My Cute Cushion Cover - Pink

Salam Semua..!!

Sejak dua menjak ni aku cam dah ke arah wanita melayu terakhir plak..explanation?..yer la..ntah kenapa aku ni tetiba minat menjahit plak..aku ni ala2 ganas2 manja gitu..jenes yang panjat2 tembok ni..tetiba leh jadi ala2 anak dara sunti tahun 1940-an plak belajar2 menjahit, memasak..cam tak kena ngan personality aku yang ala2 brutal tak sempurna ni..


Tapi apa nak buat..memang kalau dah perempuan tu, ko panjat gunung Everest ke, bangunan 100 tingkat ke, ko tetap perempuan yang ada naluri seorang perempuan..chewah..sebelum ni aku memang suka jahit manik..buat craft dari manik..itu kira aku punya passion la..dan aku masih lagi buat cuma tak de la aktif cam dulu..


Sekarang ni aku memang sibuk ngan crochet..sangat suka..dulu aku ingat susah..tapi bila aku sendiri belajar n buat..rupanya takde la susah mana pon..ko cuma perlu sabar dan kreatif tu jer..actually crocheting ni mengajar aku erti kesabaran, mengurangkan tahap kebosanan melampau aku dan juga menggerakkan nuron2 dalam otak aku yang bila weekend jer beku..asal weekend jer beku..


Masalah yang aku hadapi adalah aku ni cepat busan kalau hadap satu benda tu ja..so aku ni ada la 2 3 project (crochet) yang aku buat serentak..mak aku bising la sebab tak habes yang ni ko dah buat yang tu..mak aku tak paham kondisi aku..aku tak suka buat alas meja..busan jer..dah la pening dengan pattern yang ada setengah tu sangat kritikal..so aku buat la yang sesesang..tapi masih lagi lawa..oleh kerana aku suka sangat main dengan color..aku pon warna-warnikan la project2 aku..


Aku ada tengok dalam satu buku crochet keluaran Jepun..dia buat sarung cushion..tapi biasa la..kalau buku Jepun ni semunya putih..semuanya cam lebih kurang jer..so aku try la mixed color dia..bleh tahan..cuma dia jadi besar sebab aku guna knitting yarn..then aku fikir lagi..sekali terperasan cushion kat sofa mak aku..sarung cushion tu mak aku beli kat Padang..sekali tengok memang nampak cam complicated..so aku dengan penuh dedikasinya telek la cushion tu..try jugak buat..akhirnya berjaya gak..hasilnya cam kat bawah ni..













Ni actually dah siap lama dah..aku rasa ada la dalam 2 3 bulan cam tu..dia tak sempurna as a cushion sebab takde sarung..susah tau nak cari material yang sesuai ngan knitting yarn yang aku gunakan ni..alih2 several weeks ago aku kebetulan pegi bank kat area T***N S*****H tu sebab Kak Na nak pegi bank-in duit..Then dia nak beli KFC untuk Arisa n Along..so sementara nunggu Kak Na, aku pg la singgah2 kat kedai kain baru bukak kat hujung bangunan sederet ngan KFC tu..aku nak tanya kain yang sama cam seluar aku ni..sekali ternampak kain yang orang buat blanket untuk baby tu..tanpa berfikir panjang aku pon terus beli jer..ehehe..untuk cushion aku tu sebenarnya..


Bila dah beli ianya dah tertangguh jugak sebab aku cam tak yakin pada diri sendiri nak potong kain plus aku takde pengalaman dan kelengkapan yang cukup..so aku pon cam bermalas malasan pg kedai jual alat jahitan ni n beli apa yang patut..malam tu aku dengan penuh berani, tawakal dan bersungguh2nya ukur dan potong kain..Alhamdulillah berjaya jugak walaupon herot petot..ahaha..esoknya aku hantar pg One Alteration untuk sambung bagi jadi sarung..then aku balik sambung lagi untuk letak butang dan buat cangkut dia..hasilnya....




















