kan..dah tu apa korang kena buat..?..dah tentu la fokus n berikan tumpuan penuh kan..cam mana tu..?..buat assignment korang dengan penuh dedikasi, jangan ambik mudah test n quizes yang lecturer buat (means always prepare) dan yang penting study n faham apa yang yang korang study 2..sentiasa tanam dalam minda korang yang korang nak dapat good grade dalam semua subject n nak grad dengan CGPA yang gempak habes..grad on time tapi CGPA ciput tak guna gak kan..


Selama korang kat IPT tu cecuba la aktifkan diri ikut kursus2 extra (softskill) yang pihak IPT anjurkan..jangan la malaskan diri..bukan kena bayar pon..sebab karang bila dah keja korang akan nyesal sebab tak ikut course2 tu..takde dah free2..korang kena bayar untuk attend course2 tu..pihak company bukan nak organize sangat..kalau organize pon bukan dia nak hantar satu office kot kan..mesti la pilih2..kalau korang tak menyerlah takdenya dia nak hantar korang pegi..persaingan hebat woo..so stafs akan berlumba2 nak majukan diri..masing2 nak tingkatkan kualiti n produktiviti..untuk apa..?..nak kejar kenaikan pangkat n gaji ler..nak cepat naik kena la kukuhkan kualiti diri dari awal..bila dah masuk keje tinggal polish bagi cantek jer kan..dengan ni company akan rasa korang adalah aset yang sangat sangat sangat bernilai pada dorang..lagi plak..course2 softskill ni sangat sangat sangat berguna tau bila nak mintak keja..contohnya cara korang berkomunikasi sangat penting bila nak pegi interview..cara korang bawak diri korang pon penting..grooming n banyak lagi la..semua ni IPT melalui Majlis Perwakilan Pelajar and Unit Kerjaya n Kaunseling organize free je..kenapa nak bermalas2an join kan..dari korang tido jer kat bilik tu baik join ni..


Penuhkan la dada tu dengan ilmu2 lain selain yang korang study tu..jadikan otak korang cam National Geographic, CNN or what so ever channel kat astro tu yang padat berisi dengan pengetahuan2 am dan isu2 semasa..supaya bila korang bukak mulut tu orang cam terpegun.."Wah sangat updated n berisi budak ni"..ko tau tak competency exam untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (M41) sangat susah sebab soklan dia berkenaan isu2 semasa seluruh dunia..Malaysia punya tak main la..Sebelom pegi interview jangan lupa isi minda dengan info pasal company tu..baru la nampak cam bersungguh2 korang nak keja ngan dorang..Bila korang melangkah masuk dengan info penuh di dada..automatically korang akan jadi full of spirit n nampak sangat confident..


Sebagai student korang leh jer nak join project2 amal yang Majlis Perwakilan Pelajar buat..atau yang Faculty korang buat..atau yang Course korang buat..kalau korang leh organize sendiri lagi la bagos..kenapa..kerana melalui ni korang dah bagi satu gambaran kepada interviewer yang korang ni berkemampuan menjalankan tugas yang diberi dengan cemerlang dan mampu bekerja dalam pengawasan yang minima..company ni kalau boleh dorang nak ambik yang leh buat keja..dorang malas nak train2 ni..sebab nanti dah penat dorang train2 korang sampai korang bijak pandai korang lari pegi company lain plak..rugi la dorang..paham tak setakat ni..aku harap korang paham..


Selalu2 la berkunjung je Unit Kejaya n Kaunseling IPT korang untuk dapatkan info pasal program2 n kursus yang dorang buat..korang leh consult ngan kaunselor pasal kerjaya n sebagainya..jangan ingat orang pegi jumpak kaunselor tu orang yang adalah masalah jer..orang yang nak dapatkan nasihat pon leh pegi jumpak kaunselor..so rajin2kan la diri..supaya nanti bila korang dah habes belajar korang tak hilang arah..dah grad takde maknanya korang nak jumpak2 kaunselor lagi..nak jugak..bayar yang private punya..kat IPT FOC jer..so ambik peluang ni ok..gunakan kemudahan university dengan semaksimum mungkin..


