We are now come to the end of 2010


Wish you all Happy New Year..May you all have a glorious and prosperous day through out the year..

What's for lunch?

My lunch for today..sangat busan dok office sorang2 ok..nak kuar malas..so makan oat jer la..bagos untuk jantung..:D..




P/S: Hati adalah dalam keadaan terganggu..kepala adalah dalam keadaan sedikit sakit..mata adalah dalam keadaan sedikit berdenyut2..haih..dipendekkan citer..i rasa tak best hari ni..


Merry Christmas Everyone



I wish all my Sarawakian friends and blogger friends a very Happy Holiday and Merry Christmas..May all the joy is yours and heva a prosperous year ahead..



Masak-masak Hujung Minggu

Last week rajin terlebih ngan lis sis..kitorang masak2 kat rumah..saje je nak test skill..plus asyik mak je masak..kitorang pon dah lama tak test skill masak2 ni..haha..so masak la grilled chicken rice..kira cam family day la kononya sebab spend time ngan family masak2 & makan..haha..enjoy the picas ya..


Ni la hasil kerja bersama..haha..nasi tu ada dua sebab i tak makan nasi ya (tgk ticker kat atas sebelah kanan tu ada mention dah berapa lama i tak makan nasi)..i makan lauk jer..nasi tu for my mom n lil sis..



Nasi ayam yang dimasak cara steam atau kukus..



Rosemary Grilled Chicken



Steam Buttered Vege


Sonok dapat masak2 macam ni..weekend ni nak masak apa ya..? *thinking

ezloveycraft 1st giveaway

My First Give Away Contest..




Sedang asyik belek2 blog craft nyari kain felt tetiba bumped into satu blog ni..dia citer pasal give away contest kat ezloveycraft..so tanpa berfikir panjang klik, baca dan join..senang jer syarat2 dia..First time masuk contest2 give away cam ni..haha..sebelum2 ni teringin jugak..tapi asyik nanti nanti nanti last2 terlupa terus..so pada sesape yang berminat bleh la klik gambar2 ni atau klik nama blog untuk ke blog ezloveycraft..bukan susah pon..cuma perlu wat entry pasal give away macam i tengah buat ni jer..best2..haha..i join sebab hadiah dia cute bangat..bleh ke?..kat bawah ni la hadiah dia..plushie..jom la join sekali..



Jangan jadi mangsa perompak

Zaman sekarang ni..macam2 berlaku..orang nak menipu ni macam2 cara dorang pakai..sampai naik takut dibuatnya..baik sangat pon salah..jahat sangat lagi la salah..baru2 ni dengar2 dari member..dia dengar kat mana tak tau la..tapi make sense jugak..orang nak merompak sekarang ni tak de dah guna cara traditional angkat senjata terjah kedai ke rumah orang ke bank ke n rompak..sekarang dorang pakai taktik yang orang len tak perasan dan terpikir dek akal..haih seram bila pikir2..

Dorang guna budak kechik kononya sesat or dah ditinggalkan orang tua..budak tu nangis2 dan bila orang tanya dia tunjuk alamat mintak kiter antar kat alamat tu yang kononnya rumah dia..sekali hah..rupanya alamat si perompak yang menunggu jer nak merompak kiter..sampai jer kat tempat tu habes la ko..apa yang ada semua kena bagi..

Lagi..tak la baru sangat dorang citer si perompak ni konon2nya cedera..kiter dok dalam kete ni dia mintak tolong ngan tangan berlumuran darah pegang cermin tingkap..budget orang kesian la tengok dia berdarah2..kiter yang tak tau ni bukak tingkap ke pintu nak tolong..hah apa lagi si perompak terkam la..habes seme ngan kete2 sekali dia angkut..bahaya tul..haih..

Ada lagi tu..buat2 nak tanya rumah orang ni orang tu..kiter kuar nak tolong dia dia caras rantai ke gelang ke (yang mana sempat)..haih..terbaru, dorang ni kononnya family datang cari rumah orang..pakai memang lawa la (standard nak pegi tandang rumah sedara-mara atau kawan2), dengan barang kemas bagai..sekali kita bukak pintu pagar dia letak pisau kat leher..hah..naya betoi..tu takpe lagi..ada tu kita kuar nak tolong dia..dia acu pistol (yang tak diketahui sama ada tulen atau palsu)..lagi naya..

Ni ada 1 lagi citer..ni jadi kat member sendiri..masa study kat sawak dulu..kejadian ni berlaku kat Pasar Satok, Kuching..pagi hari minggu..member ni pegi pasar pagi tu..beli barang..depan dia ada la satu akak ni dukung baby..tangan pegang banyak barang..ngan pegang anak sorang lagi..kira kalau kita tengok memang serabut la..banyak tol barang dia beli..nampak cam orang susah..tapi beli barang giler punya banyak..ngan buahnya..sayurnya n ntah pape pagi la..sekali sampai bebetul depan member ni, barang seme terabur jatuh..bergolek2 buah limau, epal dan sebagainya la..

Member ni dah jatuh depan dia..takkan nak wat tak pandang je kan..letak handbag kat sebelah (agak bangang di situ ya letak handbag kat lantai) dan tolong la kutip..sekali dia terperasan zassssssss...ada budak caras hand bag dia..dia tergamam..pandang depan akak tu dah ilang..dia apa lagi..dengan tumid tinggi 2 inch kejar budak yang caras handbag dia tu la..dia ni jagoh lumba lari..kejar2 dapat..budak umur 12 tahun..orang keliling pegang n bantai la..tak tau la apa jadi ngan budak tu..sebab member tu dapat jer handbag dia terus blah..panas ati punya pasal..nak report kesian plak sebab kechik nar..tapi kechik2 pandai mencurik..haih..

