Pikir sampai nak pecah kepala..
Accident...
Citanya begini..kejadian berlaku kat KL..one busy morning..ayah n adik aku ntah nak ke mana ntah lupa dah..tetiba tyre flat..so terpaksa la berhenti..actually bebetul atas fly over..one guy yang bawak motor super laju..bleh tak nampak kete ni dengan lampu kecemasan kat tepi jalan, ditambah plak bonet belakang terangkat menampakkan bendalah segi tiga kecemasan tu, langgar belakang kete ni, melambung dan jatuh kat tepi kete..definitely patah kaki, patah gigi dan pecah kepala (pecah dalam erti kata luka..bukan pecah cam tembikai kena langgar lori ya)..dah tu degil2 tak nak naik ambulance hospital kerajaan..dia gedik2 nak tunggu hospital swasta mana ntah..sebab dia kata dia ada insurance..sangat lah pelik dia ni..selepas dipujuk oleh several good samaritan yang ada kat situ..dia pon setuju nak nek ambulance tu..
My dad cuma injured skit kat kaki..sebab masa bike to langgar dia dok berdiri kat depan..so kete dah terhentak kedepan n kena lutut dia..my sis..nearly nak mandi serpihan kaca dari cermin belakang yang pecah akibat hentakkan bonet belakang tu..dia baru jer kuar dari sit belakang tu beberapa saat sebelum accident u..dan ngeri lagi..mamat tu jatuh bebetul sebelah dia..kalau aku trauma wei..
Friendship Never End !!
a rose to be exact,
Or maybe like a brand new gate
that never comes unlatched.
A friend is like an owl,
both beautiful and wise.
Or perhaps a friend is like a ghost,
whose spirit never dies.
A friend is like a heart that goes
strong until the end.
Where would we be in this world
if we didn't have a friend.
By Emma Guest
Ho Ho Ho.. Merry Christmas Everyone
~Enjoy The Song~
We wish you a merry Christmas
We wish you a merry Christmas
We wish you a merry Christmas
And a happy New Year.
Glad tidings we bring
To you and your kin;
Glad tidings for Christmas
And a happy New Year!
We want some figgy pudding
We want some figgy pudding
We want some figgy pudding
Please bring it right here!
Glad tidings we bring
To you and your kin;
Glad tidings for Christmas
And a happy New Year!
We won't go until we get some
We won't go until we get some
We won't go until we get some
So bring it out here!
Glad tidings we bring
To you and your kin;
Glad tidings for Christmas
And a happy New Year!
We wish you a Merry Christmas
We wish you a Merry Christmas
We wish you a Merry Christmas
And a happy New Year.
Glad tidings we bring
1 Muharam 1431h
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..
E- Jenazah?
Tapi mesti ada yang kata..kain kapan tak leh beli kat internet..ko salah ok..sekarang di kat utara ni dorang dah start promote service uruskan jenazah secara online ok..ko bleh daftar kat web dia..bleh bayar dengan kredit kad lagi..antara perkhidmatan yang disediakan (yang dipetik dari web dia) adalah:
- Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian.
- Khidmat nasihat kepada waris si mati.
- Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS.
- Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah.
- Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian.
- Memandikan Jenazah.
- Mengkafankan Jenazah.
- Solat Jenazah*
*Membantu dalam menyelenggarakan Solat Jenazah dengan waris. - Pengebumian Jenazah.
- Hadiah Qatam Al-Quran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz.
Hari tu ada Chinese dekat town aku ni ninggal..aku ada nampak la signboard kat khemah..promote company yang uruskan funeral ni..rupanya ada company yang offer service untuk uruskan mayat si mati dari A 2 Z..lengkap dan sangat high class plak tu.beroperasi 24 hours ok..janji ko ada duit..ko tau la Chinese kan dorang ada several upacara bila seseorang tu mati..banyak benda la nak kena sediakan..nak cari tu ni..so dengan adanya company yang offer service cam ni..ringan la keje keluarga dia..aku ingat kat Europe dan sewaktu dengannya jer yang ada..rupanya Malaysia pon ada..
Uruskan jenazah orang Islam takde la susah mana..cuma ko kena cari orang masjib untuk uruskan jenazah..beli kain kapan..beli keperluan untuk mandikan jenazah..kalau ko join khariat kematian kawasan kejiranan korang, korang tak susah..sebab orang masjid akan sediakan semua benda..korang cuma uruskan sikit2 jer..tengok tempat jugak..kadang2 tu ko kena sediakan semua benda jugak..
Tapi dengan adanya company yang offer perkhidmatan ni..aku rasa bagos la..kira dorang ni ambik fungsi khariat kematian la..bezanya dorang ni offer service A 2 Z la..plus dia ada service catering (kanopi pon ada) untuk kenduri tahlil, baca yasin dan seangkatan dengannya dan jugak service buat batu nesa..ok kan..semua ada..pada yang jenis tak berdunia dengan masyarakat (jenis yang suka dok rumah tak cakap dengan sapa) bleh la daftar..pada yang baru pindah rumah baru yang mana kawasan kejiranan ko memang tak ramai Muslim plus belom ada masjid atau surau pon bleh daftar..senang..kita tak tau bila ajal nak menjemput kita kan..baik bersedia awal2..kang tak tau plak nak buat apa..