Korang kene ingat satu benda..masa study kalau ko buat resport silap paling kuat pon lecturer masukkan report korang dalam tong sampah n soh korang buat balik sampai dia puas hati..bila dah masuk alam kerjaya..kalau korang silap buat report takut bos korang buang korang keluar office bukan buang report korang..korang kena ingat gak..silap yang korang buat masa study paling kuatkan akan memalukan korang ja..tapi kalau silap yang korang buat masa keje boleh mengakibatkan kerugian pada syarikat, syarikat saman korang dan korang dibuang keje..lebih teruk lagi korang didakwa di mahkamah..nak ke..so strengthen yourself and polish your skills..supaya korang betol2 sedia untuk bersaing dengan graduate2 lain yang hebat2 belaka kat luar sana..


Kepada mereka yang belajar kat IPT tu..bila IPT buat ekspo kerjaya rajin2 kan diri pegi..sebab dorang ada buat interview sekali..mana la tau masa interview company yang interview tu berkenan dengan korang..dah kuar2 U ada keja yang menunggu..tak la tanam anggur, ternak lemak n buat taik mata ja kat umah kan..korang ingat senang ke jadi degree holder yang nganggur..susah wooo..nak plak korang nganggur tu lama..lagi la susah..otak cam dah karat2..semangat cam dah luntur..ha..nak ke..lagi satu sapa nak tolong bayarkan study loan korang..cuba pikir skit..nak ke tetiba sampai surat saman mintak ko bayar lump sum sekali..tak bayar dia black listed kan ko..menyebabkan ko tak leh nak buat pinjaman apa pon termasuk pinjaman keta n pinjaman peribadi..nak ke..


So konklusinya..ambik la peluang masa di IPT untuk belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin..sebab setiap ilmu yang kita perolehi tu adalah sangat berguna..buang sifat malas dalam diri tu..sentiasa ingatkan diri sendiri tujuan masuk IPT..tanam dalam minda yang korang nak dapat result yang gempak setiap sem..tanam dalam minda yang korang nak grad on time..tanam dalam minda yang korang nak jadi orang yang berjaya..maka dengan sendiri semangat n motivasi tu meningkat..insyallah..cuba la..


Ok la..aku dah panjang lebar berleter ni..harap2 korang tak boring..aku tak niat nak takot2 kat korang sume..aku cuma nak korang tau hal sebenar n always be prepared for all the unexpected things n posibilities..aku pon tak offended sesapa..cuma berkongsi apa yang aku baca..kalau ada yang tersinggung ngan ayat2 aku mintak maap banyak2 la ya..sampai jumpak lagi..


P/S: Adalah amat menyedihkan bila mana setiap bulan korang bayar balik study loan korang..tapi bila korang tengok cert n transkrip korang angka yang tules kat situ sangat mengecewakan..korang belajar lebih lama dari orang lain (dengan alasan biar lambat asal grad) tapi angka yang tules kat situ sangat mengecewakan berbanding dengan mereka yang grad on time tapi flying colors..fikir2kan la..nak susah2 dulu senang2 kemudian atau nak senang2 dulu susah2 kemudian..umur yang muda, minda yang segar, tenaga yang kuat jangan disia2kan dengan beronggeng2..aku tengah ingatkan diri sendiri ni..dan jugak ingatkan orang lain..

Matahariku

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.


Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.


Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.


Sekali Agnes Monica da..kenapakah tetiba letak lirik lagu ni..very the sesuatu..haha..layankan jer babe..sekali sekala mak nak gak layan jiwa nokz..takkan korang jer leh layan jiwa..


P/S: Adakah aku tertekan..?..sangat tak sesuai perkataan tertekan itu denganku buat masa sekarang..huhu..gue lagi bahagia sekarang..pura2 kah..?..oh tidak tidak..memang bahagia..

Which brand do u choose..?

Hui..tajok..yer..memang aku nak cakap pasal brand..tapi aku tak mo cakap pasal baju, suar, make-up set, toiletries, perfume atau sewaktu dengannya..kali ni aku nak cakap pasal bra yang korang pakai..yer BRA bukan suar kechik yer....tetiba ja nak cakap pasal bra..guys..jangan baca ok..strictly for girls only..heh..




Seperti yang kita tau..macam2 brand ada kat pasaran..antaranya triumph, Audrey, Wacoal, Chantelle, Glamorise, CK, Scalet dan sewaktu dengannya..tak kurang jugak yang berjenama syarikat direct selling like AVON, NUTRIMETIC, COSWAY dan AMWAY..dari yang semurah RM9.90 hingga semahal RM999.90 (mungkin lebih)..Dari yang biasa2 hingga ke luar biasa (jarang cam tak pakai bra..or cover nipple jer..baik tak payah pakai terus..huhu..)..manusia ni sanggup berhabis sebab pakaian dalam jer..heran aku..mungkin dorang dapat kepuasan yang maximum bila habeskan duit beli lingerie yang harganya memeranjatkan..


