Showing posts with label Puasa oh Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa oh Puasa. Show all posts

She's not with us !!

Salam peep-pals!!

Lama tak berblogging..bukannya apa..sibuk benar dengan aktiviti harian..teringat jugak kat blog yang dah semakin bersawang ni..macam dah terabai...haha..kesian..sedar tak sedar dah 29 hari kita berpuasa..esok dah nak raya..kejap jer rasa puasa tahun ni..macam baru semalam mula berpuasa..ramadhan bakal meninggalkan kita tak berapa jam lagi..sedih plak rasanya..moga2 Allah panjangkan usia i untuk merasai kemanisan ramadhan dan kemeriahan aidilfitri tahun depan..amin...

Tahun ni rasa lain skit..sebab beraya tanpa seorang ahli keluarga..my big sis kan dah kawen tahun lepas..tahun ni dia beraya di rumah mertua..so cam tak berapa nak best..sebab tak pernah beraya tanpa dia kan..mummy pon cam tak happy jer..sebab ni tahun pertama dia beraya tanpa big sis..kesian mummy..sampai demam dia memikirkan benda ni..

Actually kan..rasa cam tak best raya tahun ni..sebab takde dia..so cam malas nak beraya pon ada...mungkin rasa pertama kami sekeluarga jatuh pada 2 Syawal..sebab raya kedua baru dia balik beraya kat sini...haih..nasib la..esok2 i pon sama gak..once dah kawen memang terpaksa la..melainkan kawen ngan anak yatim piatu..

Setiap ibu bapa akan merasai benda ni..esok2 i dah tua ada anak pon akan rasa jugak benda ni..cuma kena redha dan terima hakikat la..nak buat macam mana kan..i beraya di rumah jer la macam tahun2 lepas..nak balik rumah nenek sebelah mak, dua2 dah takde..sebelah ayah plak..first day raya lagi nenek, pakcik makcik n cousin2 semua datang rumah...huhu dah terbalik plak kan..haha..so raya lepak rumah jer la..

Tahun ni plan nak buat open house..sebab tahun lepas tak buat dan tak beraya pon..tahun lepas weol sebok prepare wedding big sis..tahun ni buat la open house..kalau tak buat alamat tak merasa la suasana raya tu..haih..letih dah nak menaip..sampai sini jer la..

~peace~







Puasa hari ke 20..

Tak lama lagi nak raya..preparation..biasa2 jer..mood raya takde tahun ni..sebab semua orang kat rumah memikirkan nak kenduri kawen kan..so takde sape pon yang focus preparation untuk raya..as for me..same..malas nak pk..serabut otak memikirkan preparation kenduri my sis..dia lagi serabut la kan..nak uruskan kerja2 kat pejabat agama la apa la..

Rupanya susah jugak nak kawen..macam2 nak kena buat..hal pejabat agama pon remeh jugak..blood test la.. apa la..susah la..tapi elok jugak cam tu..so that orang tak ambik mudah hal kawen ni..tak suka cerai cam tu ja..kalau susahkan hal kawen ni at least they will think banyak kali la nak cerai n kawen lagi kan..dah kwen tu susah giler..sesenang je nak cerai..tapi kalau dah tak leh diselamatkan nak wat cam ner kan..kuasa Allah..

Haih..sepuluh hari lagi nak raya..kejap jer rasa puasa tahun ni..hari ni mood adalah sedikit emo..ntah la pasai pa..umur meningkat tua ni..emo jer keje..takkan nak manopaus kot..

Suram + Sunyi = Boring

Makin lama makin suram jer hari2 yang dilalui..makin lama makin busan jer..kenapa ya? FB pon dah cam lesu dan sunyi..semua pon dalam mood posa a.k.a tak larat..nak main game kat FB lappy plak lembab cam siput tutt..so kalau bukak tu memang lembab giler la loading..kalau main cafe world memang hang terus la..haih..kesian lappy ni..cam tuan dia dah jadinya..esok bawak alatan mengait la..baik mengait daripada mengadap FB yang semakin sunyi dan muram..

Actually takde idea mau update apa ni hari..so sebab tu cam hambar jugak entry ni..Selamat Berbuka semua..makan tu ingat aku ya..

Makcik Wak Lu..