Kalau ko tengok drama yang bertajuk Suara Dari Kubur..lakonan Ridzuan Hashim, Gambit & Yasmin Hamid tu ko akan faham apa yang aku cakapkan..ada jugak Muslim yang tak tau nak buat apa bila ada kematian dalam rumah..tengok jugak cita Tanah Kubur..sama jugak..kalau daftar ko just call jer cakap ada kematian..dorang akan datang buat semua benda..apa yang best dorang ada buat consultation jugak..so ko takkan terpinga2 la kan apa nak buat lepas semuanya selesai..
Oh ya aku belom bagitau lagi kan apa nama web dia..ok pada yang nak tengok web dia..nak daftar ke apa ke kan..bleh klik sini..e-jenazah..yang best bleh bayar pakai kredit kad..Semoga Allah pelihara kita dari keaiban dan kesengsaraan ketika mati..Amin..(tetiba- motif -unknown)
2010 is coming very soon..
Hari ni hati rasa agak suam2 kuku..mood pon cam suam2 kuku..tengok calendar hari ni dah 16 Dec 2009..tak lama lagi nak masuk 2010 (there go another year of my life..sob sob sob..)..there are several things in my mind now..nak kata planning tu tak la kan..cam skema la plak..normally what ever happen through all the year is out of plan..cam kucar kacir skit..may be coz i'm not a good planner kot..but some tu cam berjalan ikut seperti yang dirancang..but still banyak yang tak ikut perancangan..huhu..
Ok..back to the main topic..what am i thinking now..i'm thinking of covering my hair atau dalam kata lainnya pakai tudung..kenapa tetiba nak pakai tudung?..I know..some may think that i just got a really chronic desease which may lead to fatal death..or maybe you think that i wana pikat someone..which is totally wrong..kalau nak pikat someone 6 months dulu i dah pakai tudung..
Do you ever feel like sangat tak tenteram..like something that's not rite with you..you buat macam2..even you sembahyang pon you rasa cam something missing in your life..something that's never complete..have you?..that's what i feel everyday of my life..i dont know what i missed actually..bila difikir2kan..dikaji dalam2..i found that there is one thing that i haven't do which is wajib dibuat..maybe if i do it i will be in piece..may be la..i dont know..tapi tak salah la try kan..
Itu la reason kenapa i tetiba nak cover my hair..actually dah lama dah plan ni..cuma atas sebab2 tertentu yang susah nak di explainkan makanya i tangguhkan dulu niat tu..now i rasa dah tiba masanya..cuma bila i pk2 cam takot..sebab kita tak tau penerimaan orang cam mana kan..mungkin orang akan cemuh..atau mungkin orang akan suka..the reason why i keep delaying my intention is..i rasa i tak cukup baik nak pakai tudung..i rasa cam kalau i pakai akan mencemarkan nama baik orang yang pakai tudung..i ni manusia..banyak buat salah..so cam malu pada diri sendiri dan pada Allah swt jugak..that's why i rasa i tak layak nak pakai tudung..i terlalu jahat..
Tapi bila i pk dalam2..buat apa nak kisah semua tu..janji hati i ikhlas nak bertaubat dan berubah..Allah sentiasa menerima kita selagi kita nak bertaubat..betol ke ayat i tu..ntah..huhu..apa yang penting selagi belom Khiamat selagi tu pintu taubat tu terbuka luas untuk sesape jer yang nak bertaubat..
Lain2 yang i pk semperna nak masuk 2010 ni..tak lama dah umur i nak cecah 30..mom dok bising bila anak2 dia nak kawen memandangkan takde sape lagi yang lepas rumah kan..my elder sis pon tak kawen..even elder bro pon solo..semua solo la katakan..kadang2 kesian ngan my mom..people keep salahkan my mom yang dia ni memilih menantu la apa la..the truth is memasing belum sampai seru lagi nak kawen..belom temu jodoh yang sesuai..cuma i harap may be 2010 bring a new hope to all of us..sapa dulu itu bukan persoalannya..langkah2 bendul ni semua dah tak leh nak dipraktikkan dah dalam kehidupan zaman sekarang..
Ni sekadar luahan apa yang terbuku di hati i ni..so sesape yang rasa menyampah, mual nak muntah please get out of here pegi check doctor mana tau kot2 ko ngandung ke gastrik ke ape kan..cuma pada yang suka dan rasa i ni cam kawan please la doakan i..semoga i kuat menghadapi tohmahan dan cacian orang di luar sana..Amin..
Santau - Dengki Sampai Mati
Dengan face mask kat muka..yang asyik nak fogging ja..ko rasa bleh ke ko bertahan kat paintball battle field ti lebih dari 30 minit..memang tak la kan..dengan panas..n tak nampak apa..di tambah plak berpeluh2 lagi..hah..tu baru jadi photographer..belom main lagi..aku ni dah basah cam mandi..hmm..
On the way balik dari resort tetiba terpk nak pegi tengok wayang..plan nak pegi Perai..tapi cam malas plak kan..so kat Giant jer la..memandangkan tak pernah lagi tengok kat cinema yang baru bukak tu..