Dalam aku surf2 boutique yang ada dalam internet..aku terjumpak satu site ni..Bella Bella Boutique..site dia cantik..ala2 hot2 sexy gitu..kat sini korang leh tengok macam2 jenes n brand..dengan harga yang pada aku WHAT..?..ada yang RM1000 plus tau..huh..ngeri..ade ke orang nak beli..mesti la ada kan..tidak takkan dia nak jual..tak mustahil ada Malaysian yang kaya raya duit banyak tak tau nak buat apa beli kan..


Beli bra bukan boleh main taram beli jer..kena pastikan jenes dia..size dia..cup dia n style dia..kena jugak tengok material apa yang dia guna..then sesuaikan dengan korang..kalau yang agak2 chubby tu jangan plak ko pakai cup A..maunya terkeluor kat luar..pilih yang sesuai..


Memula korang kene la tau ukuran badan korang..baru leh nak tau size n jenes cup yang sesuai ngan korang..i'm sure ramai yang tau benda ni..tak kurang gak yang tak tau..kalau korang dah tau tak la sepuluh kali beli bra sepuluh kali masuk fitting room try kan..so kepada mereka yang tak tau cam mana nak dapatkan size bra n cup yang sesuai kat bawah ni ada cara dia..


LANGKAH 1

  1. Pakai bra semasa mengukur sambil berdiri
  2. Ukur disekelililng bawah payudara. Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci. Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci. Sebagai contoh :

  • Jika ukuran anda adalah 31"
  • Tambah + 5"
  • Saiz bra anda ialah 36"

LANGKAH 2

Ukur disekeliling bahagian terpadat payudara (atas nipple). Bandingkan nombor ini dengan saiz bra anda. Jika nombornya sama bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaan 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.


Mudah kan..



Kalau masih tak paham sila klik sini n baca..detail siap ada gambar rajah lagi..tapi ni in English..banyak di antara kita yang main bantai basuh suka hati ja bra kita..dah tu complain yang bra tak tahan lama la..rosak la..wire dia patah la..haih..cam no tak jadi cam tu kalau ko tak basuh ikut law dia..jangan salahkan ibu mengandung la kalau cam tu..ceh..tetiba jer ibu mengandung..thee hee..so berikut adalah cara cam mana nak basuh bra korang dengan lebih ber'law':

  1. Cucian mesin dgn putaran ringan. Guna laundry beg khas untuk pakaian dalam. Ada jual kat kedai (Watson, Guardian or kedai2 biasa)
  2. Cuci menggunakan air sejuk dan sabun pencuci lembut.
  3. Cucian tangan untuk pakaian yg 100% berenda.
  4. Jangan perah dan seterika bra korang. Dah cakap jangan perah jangan ko spin plak dalam washing machine.
  5. Jangan merendam lebih daripada 15minit.
  6. Cuci warna yang gelap berasingan.
  7. Jangan gunakan bahan pemutih or peluntur.
  8. Jemur ditempat teduh dan berangin.

Bercakap pasal bra ada yang tersipu2 malu..nak beli bra pon malu..ada setengah tu sampai dah besor panjang pon masih mak belikan..hehe..aku la tu..waaaaaa..tu dulu masa aku study..sekarang dah keje beli sendiri la..




Pada korang, penting ke brand..?..dok kat dalam bukan orang nampak pon brand apa korang pakai kan..pada aku..brand tak penting..yang penting kualiti dan keselesaan..tak kisah la berapa harga bra yang korang beli..murah ke mahal ke..as long as selesa ok la..murah pon takpe..kalau mahal tapi tak selesa tak guna gak kan..aku cuma pakai 1 brand ja n tak pernah tukar2 ke brand lain setelah pakai..sebab dia guna material yang sangat berkualiti tinggi (sama kualiti dengan jenama2 hebat cam Triumph n Audrey), tahan lama, design cantik2, banyak pilihan, harga sangat berpatutan dan yang paling penting aku selesa..aku penah try banyak brand sebelom ni..semuanya hampes..yang murah tak tahan lama n tak selesa..yang mahal nak kena tunggu sale plak..then mak aku belikan brand ni masa aku kat secondary school dulu..n aku terus jer pakai brand ni sampai sekarang..lama kan..aku ni pengguna setia..more than 10 years dah aku guna brand ni..n aku suke jer..


