SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA

alam Maal Hijrah Buat Semua Bloggers di Blogsphere ni..


Walaupon lewat sehari..aku still gak nak wish all of us Selamat Tahun Baru Islam..tak sangka..pejam celik pejam celik dah habis setahun..memang cepat sangat masa berlalu..rasa cam baru semalam ja kita merayakan Tahun baru 1429H..haih..masa memang sentiasa mendahului kita..


Tak berapa hari dah kita nak masuk tahun baru masihi plak..bila aku fikir dalam2..banyak benda yang aku nak buat tahun 2008 ni..tapi rasanya satu pon aku tak buat..aku tak tau aku dok buat apa selama ni sampai satu pon tak tertunai atau langsai..I'M WASTING MY TIME ALL THIS WHILE FOR NOTHING..cam sia2..haih..


Sebab apa jadi cam tu..?..sebab takdak planning..?..yes..tu sebabnya..TAK DAK PLANNING..so tak leh nak blame sesapa la kan..sindiri mau ingat..salah sendiri..bila hidup tak dak planning memang semua jadi sia2 ja..haih..sedih pon ada marah pon ada..tapi thank god aku tak dak apa2 azam pon untuk tahun 2008..sebab apa aku tak tau..aku memang tak berazam apa2 pon..bukan untuk tahun 2008 ja..sejak aku habes SPM aku dah takdak azam lagi..aku pon tak tau kenapa..aku cam malas nak berazam..Cuma masa aku masuk buat degree..aku berjanji pada diri aku yang aku akan grad on time tu ja..because of the promise i made to myself..aku belajaq bersungguh2 till one day i realized that..wow..u made it girl..masa tu boleh dikatakan hidup aku terancang..coz i really knew what i want..what i supposed to do in order to get what i want..that was so sweet of me i think..


Itu cita 2 3 tahun sudah..yang mana i was a well organized type of person..sekarang ni cam dah hilang arah plak aku rasa..cam dah hilang focus..what i want the most in my life now..?..aku pon dah tak tau apa yang aku nak sekarang..aku sendiri tengok diri aku serabut..apa yang aku nak sebenarnya..?..berulang2 kali aku tanya diri aku soalan yang sama..jawapan nya kabur..cam ada barrier ja yang menghadang penglihatan aku..haih..


Semalam..aku pi kenduri kekah (Aqiqah) anak cousin aku yang dok kat Alor Setar tu..ada aku cita pasai aku pi tengok baby dia dalam entry lepas..bila berada dalam kelompok cousin2 aku, adik-beradik n family mak aku..aku cam dah dapat jawapan kepada soalan aku tu..aku cam dah tau apa yang aku harus buat..apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup aku..that really make me feel better..aku sekarang sedang menyelak2 planner dalam otak aku ni..drafting my 2009 life plan..all i need the most now is a little CHANGE..aku perlu BERHIJRAH..itu adalah agenda pertama dan utama aku unutk 2009..itu yang aku nak sebenarnya..dan itu yang aku perlukan..haih..Alhamdulillah..i got all the answers for my question in just one day..


Aku memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya tahun 2009 ni akan jadi tahun yang lebih baik buat aku..i will try my very best untuk lebih fokus dalam hidup..i need to plan..bukan cam 2008..terumbang ambing aku rasa..2009 ni aku kena bukak mata telinga semua..kena berhati2..sebab aku bukan makin muda..aku tak mau 2009 jadi sia2 cam 2008...aku mesti stated in written kali ni apa yang aku nak buat..perlu buat dan akan buat..supaya aku tak lupa..aku harap aku mampu lakukan semuanya..

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 5 (Final)

Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama (Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat dengan jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagian kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjangkau buah tersebut .


Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang soleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .


Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:


“ Belum duduk sudah nak melunjur”.


Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:


“Manusia telah dijadikan(bertabiat ) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37


Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.


Wassalam..


Sekian sahaja...sampai sini..harap2 pengetahuan ni berguna pada semua..tarra
.

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 4

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)


Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14


Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.


To Be Continued...

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 3

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طين لازب )


Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:


“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11


Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .


Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .


Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)


Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26


Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسنون diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.


To be Continued...

Adakah ianya campak?

Dah beberapa hari aku ni tak sihat..actually badan aku rasa lain macam since last week..last week kan aku balik kampung bapak aku lawat tok aku yang tak sihat..aku ada mention pasal "cousin kasayangan kakak aku" yang kena campak kan..i was thinking that aku dah terjangkit dari dia..tapi tak bebetul sure yang ni campak atau demam biasa..


Ada bintik2 merah cam ruam 2 3 bijik kat tangan ngan kaki..kat badan takdak..but mak kata sukar nak tentukan tu campak ka dak..but kakak aku yang baru balik semalam kata mungkin campak..still waiting kalau2 ada bintik2 lagi kat badan..the thing is demam ni tak mau keluar habis..dia macam tertahan2 dalam badan menyebabkan aku rasa rimas n tension..nak kata aku demam sampai tak leh bangun tak gak..nak kata aku sakit sendi2 tak gak..nak kata aku sakit pala tak gak..loya pun tak...cuma rasa cam tak larat..n rasa panas dari dalam..kat luar sejok..badan aku plak..hanya aku ja yang rasa panas..pegang kat luaq tak la panas mana pon..


Tu yang susah tu..dah la asthma lagi..batok tok sah cerita la..haih..3 malam dah aku tidoq2 ayam..kejap2 terjaga tengah malam..tidoq tak jerap orang utara kata..aku makan ubat selsema berkandaq2..tapi takdak kesan..ubat selsema yang makcik aku bagi tu..selalunya aku makan sebijik ja esok dah baik..memang kuat ubat tu..tapi tak jadi apa..pelik ka dak..?..yang lagi haru..ubat tu kalau makan selalunya dalam masa 5 minit ja lentok..tidoq..aku makan takdak kesan..malam aku tak leh tidoq..dah la jiran belakang rumah aku ni dok bising tengah2 malam..lagi la tak leh tidoq..


Jiran aku ni chinese..bilik aku dekat ngan dapoq rumah dia..tiap2 malam aku dengaq macam2 bunyi dari rumah dia..start dari kol 3.30 am sampai la kol 5.00 am..suspen ja bunyi..bukan hantu na..mak aku kata mak mertua dia tu sakit..so selalu bising2..dia ketok2..ketok apa tak tau la..dinding ka pintu ka..bunyi kuat macam orang paku dinding..sekali2 ketuk lama wei..ala macam budak2 kechik suka ketuk2 mainan dia atas lantai..pastu dok meracau cakap2 apa ntah dalam bahasa dia..selama ni aku tak pernah dengaq pasai aku sihat n tidoq mati..lagi plak aku selalu tidoq ngan mak aku..bila aku sakit aku tidoq bilik aku sebab tak leh kena air-con..dah la tidoq tak jerap..makanya dapat la aku dengaq semua tu..memang time dia tu fixed..3.30 am dia start dok meracau n ketok2 dalam kol 5.00 am camtu dia stop..memang macam tu..aku punya tafsiran sendiri mungkin sebab dia dengaq azan pertama gerak orang bangun dari masjib dekat rumah aku ni kot..pas azan tu ada orang mengaji Quran..berlanjutan sampai la azan subuh..memang dia tak bunyi apa dah sampai esoknya kul 3.30 am plak dengaq lagi..haih..misteri ni..