Tu la citernyer..zaman sekarang ni orang nak merompak ni macam2..kiter la kene berhati..dipendekkan citer..tak payah la nak baik ati sesangat nak tolong orang..sebab kita tak tau niat sebenarnya kan..ntah dia bebetul perlukan pertolongan atau ada meat ball disebalik spaghetti (besar kot meat ball tu..hehe)..

Blackberry Playbook

1 spesis ngan ipad..dengar cita tahun depan bakal kuar di pasaran Malaysia..ekk? heavennya kalau dapat 1..sapa nak kasi hadiah ni birthday i Feb ni sila goyang2 montot...?










Salam Maal Hijrah Untuk Semua

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat..Kejap je dah masuk tahun baru..dah tak berapa lama dah nak masuk tahun baru masihi pulak..semakin hari hidup ini dirasakan semakin pendek..sepanjang tahun rasa macam tak sempat jer nak buat apa2 pon..neway siapa kita semalam tidak penting..yang penting siapa kita hari ini, esok dan hari yang mendatang..tak guna nak kenang perkara yang lepas..mana2 yang tak tercapai tu hope 2011 boleh capai..life kita..so apa nak kecoh2 kalau tak capai target..next year kita pulun lagi..think positif nehh..

For my family tahun 2010 tak kurang indahnya..banyak perkara berlaku dalam kuarga actually..apa yang paling menyeronokkan my family is my big sister dah pon menamatkan zaman bujangnya..alhamdulillah..so semua tengah menunggu good news jer la sekarang..hopefully 2011 akan menyerikan lagi kuarga kami dengan kehadiran ahli baru..3 generation..haha..amin..

Apa yang menarik lagi..my lil sister tamat pengajian (degree) dia dengan jayanya dan membanggakan..so after berfikir panjang dia buat keputusan untuk proceed dengan master pulak..semua pon menyokong penuh memandangkan dia punya target nak mengajar after habes belajar..so buat la apa pon..asalkan happy...

As for me myself..i'm still me..takde banyak perubahan besar yang berlaku dalam hidup i buat masa ni..i shrink a lil bit, i dah covered my hair *almost a year* dan berjinak2 dalam dunia perniagaan online..hope semua berjalan lancar..hope dalam 2011 ada la "benda baru" berlaku dalam hidup i sebab i've been in monotonous life for almost 3 years now..dan sebenarnya i dah start busan..haha..ada masa lagi beberapa minggu untuk merangka pelan bagi 2011..to make my life more interesting..

So 2011 tak de azam..since dah masuk hujung 20 an *i'm not a girl anymore..turn to lady now* i need to be more specific on what i'm doing through out the year..so kena start planning dah..takut masuk usia awal 30 an tak ready plak..yang penting emosi kena ready..haha..

So till then..semoga success dan happy selalu..tarra..



Yang Ku Mahu....

Apa yang i nak sekarang ni..banyak sebenarnya..cuma terdaya tak terdaya nak memilikinya ja..haha..kalau i orang kaya bleh la capai..tapi sekarang ni miskin la..pokai..habuk pon tarak..haha..kesian kan..nampak cam cool..hakikatnya..haih..payah nak cita..apa2 pon ni la wish list i..

My Wish List
A new handphone (Blackberry maybe)
Lancome Miracle
Holiday to Europe
Holiday to Melbourne (Again)
A new laptop/notebook
A new camera (light weight & slim one)
SK11 Miracle Water
Treadmill
An Oven
Bulks of RM (to settle all my debts...*sigh*)


These are what i can think of rite now..haih..ada lagi..cuma malas nak letak..wat panas hati n bebulu mata ja..hmm..bleh ke dapat?

Hari-hari yang indah dalam November 2010..




























Hari-hari yang indah dalam hidup ini..bila di lihat2 kembali..rupanya hari-hari yang lepas tak la sebusan yang disangkakan..ni la hari-hari yang indah dalam bulan November 2010..

Kenapa KL?

Dah sebulan blog ni tak berhapdet..takde benda nak dihapdetkan sebenarnya..tengok betapa busannya life i ni..takde benda yang happening berlaku dalam hidup ni..semuanya cam biasa2 ja..stress ja yang bertambah2..macam2 nak kena pk..walaupon benda tu bukan berpunca dari i..hmm..whatever la..

Best ke life kat KL..apsal semua orang sibuk nak pindah dok KL..yer la kat kl tu semua ada..tapi kan ke sara hidup tinggi..sesak ngan kete..jam sana sini..bising..jadi tempat lambakan warga asing..best ke tempat cam tu..pelik..

Ke dorang semua terpaksa pegi sana sebab nak cari rezeki..kat hometown dorang tak bleh cari rezeki ke..? rezeki kan di mana2..kenapa mesti pegi KL jugak..bleh ke survive kat sana ngan gaji yang biasa2 jer..i yang dok kat hometown pon tak bleh nak survive..cam mana la keadaannya kalau i dok KL..mungkin melarat or puasa tiap2 hari..

Tapi i masih pelik kenapa dorang semua nak dok KL..

Bersyukur la apa yang ada..