Bila masuk level 2 aku cam teruja plak nengok keadaan cinema yang bleh dikatakan setanding la ngan GSC & TGV..Big Cinema nama cinema dia..aku dok bayangkan cam panggung Cathay n Odeon zaman tok nadok dulu tu..kueh kueh kueh..yer la nama tak pernah dengar kan..apa2 pon best la tengok kat sini..
Berbalik pada cita yang kami tengok..cita santau ni best la jugak..dari mula sampai habes memang ko bleh tengok hantu setan dia dah..for those yang tak tengok lagi..please jangan belai benda makan bawa masuk..sebab ko memang takkan lalu nak makan, silap2 bleh muntah..ada seveal scene yang menjijikan kat dalam cita ni..huhu..
Cuma aku tak paham santau pesyen mana yang dia hantar kat jiran dia tu..sebab asyik kena rasuk jer..santau bukan yang muntah2 darah tu ker..pastu part dia pegi berubat tu plak cam berubat orang kene rasuk..bukan cara berubat orang kena santau..takde pon muntak2 kuar kaca la apa la..dah yang pelik jugak, kenapa isteri dia jer yang kena teruk..suami pon makan gak..tak kene teruk pon..last sekali..berubat isteri dia jer..suami & anak pon kene gak..tak berubat la plak..hadoi..tapi overall best la cita ni..kira tak rugi la kalau beli tiker 9 hengget pon..pada sape yang nak tengok..sila la tengok beramai2..penuhkan panggung..kita support filem kita..
2012 We Were Warned..
Tari Tirana - Chika..You Are So.......
Episode semalam adalah sangat sangat sangat tak leh terima ok..tak sangka si Chika tu sampai sanggup nak bunuh orang disebabkan oleh satu laki jer..memula tu ingat dia just nak gertak ke pukul ke apa ke kan..tak sangka dia sampai tergamak upah prof assassin untuk bunuh..tu la niat tu memang dah tak elok kan..ambik ko terbunuh kawan sendiri..sapa nak tolong jawap tu..dah la bunuh..kerat into pieces plak tu..sangat tak bleh terima..dan yang paling lawak sekali..siap sedekahkan surah Yasin lagi tu kat depan mayat yang dah dikerat2 tu..apa la si Chika ni..tak de kawan vougue cam Chika tu pon tak pe..menakutkan..nampaknya penyakit jiwa mak dia tu dah diwarisi oleh si Chika ni..sampai sanggup bunuh orang..
Yer yer i know ni cuma drama..cuma kadang2 bila tengok TV tu cam teremosi skit kan..biasa la pompuan kan..huhu..tapi serius menakotkan ada kawan cam Chika..tapi aku harap sangat si Tirana tu akan kekal dengan Neo..bukan sebab si Neo ni sexy kay..sebab satu Neo sanggup dumped si Chika untuk dia (even sebenarnya dia memang dah lama nak dumped si Chika, bila pk Chika dok spedo dia makanya dia bertahan), dua sebab Ash tu cam tak leh buat keputusan sendiri..semua Vee (manager dia) yang aturkan (yer la nama pon manager..tapi takkan sampai telefon pon manager nak kena pegang kan)..and tiga, dia tak pedulikan si Tirana pon masa dia jadi penyanyi..memang bukan salah dia la kan sebab telefon dia si Vee yang pegang..tapi takde telefon hotel ke nak call..bukan jauh mana pon..Malaysia ngan Singapore je pon..kenapa tak bertegas dengan Vee tu..zaman sekarang orang dah tak kisah kalau penyanyi or pelakon kesayangan dorang ada bf or gf..hampeh..so..dengan reason2 ni..aku harap ending dia Tirana dengan Neo bersatu..ash..ko bleh pilih Chika..aku rasa sesuai kot dia dua..si Ash memang kaki turut..si Chika plak Queen Control..hua hua hua..
Apa2 pon nak tunggu minggu depan..apa jadi bila Tirana dah tau yang Ash satu kolej ngan dia..
It's Our BBQ Night !
Tengok tajuk pon dah tau nak cita apa kan..last nite was our BBQ night..tetamu yang dijemput adalah cikgu sebelah rumah a.k.a mak & bapa angkat aku..this is our second BBQ night la..last time masa rasa puasa dah buat..but that one kitorang buat steamboat plus BBQ..
Antara menu yang ada, Tikka Masala, special homemade satay, grilled puyuh (yummy !), grilled vege, seafood olio, chicken olio ( memandangkan ayah n cikgu tak leh makan udang), special homemade fruit salad and grilled japanese sweet potatoes..sangat lah sedap sehingga menjilat ibu jari kaki..
Sekali sekala organize BBQ night cam ni best jugak..bukan makanan tu yang penting tapi kemesraan masa nak prepare all those dishes dan jalinan hubungan antara jiran tu yang lebih penting..secara tak langsung mewujudkan keakraban antara jiran dan kemesraan antara adik beradik..
Hope bleh buat lagi next time..
My Third Trip To Singapore
Huiiii..dah lama tak update blog..rasanya lebih sebulan kot..bukannya apa..tak banyak benda yang nak di story mory kan..however..couple of weeks ago..kami ada travel fair kat Singapore..sama cam tahun lepas jugak..cuma kali ni buat kat Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre..Suntec City la senang cita..compared to last year, this yer punya crowd lebih besar..ramai gila orang datang sampai nak bergerak pon susah..especially petang..so sangat happy..walaupon kami cuma managed to sell 1 fridge magnet jer..tapi kami tetap happy..sebab at least kami dapat banyak potential customer yang mungkin akan membanjiri tempat kami cuti sekolah ni..