Semalam pegi bazaar ramadhan ngan kak na..actually mummy dah masak kat umah..tapi dia nak makan popia basah..so pegi la jugak..tetiba teringin nak minum ayaq nyok..orang kedah kan kena la cakap ayaq nyok..mahal wei..sebungkus 3 hengget..ape mahal sangat ni..marah ni..dia cakap dia kira sebiji kepala..tak de maknanya..sikit jer air..isi kelapa pon tak sampai setengah bijik kepala..bengong..menci menci menci..

Masa sampai kat booth popia:

I : Popia goreng RM2 popia basah RM2
Budak jual popia : Ok

Selang beberapa minit

Budak jaga popia goreng: Popia goreng siap..sapa punya?
Budak jual popia : Ni bagi kat Makcik ni..


Makcik? adakah aku ni nampak cam makcik di mata dia..waaaaaaaaaaaaaaaaa....nak meraung jer rasa kat situ..hampeh punya budak..takde mata ke..aku yang muda trang tang tang ni dia panggil makcik..ada ka patut..kechik ati ni tau..sob sob sob..posa sampai buta ke..menci menci menci...

7 Hari Berpuasa

Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa..kan kan kan..seronok plak rasa puasa tahun ni..tak la letih sangat even dah berbulan2 tak makan nasi..even sahur pon tak..makan roti Gardenia Breakthrough, kepingan ayam giant (bornless) n salad jer everyday..

Badan ada susut sikit..habes la baju untuk pakai kenduri kat tailor tu..mesti besar jadinya..hmm..takpe la..kot2 lepas raya nanti gemok balik ke..huhu..so kawan2 dan beli kad raya? i rasa i tak send sesape kad kot..actually dah 2 3 tahun dah tak send kad raya..cam malas pon ada..so tahun ni pon tak..ringan keje posmen yer..tak teruk2 nak ngantar kad raya banyak2..

Apa juadah untuk berbuka hari ni..? masak ke main tunjuk2 kat bazaar ramadhan..? pada yang masak selamat masak..pada yang tak sempat tak pe la..beli jer senang..cam i..mummy masa ka kat rumah..yer yer i ni anak dara yang paling senang..beli tak masak tak..mummy siakpkan kat rumah semua..i balik buat air dan makan..bukan malas ya..no no..jangan salah paham..mummy nak masak nak buat cam mana..

Cam mana ngan baju raya..dah siap ke..nak tanya dah buat tak kena sangat..sebab mesti dah tempah sebelum puasa lagi kan..sebab bulan puasa tailor tak mo ambik dah tempahan..cam i..dah siap..tapi bukan baju raya..baju untuk kenduri kakak i 16 Sept ni..so tahun ni takdo baju raya..pakai baju lama je..takpe la kan..bukan budak2 pon..

Petang ni ingat nak gi bazaar ramadhan..nak beli air..tapi hujan plak..hmm tengok la cam mana..Selamat berbuka puasa semua..jangan lupa terawih ya..

Ramadhan Al Mubarak 2010

Ramadhan datang lagi. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dipanjangkan usia untuk merasai nikmat bulan ramadhan tahun ini. Salam Ramadhan kepada semua kawan2..Hayatilah Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan dan kesederhanaan..

Nama saya Sya'ban,saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua-dua anaknya SAHUR dan IFTAAR. Mereka akan ditemani oleh 3 org cucu iaitu RAHMAT, BARAKAH dan KEAMPUNAN..mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL Airlines....Hargailah mereka dan anda akan mendpt pahala yg berlipat ganda...INSYAALLAH~AMIN...SELAMAT BERPUASA

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya yang panjang yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan, telah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan 4 perkara berikut di dalam bulan ini iaitu:-

  1. Memperbanyakkan menyebut kalimah toyyibah, bertahlil kepada Allah (Laa ilah ha ilLah)
  2. Banyakkan beristighfar
  3. Doa meminta syurga (doa yang selalu kita baca sebaik habis setiap 2 rakat solat tarawikh)
  4. Doa meminta perlindungan dari neraka (doa yang di baca seperti tersebut di atas)

Jangan pakai lipstick nanti batal puasa

Info ni aku dapat dari blog seorang teman, Shaferlicious..thank ya sebab kongsi info yang berguna ni..