Olla Peep-Pals,

Ahad memang hari yang membusankan..as usual i am in office now..takde keje sangat nak buat..so cam mengantuk2 ja rasa ni..padahal tido awal jugak la semalam..

Uol penah tak rasa cam life uol sucks life kawan uol cam happy ja..penah tak..well..kadang2 i rasa cam tu..tapi kan..actually bila kita fikir balik..kawan kita tu mesti rasa benda yang sama..life dia sucks..life kita cool..see see..conclusionnya..manusia ni tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dia ada..dan lagi dah jadi habit manusia memang suka tengok orang punya..

I malu pada diri sendiri dikala buat conclusion tu tadi..tapi buat juga sebab i mengaku i ni salah dan bodoh berfikiran macam tu..sejak i dapat conclusion ni..everytime i rasa benci ngan hidup i, i akan kata kat diri i "orang lain rasa apa yang ko rasa sekarang cuma ko yang tak tau"..dengan sendirinya i cool balik..

Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha lebih untuk mendapatkan apa yang kita mahukan..benda yang diperolehi dengan titik peluh dan usaha sendiri ada lebih bernilai dari benda yang diperolehi hasil dari ehsan orang lain..as for me..i prefer usaha sendiri untuk mendapatkan apa yang i nak dari mengharap ehsan orang lain..so tak heran la kalau i ni nampak miskin (kota) ja..huhu..

Well i bercita-cita tinggi untuk memiliki harta sendiri..pada i..kalau u takde harta takde duit orang akan pandang rendah pandang hina pada u..tapi kalau u ada harta, ada duit berkepuk2 dalam bank, even u buta huruf pon orang akan sanjung tinggi..so i hope cita2 i tercapai..i tak mencari kemasyuran, i tak nak orang sanjung i..cukup la orang hormat i dan tak pandang hina atau pandang rendah pada i (even i takde pelajaran pon)..




Stencil Tee

Semalam sembang2 dengan kak Ina Nordin kat FB pasal Tee yang dia order..dia kasi la blog dia soh tengok apa yang dia wat yang tees yang dia beli tu..so i pon bukak la..so surprise to see how beautiful the tees she made for her sons..haih..one of the tees dia buat Smurf with out head so cute..nak tengok klik sini..yang ni dia guna felt..

Yang sleeveless tee plak dia stencil gambar ultraman..memang cute giler..Tee tu color oren..Ultraman tu plak color hitam..untuk motif Ultraman tu kak ina guna freezer paper..then dia cat guna dye warna hitam..senang jer..so i cam dapat idea untuk my tee collection..

About freezer paper, i first time dengar actually..then bila google baru tau rupanya i sorang jer yang tak tau..hehe..paper ni memang special untuk stenciling which is much more easier dari traditional silk screen yang dorang buat pakai ram & kain tu (alatan untuk cop t shirt)..

So i pon tak berlengah lepas keje terus pegi cari barang2 untuk stencil tee..apa yang i beli semalam adalah fabric dye color black & white, stencil brush and sticker knife..kat town i takde jual freezer paper..mungkin sebab takde permintaan..tapi kedai2 buku semua pon tak pernah dengar freezer paper..hmm..heran plak dorang dengar i sebut freezer paper..so apa yang i buat..kat rumah banyak kertas sticker (stock buat lable bisnes..:D)..i lukis then potong guna sticker knife..guna sticker tak payah la nak iron2 bagai..dah nama pon sticker kan..kalau guna freezer paper kena iron..tapi lebih cantik dan sharp la motif kita tu..sticker ni dia agak lembik la skit kan..tapi still bleh guna..

Memula i buat kat tee budak..cam tercomot skit..maklum la baru first time..tapi untuk menutup cela tu semua i jahitkan wording guna felt..so tak la nampak cela..cela pon skit ja..sebab i tak tekan sticker tu rapat2 kat kain..then my second tee i try kat tee dewasa yakni my own tee..actually tee ni baru jer siap sekali ngan Kak Ina nyer latest order..yang ni memang menjadi..batang pokok tu i stencil, daun2 dia ngan sekor burung tu i guna felt..i have so much fun doing this..teruja sungguh..hehe..nanti nak buat lagi..sebab banyak tee kosong kat rumah..so anyone nak try bleh la try..memang senang giler...



Hasilnya...Tadaaaa....







Merdeka! Merdeka ! Merdeka !

Merdeka itu hak kita..Bersama kita bersatu mempertahankannya dari anasir2 yang bisa mengancam keamanan, kedamaian dan keharmonian negara kita..
Merdekakan minda dan hati kita..sesungguhnya sudah lama kita dijajah oleh diri kita sendiri tanpa disedari..tiba masanya kita melakukan perubahan besar demi masa depan yang lebih baik..beri peluang pada diri sendiri untuk membuktikan kemampuan kita untuk berdiri sama taraf dengan orang lain..hanya dengan satu tapak ke hadapan kita sebenarnya telah merdeka..tingkatkan keyakinan diri..katakan ya pada diri sendiri..dengan itu kita sebenarnya sudah merdeka..

Merdeka! Merdeka ! Merdeka !

Puasa hari ke 20..

Tak lama lagi nak raya..preparation..biasa2 jer..mood raya takde tahun ni..sebab semua orang kat rumah memikirkan nak kenduri kawen kan..so takde sape pon yang focus preparation untuk raya..as for me..same..malas nak pk..serabut otak memikirkan preparation kenduri my sis..dia lagi serabut la kan..nak uruskan kerja2 kat pejabat agama la apa la..