Gambar tak la banyak sangat..sebab mood nak ambik gambar tu takdo memandangkan tak berapa sihat masa dok kat sana..tetiba kena flu..bukan H1N1 ya..tapi mungkin sebab tukar angin kot..so tak berapa nak best la sebab tak sihat..sungguhpon begitu aku ni sempat la jugak bersoping moping kan..sempat sekali lagi berkunjung ke Mustafa Centre kat Serangoon tu..n jugak Arab street..tapi tak beli kain sebab aku merasakan yang most of the textiles are not updated..tahun lepas aku tengok kain tu..tahun ni pon sama jugak..tak macam kat Kelantan..every month design baru..hmm..
Walau apa pon..trip to Singapore kali ni best..penat tu memang penat..sangat2 penat..mungkin sebab aku tak sihat sama..Gambar nanti aku akan cuba upload ya..actually seronok bila dapat buat keja luar macam ni..tak kisah la dalam Malaysia ke luar ke..sebab disamping keja..aku jugak bleh jalan2 tengok tempat orang..kira curik2 masa la..secara tak langsung aku kira pegi holiday jugak la kan..keja aku pon bukan la susah mana pon..
Lepas ni plan nak pegi Cameron..dah lama gila tak pegi..last aku pegi tahun 2oo1..so plan nak pagi sekali lagi..mungkin dalam Dec..tunggu adik aku balik dulu..till then..tarra..
Raya 2009
Mood raya masih ada lagi kah?..Jemputan Rumah Terbuka banyak lagi ni..mana bleh ilang mood raya kan..as for me..biasa2 saja..sebab aku ni jarang2 pegi Rumah Terbuka ni..malu la katakan..i ni pemalu orangnya..agak terlewat aku ni nak update pasal raya..tapi tak bleh dikira basi lagi la sebab raya pon blom habes lagi..
Actually raya tahun ni biasa2 ja pada aku..mood aku nak raya pon actually tak la seghairah tahun lepas..tahun ni aku tak rasa pon nak raya..tak tau la kenapa..kakak n adik aku buat baju raya kat butik bermanik berkerawang sulam bagai..aku..antar kat Cik Yus jer..malas nak buat baju raya..tapi dalam malas2 nak beraya tu 6 jenes kuih raya aku rembat..tahun lepas aku beli kuih traditional je..tahun ni kan main lagi..semua chocolate type..huhu..
Raya tahun ni aku sembahyang raya kat Masjid dekat rumah aku..first time..selalunya aku sembahyang raya kat surau taman perumahan lama aku dulu tu jer..tapi tahun ni ntah la..tetiba aku rasa nak sembahyang kat masjid..aku pegi ngan adik au jer pon..kakak aku coti umum plak..mak aku sakit lutut..so aku kentalkan semangat nak berebut2 sembahyang kat masjid..gigihkan aku..
kami pegi agak lewat..so kami dapat tempat dekat2 dengan pintu pagar masjid..kira adik aku hamper2 nak sujud atas tar parking masjid..kesian kan..cam tu la keadaannya kat masjid tempat aku tu..orang ramai sungguh..pertama kali dalam hidup aku sembahyang berbumbungkan langit..huhu..aku doa2 semoga tak hujan..kalau hujan naya kami..nasib baik mendung light2 ja..Alhamdulillah tak panas..
Pas sembahyang kami terus pegi rumah mertua Kak Na nak ambik ketupat..sampai sama dia dah sesedih bergenang air mata..tahun ni dia beraya dengan ketiadaan makcik (mak dia)..nak buat cam mana..yang penting dia pulang dengan baik dalam bulan yang baik..kiat yang hidup ni kena la banyak berdoa dan sedekah kan rohnya..
Pas ambik ketupat aku pecut baik rumah..sampai rumah ayah ku dah sampai balik..so mak dah sebok panggil nak beraya..ni la sesi yang paling aku tak berapa nak best..bukannya apa..aku tak suka nangis2 ni..tapi aku ni kental..tak nangis punyo..huhu..
**kenapa gambar aku kissing2 takde yang lain suma ada..mana leh letak..tak rock arr..gambar mak aku ngan ayah aku kissing2 tak leh arr letak..2 exclusive 2..
Dah sudah suma..sesi makan plak..actually kami dah kira 2nd round..sebab sebelum pegi sembahyang raya kami dah makan dulu dah..menu utama yang mesti ada setiap tahun pagi raya adalah tosei, idhli, rendang & kari ayam..dari kechik lagi memang tu la menu dia..wajib ada..tetiba ayah ajak pegi rumah tok aku..nak pegi kubor arwah tok wan..so kami pon beramai2 penuhkan kereta balik kampung ayah aku..dalam perjalanan singgah kat kubor..
Tak lama kami kat kampung..ayah ada nak pagi mana ntah..so balik rumah balik..pegi beraya rumah jiran sebelah plak..raya pertama tak la meriah mana..biasa ja..nak kata ramai datang rumah tak jugak..aku abihkan masa dengan tengok tv..