Apa yang pasti aku ni memang tak sihat..tapi aku malas dah nak pi klinik..tak larat nak makan ubat dah..keja sakit ja..baru 3 minggu aku baik demam..dah demam balik..haih..nasib2..ok la..nak pi tidoq..sebab malam tak leh tidoq..eh tak leh tidoq lagi..lepas solat tidoq..ok la..tarra..

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 2

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia


Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab). Di antara firman Allah itu ialah :


“ ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,....”
Surah al-Hajj (22): 5


Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.



Pertama:Peringkat Saripati Tanah( سلالة من طين )


Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Firman Allah:


“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12


Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manusia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluknya dan Dia sebagai Khāliqnya.


Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.


To be Continued...

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 1

Dah agak lama aku dapat email ni..n aku peram ja sampai dah nak jadi jeruk..tetiba aku rasa cam aku kena letak kat sini untuk di kongsi dengan hampa semua..aku tau tak semua kita yang tau..pada yang dah tau or dah penah baca, baca la sekali lagi untuk mengukuhkan lagi daya ingatan dan pengetahuan hampa..pada yang tak tau n tak pernah baca memang wajib untuk hampa baca..aku akan buat part demi part..sebab aku tau..hampa mesti busan punya baca banyak..so akan ada banyak entry la nanti..yang aku akan autopublish di masa2 aku tak berblogging..aku harap entry2 ni menyumbangkan sesuatu kat hampa..berblogging ni bukan saja kita bercerita, bergosip dan berbisnes..kita jugak leh kongsi ilmu pengetahuan..


***********


KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN



Pendahuluan



Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30



Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.



Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah


Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri.


Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah:


“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18


“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55



Merujuk kepada ayat-ayat di atas ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah selepas mati. Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau hari perhitungan.


Manakala Dr. Maurice Bucaille di dalam bukunya iaitu What Is The Origin Of Man?, mengatakan bahawa perkataan khalaqa yang biasanya diberi pengertian sebagai menjadikan atau “ to create” adalah kurang besesuaian. Beliau menafsirkan perkataan yang paling sesuai ialah “ to give porpotion to the a thing, atau “to make it of a certain propotion or quantity” atau to bring into existence a thing which did not formerly exist . Beliau juga menekankan bahawa perkataan di atas adalah hampir kepada perkataan asal yang digunakan di dalam Bahasa Arab .


To be Continued...

Wahh..Aku Cuti Panjang ni..!!

zwani.com myspace graphic comments

Mrs. Manager M.I.A ?

Haih..panik seketika bila mana Mrs. Manager M.I.A since morning..call tak angkat..haih..pi mana..semua dok susah hati..sampai Kak Pah office Persada pon susah hati..ha la mana la tau kan jadi apa2 kat jalan..sebab keta dia rosak sebelum ni..mana la tau kot rosak lagi..


Dalam kepala aku takdak benda len dok pikiaq kot2 pengsan ka kat rumah..ya la..bukan ada sapa pon kat rumah dia..dia ngan anak dia ja..Arieq plak tak tau nak call2 ni..macam2 la dok bermain di fikiran aku..keta kena tahan ngan orang ka..accident ka..macam2 la..dia plak turun operation hari ni..jalan kat sana plak bukan cam jalan pekan..jalan hutan..masuk kampung orang..mana la kita tau kan..sana plak bukan ada coverage Hp..haih..banyak kali gak la call dia..


Lastly aku ngan Kak Na decide nak pi tengok kat rumah dia..keta tak dak..tetiba dapat msg dari dia..lega hati aku..kalau tak aku tak tau nak pi cari dia kat mana lagi..dia tinggal phone dalam keta..haih..suspen ja..jangan dok buat dah..bikin stop jantung ja..haih..Kak Pah call tadi n aku dah bagitau dia yang Mrs. Manager tinggal phone dalam keta..sat gi dia dok susah hati plak..


Alhamdulillah semua yang aku pikirkan tu hanya assumption bodoh aku ja..kalau bebetul terjadi memang aku hangin la kat ayah aku pasai tinggai depa dua ja kat rumah..dah la rumah tu besaq..jadi apa2 nak jerit pon tak dengaq..tak dak sapa tau apa jadi dalam rumah..haih..mintak simpang la..aku ni sekadar ambik berat..memandangkan tak dak sapa yang ada..tinggai aku seketoi ja kat sini yang available..jadi apa2 aku jugak yang nyesai..semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kejadian2 buruk no..take care..

Sakit Lagi !!

Gud Day !!

Hari ni aku tak berapa sihat..asthma datang melawat..dah berkurun dia tak lawat aku..semalam dia singgah sat..menyebabkan terpaksa telan ubat asthma sebijik..selalunya aku ambik setengah tak pon suku bijik ja memandangkan ubat ni kuat sangat kalau ambik sebijik..sampai aku tak leh tidoq memandangkan jantung aku pam laju sangat sampai rasa nak terpelanting dok kat luaq *kenyataan ok bukan berdrama atau over2..tak caya try..


Pagi ni bangun asthma ni tak reti2 nak balik plak..ni nak kena halau ni..semalam aku halau cara elok tak mau balik..pagi ni aku pi beli Ventolin la tunggu dok lagi..mau pon dia balik..huh..aku punya Ventolin ni dah expired dari tahun lepas..memandangkan aku dok jaga elok2 paru2 aku tak bagi dilawati asthma so dia tak kena la..tapi disebabkan gatai pi makan honeydew sampai nak dekat setengah bijik..ditambah plak ais kacang masa aku tengah dok selsema 2 hari lepas..ditambah plak lagi dok buat hero mandi air sejuk tiap2 pagi..tunggu dok lagi cik asthma tak mai..dia kata aku dok panggil dia la..padan muka aku..


Aku jenis yang tak suka nak amal Ventolin ni..so aku bertahan ja la kan dengan ubat ni..kalau sikit2 ja aku ambik suku bijik..kalau teruk aku ambik setengah bijik..yang semalam tu pasai aku malas nak potong ubat tu..makanya aku ambik ja sebijik..ha ambik hang..padan muka..satu malam tak tidok la aku..dah tu..tidoq ngan mak aku lak guna air-con..tak baik mana la..pagi bangun dok ada lagi..tambah plak selsema aku menjadi2 even semalam aku dah telan Piriton sebijik..haih..taik penyakit betoi..*aku memang taik penyakit aku pi mana pon kotak ubat aku..aku tak tinggai..sebab aku tau aku selalu kena sakit..susah jadi aku..