Rupanya susah jugak nak kawen..macam2 nak kena buat..hal pejabat agama pon remeh jugak..blood test la.. apa la..susah la..tapi elok jugak cam tu..so that orang tak ambik mudah hal kawen ni..tak suka cerai cam tu ja..kalau susahkan hal kawen ni at least they will think banyak kali la nak cerai n kawen lagi kan..dah kwen tu susah giler..sesenang je nak cerai..tapi kalau dah tak leh diselamatkan nak wat cam ner kan..kuasa Allah..

Haih..sepuluh hari lagi nak raya..kejap jer rasa puasa tahun ni..hari ni mood adalah sedikit emo..ntah la pasai pa..umur meningkat tua ni..emo jer keje..takkan nak manopaus kot..

It's locked for this moment..

Due to several ciscumstances..I have locked the door and threw the key into the ocean..the key might not be found but this doesn't mean that the door will be locked forever..to go in, u have to break it and that's for sure will take so much time and effort..


Nagada Nagada Nagada Baja..Hoaiii..

Mode adalah Bhangra ya kawan2..so sekarang tengah layan hindustan..bila dengar lagu bhangra i plak rasa nak cucuk langit..actually bagos woo bhangra ni..dia kan banyak guna gendang..beat2 gendang tu memang menaikkan semangat wei..at least for me la..ok layan jer la lyric ni walau tak paham..Nagada Nagada Nagada Baja..Hoaiii (sambing goyang2kan kepala dan badan cam orang nari bhangra)..


Nagada Baja (Jab We Met)

Ho oye hye oye
Rang puredi rang rangili
Ladki chail chapili
Usde chan chal nain kadaa
Are chan chan nain katar usda
Roop bana hatiyar
Uske roop se katal huye tho
Charcha shuro hua
Nagada nagada nagada baja
Nagada nagada nagada baja

Oooo
Rang puredi rang rangili
Chail Chabile nar
Chan chal nain katar di
Usda roop tez talwar
Uske roop se katal huye tho
Charcha shuro hua
heeeyyyyyyyyyyy…
Nagada nagada nagada baja
Nagada nagada nagada baja
hhoooyyyeee

Hai hai hai
Jab bhi woh ladki, kidki pe aaye
Koi usko dhek mare,
Koi bin dheke mar jaye
Aare guzre gali mohalle se
Tho mela sa lag jatha tha
har ek aashiq id manata
bhangda gatha tha
katam na hota deewano ka
Jalsa shuro hua
heeeyyyyyyyyyyy…
Nagada nagada nagada baja
Nagada nagada nagada baja

Aare bachpan se uska
Ek deewana tha
Jiska kaam gali ke aashiq pare hatana tha
Dil se jisko maan raha tha
Apne dil ki rani woh
Aur kisi pe hi yaaro marti thi marjani woh
Ek kahani khatam tho duja kissa shuro hua
Nagada nagada nagada baja
Nagada nagada nagada baja

Oooo
Rang puredi rang rangili
Chail Chabile nar
Chan chal nain katar da
Uska roop tez talwar
Uske roop se katal huye tho
Charcha shuro hua
Nagada nagada nagada baja
Nagada nagada nagada baja —4
hoooyyyyeee







Suram + Sunyi = Boring

Makin lama makin suram jer hari2 yang dilalui..makin lama makin busan jer..kenapa ya? FB pon dah cam lesu dan sunyi..semua pon dalam mood posa a.k.a tak larat..nak main game kat FB lappy plak lembab cam siput tutt..so kalau bukak tu memang lembab giler la loading..kalau main cafe world memang hang terus la..haih..kesian lappy ni..cam tuan dia dah jadinya..esok bawak alatan mengait la..baik mengait daripada mengadap FB yang semakin sunyi dan muram..

Actually takde idea mau update apa ni hari..so sebab tu cam hambar jugak entry ni..Selamat Berbuka semua..makan tu ingat aku ya..

Makcik Wak Lu..

Semalam pegi bazaar ramadhan ngan kak na..actually mummy dah masak kat umah..tapi dia nak makan popia basah..so pegi la jugak..tetiba teringin nak minum ayaq nyok..orang kedah kan kena la cakap ayaq nyok..mahal wei..sebungkus 3 hengget..ape mahal sangat ni..marah ni..dia cakap dia kira sebiji kepala..tak de maknanya..sikit jer air..isi kelapa pon tak sampai setengah bijik kepala..bengong..menci menci menci..

Masa sampai kat booth popia:

I : Popia goreng RM2 popia basah RM2
Budak jual popia : Ok

Selang beberapa minit

Budak jaga popia goreng: Popia goreng siap..sapa punya?
Budak jual popia : Ni bagi kat Makcik ni..


Makcik? adakah aku ni nampak cam makcik di mata dia..waaaaaaaaaaaaaaaaa....nak meraung jer rasa kat situ..hampeh punya budak..takde mata ke..aku yang muda trang tang tang ni dia panggil makcik..ada ka patut..kechik ati ni tau..sob sob sob..posa sampai buta ke..menci menci menci...

7 Hari Berpuasa

Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa..kan kan kan..seronok plak rasa puasa tahun ni..tak la letih sangat even dah berbulan2 tak makan nasi..even sahur pon tak..makan roti Gardenia Breakthrough, kepingan ayam giant (bornless) n salad jer everyday..