Raya kedua kami balik kampung belah mak plak..tapi balik sana pon dah petang..sebab raya ketiga kami nak buat open house..so nak kena prepare everything sebelum nak pegi mana pon..menu yang ada nasi beriyani, ayam masak merah, kari ayam, roti jala, laksa, spaghetti, satay, nasi impit, dadih & puding..ramai gila tetamu sampai tak cukup lauk..memang ramai tetamu datang ke rumah tahun ni..dari pagi sampai malam..aku ingat sampai raya ke 5 pon masih ramai lagi tetamu yang datang beraya..selalunya raya ke 3 tu jer last orang datang rumah..tapi tahun ni memang ramai..tu yang membuatkan aku nyesal tak buat baju raya..huhu..sedih tau..tahun ni sampai nak jalan raya pon tak nyempat..raya ke 6 baru la nak berjalan2..tu pon pegi Kuala Kangsar rumah kakak angkat mak aku..pastu kami lepak rumah..letih..
Aku harap tahun2 mendatang ramai gak tetamu berkunjung ke rumah aku..tak macam 2 3 tahun lepas..takdo sapa pon datang rumah..sedih..
P/s: Gambar ni ja yang ada..aku tak ambik gambar pon raya..masa open house pon tak ambik..tak nyempat wei..open house aku tak nyempat nak ganti baju raya pon..seluar ngan tee jer..dah macam maid dah..
Salam Aidil Fitri
Boleh ke curik2 line telefon ni...?
Pagi2 morning lagi dah dapat email dari seorang teman yang tak jemu2 hantar email walaupon aku jarang2 nak balas..tapi email kali ni cam dah berjaya mencurik perhatian aku..tapi aku masih meragui kesahihannya sebab aku pernah beberapa kali dapat email macam ni dalam pelbagai versi dan juga subject..tapi tak salah kita kongsikan dengan orang lain kan..mana tau betul ke..soal betul ke tak korang nilai sendiri la ye..
Please note this carefully:
If you receive a phone call on your Mobile from any person saying that they are checking your mobile line or going to give you some offer/ prize, and ask you to press #90 or #09 or any other number. End that call immediately without pressing any Number. There is a company in Pakistan that is using a device that once you press #90 or #09 they can access your SIM card and make calls at your expense. They are misusing it to make calls from Indian numbers. Forward this message to as many friends as u can, to stop it. This information has been confirmed by both Motorola and Nokia... There are over 3 million mobile phones affected by this. You can check this news at CNN web site
Jangan pakai lipstick nanti batal puasa
Actually aku pernah terpikir pasal benda ni..tapi aku buat bodoh jer sebab aku tak rasa penting sangat..tapi tak sangka sebenarnya benda ni memang salah pon..tapi aku ni bukannya jenes yang suka conteng2 muka..so tak de la masalah besar pada aku..cuma hari tu masa awal puasa aku kan deman campak seminggu..so bibir aku cam kering la kan..so aku apply la lipbalm..masa tu aku tetiba terpikir batal ke tak puasa kalau pakai benda tu (walaupon sebenarnya aku tak puasa pon)..dengan adanya article ni maka aku harap kita semua jangan buat2 lupa atau tak tau..kang tak pasal nak kena ganti puasa sebulan plak..sanggup ke..?..
Article from: Berita Harian Isnin 24/08/09
Penceramah bebas, ustaz Zawawi Mohd Yusof, berkata..
Gincu boleh larut dalam air liur dan mungkin boleh menyebabkan puasa terbatal.Justeru beliau menasihatkan wanita mengelakkan memakai gincu ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal.
"Kalau boleh tidak payah pakai gincu apabila berpuasa. Apatah lagi gincu itu mempunyai perisa atau bahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal apabila ia larut dalam air liur dan kita menelannya.Begitu juga dengan pelembab bibir yg digunakan untuk mengatasi masalah bibir. Bibir kering memang biasa pada bulan puasa kerana tubuh kekurangan air. Ini juga adalah cabaran pada bulan suci ini" katanya.
Berhati-hati di jalan raya
Apa kah perkabaran anda semua..wah dah macam zaman parameswara plak dah bunyinya..cam mana ngan persiapan raya korang suma..mesti suma dah ready kan..lagi 3 hari nak raya tu..mungkin ada yang start cuti..yer la kan nak balik kampung lagi..nak plak yang dok jauh2..bila balik kampung tu beringat2 sama..jangan bawak kete laju2..jangan gelojoh sangat bawak kete kalau yer pon tak sabar2 nak balik kampung..kampung ko tak lari ke mana pon..bawak slow2 secara berhemat dan ingat lah orang tersayang..
Nak senang lepas sahur tu ko gerak..tak la sangkut dalam lautan kenderaan kan..bila2 terasa ngantuk tu berhenti..rehat ke tido ke kan..jangan ko bawak gak..kang ko rodok divider to sapa yang susah..ko, keluarga ko, polis, ambulance, bomba and PLUS gak susah..kalau gamak isteri ko ke adik ko ke sesapa ke yang bleh bawak kete..tukar2 la dengan dorang..jangan concer sorang jer..kalau yer pon ko tak nak kasi orang bawak kete ko ingat2 sama keselamatan semua orang yang ada dalam kete tu..