Aku harap entry aku ni tak membusankan korang..nanti citer pasal suar kechik plak..huhu..joking na..ok la..enjoy your day ok..until next time..tarra

Makan untuk hidup ke..hidup untuk makan..?

Nity nite sume !!


Tajok bukan main lagi..


Tetiba cam takde apa nak tengok kat tv..so aku ambik keputusan untuk berblogging walaupon connection slow bangat..2 3 hari ni aku perasan yang mummy cam tak berapa nak happy..tak tau kenapa..n aku cam takot nak tanya..lagi plak aku ni bukan suka sangat tanya2..kalau orang nak cita dia cita la..kalau mummy nak kongsi apa2 dia dah cita prob dia or apa yang dia tengah pikir..ni dia diam ja..so aku assume dia tanak kongsi apa2 ngan aku..tapi aku cam tak puas hati tengok mummy tak happy..haih..


Malam ni seperti yang dirancang aku ngan mummy masak Black Pepper Chicken Chop..sampai sekarang pon dok kenyang sengkak lagi..best2..


Snap sekali periuk2..motip..?..heh..nak kasi tau yang aku masak sendiri ni bukan beli kat kedai..hua hua hua..


Ni aku punya..gravy harus banjir ok..baru nikmat makan..makan harus pakai tangan ok..baru leh kata sedap menjilat jari..


Tarra..ni la hasilnya..Black Pepper Chicken Chop..senang jer..thee hee..simple n kenyang..esok nak masak apa plak ek..hmm..wahh mood masak sudah mari..ahaha..dah lama tak masak sebenarnya..sebab M.A.L.A.S..huhu..tak leh nak wat apa la kan..dulu masa study memang rajin masak kalau balik cuti..ya la dok umah takdo benda nak buat kan..so masak la..bila dah keje ni cam malas plak..haih..kena tunggu mood datang dulu..


Kalau nak masak benda2 yang cam ni suka la..kalau nak masak cam lauk2 2 cam tak berapa nak suka sangat..sebab mana leh lawan mummy punya masakan kan..so let her cook la kan..kalau cam western ka leh la aku take over..chewah..tapi abang aku lagi pandai la masak western..dulu dia penah keja kat kl masak western ni..


Aku suka gak buat2 puding ke kek ke..masalahnya kalau aku buat ada ke yang nak makan..adik ngan kakak aku tu bukan makan sangat..rumah aku plak sekarang ni tinggal aku ngan mak aku ja..kalau aku buat aku gak kena makan..tu malas tu..aku bukan makan sangat jenes2 kek n puding ni..syok buat jer..kan ke membazir kalau takde orang nak makan..haih..


Konklusinya..tak payah buat..or buat bila ada orang nak makan..or ada special occasion..hahah..bleh gitu..habes caner nak buat kan..ok la..mummy panggil soh urut2 tangan dia..tangan dia sakit2 sengal2..sambung esok plak..heva sweet dream..tarra..
Salam !!


Hari ni agak slow..ada 2 3 call jer n aku menghabeskan masa aku dengan blog hopping as usual..selain tu aku pon menjelajah blog2 resepi bagi mencari resepi2 baru untuk dipenuhkan dalam buku resepi aku ni..thehe..memandangkan aku cam happy jer hari ni so ada plan nak masak malam ni..Black Papper Chicken Chop..heha..bleh ke..caya tak..tak caya kan..tapi percaya la..heha..


Aku ngan mummy memang macam ni..kalau tengahari dah makan nasik..malam kitorang makan benda lain..usually masak la..sebab mummy tak berapa suka sangat nak makan kat luar..aku ni bukan a good cook..boleh la setakat nak makan..kira kalau kawen tu hubby aku tak la kebulur kan..n then tak la rabak tiap2 bulan pasal makan kedai..walaupon tak sedap kesungguhan tu mau ada..lelama sedap la..practice make perfect ma..pandai jer..belom kawen belom tau ek..huhu..