Tadi sebelom nek office aku singgah kat farmasi bawah ni beli ubat selsema, Ventolin ngan Vitamin C..selsema ngan ashtma ok skit dah..cuma ketaq tu tak ilang lagi..ketaq bukan sebab sejuk..tapi sebab kesan ubat semalam tu tak habes lagi..mata ngantuk tahap gaban sebab semalam tak leh tidoq..mata ja ngantuk..tapi bukan leh tidoq..tu dok dengaq jantung dok duk dak duk dak..haih..


Masa aku kat Borneo dulu aku ada consult ngan satu doktor ni la..dia la bagitau aku yang aku tak leh makan ubat asthma tu sebijik..sebab dia kata ubat tu akan mencairkan darah aku..n menyebabkan jantung aku mengepam ngan laju gak..kalau aku ketegaq jugak satu hari nanti jantung aku akan tetiba stop sendiri..ala jantung pon cam mesin la jugak..kalau dah dok guna high speed all the time memang la stop jugak satu hari nanti..menakutkan la..ni last time la..tak mau dah..


Aku bagitau la mak aku apa doktor tu kata kat aku semalam..bukan aku saja nak takutkan mak aku..dah dia tanya awat yang aku nampak cam takut2 ja..bukan takut2 aku kata..nafas aku jadi cepat sebab aku makan ubat..memang la lain macam skit keadaan aku semalam..mak aku ingat aku sakit jantung..mak aku mana penah tengok sebelum ni..dia jadi panik sampai mimpi2 kata aku mati kena heart attack..dia siap nangis2 lagi..ahaha..mak aku ni..isk..selisih malaikat 44..takpa mak aku mimpi kata aku mati..maknanya umuq aku panjang lagi la..huhu..sayang jugak mak aku kat aku no..mustila anak dia..bukan senang nak beranak kat aku yang montel lagi chumel ni..huhu..


Semalam masa dok godek2 entry lama2 edit gambaq2 yang size gedabak2 tu mata aku terpaku pada aku punya Online Reader (ntah apa aku nak panggil benda aku pon tak tau..betoi la kot no)..hampa tengok kat bawah ni..





Tengok yang kat atas Canvas of Life tu..ada no 16 perasan dak..tak berapa nak nampak..tapi hampa tau la ada 2 digit tu dia la tu..pada bloggers yang dok besa berpuluh2 orang tengah baca blog depa..depa tak la teruja mana..pada aku yang tak pernah tengok number ni lebih dari 2 memang la teruja sangat sampai nak lompat bumbung..ha la..mana nak sangka yang ada gak orang nak baca tulisan2 merapu mereben aku ni..mekasih la semua ya..walaupon tak sihat semalam hati aku tetap berbunga2..sebab aku tau ada gak orang sudi dok baca blog aku yang tak seberapa ni..mekasih bebanyak ya..takdak apa aku nak bagi kat hampa cuma aku leh berterima kasih n mendoakan kesejahteraan readers aku tu ja..tarra..


P/S: Baru 3 minggu aku baik demam..dah kena selsema ngan asthma plak..haih..dugaan Allah..banyak sangat dosa aku ni..sakitkan penghapus dosa2 kechik..aku sabaq tempuh ujian ni..insaf2..

Got It..

Ni nak update skit pasal adapter lappy aku yang aku claim waranty hari tu..ada kan aku cakap pasal ni kat entry yang lepas..kisahnya..last week aku dapat dah..3 minggu aku tunggu tau..asalnya cakap 2 minggu ja..haih..tak pa la..asalkan dapat dah..yang tak bestnya..aku dah tak leh on adapter tu 24 jam macam selalu..bila battery penuh aku kena tutup adapter ni..sebab adapter ni hanya digunakan untuk charge battery lappy aku *memang tu pon function betoi dia kan..thee hee..bukan power supply lagi dah macam dulu..battery dia plak tahan dalam sejam lebih skit ja..so satu hari lebih dari sepuluh kali nak kena on off on off..penat aihh..kalau tau adapter ni bengkak balik *seperti kata technician tu la..bukan aku yang kata..


Apa yang membuatkan aku tak best adalah..pada yang pakai lappy tau la kan..bila kita on adapter skrin dia akan cerah..kalau kita off skrin dia malap..tu yang tak selesa tu..tapi demi nak jaga adapter aku tu aku korban la..takpa..asalkan dia tak bengkak dah..

Bikin Panas

Morning semua !!


Hari ni rasa cam tak sihat la..rasa cam lemah2 ja badan ni..rasa cam sakit2 ja badan ni..batuk2 sampai nak kuaq kerongkong..semalam demam sikit..but after dah selimut tebal2 rasa cam dah kebah la demam tu..semalam cam hangin jugak la..sebab aku tengah sesedap tidoq..sekali ada mangkuk plak yang telefon..takdah adap langsung call orang tengah malam..kul 1.00 am lebeh wei..maunya aku tak marah..ha la..kalau dah terjaga memang payah dah nak tidoq balik..hangin aku..


Mangkuk tu aku kenal la..siap leh tanya "are you sleeping"..hei bangang..dah tetentunya aku tengah tidoq time tu dah kul 1.00 am lebeh..kata babi berdosa..kata bodoh marah..kata pandai terlebih sonok plak..mangkuk..belom dia cakap banyak aku dah cancel phone tu..padan muka..n then aku send msg kat dia.."....thanks for disturbing my sleep"..hambek ko..padan muka..


Pagi ni aku pening pala bila bangun..sebab tidoq aku terganggu..bongok..dah la aku ni tak sihat..ok..la..nanti sambung lagi..tarra ja..

Hoyei..Hoyei..

zwani.com myspace graphic comments


Untuk Renungan

Yang ni aku dapat dari email..terkedu lidah saat membaca..bila direnungkan dalam2..betapa banyaknya dosa aku sepanjang hidup aku ni..walau bagaimana pon aku bersyukur kerana aku diberi peringatan dan diberi peluang untuk sedar pada usiaku yang masih muda ni..apa2 pon aku nak kongsi la dengan semua..


*********************


Allah Hanya Memanggil Kita 3 Kali Sahaja Seumur hidup


Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju
Mekah........aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum,ini pertama
kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.


Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk
Umrah di bulan July 2007 yang
lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke
Mekah.Tujuannya adalah
mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan
untuk bertanya tentang
Umrah.


Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur
hidup..." Keningku berkerut........
"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu
tidak apa 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.


"Panggilan pertama adalah Azan" ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas
terdengar di telinga kita, sangat kuat
terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan
Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan
tidak solat sama sekali
kerana malas. Allah tidak marah seketika.
Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi
umatNya, baik umatNya itu
menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas
umatNya ketika hari Kiamat nanti".


Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang, saya masih
melambatkan solat kerana
meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. MasyaAllah.......


Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan
Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat
halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan
sifatnya 'bergiliran' .
Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang
lain. Jalannya> bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya
wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang
dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram
dan melafazkan
'Labaik AllahumaLabaik/Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab
panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita
merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun
panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu".