Tetiba plak aku ni terkenangkan hal pagi tadi..Kak Na tetiba call cakap ada jiran dia (aku kenal jiran2 dia semua walaupon dok lain2 taman) kematian suami..memang sebelum ni dia ada bagitau pasal suami Kak Jah (jiran Kak Na) tu yang accident..tapi aku tak tanya lanjut la sebab ingat cedera ringan je..sekali pagi tadi dia cakap dah ninggal..kesian..anak kechik lagi..nasib ada 1 jer anak..apa yang aku kesal sangat..suami dia ni kena langgar lari..ntah kete mana ntah la dan rodok motor dia..dah tu blah cam tu je..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Kepada orang langgar orang n lari tu..ko bleh lari dari hukum dunia..tapi ko rasa ko bleh ke lari dari Hukum Allah..ko rasa..?..bleh ke..?..rasa bersalah tu akan ikut ko ke mana jer ko pegi..dan tunggu la balasan Allah atas apa yang ko buat tu..
Dekat2 nak raya ni macam2 bleh berlaku..jangan over seronok or gelojoh sangat bawak kete ke motor ke..malang tak berbau..so hati2 la semua ya..walaupon ko nak drive pegi kedai kat hujung taman tu pon..Selamat Hari Raya..
My Not-So-Cute Cushion Cover- Red & White Chilly Pepper -Finished
Kalau masih ingat pasal aku punya latest cushion cover yang merah menyala tu ni adalah sambungan dari entry hari tu..bukannya apa..aku kan belom siapkan yang bahagian belakang dia..so ni la nak update skit kesudahan cushion cover aku tu..haih..berpinau gak la mata..akhirnya siap..
Welcome to the Felt World to myself
Aktiviti kerjatangan aku berkembang lagi..kali ni aku cuba2 jahit softie guna felt n stuffed with poli fiber..baru2 nak belajar..so huduh la nampak..huhu..tak kemas..saja nak cuba2..tapi ntah la aku nak buat apa dengan semua tu...mungkin simpan buat pameran dalam almari..felt ni aku beli online kat blog Mscraft Shoppe..actually dah 2 3 bulan dah aku berjinak2 dengan felt world ni..aku pon ada coba2 jahit kat tee..test tengok ada bakat menjahit tak..huhu..tak do la elok mana..tapi at least aku belajar something yang baru..
Yang ni kira akunya peberet la..yang ni antara yang latest..dah cam upgrage skit..huhu..walaupon can buroks ja..aku tetap suka..sebab aku yang buat..kalau ada yang cam menyampah nak tengok..jangan tengok ya..buat bodo jer..ada 1 lagi projek tengah berjalan..tapi tu akan diupdate lepas raya..
Coins Sling Pouch
Ok..yang ni rasanya lama la jugak siap..ni bukan la idea asal aku..sebenornya..adik aku yang tetiba cam teringin nak belajar..sebab aku bagitau dia yang cousin sis aku datang umah seminggu ja dah siap satu cushion..so dia cam nak jugak la belajar..kononnya la..elok dah masuk row ke 3 dia dah cam malas..ajar pon dah cam tak masuk dah..aku plak cam hangin2 nak ajar dia..so aku cadangkan tak payah la dia belajar..sebab dia pon cam hangat2 taik ayam jer..panas memula..bila cam susah skit dan cam nak give up la apa la..so aku take over la..memandangkan masa tu aku ada project lain gak tengah buat..so aku cadangkan aku buat kat dia coins pouch..tapi jenis boleh sling la..dia kata ok..so aku teruskan ja la..nak buat tali dia tu yang pening kepala..sebab panjang kan..hmm..so ni la rupanya..ok ke?
Lagi cushion cover dari aku..
My Not-So-Cute Cushion Cover- Red & White Chilly Pepper
Dah lama dah blogging pasal activiti seni aku kan..chewah seni kah?..maksud aku activiti crochet aku tu la..actually bukan la aku dah tak active..tapi cuma malas nak update pasal ni..tapi memandangkan dah takde benda aku nak merepek..so aku nak update la skit pasal project2 hasil seni tangan aku yang tak berapa nak seni ni..aku masih active buat sarung bantal yang half crochet tu..kalau dah tak ingat cam no rupanya click kat sini..
Takdo la cantik mana pon..tapi aku suka ja buat..sebab senang..kira kalau ko focus tu je tak makan tak minum tak apa bleh siap dalam 3 hari..complete dengan sarung dia sekali..tapi aku ni ambik masa dekat 1 week gak la nak siapkan..ya la..habes aku tak payah buat benda len lagi la..nak ngadap tu jer (walaupon hakikatnya aku memang takdo benda nak buat pon..hehe..)..mungkin disebabkan sindrom M makanya benda tu makan masa nak siap..huhu..