Actually bahan suma dah ada..tunggu nak masak jer..kat umah aku benda2 instant ni memang mummy buat stock..sebab dia tau anak2 dia ni memang soka sangat makan benda2 instant..tolak maggie la yer..yang tu kureng skit..memang bukan favey la..kalau cam nuggets, fries, franfutters dan sewaktu dengannya memang tak pernah takde la dalam fridge tu..mummy pon suka buat kuih2 frozen..cam karipap, cucur badak, cucur kacang dan sewaktu dengannya..sebab dia kata kalau orang datang rumah senang..gorengkan jer..yer la kan..takkan nak gorengkan nugget n fries plak kan..haha..cam lawak jer..


Rumah aku ni bukan la selalu jadi tumpuan orang datang..sebab mummy aku ni bukan la jenes sosial..kalau nak kata anti-sosial pon leh la..thee hee..jahat kan aku ni..tapi betol la..sebab mummy aku tak de nak lepak2 ngan kawan ke..kawan datang rumah ke..or call2 ker..dia dok umah layan Zee Channel je pas pencen ni..so kalau yang datang umah tu sedara mara la..anak2 sedara dia a.k.a cousin mazen aku ke..adik2 dia a.k.a pakcik makcik aku ke..tu jer..


So berbalik kepada hari ni..hari ni dah petang..and i'm about to leave..thee hee..see yah lain time la..tarra..


P/S: Mood happy semalam masih ada lagi ni..muka atak senyium..asyik nak gelak ja..mood adalah baik..mintak2 jangan la ada yang rosakkan mood aku for this whole week..chewah..maintain jer..




Aku tak tau nak letak tajok apa..

Salam..!


Tajok sungguh pathetic..sampai hilang daya memikir yang kretip dan inovatip..


It's Sunday dudes..SUNDAY..means..?..another 1 boring day for me..haih..it is just a day for daydreaming, langut2 tengok ceiling, hopping like cute greeny frog from 1 blog to another, smiling myself while reading ur entries and kejap2 tengok jam sebab nak balik makan..hehe..


Semalam main The Sim 2 sampai kol 2.00 am..so pagi ni cam pening2 nak bangun Subuh..tetiba rasa nak jadi anak yang solehah plak bawak mummy pegi wet market kat town ni..so dengan tenang took my shower n dressed nicely..kononya la..hari ni pakai tee VMY Go Green..memang green pon..


Bought sarapan for both of us n went back..i need to go to office remember..finish my Indo Cafe n drive myself to office..i was so terkejut terkujat melihat ramainya manusia kat bangunan office aku ni..WHAT HAS HAPPENED HERE..?..apsal reramai berator sepanjang bangunan ni..haih..skim cepat kaya ka ni..musykil ni..my office is in the third Floor..punya la ramai sampai nak naik pegi office sendiri pon tak boleh..haih..then i ask Kak Na what happen..rupanya dorang berator untuk bantuan Zakat Persekolahan..ahaha..now dah reda dah orang..dah tak dengar bising2 dah..hmm..macam2..


Today..along my way from home to wet market..there were so many car parked along the road near my former school..then i remembered that today is a first day school..school is great if u think it's great..pokok pangkalnya hati..my school time was cool too..i was quite famous..hehe..not because i'm pretty off course..but because i was really really active in sports n excellent in academic too..growing up in an emotionally unstable family (bukan gila na..) is not easy ok..but i managed to go through everythings..thanks to my mom who never give up on us..and always try her very best to make our family physically stable (at least) till now..


Even today a bit boring, slow n quiet (dalam erti kata yang sukar dirungkaikan) ..i have no idea why i am so happy..sampai asyik senyum ja dari pagi..happy without a reason ni pon payah ni..tapi yang pastinya aku happy bangat sampai aku rasa takde benda dalam dunia yang bisa membuatkan aku tak happy hari ni..sampai sis June yang dok sebelah meja aku ni pon perasan yang aku dok senyum ja..hehe..aku sendiri pelik..orang lain yang tengok lagi la pelik..i hope this feeling will last forever..coz i hate feeling gloomy, feeling down and feeling under pressure..huh..but now..i'm just happy n feeling great..i woke up this morning with a big flowerish smile on my face n hati yang jugak berbunga2 berwarna-warni..it's a gift from Allah and aku bersyukur sangat2..semoga Allah kekalkan aku dalam keadaan ni sampai bila2..amin..ok la..senyum2 selalu ya..until next time..tarra..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...