Mata saya semakin berkaca-kaca.
.......Subhanallah.......saya datang menjawab panggilan Allah lebih
cepat dari yang saya
rancangkan.......Alhamdulillah...


"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang
kita jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara
langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita
hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan
waktumu baik-baiknya...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan
sikap yang Husnul Khotimah.... ......Insya Allah syurga adalah
balasannya....."


** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada
Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....Kala itu
hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan
semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan
berniat.........Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan
Semesta Alam...........**


Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy
ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit
dan bumi.


Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang."


"Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."


Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap
tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada......


Sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam


*******************************


P/S: Sekadar ingin berkongsi..bukan berdakwah..sebab i sedar i pon banyak salah dan silap..tak sempurna..tak layak untuk menyampaikan dakwah..Semoga Allah kukuhkan iman dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ni..

Congratulation dapat baby baru !!

Morning !!!


Pagi2 morning lagi aku dah dikejutkan dengan good news sms..daripada sapa..daripada my BFF Suhaida Abdul Ghani..dia selamat melahirkan anak yang ke 2..wah syabas la..dah 2 dah anak kawan aku ni..baby girl..3.25 kg..berat tu..bersalin kul 5.32 am kat Amanjaya Specialist Centre Sungai Petani *baru hari ni aku tau ada hospital ni kat Amanjaya....pusing2 number tu gak kan..what a coincident..anak dia yang first aku kira dan 2 tahun lebih..nama Nur Haidah Amani..yang ni tak tau la..lupa nak tanya..so maknanya sekali lagi aku kena serbu Anakku untuk beli gift..






Sue ni actually course mate aku masa kat Uitm..dia ni yang takdak boyfie masa belajaq dulu..last2 dia kawen dulu..masa dia call aku bagitau nak tunang tu aku dah terkejut berok..aku nun jauh di Borneo masa tu..ha la mau tak terkejut..tetiba ja..love marriage plak tu..masa bila la dia ni bercinta..setakat kawan2 tu aku tau la dia ada..hubby dia pon baik..sama umur..aku memang la kenal ngan hubby dia..but i thought they are just friend2 *bak kata Cik Tonah Taik Lalat dalam cita 'Enot 3 VCD La Pulak'..tapi alhamdulillah..2 dah anak dia..semoga baby n mummy sihat hendaknya..


P/S: Dalam kegembiraan menyambut berita ni..jauh di sudut hati aku tersimpan rasa sedih bila mengenangkan kawan2 dah beranak pinak..tsk tsk tsk..Allah Maha Besar..Allah Maha Agung..Allah Maha Pengasih..Allah Maha Penyayang..Allah Maha Adil..setiap apa yang Dia tentukan pasti ada sebab yang hanya Dia saja yang tau..

Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri

Morning Peep-pals !!!


Morning pon tak la morning sangat kan..heha..hari ni kijo..makanya aku kat office la sekarang..pada mereka yang pelik kenapa sunday kijo..ni cheq nak ulang bagi..kedah cuti Jumaat Sabtu..sekian terima kasih..


Kalau hampa baca entry yang sebelum ni..pada yang blur2 sila klik kat sini..aku ada mention pasai aku tak leh tidoq..



"Jam menunjukkan kul 1.00 am lebih..dah aku masih blom tdoq..ada sebab pasai pa aku tak leh tidoq..nanti aku cita pasai pa...."



Kalau aku cita hampa jangan dok kata aku mimpi ka apa ka..or aku saja nak create cita ka..saja nak gempaq ka..saja nak tarik perhatian ka..sebab aku pon cam keliru, pelik n cam tak caya..


Hari Jumaat aku bukan pi mana pon..aku pi Tesco ja pon..malam tu aku ngan adik aku tengok TV cita hindustan sampai kul 12.00 am..kira 12.00 am tu kami dah naik bilik la..adik aku dah nek..aku pi toilet buang apa yang patut..dah tutup lampu semua aku pon nek la tangga nak pi bilik..sekali aku dengaq cam something tegur aku.."nak nek dah ka"..tersirap darah aku tapi aku buat dono ja..sebab aku rasa cam perasaan aku ja kot..tapi langkah tangga besaq2 la kan sebab cam seram ja..aku pon malas nak pk pi la solat..adik aku dok siap2 nak tidoq dah..aku tak dak la habaq kat dia..sat gi dia takot plak..


Loleh pi loleh mai solat la apa la gedebuk gedebak kira dalam kul 1.00 am la baru tarik selimut * tidoq mesti la tutup lampu kan..takkan aku nak cita detail sampai lagu tu..aku heran pasai pa mata aku cam tak ngantuk..golek pi golek mai tetiba aku perasan dekat pintu betoi2 belakang mak aku *mak aku tidoq mengiring ngadap aku..cam ada seseorang dok tengok aku..seseorang tu bukan maksudkan benda yang hampa bayangkan..pompuan rambut panjang, pakai putih, kepala menunduk tak nampak muka..tu typical punya..ni lain ni..memang aku perasan..dia dok tengok aku..dia macam bayangan warna hitam..merupakan seorang lelaki, tak tinggi tak rendah..tak gemuk tak kurus..tapi tegap *tegap tu tak la bermaksud badan cam Malik Noor tu..tapi tubuh badan nampak padu n keras..cam orang silat tu..apa yang membuatkan aku kata dia lelaki..sebab bentuk rambut dia yang ketak2., pendek n cara dia berdiri..memang nampak la sebab cahaya dari lampu tangga yang masuk melalui celah2 pintu..bilik tu pon tak la gelap sangat sebab cahaya dari luaq rumah masuk ikut tingkap..


Memula tu..menyirap gak la darah..ha la..tetiba hampa perasan ada orang dok tengok hampa..mesti la menyirap kan darah..banyak kali aku tertoleh2..dia masih kat situ..tercegat berdiri belakang mak aku tak bergerak2..aku renung la nak pastikan apa yang aku nampak..yang peliknya masa aku renung tu..aku bukan rasa takot ka apa ka..aku rasa pelik n heran..aku ambik hp aku..hp kalau kita tekan kan dia menyala kan..so aku suluh2 la kat pintu bilik..memang sah apa yang aku nampak..memang ada cam bayangan lelaki warna hitam tengah berdiri mengadap aku..walau bagaimana pon rupa n susuk tubuh sebenar tak jelas...cuma samar..nampak macam bayang2..dia tak buat apa2 la kat aku..cuma berdiri tegak kaku tengok aku..masa aku dok suluh2 tu adik aku plak tetiba bersuara..



Adik aku : Hai Nurul..yang dok buat apa tu..dengan nada orang terkejut

Aku : Tak buat apa aihh..saja ja..aku tak leh tidoq..cover line tak mau dia takot..sebab dia tidoq bawah..hujung kaki aku..aku tdoq atas katil ngan mak aku..

Adik aku : Hang bukak la komputer men game..satgi leh tidoq la tu..

Aku : Hmm..tengok la..