So ni la rupa cushion cover yang aku maksudkan..actually yang ni lain skit dari yang dulu tu..sebab dia macam ada renda plak kat tepi..kalau yang dulu skit jer renda dia..yang ni sebab terkechik skit sarung dia tu..salah ukuran aku rasa..memula tu aku ingat nak buat lain je..tapi ayah aku plak soh buat cam ni..dia kata lagi cantik sebab ada ribbon2 kat tepi...ribbon?..mungkin dia nak kata renda kot..tapi terkata ribbon..apa2 ja la..tapi lawa gak cam ni..pada aku la..so yang di dah siap..dan aku tau dah yang cushion cover ni takkan lama kat rumah aku..ada ja mata2 yang nak ni..maksud aku kakak n adik aku la..yang dulu tu aku pertahankan..so selamat..yang ni tak tau la..mungkin aku akan let go kat dorang kot..sebab ada satu lagi..warna yang sama..cuma mungkin susunan color dia ja akan lain skit..pattern masih pattern tu..sebab senang kan..
Material yang aku guna masih sama..knitting yarn n kain kapas..butang plak butang besa jer..opps..yang ni blom siap sepenohnya..sebab aku blom kait untuk letak butang lagi..mungkin malam ni aku akan kait..semalam baru aku ambik kat Abang Wan Alteration..yer memang la aku ada mesin n bleh jahit sendiri..sarung tu memang aku yang jahit..tapi nak satukan crochet tu ngan sarung tu aku kena soh orang pro buat..kang tak jadi sarung bantal plak kalau aku yang jahit..herot benyot plak..maklum la..masih terketor2 menjahit pun..heheh..
Okes la..lapor la..huhu..tarra..
Here come special serunding in town !!!
MUST TRY !!!!!
Puasa dah masuk minggu kedua..baju raya tak yah cita la kan 2 bulan sebelum puasa dah pegi antar kat tailor..tailor2 zaman sekarang sebulan lagi nak puasa pon dah tak mau ambik tempahan lagi..bab kueh raya dah nak kena pk dah..most of pengusaha kueh raya dah start ambik order dari awal puasa lagi..ada yang sebelum puasa dah start promo n ambik order..zaman sekarang jarang dah orang buat sendiri..main tunjuk2 jer..tu kueh raya..apatah lagi lemang, ketupat, rendang n serunding kan..lagi la ngeri nak buat sendiri..ingat senang nak cari orng yang leh buat sedap gilos cam mak2 n nenek2 kita buat dulu..ada tu ada..1 dalam 10 ribu..ha engkau..mana nak cari..takkan nak travel 2 3 ratus km semata2 nak cari satu barang..kan..especially serunding la..memang la kat tempat korang ada..tapi paham2 jer la..bila dah banyak2 tangan ni..harga melambung la..nak murah kena pegi kilang dia la yer..tak pon ko buat sendiri..masalahnya..rajin ker..ahahah...susah...orang utara kata renyah..banyak proses..
Sebut pasal serunding..ni nak promo..Mrs Manager n June tengah buat bisnes serunding sekarang..aku dah rasa memang sedap..lain dari yang lain..ni serunding dari Kampung Laut, Kelantan..ya ya aku tau kat Pasar Siti Khatijah belambak orang jual..yang ni tak sama ok..yang ni lain dari yang lain..kalah serunding2 yang ada kat atas pasar tu..kalau tak caya try la order n rasa..mesti nak lagi punya..
So for those yang berminat bleh la click url kat bawah ni..direct dari Kampung Laut, Kelantan tau..tak banyak tangan ni..so jual murah2 ja semperna raya..bleh beli untuk mak kat kampung..pada yang dah berkahwen tu..bleh la beli untuk mak mertua..bertambah2 sayang la mak mertua korang kat korang..
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Semadikan ia dalam jiwa serap dalam minda supaya tidak hilang jati diri tidak lupa asal usul serta pejuangan orang2 terdahulu menuntut apa yang kita miliki sekarang
Tenggelam timbul
MEMIKAT HATI LELAKI
Masa tengah bloghopping, terbaca satu artikel yang i think sangat berguna dalam blog harizamrry..u know..kita tak pernah tahu yang as a moden woman to be specific a moden wife kita terlupa yang semoden mana pon kita dan sehebat mana pon kita dalam kerjaya kita masih seorang "isteri" kepada seorang suami..dunia memang moden dan mengalami perubahan..tapi tanggungjawap serta fitrah kita sebagai seorang isteri tak pernah berubah..
Bila dengar jer ayat "orang pompuan ni belajar tinggi2 pon nanti dok kat ceruk dapur jugak bila dah kawen", kita jadi marah..sebab apa ya..?..sebab kita baca sekali lalu..yang kita nampak hanya apa yang tersurat dari word2 tu..tapi bila kaji secara tersirat..ada betolnya..kita orang perempuan ni..belajar sampai tinggi gunung Everest pon hakikatnya kalau kawen kita tetap akan jadi "isteri" kepada seorang suami yang mana tanggungjawabnya tetap sama..dia takkan jadi terbalik..cuma tanggungjawab tu boleh diringankan..bukan dilepaskan ya..ya la bila ambik maid kat rumah at least keje2 mengemas n membasuh tu dah release dah ada orang lain buat..anak2 tu jangan biar maid ja jaga sampai tak ambik tau langsung..kang kalau anak lebih rapat ngan maid kita sedih..bila anak tak mau kat kita kita marah..kalau ambik maid indonesia, bila anak cakap indonesia kita terkejut terkujat plak..so jangan lepaskan tanggungjawap sebagai ibu tu 100% kat maid ya..makan pakai husband tu kena buat la kan takkan nak soh maid buat gak..kang bukan setakat makan pakai husband ja dia jaga..ngan husband2 sekali dia jaga..baru padan muka kita..huhu..akak sekadar mengingatkan jer..akak pon tak kawen lagi..so nak ingatkan diri sendiri gak..mana la tau kot2 sok2 ketemu jodoh..kan..hmm..apa2 pon baca la artikel ni ya n tanya diri sendiri..kalau ada salah yang kita buat tu mengaku..jangan ego..mintak maaf dan betulkan apa yang tak betul tu..baiki hubungan..chewah..dah macam nenek kebayan plak aku ni..hmm..artikel ni cuma sebagai garis panduan..yang baik di jadikan panduan yang buruk dijadikan sempadan..ok..enjoy !!
