Shawlitas Dah Sampai Ke Singapore

Oh i sangat teruja bila dapat order dari Singapore..tak sangka plak bleh sampai ke luar negara..walaupon Singapore tu tak la jauh mana pon ngan Malaysia but still luar negara..i bersyukur sangat kat Allah Swt atas rezeki yang Dia berikan kat i selama ni..

Kepada customer2 ku dari Singapore..thanks for the payment ya..uol memang best..senang berurusan ngan uol seme..esok i akan poskan seme order..dalam masa 7-14 hari uol akan dapat parcel uol..

Hope pas ni dapat order dari brunei plak kan..

Smileeeeeeeeeee!!!!!!

Coming Soon..3 Layer Inner..


Nantikan kemunculan inner 3 layer ni..

COMING SOON...VERY SOON...

Shawlitas Punyer Customer













Membuatkan saya semakin bersemangat untuk berniaga..hehe..thanks for supporting my blogshoppe..

(^_^)

Hatiku Di Harajuku

Salam peep-pals!!

Seperti yang dah dinyatakan dalam entry sebelum ni..i tengah baca salah satu dari novel Ramlee Awang Mursyid..




Actually i belom pon habes baca lagi novel ni..so far ok..i suka jalan ceritanya..ganas dan suspen..bila baca novel ni kata rasa cam taknak berhenti..perasaan nak tau apa yang akan jadi selepas ni tu meluap2 membuatkan mom asyik marah sebab i asyik ngadap buku sampai bis sis soh bawak keta pon tak mau..i start baca novel ni rabu lepas..dalam bas on the way nak ke KL..novel ni i dah lama beli..cuma tak berkesempatan nak baca..actually i suka baca novel bila travel dalam bas ke keta ke..supaya tak boring and asyik buat taik mata jer kan..so masa on the way balik dari kl..big sis pon nak balik jugak..so balik naik keta ngan dia la..

Berbalik kepada novel tu tadi..i ada baca satu blog ni yang menghentam teruk novel Hatiku Di Harajuku..for those yang nak baca apa yang penulis blog tu kata sila klik sini..entry ni buat tahun 2007..masa tengah cari2 gambar terjumpak plak blog ni..pada i..i suka jer novel ni..even dialog dia guna bahasa jepun dan ada translation kat sebelah pulak..i still suka novel ni..

Novel ni memang memberikan kesan pada emosi i..sampai malam tido pon termimpi..novel RAM bukan 100% cinta la..diakan penulis thriller..apa yang i maksudkan tu bukan la bunga2 cinta dalam novel tu yang membuatkan emosi i terganggu..tapi cara olahan citer tu yang membuatkan citer ni cam real..kira i sampai rasa cam i pon ada kat dalam citer ni..sungguh menarik..several kekurangan tu biasa la..manusia tak perfect..just take it as entertainment..lain la kalau baca buku2 ilmiah kan..salah fakta memang susah..so lebih kurang tu halalkan jer la..


What next?

Cinta Sufi..tak sabar nak tunggu..dalam bulan march jugak nak kuar..for those yang dok kat kl bleh pegi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC 19-28 March 2010..for me..kena la tunggu novel ni masuk kedai..huhu..

10% kecewa dengan 9 Nyawa

Salam Uols,

Sekarang ni cam tak active sangat nak update blog..bukan sebab pe..i kan busy ngan online boutique..sebab tu yang tak dapat nak update selalu tu..lagi plak sejak dua menjak ni cam letih lain macam ja..apa..ngandung?..gila ka hapa..kawen pon blom..bopren pon takdak..nak ngandung kehapa..

Sekarang kan musim panas..so cam dehydrated skit la..sebab tu yang letih gamaknyer..ingat lagi entry pasal novel Ramlee Awang Mursyid 9 Nyawa?..tak ingat?..tak ingat klik sini..ok..apa yang i nak cita kat sini adalah..i dah habes baca novel tu..actually dah lama habes..tapi cam besa virus M penuh dalam badan kan..huhu..

Apa yang i bleh kata pasal novel ni..so-so..bukan tak best..cuma tak sehebat Novel2 RAM yang lain..kira tak bisa mengetarkan dada ku la novel ni..huhu..jalan citer dia menarik..cuma i tak rasa tarikan yang kuat untuk i stick on baca dan emosi tu ada sedikt kureng berbanding novel2 yang lain..tu i la..orang lain tak tau la..but for me..9 Nyawa cam tak bleh nak best Trilogi Bagaikan puteri, Ungu Karmila, Mikail dan Hatiku Di Harajuku..

Walau cam mana pon..9 Nyawa tetap best..cuma apa yang i nak tegur skit (cheaa..macam la RAM baca blog ni)..banyak kesalahan ejaan..ada jugak several kesalahan lain yang susah nak citer kat sini..i rasa auditor terlepas pandang kot..yer la sebab banyak manuskrip yang nak kena tengokkan..memang pening la dia tengok word2 semua..i tak salahkan sesapa la..sebab manusia tak perfect kan..as long as jalan citer dia ok..tak pe la salah sket2 tu..tutup mata jer la..

I tengah baca satu lagi hasil karya Ramlee Awang Mursyid..will update kat entry seterusnya..

Malam yang Panas

Semalam adalah merupakan hari yang panas sangat..sebab tetiba takde letrik kat rumah..dalam kol 2.30 am cam tu i terjaga sebab tetiba air-con off sendiri..sekali takde letik daa...hmm..panas wei..i cam curiga la jugak kan kot2 suis utama yang tetiba off kan..so ajak mummy turun (takot wei turun sorang) nak check suis kan..sebab kat luar lampu jalan nyala..

Tak puas hati ni terus call TNB tanya..port kat Taman S*****h..ada prob..customer service tu kata ambik masa 2 3 jam jugak la..sib baik bilik tak panas sangat sebab sebelum tu pasang air con..haih..tapi makin lama makin cam berbahang..sabor jer la..last2 dalam kot 4.30 am cam tu letrik dan ada balik..haih..akhirnya..lega..

Muhasabah Diri

Salam uol!!

Dalam dok selak2 website yang melambak2 dalam internet ni..tetiba i stumbled upon this phrases..nak kata poem bukan..tapi bila di baca dan diteliti maksudnya..makan dalam tu beb..i sokong 100% penulis ni..which is i dont know who la kan..sometimes kita terlalu mengejar kesempurnaan sedangkan kita ni pon tak sesempurna mana pon..kita rasa kita hebat..kita best..sebaliknya tak hebat mana pon..tak best mana pon..

Kita ni manusia biasa..ofcoz la ada kekurangan dan ketidaksempurnaan..so terima la kekurangan dan ketidaksempurnaan orang lain tu dengan ikhlas dan redha..insyaAllah orang lain akan terima keadaan diri kita dengan ikhlas dan redha jugak..kalau tak sekarang pon di masa hadapan..lambat laun dia akan terima gak kita seadanya kita..


Baca dan renungkan la ayat kat bawah ni..semoga ia bisa mencairkan ego dan bongkah batu yang ada dalam kepala tu..dan semoga jugak ia bisa melembutkan hati yang dan lama menjadi keras tu..wallahu'alam

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tak setulus Zulaikah.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat hajar.
Mengapa didamba teman bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sesempurna Rasullah.
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,carilah kebaikan pada dirinya.
dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus jadi milikmu.

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...