Aku terus bangun duduk bersila atas katil..kira aku dapat tengok benda tu dengan ekor mata ja la..tetiba rasa semacam..aku panggil la adik aku..dia dok suruh aku men game..dalam hati aku kata "hang jangan dok kacau aku plak la"..tetiba aku perasan yang lembaga tu hilang cam meresap ja..aku terus bangun ambik Quran kechik aku yang aku beli kat Serawak dulu tu letak atas katil..pastu aku bukak pc update entry pi tesco tu..memula plan nak cita pasai benda ni la..tapi sat gi aku sendiri yang takot makanya aku cita benda len la..dah ngantuk aku tutup pc, baca2 skit n tidoq..quran tu aku letak atas dada..


Pagi aku cita la kat mak aku..adik aku cam seram ja..besa la dia tu..kan aku ada mention yang aku nak pi tengok tok aku..sampai sana mak aku cita la plak kat tok, pakcik n makcik aku..depa pon dok heran..aku lagi la heran..tapi depa kata takdak apa2 tu..yang penting aku tak kacau dia..aku buat dono ka..cuma makcik aku kata kat aku kalau nampak lagi jangan ambik apa2 baling ka tegur ka..mana la tau kan..tak pasai ja sat gi..


Pastu kemarin mak aku cita la ayah aku..yang peliknya..ayah aku bagi gambaran yang sama kat aku..padahal aku tak cita pon kat sapa2 in detail rupa bentuk laki tu..ayah aku kata ayah aku penah di datangi benda yang sama masa dia muda2 dulu kat pahang *ayah aku masa bujang dulu kononnya nak jadi peneroka kat pahang..Mak Long n Pak Long aku tak bagi..soh dia balik..takkan benda yang sama kot..ayah aku belajaq silat la apa la..tak la pelik kalau didatangi benda2 macam ni..yang aku ni..cuma menuntut ilmu di menara gading ja..pelik tetapi benar..Wallahu'alam..




Yang ni aku dapat dalam internet..saja aku nak bubuh memandangkan aku tengah cita benda2 misteri ni..aku 30-70 ja caya..30 caya 70 tak caya..ni sekadar tontonan ja..jangan caya 100%..camera leh tipu kita gak..kita yang buat dia nama pon..



P/S: Cerita ini hanyalah catatan kisah sebenar penulis..tiada bersangkutan dengan yang hidup mahu pon mati..juga yang koma dan tidak sedarkan diri..catatan bukan berunsur hasutan, ugutan, menakot2kan dan memesongkan akhidah..sekadar untuk renungan bagi mengakui akan kekuasaan dan keagungan Allah SWT..

Jalan2 ke Tesco Perai..

Gud Morning Peep-pals !!


Jam menunjukkan kul 1.00 am lebih..dah aku masih blom tdoq..ada sebab pasai pa aku tak leh tidoq..nanti aku cita pasai pa..memandangkan aku tak leh nak tdoq..aku nak cita la aku pi mana hari ni..






Aku, mummy n adik aku pi Tesco Perai hari ni..membeli belah groceries..ni la rutin aku setiap minggu..hari Jumaat ja mummy dah booking aku..heha..aku kena bawak dia pi shopping groceries..dah kira cam "family day" la hari Jumaat ni..so nak dating mating tak leh la hari Jumaat..huhu..*Jumaat tak leh dating..orang semayang Jumaat..dating kehapa kan..sat gi boyfie tak pi semayang Jumaat plak..buat dosa ja..huhu..apa barang dating sat2..nak bergurau senda bertepuk bertampaq pon tak dan..oppss..bukan muhrim..haram..hehe..




Adik aku tolak troli pon nak snap kan..apa la aku ni..dia bukan tau..tergezut ni dia kalau tengok..saja ja ni kasi glamour..heha..




Kita close-up skit..close-up tang barang plak tu..ntah apa2..soka aku la..



Habes beli barang tu kami makan kat KFC..aku lupa nak snap pic..dah tu balik la rumah..dinner kami makan sandwich ja..aku buat chicken cheese with scramble egg double-decker sandwich hari ni..lupa lagi nak snap pic sebab lapaq sangat..pastu aku ngan adik aku lepak tengok cita hindustan..heha..tajuk dia Ankhien..yang membawa maksud penglihatan..best cita ni.bukan love story..heha..hampa tengok la sendiri..memang best..habis cita tu kat sini la aku la ni..dok berblogging sebab tak leh tidoq..haih..


Esok agenda utama awal pagi nak pi tengok tok aku yang tak sihat..dengaq kata sepupu "kesayangan" kakak aku demam campak..tetiba kena demam campak..la ni musim demam campa ka..tak silap aku la ni musim denggi ngan..penyakit pon pandai men musim2..banyak dosa sangat kot..*jahatnya mulut aku..dah nak sakit nak buat cam mana kan..sakit tu kan penghapus dosa2 kechik yang dok ada..dosa besaq tak buleh no..yang tu kena tobat nasuha..pas tu ingat nak pi umah Cik Yus sat..nak upah baju..pastu balik n lepak rumah kot..tak tau lagi..ok la..nak men game plak sementara nunggu mata nak ngantuk..taraa..

Travel Malaysia 2008 - Singapore Expo Part 2

Ni sambungan dari Travel Malaysia 2008 - Singapore Expo Part 1..hari kedua..kira Travel Fair dah start la..hari ni tak menyengat sangat..sebab hari Jumaat..enjoy the picas..




Ni tengah tunggu team member lain yang pi bersarapan..kami pi Singapore Expo yang nun kat area Changi tu dengan teksi..SGD10.00 lebih la gak..




Oh ya lupa plak nak bagitau..Travel Malaysia 2008 ni buat kat Singapore Expo Hall 5..heha..sempat lagi nak ambik gambaq kat depan pintu masuk Hall 5 ni sementara nunggu lagi 2 team member..




Ni la rupa sebenar Travel Fair ni..banyak exhibitor tak sampai lagi..ya la hari first ni bukan ada apa sangat kan..tambah plak hari Jumaat..ada yang second day baru masuk hall..Exhibitors terdiri daripada hotel2, resort2 n produk2 pelancongan lain di Malaysia..ada several pengusaha coach mewah yang double-decker yang buat perjalanan dari Singapore ke Malaysia..Depa ni ada branch di Malaysia..



Yang ni booth kami..tengok la..dok depan stage..tau la depa kalau leh pasang lagu..punya la kuat..sampai nak cakap pon tak dengaq apa..kena menjerit..tension betoi..




Opening




Ni Director Tourism Malaysia Singapor..dia punya orang kanan kiri semua pompuan..bawah2 baru laki..yeahhh...


TO BE CONTINUED..

Demam dah kakak aku ni..cian..