Badan ada susut sikit..habes la baju untuk pakai kenduri kat tailor tu..mesti besar jadinya..hmm..takpe la..kot2 lepas raya nanti gemok balik ke..huhu..so kawan2 dan beli kad raya? i rasa i tak send sesape kad kot..actually dah 2 3 tahun dah tak send kad raya..cam malas pon ada..so tahun ni pon tak..ringan keje posmen yer..tak teruk2 nak ngantar kad raya banyak2..

Apa juadah untuk berbuka hari ni..? masak ke main tunjuk2 kat bazaar ramadhan..? pada yang masak selamat masak..pada yang tak sempat tak pe la..beli jer senang..cam i..mummy masa ka kat rumah..yer yer i ni anak dara yang paling senang..beli tak masak tak..mummy siakpkan kat rumah semua..i balik buat air dan makan..bukan malas ya..no no..jangan salah paham..mummy nak masak nak buat cam mana..

Cam mana ngan baju raya..dah siap ke..nak tanya dah buat tak kena sangat..sebab mesti dah tempah sebelum puasa lagi kan..sebab bulan puasa tailor tak mo ambik dah tempahan..cam i..dah siap..tapi bukan baju raya..baju untuk kenduri kakak i 16 Sept ni..so tahun ni takdo baju raya..pakai baju lama je..takpe la kan..bukan budak2 pon..

Petang ni ingat nak gi bazaar ramadhan..nak beli air..tapi hujan plak..hmm tengok la cam mana..Selamat berbuka puasa semua..jangan lupa terawih ya..

Ramadhan Al Mubarak 2010

Ramadhan datang lagi. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dipanjangkan usia untuk merasai nikmat bulan ramadhan tahun ini. Salam Ramadhan kepada semua kawan2..Hayatilah Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan dan kesederhanaan..

Nama saya Sya'ban,saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua-dua anaknya SAHUR dan IFTAAR. Mereka akan ditemani oleh 3 org cucu iaitu RAHMAT, BARAKAH dan KEAMPUNAN..mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL Airlines....Hargailah mereka dan anda akan mendpt pahala yg berlipat ganda...INSYAALLAH~AMIN...SELAMAT BERPUASA

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya yang panjang yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan, telah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan 4 perkara berikut di dalam bulan ini iaitu:-

  1. Memperbanyakkan menyebut kalimah toyyibah, bertahlil kepada Allah (Laa ilah ha ilLah)
  2. Banyakkan beristighfar
  3. Doa meminta syurga (doa yang selalu kita baca sebaik habis setiap 2 rakat solat tarawikh)
  4. Doa meminta perlindungan dari neraka (doa yang di baca seperti tersebut di atas)

6 Perkara Yang Membuatkan Orang Meluat

Sometimes kita rasa pelik tetiba ade jer orang tak tak suka, meluat or kita rasa dia dengki dengan kita..kenapa ya..padahal kita tak buat salah pon kat dia..dan selama ni pon dia cam ok jer..tetiba kita dapat tau yang selama ni dia cuma hipokrit jer..hakikatnya dia memang menyampah giler..dan meluat gila babas ngan kita..penah tak kita pk kenapa? Kat bawah ni mungkin boleh membantu merungkai persoalan kita tu..cekidaut..

1 Tercantik dan terpandai sikit dari dia
Benda ni biasa la berlaku..nak2 plak orang tu lawa, kiut miut, comel lote..dah la tu..pandai dan bijak plak tu..ok orang cam ni memang banyak orang meluat kat dia..actually perkataan yang lebih sesuai adalah dengki..orang cam ni memang ade jer orang dengki kat dia..so those yang ada these qualities please beware ya..ada jer diantara teman2 rapat tu yang merupakan gunting dalam lipatan..so jangan mudah percayakan orang disekeliling anda..sentiasa waspada..

2 Gedik dan mengada2
Ok yang ni memang patut pon orang meluat..depan orang ramai dok buat kelaku2 yang bisa menonjolkan dirinya cam cakap kuat2, gelak kuat2, jalan melenggang lebih2, menari2 atau mengoyang2kan badan tanpa sebab tu tanda2 gedik la tu..mengada plak bila nak makan pon nak kena orang hidangkan baru nak makan..tak hidang tak makan..jalan kat jalan yang becak sikit tak boleh..nak pegi mana pon nak berteman padahal pegi sendiri pon bleh..tu semua mengada la tu..orang cam ni memang menjengkelkan..meluat tengok..

3 Suka mengarah itu ini
Hai orang macam ni memang bikin panas..keje dia mengarah orang jer..dia sendiri tak mau buat..nak ambik pinggan dekat rak belakang dia pon nak arah orang so ambik..suruh kemas barang dia la..soh jaga anak dia la..macam2 lagi..memang bikin panas..rasa cam nak simbah ngan air panas je biar sama2 panas..

4 Perangai yang tak senonoh/kurang sopan
Orang macam ni buat orang benci, menyampah dan meluat..kalau pompuan lagi la buruk..antara perkara2 yang terkandung dalam kategori ni adalah kentut tak kira tempat dan masa, batuk dan bersin tak tutup mulut, makan bunyi chup chap chup chap mengalahkan orang sakit gigi, mengunyah tak tutup mulut (kalau pompuan memang buruk giler), sendawa bunyi cam dinosour, makan kuih ke benda2 berminyak main lap2 kat baju jer basuh tangannya tidak, minum air ke makan makanan berkuah ke sampai berbunyi2 (sangat menjengkelkan tau), masuh bilik air taknak flush dan banyak lagi la kalau nak list down memang banyak giler..kadang2 tanpa kita sedari benda ni kita buat..so kalau ada orang meluat ngan kita tu jangan heran la ek..