Yang putih tu contoh yang mak aku beli di Padang tu..dia guna benang apa aku tak tau sebab sejuk je kalau letak tangan..aku dah siapkan warna coklat..cuma belom potong kain lagi..


Oh ya..oleh kerana terlalu minat sangat nak menjahit..aku dah beli mesin jahit sendiri..kechik jer..simple punya la..yang senang nak guna..beli kat mana..tentu la Singer, menawan keluarga bahagia (teringat Riang Ria Bersama Singer kat TV1 dulu)..huhu..so aku akan jahit sendiri la lepas ni..walau bagaimana pon...aku dah jahit sarung cushion untuk cousin aku (sebelum tu aku rasmikan mesin jahit aku dengan menjahit kaftan aku, mak aku n kakak aku yang dah tertetas kat tepi dia and seluar mak aku yang jugak tertetas kat tepi dia)..dia ni kira anak murid aku la..sebab aku ajar dia crochet kan..huhu..dia buat sebijik cam cushion aku..cuma dia punya warna biru mixed with light pink..sarung pun sama color..memang cute sangat cam tuannya..huhu..nanti aku upload gambar dia..sampai ketemu lagik ya..tarra..

Colors Square Cover Part 2

Ni kesinambungan dari entry yang lepas..aku tak letak gambar cover yang siap kan..so kat bawah ni adalah hasilnya yang dah 100% siap..ok ke tak..mak aku soh aku buat bagi besar lagi sebab dia nak letak kat coffee table kat hall..huhu..berpinau mata nak buat ni..nanti la aku pk2kan..sekarang ni aku tengah buat sarung bantal kedua aku..dah nak siap..nanti aku update pasal my first sarung batal ya..











Colors Square Cover

Hello semua!





Wah cam excited plak bunyinya..tak la excited sangat..biasa2 ja..dalam kesibukan aku ni bekerja..chewah ayat..tapi memang la kan..dalam dok sibuk keje..aku ni bleh la jugak curik masa untuk mengait..yer la time malam takde wat pape..nengok tv jer..so mata tu tengok la tv..tangan takkan nak dok diam ja kan..so aku ni sesambil nyelam minum la air sampai kembong..kiranya sambil tengok tv tu aku ni ngait la..ada beberapa project yang dah siap dan tengah in progress sebenarnya..antara yang dah siap ni la..aku punya cover almari..actually aku nak buat purse..tapi cam sayang plak kan..so aku decide nak buat lapik untuk almari buku aku..kira nak kasi meriah la sikit bilik tu konon..huhu..so scroll down jer untuk tengok gambo dia..















Aku guna granny square untuk project ni..benang plak aku guna benang yang sama dengan project yang sudah2..nak buat square ni tak susah actually..yang ambik masa lama tu sebab nak tukar2 color tu..kira warna warni la..semuanya ada 28 square..aku memang enjoy buat square ni sebab tukar2 color..aku memang suka sangat benda yang colorful ni..so memang excited sangat nak habeskannya..







Untuk bingkai aku guna 3 color..putih, light purple dengan light pink..kenapa takdo gambo dah siap?sebab aku malas nak kecikkan..so nanti bila angin rajin aku dah datang aku upload ya..more project coming soon..echeh cheh..see yah..

Life..

Ola Peep-pals!!

Lama jugak aku tak update..bukannya apa..aku cam takde idea nak update blog ni..banyak benda yang nak di ceritakan..idea nak olah tu yang takde..dan lagi melihat kepada usia yang semakin meningkat ni aku rasa aku kena kurangkan atau buang terus perangai merapu merepek aku ni..bukannya nak jadi tua sebelum usia..tapi cuma nak train diri supaya berfikir dan bertindak secara matang..sometimes it's nice to be like a small kid..kalau selalu2 orang pon meluat kan..nampak cam mengada2 plak..just be ourselves la yer..jangan jadi orang lain..