Kesian kat Kak Na..dia demam..teruk gak la..arisa a.k.a anak dia pon kena gak..kesian..tapi aku dah pi hantaq dia balik rumah..dia dapat MC..ya la..kalau teruk nanti cam mana kan..demam ni kena la rehat..so sekarang mak sorang nokz..busan bangat..malam ni ada temu janji ngan Rona Roni Makaroni 30 min..then Puaka Niyang Rapik 1 jam..well..hariku complete sudah..esok cuti..so plan nak kuar bersoping2 ngan mummy n my lil sista..heha..tarra..



Happy Birthday 2 U..U Were Born In The Zoo..

zwani.com myspace graphic comments

A Very Happy Birthday to someone..dah 33 tahun dah umur..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Newborn Baby Girl Part 2

Dalam entry yang lepas aku ada mention pasal cousin sis aku yang dah selamat melahirkan baby girl kan..pada yang tak baca sila klik di sini..ni la gambaq baby tu..comel kan..nama dia Nur Afiqah..anak mami wei..tengok hidung terpacak tu..comel kan..geram tengok tau..







P/S: Adik aku tu sentiasa nak enter frame..haih..

L.A.P.A.Q

Hello Semua !!


Aku tengah lapaq..nak balik rumah tak bleh lagi..sebab ada customer nak mai buat payment..so kena tunggu..haih..hampa kesian dak..kesian la..

Travel Malaysia 2008 - Singapore Expo Part 1

Olla Peep-pals !!


Dah berkurun2 aku kata nak nak update pasal aku pegi Travel Malaysia 2008 kat Singapore hari tu kan..tapi tak update gak..dari bulan Oktober hari tu..dah nak masuk 2 bulan dah pon..so aku paksa la diri aku untuk update gak..tapi aku akan update part by part la ya..sebenarnya takdo la banyak sangat..tapi aku malas kan..nak resize2 gambar ni *karang ada yang complain kat aku yang blog aku lambat nak loading..


Kami bertolak pagi dalam kol 12.00 am dari Seberang Jaya dengan Couch..bersama2 kami En Johar dari Kedah Resort n En Azman dari Unit Multimedia Wisma Darul Aman..Ada sorang lagi Tuan Haji Ariffin dari Homestay Kampung Jeruju, Kedah..banyak ni ja la team Kedah..officer Tourism Malaysia (TM) Kedah takdak sorang pon yang ikut..so pepandai la ya bawak diri..kami sampai kat Singapore kol 10.00 pm lebih..penat tok sah dok cita la kan..tapi sempat lagi pi cari makan kat Geylang Serai *belakang hotel ja pon..




Zain's Cafe, Geylang Road..



Kat cafe pak zain ni macam2 ada..makanan dia sedap..nak kata mahal sangat tak la jugak..apa yang pasti ni la port utama kami makan sepanjang kami kat sana..ada gak la tempat lain kami try..tapi yang ni memang kerap la..sebab belakang hotel ja pon..yang aku nampak yang ni ja cafe Melayu kat area ni..lain suma tak tau la..campoq2 Chinese n mamak..




Hotel 81 Classic..



Ni hotel yang kami duduk..most of the participant untuk program ni dok kat sini..ada la several yang dok kat Bugis Street la Ochard Road la..mungkin sebab depa mai sendiri..yang mana ikut TM negeri memasing akan dok sini..Hotel 81 ni famous gila kat Singapore ni..banyak gila dia punya branch..kat area kami tu saja ada 3..satu kat belakang hotel kami ni Hotel 81 Tristar dia panggil n satu lagi kat hujung jalan Joo Chiat ni..Hotel 81 apa tak tau..Hotel yang kami dok ni dekat Joo Chiat Road..berdepan dengan Joo Chiat Complex..







Harga bilik dia semalam SGD129.00..menurut kata staff yang bertugas hari tu harga dia akan naik kepada SGD149.00..kali la sendiri dengan RM2.46..hotel ni 3 star jer ok..bayangkan kalau 5 star cam mana harga dia..dan bilik standard dia memang muat2 2 orang yang badan dia kechik2 kurus2..pada yang gedabak cam aku sila la request bilik yang besar ok..nasib baik la aku ngan Mrs Manager satu kurus satu gedabak..




Aku blur gambar tu sebab nanti tuan punya diri marah sebab aku letak gambar ni..yang kat tv tu aku sealed sebab time tu tengah tayang satu concert apa ntah..pakaian artist tu cam tak sesuai jer untuk tatapan umum..haha..




Kechik kan..ha..kalau ikutkan logik..bilik ni sesuai untuk sorang jer..nak letak beg pon takdak tempat..sila ambik maklum ok..



TO BE CONTINUED...

Ben 10

Ni Arieq dengan Ben 10 dia..yang ni dia buat sendiri kelmarin..aku pon cam teruja dengan creation dia..aku tau la tak do la nampak cam Ben 10 tu..tapi as a 5 year old kid dia leh create something like this n bagi nama Ben 10 kira creative and intelligent la kan..dia kuat berimaginasi sebab tu dia leh create something like this..lagi plak as Aunty Lolo yang selalu jadi mangsa tolong potong lukisan2 dia aku tau la dia punya lukisan orang cam mana...selalunya orang lidi jer..tapi kali ni lain..sebab dia buat sambung2 kaki n tangan pakai kertas..sangat creative pada aku..kira ada improvement..so aku pon decide nak ambik gambaq..as kenang-kenangan..chewah..dia bukan main lagi dok posing ngan Ben 10 dia ni..caya la Arieq..



Gaya Melutut



Gaya Duduk plak



Ni plak Gaya Kuak Lentang..yang ni mama dia a.k.a Mrs Manager yang ambik..

Power Ranger Merah vs Raksasa Geli

B.U.S.A.N

Itu sahaja yang dapat aku katakan untuk hari ini..kenapa..sebab aku memang tengah busan..busan tahap cipan..yang mana di saat ini kalau ada sesapa yang ajak aku men chess ka men batu seremban a.k.a batu selambut ka atau men sahiba aku nak ja..tadi Arieq ajak aku men lawan2..aku jadi Raksasa Geli *yang mana suka geletek dia..dia jadi Power Ranger Merah..aku layan kan la sat kan sebab aku pon busan gak..bebudak ni mana tau penat kan..so aku pon cam malas dah nak men..sebab penat wei..makanya aku usik2 dia kasi dia marah kat aku..heha..so dia pon merajuk la..


Sekarang ni aku busan balik..tapi aku tak mau jadi Raksasa Geli dah..aku pon tak tau nak buat apa..so aku bloghopping..tapi cam busan jugak..haih..jam pon lambat berdetik..cepat la oiiii..kalau balik pon apa yang leh aku buat kat umah kan..mak aku ngan adik aku dah tetentu layan drama hindustan kat Zee..aku nak tak nak join gak la..


Cau la..tarra..

Mimpi?

Olla Peep-pals !!!


Hari cam malas2..cam ngantuk2..aku ada sikit kehairanan..sebab apa la dah 2 malam aku tak mimpi apa2..langsung tak mimpi..tau2 aku tidoq pastu sedar2 dah pagi..n satu lagi..2 malam ni jugak aku terjaga kul 5.00 am..kenapa ya..tahap curiosity aku meningkat tinggi ni..hmm *sambil kerut2 dahi mata pandang atas..