Actually aku pernah terpikir pasal benda ni..tapi aku buat bodoh jer sebab aku tak rasa penting sangat..tapi tak sangka sebenarnya benda ni memang salah pon..tapi aku ni bukannya jenes yang suka conteng2 muka..so tak de la masalah besar pada aku..cuma hari tu masa awal puasa aku kan deman campak seminggu..so bibir aku cam kering la kan..so aku apply la lipbalm..masa tu aku tetiba terpikir batal ke tak puasa kalau pakai benda tu (walaupon sebenarnya aku tak puasa pon)..dengan adanya article ni maka aku harap kita semua jangan buat2 lupa atau tak tau..kang tak pasal nak kena ganti puasa sebulan plak..sanggup ke..?..

Article from: Berita Harian Isnin 24/08/09


Memakai gincu boleh batalkan puasa?

Soalan ini sering ditanya setiap kali Ramadhan. Sesetengahnya menganggap ia dibolehkan kerana gincu sekadar dicalit pada bibir dan tidak kurang juga yg mengatakan ia tidak dibenarkan kerana takut tertelan gincu khususnya apabila bibir kering, secara tidak sengaja kita cenderung melembabkan bibir dengan lidah.

Penceramah bebas, ustaz Zawawi Mohd Yusof, berkata..

Gincu boleh larut dalam air liur dan mungkin boleh menyebabkan puasa terbatal.Justeru beliau menasihatkan wanita mengelakkan memakai gincu ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal.

"Kalau boleh tidak payah pakai gincu apabila berpuasa. Apatah lagi gincu itu mempunyai perisa atau bahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal apabila ia larut dalam air liur dan kita menelannya.Begitu juga dengan pelembab bibir yg digunakan untuk mengatasi masalah bibir. Bibir kering memang biasa pada bulan puasa kerana tubuh kekurangan air. Ini juga adalah cabaran pada bulan suci ini" katanya.

Tenggelam timbul

Salam semua...!!
Lama sungguh tak update blog..kenapa ya..kerana malas..dan kenapa entry salam ramadhan pon lambat gilos..sampai dah masuk minggu kedua baru nak wish..kerana aku terlantar seminggu deman campak..so sekarang dalam proses pemulihan..campak tu dah takda..cuma nak kata bebetul sihat tu tak jugak..
Seminggu cuti..minggu ni kena la masuk office..lama sangat dah kot tinggal keja..seminggu jugak aku tak bawak keta..kuar rumah pon tak..dok dalam rumah ja..bila bawak keta jadi kekok plak aku rasa..tu baru seminggu..kalau sebulan ka setahun ka tak tau la macam mana..
Puasa tahun ni biasa saja..sama macam tahun2 lepas jugak..takdo yang special..cepat sungguh masa berlalu..rasa macam baru ja kita puasa hari tu..apa2 pon SELAMAT BERPUASA..SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA INI DENGAN PENUH KEBERKATAN..

My life is one big soap opera - part 4 (Berniaga di Bazaar Ramadhan)

Goodday...!!!

Gambar kat bawah ni..memang gambar aku..tidak syak dan tiada keraguan..masa ni skema habes la..student la kekonon..masa ni aku final year kat UNIMAS tahun 2006..yer yer betol..aku tengah berniaga..ni bulan puasa ni..ni kira Bazaar Ramadhan kolej kitorang la..Kolej Bunga Raya..aku ngan kengkawan aku (Ann & Yana) share business bulan puasa..antara kitorang aku yang paling free..time tu aku cuma bawak 10 jam credit kalau tak salah..sket jer..so aku banyak sangat masa yang terluang..makanya aku la jadi mangsa menjaga gerai..sebab Ann dengan Yana dorang ada kelas English petang2..habes kelas dorang datang la lepak kat aku..Ann yang jadi mangsa basuh suma..thee hee..





Ni pandangan sisi..Ann yang ambik gambar ni..masa ni kitorang tengah sibuk packkan makanan dalam plastik siap2..senang..nak ambik jer..jangan hairan tengok aku pakai long sleeves tee..sebab aku dah terbiasa dari masa aku buat dip dulu..memang wajib pakai tangan panjang..bila dah masuk UNIMAS..terbawak2 plak..takleh nak ubah nak wat cam no..