Hidup ni memang sangat2 complicated..kalau kita selalu think and take it that way..kadang2 kita terfikir, kenapa hidup aku tak seindah orang lain..kenapa keluarga aku tak sebahagia orang lain..well..hidup kita jadi tak bahagia sebab kita selalu kata pada diri kita yang kita tak memiliki sebuah kehidupan yang bahagia..kita rasa keluarga kita tak bahagia sebab kita selalu compare dengan keluarga orang lain..kita rasa pasangan kita tak hebat cam pasangan orang lain sebab kita selalu mengharapkan lebih dari apa yang dia mampu bagi..atau lebih sesuai dikatakan kita tak terima pasangan kita seadanya..to be more religious tak bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan..

Kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita selalu mahukan lebih dari yang kita mampu..kehidupan akan jadi sangat2 susah kalau kita cuba melalukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum yang ditetapkan dalam kehidupan itu sendiri..kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita asyik NEGATIF pada semua perkara..kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita tak pernah nak bertolak ansur dengan orang lain, ego dan pentingkan diri sendiri..kehidupan akan jadi sangat2 menyusahkan kalau kita lupa siapa diri kita di sisi Allah SWT..dalam erti kata lain terlupa pada Dia yang telah mencipta kita..

Setiap kali kita merasakan yang jiwa kita tak tenang, tak tenteram dan gundah gulana..kembali la kepada yang Maha Esa..mohon ketenangan dariNya..mohon petunjuk ke jalan yang benar dan lurus..Insya-allah segalanya akan kembali tenang dan lancar..

Sebagai manusia, kita tak sunyi dari berbuat kesilapan..aku pon sama gak..banyak silap yang aku buat sepanjang hidup aku..kalau la aku boleh kembali ke belakang..memang nak jer aku betolkan balik semua silap yang aku buat..tapi apakan daya..sekarang..yang mampu aku buat hanyalah maju kedepan..sesekali menoleh kebelakang untuk mengingati kembali apa yang pernah jadi sebagai panduan dan pengajaran dalam aku menempuh masa hadapan..

Kadang2 aku cam takot bila pk tentang masa depan..macam mana keadaan dalam 15 tahun akan datang..apa yang aku akan buat..di mana aku time tu..hidup lagi ke..semua tu cam scary je bila pk..tapi tu la namanya kehidupan..hidup kalau takde masalah takde konflik bukan hidup namanya kan..apa yang memberatkan pemikiran adalah keseriusan konflik dan masalah tu..cam mana nak elak dari masalah dan konflik yang extremely serious..aku rasa..kalau kita keep our life simple and low..tak jadi kot masalah n koflik yang super serius..dan lagi..kalau kita selalu think positive dan bertindak secara rasional serta tak mudah panik..konflik dan masalah yang super serius yang kita alami takkan menyusahkan kita..dan aku rasa jugak..kalau kita selalu sembahyang dan berdoa pada Allah SWT..konflik dan masalah yang super serius tu akan berjaya kita hadapi dan selesaikan dengan baik..aku rasa ahli ulama dan guru agama pon setuju dengan pendapat aku yang terakhir ni..kalau kita tak pernah lupa atau membelakangkan Allah SWT, nescaya Allah SWT akan tolong kita dan ringankan masalah kita..


Ok la..aku rasa cukup la kot..dah macam ustazah tak bertauliah dah ni..apa2 pon fikir2kan la ya..renung2kan la apa yang kita dah buat selama ni..

No Love like a Mother's Love



A Mother...

When I was a child she walks before me,
To set an example..
When I was a teenager she walks behind me
To be there should I need her..
Now, when I am an adult she walks beside me
So that as two friends can enjoy our life together..
I wish I could tell you mom, how much you mean to me....
But there are no words to say how much I admire you...
how much I appreciate you and how much I thank you
for everything you've done.


HAPPY MOTHER' S DAY !