The Chronicles of Me (Depressed)

Hari ni adalah hari yang tak best yer semua..sebab apa..sebab semua serba tak kena..yer untuk pengetahuan kalian semua..aku tak berapa nak sihat..bukan meroyan atau gila kh***ir ya..aku sakit mata..bukan typical punya sakit mata yang merah2 tu ya..yang ni masalah bebola mata atau lebih kenali sebagai eye ball oleh para pengamal perubatan a.k.a doktor.. yang mana keduanya sakit cam nak tersembul keluar..





Tapi walaubagaimana pon..aku dah beli ubat ngan vitamin Beta Carotene kat farmasi..kata dorang2 yang pakar dalam ubat-ubatan ni aku mungkin kekurangan vitamin..sebab tu urat2 kat mata aku jadi tak tentu arah..haih..


Aku dah makan ubat n vitamin tu..sekarang ada sikit kurang sakit tu..mekasih la Ms Yap yer..aku ni ntah apa la masalah aku ni..asyik sakit ja..baik yang tu yang ni plak sakit..baik yang ni yang tu plak sakit..haih..aku ingat aku ni nak kena pegi hospital la buat medical check-up..tapi aku plak takot..haih..


Atau mungkin aku ni terlalu stress..n mengalami depression tahap "ntah tak tau nak cakap"..makanya kesihatan aku ni jadi tak menentu..ditambah plak ngan client2 aku yang selalu bikin kepala gue pusing..makanya aku jadi bertambah2 stress..hari ni ada satu lagi client aku yang telah berjaya meningkatkan temperature darah aku ke tahap mendidih dengan membuat last minute cancellation..yang mana semua barang2 makanan untuk group ni dah dibeli..n depa ni plak tak bayaq deposit walau sekupang pon..cuba pikiaq tengok..patut dak aku stress kalau dah cam ni?cuba habaq bagi..


Ya ya aku tau salah aku sebab berlembut sangat tak ambik deposit..tapi hampa rasa patut tak dia call aku awai2 bagitau dia tak jadi mai setelah aku buat2 tak kisah dia tak bayaq deposit (walhalnya aku kisah sebab nanti aku yang kena bambu balik)..patut dak..?..so hampa rasa wajar dak untuk aku stress n rasa cam nak maki..haih..


Mengeluh..tu ja yang aku leh buat ketika ini..sebab aku rasa cam guilty sangat n rasa tak best n rasa cam hampeh n rasa cam nak tanam kepala aku dalam tanah cam ostrich..SERABUTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...meluat..




Syima Tag aku..

Yeah..tag ni aku dapat dari Signorina Syima..seronok bila dapat benda2 tag ni..bila takdo benda nak buat atau ternyahidea ka at least ada something nak dipostkan..cuma kadang2 tu terlupa nak buat..n some tu cam panjang sangat..so tangguh dulu la..so this is mine..check it out yer..

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?
hmm..most of family panggil aku Nurul..adik aku panggil aku comot..mak aku kalau mood dia baik dia panggil aku Ida..kalau biasa2 dia panggil aku Nurul..anak2 sedara yang pelat2 panggil aku Aunty Lolo..kengkawan sekolah rendah panggil aku Nurul..kengkawan sekolah menengah panggil aku Hyda..kengkawan Dip aku panggil aku Dart..kengkawan degree aku yang rapat panggil aku Dart..yang tak berapa nak rapat panggil aku nurul..some kak nurul sebab aku ni ketegori pelajar tua masa tu memandangkan yang masuk kebanyakan bebudak lepasan STPM n Matrik..konklusinya most of people on earth panggil aku Nurul..



Anda seorang yang...
Banyak sangat kalau nak cita kat sini..karang nak kena buat part by part plak..ni serba sedikit la..nak tau lebih lanjut kena kenal aku in person la..
  • Moody..
  • Berangin..panas baran..cepat marah n melenting..
  • Serius..muka aku sangat serius ok..nak plak kalau tengah marah..lagi la muka aku cam nak makan orang..aku seorang yang sangat serius..maksudnya aku tak pandai lawak2 ni..n tak suka lawak bodoh..
  • Low pick up..maaf kalau aku tak gelak bila hampa buat lawak..sebab aku tak faham n lambat tangkap..
  • Pendendam..yes i am..
  • Cepat panas lambat sejuk..aku cepat naik marah..dan lambat nak cool down..kadang2 ambik masa sampai berbulan2..
  • Aku suka buang barang..kalau aku marah aku buang2 barang..aku tak tau cam mana kalau aku kawen nanti..naya la suami aku tu..
  • Low Self-Confident..yes..aku tak suka jumpak orang..nak plak client..i dont loike it..tak suka presentation..selama ni aku pegi client meeting paksa diri jer tu..sebab tu selalu ajak Mrs Manager..heha..
Dan banyak lagi la..cukup la yang burok2..kalau aku cakap yang elok karang jadi cam angkat bakul plak kan..



Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...
Erkk..dengan muka worried n blur2..buat masa sekarang yang teristimewa is my mom la kan..sebab apa dia yang teristimewa..sebab mak aku yang lahirkan aku..walaupon dia garang cam singa dulu..tapi tu dulu..untuk kebaikan aku..at least sekarang aku jadi manusia..bukan manusiyal..mak aku siapkan makan untuk aku..siapkan keperluan aku..share prob ngan aku..jaga aku bila aku sakit..teman aku pegi mana2 ku nak pegi..shopping ka apa ka..banyak la..

Jangan nak kata aku perasan bagos ka apa ok..realitynya aku ngak punya pacar istimewa..mau jadi pacarku?supaya aku bisa letakin nama kamu di sini..*sengal



Makanan & Minuman favourite anda
Hmm..sejak aku masuk Universiti nun di Borneo sana..aku dah lupa apa makanan peberet aku..tak perlu la aku bagi sebab..hampa takkan faham..sejak time tu sampai la sekarang aku makan semua benda..aku makan untuk kenyang..takda peberet ka mengada2 memilih ka....tak sedap pon aku bantai ja..asalkan kenyang..terbawak2 sampai sekarang ni..konklusinya..aku takdak makanan peberet..


Minuman pebert plak..aku suka minum indocafe o panas..hari2 mesti kena minum..kalau tak tak lengkap idup aku..nescafe tak berapa suka..sebab keras sangat..air lain aku minum gak..bukan la suka sampai tak minum air lain kan...



Favourite colour
Warna yang paling aku suka..sangat2 suka..adalah GREEN..memang nampak sngat la aku suka sebab baju aku banyak warna ni..jam aku pon..haih..suka sangat la..

Warna lain yang jugak peberet color aku..Smoky Pink and Dirt Brown (kalau aku letak color dirt brown kat word ni tak nampak plak kan sebab layout aku hitam)..

Warna2 lain yang jugak menambat hatiku..Black, White, Orange, Bloody Red and Gray..