5 Cakap banyak
Orang yang cakap banyak pon orang tak suka jugak (i la tu..mesti ramai yang tak suka aku)..ada setengah orang yang suka orang yang cakap banyak..ada yang suka orang diam..orang yang cakap banyak ni kadang asyik dia ja yang cakap..orang lain sampai tak leh nak cakap apa..banyak cakap ni bagos sebenarnya..tapi kalau tak tak bleh nak berhenti tu yang membuatkan orang menyampah (haih nak kena control ni..)

6 Mood Swing
Orang yang macam ni memang susah..sebab mood tak menentu..tapi banyaknya bad mood la..orang yang berangin ni memang tak berapa disukai orang lain..bukan sebab apa..muka nampak tension ja..so orang pon malas..lagi plak sikit2 pon nak angin..tu lagi la orang meluat..so kalau kawan2 menjauhkan diri tu mungkin sebab kita ni panas baran, cepat tension dan berangin..

Actually banyak lagi la cuma i dah letih nak memikir..maybe akan ada part 2 ke nanti..tengok la..so paling senang kalau orang tak suka kat kita jangan terus2 nak marah dan melenting..muhasabah diri..mesti ada sebab orang tu tak suka kita..mungkin ada sebab musabab mengapa kita ni tak disukai orang lain..renung2 selamat beramal..

Mengantuk Di pejabat?



Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.


1) Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.

2) Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3) Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.

4) Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5) Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.

6) Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Harry Porter And The Deadly Hollows


I cant wait for this movie to release ok..dalam Nov ni..lama lagi tu..haih..I'm Harry Porter big fan ya..setakat ni i blom miss lagi nonton movie dia..sangat2 suka citer2 cam ni..i memang suka citer2 jenes cam ni..citer2 fiction ala2 magik gitu..hope cepat la masa berlalu..

30th July - 6 August 2010
Ho Chi Minh, Vietnam


I hope this will be the best vacation ever..This is my first time going on vacation abroad without my parents..normally we will go together will all family members..but now i'm going with my big sis..hope everything will be fine and fun..

Sakit Kaki La Pulok..


Tetiba jer kaki i ni sakit kat bahagian tumit tu..pastu lenguh2 kat betis sampai ke peha..camno nak vacation ni..tadi dah beli Counterpain kat pharmacy bawah..memula pharmacist tu suggest Voren..sekali ada diclofenac plak..i allergic dengan dadah ni ok..dadah? actually i allergic dengan pain killer jenis ni..yer diclofenac adalah sejenis NSAID yang jugak dikenali sebagai pain killer..kalau i ambik jugak mata i akan mula membengkak..jadi cam katak..2 kali i kena..ada several NSAID yang i tak bleh ambik..haih..teruk cam ni..


So i ambik Counterpain jer la..selamat..mana la tau kot2 sapu2 bengkak plak kaki..naya i..esok dah nak gi KL dah..lusa pagi kol 9.00 berlepas ke Ho Chi Minh..hope selamat sampai dan balik in one piece..hehe..

Mantra



Semalam jadi keje sorang2 tengok movie kat Landmark..citer mantra..sajer jer nak layan citer horror..tak ramai pon yang tengok..ada la dalam lingkungan15 orang yang tengok..rata2 i tengok citer melayu cam kurang dah dapat sambutan..tak cam 5 tahun lepas..penuh orang kat panggung..apakah sebab filem melayu dah tak berkualiti..? kalau filem omputeh tu cam penuh jer...sampai seat depan sekali pon orang beli..pengarah2 filem melayu nak kena do something..

Berbalik pada citer Mantra yang i tengok semalam..ok la citer tu..best jugak berbanding Mistik, Potrait Mistik, Skrip 7707, Histeria, Orang Minyak dan seangkatan dengannya..yang ni ada sedikit kelainan..citer pasal pengamal ilmu hitam..orang yang berubat orang guna ilmu hitam..ilmu dari indonesia..menakutkan..kena makan daging manusia bagai..seru2 ilblis bagai..seram wei..cuma hantu dia tu cam tak la menakutkan sangat..biasa2 jer..

Ada satu scene tu scene bugil..haih..heran betol..sejak akhir2 ni..banyak plak citer melayu yang nak slot in scene2 bugil..scene panas..scene separuh bugil..Scene kemban..scene ranjang..what's this? perlu ker..tak kot rasanya..FINAS plak tak potong ke scene2 cam ni? please la..i think scene cam ni tak perlu kot..some tu cam tak berkenaan..kiranya tak de pon tak menjejaskan jalan citer..so baik potong jer dari buat sakit mata tengok kan.. klasifikasi U..tapi jalan citer tak sesuai ditonton oleh budak2 pon..adegan2 seksi la bugil la separuh bugil la apa la..sesuai ke budak tengok..uol rasa nak ke anak2 tengok adegan2 cam tu..nak?

Tak paham la..dan lagi..wahai pengarah2 citer seram kat luar sana..bila nak wat citer seram tu kan..please reka lokasi yang logik skit..kampung zaman sekarang dan ada bilik air dalam rumah..dah ada air paip..jalan plak dan bertar..takde lagi guna jalan2 hutan cam orang asli ni..haih..dalam citer Mantra ni ada satu scene mak mertua si Muzir nak balik rumah ikut jalan dalam hutan..ape ke halnya la masuk2 dalam hutan seme..kan..sangat la tak logik..hutan plak kalau ade track tak pe la..ni memang hutan betul.tak track pejalan kaki ke ape..nampak sangat la orang tak pernah lalu kan..haih..