***********

Selamat Hari Ibu Untuk Mak..
Terima Kasih kerana melahirkan Nurul..
Terima Kasih kerana mendidik Nurul sampai besar..
Terima Kasih atas sokongan, dorangan dan semangat yang mak berikan selama ni..
Terima Kasih kerana tak jemu2 menjaga Nurul even sampai Nurul dan besar sekarang ni..
Terima Kasih kerana sentiasa memaafkan kesalahan yang Nurul buat sama ada sedar atau pon tak sedar..
Walaupon Nurul selalu lukakan dan sakitkan hati mak..
Mak tetap maafkan dan ampunkan Nurul..
Mak tetap layan Nurul dengan baik..
Terima Kasih atas pengorbanan mak selama ni membesarkan Nurul dengan penuh kasih sayang dan sabar..
Walaupon mak garang dan tegas dulu tapi Nurul sedar kalau mak tak garang dan tegas mesti Nurul tak berjaya dalam pelajaran..
Kalau mak tak garang dan tegas tak tau la apa jadi ngan Nurul sekarang..
Segala didikan dan tunjuk ajar mak kepada Nurul dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan onak duri akan Nurul pegang dan jadikan panduan hidup Nurul..
Terima Kasih mak atas segala yang mak buat, mak berikan dan mak korbankan pada Nurul selama ni..
Jasa mak pada Nurul sangat besar..
Jasa mak pada Nurul tak mampu Nurul balas walaupun dengan nyawa Nurul sendiri..
Terima Kasih Mak...
Perjalanan hidup Nurul masih panjang dan Nurul tak pernah risau..
Sebab Nurul tau selagi hayat dikandung badan mak akan sentiasa menjadi cahaya bagi menerangi jalan Nurul yang suram dan gelap..
Nurul tak dapat bayangkan macam mana hidup Nurul kalau mak tak ada..
Nurul sayang mak..



What's Real and Mythical About Birthmarks

Article ni aku dapat dari web Devine Caroline yang mana aku rasa interesting sangat..dia cita pasal tanda lahir atau kata omputih birthmark..so kalau nak tau dengan lebih lanjut scroll down jer la..

Holy Mole-y! Bare Naked Birthmarks

By Allison Ford

All pregnant women spend nine months hoping and praying that their children will be born healthy and normal. Ten fingers and ten toes is the standard baby wish, and anything beyond that is a blessing. I was born with all my digits, but imagine my parents’ surprise when they turned me over to find my lower back covered with an angry red splotch. I was one of the one in ten children born every year with a vascular birthmark.

There are many different types of birthmarks, which can appear on almost every part of the body. I sometimes felt self-conscious about my own, but growing up, very few of my friends didn’t have some sort of birthmark, whether it was a brown smear on an arm, a red port wine stain on the face, or in one friend’s case, a single purple toe. Birthmarks are extremely common, and luckily, they’re usually harmless. It’s not clear why some people get them and some don’t, but they occur most often in Caucasian children and up to five times more often in girls. They are sometimes apparent at birth, but some types of birthmarks develop soon after.

There are many old wives’ tales about birthmarks; they are the sign of a mother’s unfulfilled wishes, the result of something the mother ate during pregnancy, or the product of a traumatic birth. The truth is much less sensational … they are not mom’s fault and they’re not contagious. Some birthmarks can have a genetic component, but most simply occur at random. Although having a birthmark in the Middle Ages might have gotten you accused of witchcraft, most marks today don’t have any serious or lasting effects on a person’s health.

Birthmarks fall into one of two categories: pigmented or vascular. Pigmented birthmarks are a result of an overgrowth of melanocytes, the cells that regulate the pigment in our skin. Pigmented birthmarks are very common, including marks such as café-au-lait spots, moles, and Mongolian blue spots.

Café au lait spots are coffee-colored spots that can appear anywhere on the body, although the smooth, rounded marks are usually found on the torso or lower body. Some children have multiple spots, and although they don’t fade, they are usually harmless. However, if you detect several of these spots, it could potentially be a symptom of a nerve disease and you should have them checked out by a doctor.

2 | 3

Untuk baca sambungannya sila la klik no 2 untuk page 2 dan 3 untuk page 3 ya..page 1 dia yang korang baca kat atas tu..sangat interesting tau..


Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...