Favourite song
Oldies..lagu2 50 - 80 an..lagu2 lama la..sebab tu aku suka dengaq Sinar n Lite & Easy..lagu baru pon suka gak..tapi selected la..yang tak berat kepala otak..yang relax2..yang slow2..tak la menjerit cam nak kuaq anak tekak..



Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak
Siapa ya..TV kot..



Sikap yg membuatkan anda stress
  • Kurang ajar..jenis yang tak tau nak hormat orang..cakap cam haram jadah..memang kena sound direct dengan aku..
  • Suka tanya banyak kali..ni boleh bikin darah aku mengelegak ni..
  • Suka tanya banyak..benda tak sepatutnya tanya pon nak tanya..ni yang buat aku nak tukar jadi baboon ni..
  • Cipan yang suka mengata belakang..pantang tok nenek betoi..tak puas hati cakap depan la oi..
  • Berok togel yang suka main tuduh2 n serkap jarang..haih..nipis jer iman aku ni..ko tanya n selidik dulu boleh tak sebelum main tuduh2..tak pasal jer ada yang siku dok kat pala kaki dok dalam mulut..
Konklusinya..aku yang 24/7 stress ni bertambah2 stress dengan adanya mereka2 ini..



3 benda yg mesti ada dlm bag anda
Duit (purse) *definitely la kan..Handphone..kunci rumah (karang tak masuk rumah plak aku)..



Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
Awal last year..Putus cinta..chewah..


Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda
Life aku sangat membusankan..makanya aku tak ingat dah saat2 yang cam tuh..yang lucu ka..yang malu ka..yang suka ka..kalau yang pahit banyak..hua hua hua..



Tag 6 rakan anda

Los dan Faun vs Cicakman2

Olla Peep-pals!!!


Teka semalam aku pi mana..?..jeng jeng jeng..ahahah..






Semalam aku pi tengok wayang ngan adik aku..kami buat duology (ada ka word ni ..heha..bantai ja..)..Cita Los dan Foun n Cicakman2..yer2 aku tau dalam entry yang lepas aku kata aku ni bukan jenis yang suka tengok cita melayu kat panggung..oleh kerana semalam aku nak gak tengok cita Cicakman2..dan memandangkan start kul 5.15 pm..makanya kami terpaksa tengok cita Los dan Foun dulu untuk tidak membuangkan masa kami manjadi minah lepak dalam mall tu..kenapa tak tengok cita lain..yang ni n Antoo Fighter ja yang available..yang lain dah start kol 3.00 pm lagi..tak dak pilihan nampaknya..dari aku buang masa aku hampir 2 jam cam hantu rayau merayau takdah arah tuju baik aku tengok cita ni..



Los Dan Faun


Cita ni lawak gila..best gila..ni la first time aku tengok cita cam ni kat wayang yang mana aku gelak sakan..memang lawak gila..very entertaining dan sangat tak sangka yang cita ni best gila..sebab dengar tajuk dia cam nonsense kan..kalau nak ajak aku tengok sekali lagi pon aku nak..sebab sangat best..Kisah dia pasal Los dan Faun yang keja depa mencari barang hilang..Faun ni dia ada kelebihan cam Raven dalam That's So Raven kat Channel Disney tu..cuma dia ni bukan bleh tau apa yang akan jadi in future cam Raven..tapi leh tau kat mana barang2 yang hilang tu ada..memang best l..sebab depa terinvolve dalam satu konspirasi..tak sangka Khir Rahman n Stephen Rahman-Hughes tu leh berlakon lawak..konklusinya filem ni memang filem mesti tonton..sangatlah best..



Cicakman2


2nd filem yang kami tengok kelmarin Cicakman2..hmm..cita ni ok jugak..in terms of effect sangat membangga kan even ada la lack kat certain2 part tu..3D effect yang digunakan ketara sangat..kira nampak sangat la kata 3d character kan..tapi masih lagi berada di tahap membanggakan..well done !!


Cuma..dari segi jalan cerita dia pada pendapat aku agak longgar..yang mana pada aku ada beberapa scene yang aku rasa takdak pon tak menjejaskan apa2..then ada certain2 character tu yang cam samar2..ya aku tau akan ada eposide 3 bertajuk Rama..yang mana aku dapat menjangka yang character2 ni akan diperjelaskan dalam episode 3 ni..tapi aku jugak mempunyai rasa yang sepatutnya episode 2 ni tak diabaikan..sepatutnya episode 2 ni sama gah dengan episode 1..yang mana jauh lebih kukuh dan padat..setiap scene tu saling berkaitan..


Aku tak kata episode 2 ni tak best..or teruk..cuma perlu diperbaiki dan tingkatkan lagi..walau cam mana pon aku nampak character Cicakman tu ada kemajuan dan perubahan..yang mana Hairi a.k.a Cicakman tu nampak lebih matang, kuat dan serius..berbanding dalam episode 1..aku tak sure sebab apa ada watak Iman tu..sebab aku rasa watak Iman tu betol2 related bila dia kena culik n Cicakman kena selamatkan dia..sebab apa dia kena culik sebab nak dijadikan umpan untuk perangkap Cicakman..tapi aku rasa leh ja dia gunakan Tania..sebab dia pon tau yang Tania related to Cicakman as dia tau yang Hairi tu Cicakman..hmm..kena tengok sendiri baru tau apa yang aku cakapkan..konklusinya cita ni ok ja..sesuai untuk tontonan kanak2..

There Go My Green Mug







Tinggal kenangan..mug peberet aku..mug kesayangan..haih..nampak dak retak tu..lepas beberapa hari aku ambik gambaq ni..cawan ni jatuh berderai kat lantai..slipped dari tangan mak aku masa dia dok menyimpan..sedih woo..aku pi Ikea cari cawan ni..dah takdak lagi..hampir nangis aku..


Mesti hampa kata aku getik kan..bukan lagu tuh..aku kalau dah suka n sayang ngan sesuatu tu aku akan jaga dia elok2..aku ada towel kechik yang aku simpan sampai sekarang..warna oren dengan gambaq bunny..aku dapat towel tu masa aku darjah 6 sebab team netball sek aku memang second place netball tournament antara sekolah..depa bagi towel ja kat kami..hampeh..aku start guna towel tu masa aku pi Uitm..hampa bayangkan lepas berapa tahun baru aku guna towel tu.. after 7 years baru aku guna..sampai la ni ada lagi..hmm..tu la aku..


Buku first ayah aku beli pon aku masih simpan lagi..ayah aku beli masa aku darjah 1..umur 7 tahun..tahun depan genap la usia buku tu 20 tahun..haih..trek suit (betoi ka eja ni) aku yang mak aku beli masa aku form 1..aku masih simpan dan pakai lagi sampai sekarang..masih elok..cuma dah lusuh skit..tapi tak nampak sangat sebab dia warna itam kan..aku memang sayang barang2 aku..nak nak plak mak n ayah aku yang belikan..sangat sayang..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...