Ada satu persoalan yang tak terungkai sampai habes citer..sape laki yang turunkan ilmu dia kat si Muzir tu..dia bukan share sel ngan Muzir..cam iblis pon ada gak cara dia..kejap hilang kejap ada..tak plak di panjangkan citer pasal dia..yang peliknya..dinding sel tu dan dipagar ngan ayat2 suci al Quran..cam mana plak laki tu bleh ghaib keluar masuk dalam sel si Muzir..dah tentu2 tak lut kan ilmu dia..lagi plak..cam mana plak tulisan ayat al Quran tu bleh padam pakai air..bukan cat ke..dan lagi..tak padan habes pon..sikit jer padam..cam mana iblis bleh masuk plak dan bleh bersatu ngan si Muzir..orang pagar sel bukan setakat tulisan..tapi pasak dalam bumi kan..haih..

Rasanya deiol kene kaji lagi crita2 seram ni..jangan main buat ikut suka hati..sampai jadi tak logik..bukan nak kata filem Mantra ni tak best..citer dia memang menarik..lain dari yang lain..cuma scene2 tak perlu ada tu tak yah la letak..scene2 yang perlu dikembangkan2 tu kembangkan la..jangan pendek..tak puas tengok..agak susah nak buat filem seram ni i rasa..mana2 pon citer dia lebih kurang sama jer..cuma nama hantu dia jer yang lain2 ikut budaya dan masyarakat..so nak kasi lain dari yang lain tu ada sikit susah..sebab tu kot timbul unsur2 tak logik tu..apa2 pon..tahnia pada pengarah dan penerbit citer ni..kesan khas dia memang menjadi..tak la nampak janggal sangat..

Finally, I'm Free (For A While)



Nampak tak time counter kat atas tu..bukan yang birthday tu..yang satu lagi..tetiba jer wujud kat situ sejak sebulan lalu kan..yes yes i'm going on vacation.. ke mana..Ho Chi Minh City, Vietnam..kenapa Vietnam..ntah la..this is being chosen by my Big Sis and her friends..actually i menumpang jer..

Big Sis nak gi holiday kali terakhir as a single before dia kawen sept ni..sebab lepas ni nak gi mana pon ngan hubby la kan..so nak gi la ngan kengkawan buat kali terakhir..nak shopping katanya..nak shopping apa tak tau la..for me..i takde la nak shopping mopping seme..i just nak jalan ambik angin dan ambik mood...actually memang dah plan ngan my mom lepas wedding Big Sis nak gi holiday..Bangdung maybe..tapi belom finalize lagi tu..maybe dalam Malaysia jer kot rasanya..sebab my lil sis kan dah masuk study balik..so..tengok la cam mana nanti..

Entry2 lepas ni semenyer auto publish la ya since i'm not around..so uol jangan nakal2 ya..be a good reader..:D..tarra..

Hidup Penuh Dengan Risiko Yang Tak Dijangka

I confuse la..i tak tau apa yang i nak sebenarnya..i tak sure..sebab bila i cakap i nak tu..end up i akan kata yang i'm not ready for that..then bila i kata i nak ni..end up i akan kata no..i cant have that..oh cam na ni..susah betol..

Like my last entry la kan..i ada kata yang i takot nak ambik risiko..susah la..do u know why i'm still here in my hometown..? sebab i takot nak hidup kat luar sana..bukan sebab i taknak berdikari..uh uh..NO..tapi sebab i takot nak ambik risiko..actually i tak tau risiko apa yang i bakal hadapi kalau i pegi keje kat luar dari my hometown..tapi i still takot nak face all the risk..haih..

Ok mom asyik bising pasal i'm still single till now..dia soh i cari la someone kan..the point is..bukan i tak mau cari..i takot nak mencari..i takot nak kawen..i takot nak hidup berumah tangga..bleh cam tu..bukan i takot tanggung jawap..nope..apa yang i takot sesangat..kalau2 i kawen hubby i tu menduakan i..curang kat belakang i..dan lagi i takot kalau2 i kawen ngan salah orang..dia nak i tanggung hidup dia..dan lagi..i takot kalau2 dia ni garang giler..kaki pukul..cakap jerit..oh..banyak benda yang i takot..negetifkan i kan..

So mom cakap nak carikan pon i dah seram..tu lagi la..depan parents semua elok..belakang..ntah cam mana tak tau lagi..pas kawen buat hal lagi naya..susah la..macam2 i pk..ok ok..i tau my age dah hujung2 nak goes for 30..i know..i sedar..tapi cam mana nak positifkan diri..susah la..i heran jugak orang kawen muda..sesenang je buat keputusan nak kawen..kenapa i susah..

I tak mau jadi anak dara telajak..tak mau umur dah 30 an masih single..sorang..tapi at the same time..i takot jugak nak kawen..cam mana tu..memang i serahkan semuanya pada Allah..i know that..tapi berserah saja takde usaha tak jadi gak kan..haih..please help me on this..i nak jumpak psychiatrist la cam ni.. =(




Kenapa kita stress..?