****************
Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.
Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.
Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.
Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Dah Salin Pon dia..
Halo by Beyonce
Remember those walls I built
Well baby they tumbling down
And they didn't even put up a fight
They didn't even make a sound
I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standing in the light of your halo
I got my angel now
Bridge :
It's like I've been awakened
Every rule I had you breaking
It's the risk that I'm taking
I ain't never gonna shut you out
Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away
Chorus :
I can't feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light
I swore I'd never fall again
But this don't even feel like falling
Gravity can't begin
To pull me back to the ground again
Bridge :
Feels like I've been awakened
Every rule I had you breaking
The risk that I'm taking
I'm never gonna shut you out
Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away
Chorus :
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
Halooooo ouuuu
Halooooo ouuuu
Ouuuuu ouuuuu ouuuuu
Bridge :
Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away
Chorus :
I can feel your halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
Happy Birthday To U Dear Sis
Magic Touch La Konon
Blom siap lagi actually..ada 3 bekas lagi yang perlu disiapkan..hmm..pening jugak aku nak pk nak buat style mana kan..haih..malam ni sambung lagi..
Hari yang mengejutkan
Demam Transformers
Overall cita tu..aku kasi seploh bintang..wah gila tamak..tak pe arrr..pada yang belom tengok sila la jangan lepaskan peluang pegi tengok..sangat syiok ok..lain dari Trasformers yang first tu..yang tu tak berapa best la..yang ni memang full of action la..dari mula sampai habes..2 jam setengah memang tak terasa..rasailah gegarannya di panggung chewah..promo free plak..tapi memang lain la..kalau ko tengok kat TV ngan kat cinema..kan..dia punya feel tu lain..yo la tu..huhu..
Pas habes cita transformers..aku ngan adik aku sambung tengok cita Jangan Pandang Belakang Congkak..hampeh..boring gila cita tu..adik aku nak tengok sangat...memang boring gila..sangat hambar dan slow..dan bodoh jugak..hmm..nak buat komedi..tapi tak jadi la komedi dia..nampak bodoh ada la..1 bintang pon aku kedekut nak kasi kalau cam ni tau..
Innalillah...
Sebetulnya aku call dia nak tanya password email company..tetiba dengar suara dia cam sedih2..sekali dia bagitau makcik dah takda..aku cam tersentak..cam tersedih..terconfuse..bukannya apa..dah berbulan aku tak terngok makcik..n dia dok bersungut yang aku tak pi tengok dia..memang tengahari aku dah plan nak pi tengok dia kat hospital..semalam Kak Na call bagitau makcik admit sebab sesak nafas..n darah tinggi dia naik sangat2..dan lagi jantung dia ada masalah..sekali dia dah tak ada lagi..sangat terkilan dan menyesal sebab tak pegi lawat dia..sedih plak aku ni..aku nak pg hospital sekarang cam tak kena plak..sebab orang dok sebok2 nak uruskan jenazah nak bawak balik rumah..tak tau kol berapa dorang nak bawak balik rumah..nak call Kak Na cam tak kena sangat..ohhhhhhhhhhh....sangat tertekan di saat2 ni..
Untuk pengetahuan semua..wajah makcik ni sama sangat dengan mak angkat aku yang mengasuh aku dari kechik sampai aku besar..mak angkat aku ni pon dah meninggal..time tu aku kat Serawak..kira baru sesangat kat sana..cam no nak balik..tapi tak la nyesal sangat sebab sebelum aku pegi sana aku dan jumpak dia..tapi makcik..aku tak sempat nak jumpak..hmm..sedih..
Apa2 pon..aku mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh makcik..Semoga Allah menempatkan dia di kalangan orang yang soleh dan dikasihinya..Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepadanya...
Michael Jackson "This Is It''
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..harap2 takde la Jackson sefamily berebut2 nak kebumi dengan cara masing2 ya..ingat2 la..dia tu dah masuk Islam..sudah semestinya nak kena dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan ikut cara Islam..semoga Allah SWT melindungi jasad dia dari benda2 yang tak elok dan mengaibkan..sebagai orang Islam marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada dia..semoga Allah SWT mengampunkan dosa2nya dan menempatkannya di kalangan orang2 yang soleh dan dikasihiNya..Amin..
Rindunya nak travel...
Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...
-
Hui..tajok..yer..memang aku nak cakap pasal brand..tapi aku tak mo cakap pasal baju, suar, make-up set, toiletries, perfume atau sewaktu de...
-
Morning Peep-Pals, How was ur nite?talking about nite..sleep..its so close with bedroom..what is the main attraction in bed room? BED..ofcoz...