Soalan ni hanya empunya diri jer yang tau kenapa dia stress..sometimes atas sebab2 yang tak munasabah..dia stress sebab kucing dia makan ikan goreng dia..pada sesetengah orang..lerr kucing makan ikan goreng pon nak stress..goreng jer la lain..ok..tu kata kita..pada dia mungkin ikan goreng tu something kan..maybe ikan tu ikan yang last ada dalam freezer dia..or maybe dia ni seorang yang sennag nak stress..so atas sebab2 yang kecil pon dia bleh stress..ada tau orang macam ni..i got a friend masa belajar dulu..dia memang mudah stress..buku jatuh dari tangan pun dia dah stress..pen habes ink pon stress..hari2 blur & stress jer..

Persoalannya sekarang kenapa kita ni mengalami stress..kadang2 kita sendiri pon tak tau..tetiba jer rasa stress..i'm talking about feeling now..perasaan tertekan..ada kalanya kita mencari2 punca sebab apa kita stress..mungkin sebab terlalu banyak punca sampai tak tau yang mana satu yang menyebabkan kita terlampau stress..antara yang disenaraikan dibawah mungkin penah atau sedang kita hadapi.

Kenapa kita stress?
1- Rendah diri yang keterlaluan.
2- Masalah rumah tangga.
3- Masalah kewangan.
4- Perasaan hasad dengki dengan orang lain..tak boleh tengok orang lebih dari kita.
5- Dipulaukan kawan2.
6- Masalah cinta.
7- Masalah ditempa kerja.
8- Dibuli rakan2.
9- Terlalu banyak kerja/tanggungjawab.
10- Hutang bertimbun.
11- Anak-anak buat perangai.
12- Konflik dalam famili

Dan banyak lagi sebab musabab yang menjadi punca kita stress..so..bila kita stress..adakah kita berhak untuk buat orang lain stress sama? ofcoz tak kan..ada setengah orang dia boleh kawal stress dia..sampai orang lain tak tau dia stress..dia boleh senyum dan buat lawak macam biasa..orang macam ni memang bagos..sebab dia tak ajak orang lain stress sama ngan dia..

Banyak orang yang stress tu ditunjuk-tunjuk..melalui facial expression (i la tu), percakapan dan perbuatan..sometimes i tanya pada diri i..kenapa nak tunjukkan stress tu kat orang..ok..sekarang kita cakap pasal i..i orangnye yang bukan tunjukkan stress pada sebarang orang..i tunjukkan stress pada orang yang menyebabkan i stress..so people out there..kalau i moncong je muka kat uol..means u r the one who make me stress..mungkin i meluat kat u ke..mungkin i menyampah kat u ke..maybe ur attitude tak kene ngan mata i ke..dan macam2 lagi la..

So..berbalik kepada soalan kenapa nak tunjukkan stress tu kat orang..? itu akan menyebabkan orang lain turut stress..kenapa jadi cam tu..sebab suasana persekitaran yang murung mempengaruhi emosi seseorang..so kalau u ceria..orang senyum u senyum..makanya suasana persekitaran akan jadi ceria..ini pon secara tak langsung akan kurangkan stress u..

Cam mana nak kurangkan stress..sebagai orang islam apa lagi..sembahyang la..ambil wuduk sembahyang mintak kat Allah..bagi hati tenang..pikiran lapang..mintak Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk keluar dari masalah..sembahyang istikharah..mintak petunjuk..sembahyang tahjud, sunat taubat, sunat hajat..mintak diampunkan segala dosa..insyaAllah tenang jer jiwa..jernih jer muka..kusut2 semua hilang..

Sebagai orang Islam hanya pada Allah jer kita meminta..segalanya datang dariNya..kita pon datang dariNya..salah satu cara nak bersyukur adalah dengan mendirikan solat..ni tak..gaji riban2 dapat tiap2 bulan..bersyukurnya tak jugak..asyik complaint..merungut..cam mana jiwa nak tenang bila hati tak pernah bersyukur..tengok orang sembahyang turun naik turun naik depan mata..buat tak nampak jer..memang buta hati ke atau sengaja membutakan hati..kalau tak malu ngan orang sekeliling..at least malu la kat malaikat yang dok kiri kanan kita ni..haih..

I pon bukan baik sangat..sekadar mengingatkan sesama manusia..nak tak dengar tu lu punya pasal..kubor asing2 arr..mati tak tentu masa..so lu pikir la sendiri..kembali kepada topik stress tadi..selain sembahyang dan berdoa, bleh la kita pegi bercuti, spent time ngan family atau kawan2..selain tu, memaafkan orang lain pon bleh kurangkan stress..tak cayer cuba la..maaf seikhlas hati tau..experience sendiri it works..lepas maafkan orang yang kita marah tu hati rasa tenang jer..

Selain tu, boleh la relaks2kan diri, manja2kan diri kat spa..buat activities yang kita suka contohnya berkebun, tengok movie, memasak, menjahit, shopping dan lain2 lagi..depends pada minat masing2 la..cam i, i suka menjahit..so bila menjahit tu rasa cam stress tu hilang kejap..

Selain daripada tu boleh la jugak bersukan atau senaman..bersukan dan bersenam boleh kurangkan stress ok..tak caya cuba la..benda kalau tak cuba tak tau..uol rasa, dengan dok terperap dalam bilik bleh hilangkan stress ke? menambahkan stress ade la kan..so keluar dari bilik..dari rumah..hirup udara segar..buat activity yang menyeronokkan kita..insyaAllah stress hilang..

Dah takde idea dah nak merapu ape..so jangan stress2..stress boleh membahayakan kesihatan..stress bleh merosakkan perhubungan..tarra..


Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...