Ni pandangan hadapan..sebelah aku yang baju belang2 kuning tu nama dia Yana..mudah 2 tahun dari aku..control jer kan..sebenornya malu..thee hee..kitorang jual salad buah, sambal petai udang dengan kueh..APE? SKET JER? wei..ni first day Bazaar..ko tak leh nak expect berapa ramai yang nak datang..karang masak bebanyak tak laku sape rugi...kitorang gak..

Salad ngan sambal tu kitorang buat sendiri..kueh tu kitorang beli..then jual..akak tu kasi murah la kat kitorang..so leh la jual..akak tu tak bulan pose pon dia jual kuih..banyak giler..macam2 jenes..tapi skunk tempat tu dah takde..dorang tengah buat jambatan..so gerai2 (kira pasar la) yang jual barangan basah cam ikan, sayur n makanan dah takde la..dorang dah pindah..berpindah dekat dengan pintu masuk utama UNIMAS..dah tak syok lagi nak soping jamu mata..sebab bebetol tepi jalan..haih~

P/S: Bangunan putih sebelah kiri korang tu la kolej kediaman aku..lawa kan..thee hee..ni kampus baru..kampus induk..akunyer kelas kat kampus lama..kene nek bus..bus UNIMAS la..*wink

Banyaknya makanan

Dear Peepers..

Tengok betapa malasnya aku ni..aku combinekan suma gambar..senang kan..this is menu semalam..semalam makan memang mewah habes..pada aku mewah la..sebab banyak benda yang mak aku buat..



Teringat zaman kechik2 dulu..kalau berbuke mak aku akan buat kuih menimbun2..mak aku tak suka beli kuih..dia buat sendiri semua kuih since i was kechik..kitorang berbuke makan kuih..dah diajar sejak kechik..sebab ayah aku dia berbuke makan kuih..tak makan nasik..dia pon dah diajar sejak kechik oleh mak ayah dia..kalau berbuka umah tok aku kat Serdang tu memang makan kuih..nak cita pasal berbuke kat umah tok aku memang funny..nanti ada masa aku cita..skunk ni cam malas jer..ni mak aku buat kuih banyak2 ni sebab ayah aku nak makan..yang cam karipap tu bukan karipap tau..tapi sfera..inti dia inti kelapa..nyok kata org kedah..yang ijau tu ketayap..ayah aku panggil gulung tikar..thee hee..pape ntah..sesoka ati tukar2 nama..yang bulat gebu tu kueh abok2..dalam dia inti kelapa gak..manis..kuning tu roti jala la kan..suma mak aku buat sendiri yer..tererkan mak aku..aku pon tau gak..tau makan..thee hee..



Memandangkan kuih yang ayah aku nak makan tu suma kuih yang aku tak berapa nak suke (except for roti jala la..my peberet bak kata kak EJ)..makanya mak aku masakkan nasik kat aku..nasik aku makan gak time berbuke (aku makan suma..tak memilih..tolak batu kayu jer)..tapi kang sahur aku tak makan la nasik..sebab dah tak leh nak masuk..aku makan roti jer sahur..ikan bakar tu beli kat bazaar ramadhan..sebab nak buat pon tak berbaloi kan..aku ngan mak aku jer berdua..kari ayam tu makan ngan roti jala..air asam dia sedap..beli ikan bakar dia bagi sekali air asam..yang cam telur tu memang telur pon..thee hee..telur bungkus..aku buat..thee hee..mak ayah aku kata sedap..sedap ker?



Ketam goreng cili mak aku yang perghh..lazat sampai menjilat jari jemari..


Tak sabar nak tunggu 2 lagi anak mak aku (adik ngan kakak aku) balik..dorang kalau ada lagi meriah..lagi banyak makanan sebab dorang memang soka makan..aku ni nampak ja macam tong drum..tapi makan kureng..thee hee..

Hari hilang barang jumpak balik sedunia

Good Evening..!!

Aku nak kongsi satu cita..cita mak aku dah terhilangkan purse dia..aku tengah tido masa tu..dalam kul 8 (pas subuh aku tido sebab kalau tak aku tersengguk2 masa berbuke nanti)..tetiba mak aku tu buat drama plak..


Mak: Nurul..purse mak takdak..
Me: Sapa ambik????
Mak:Bukan ada sapa ambik..mak nak pi buang sampah tadi..nak bukak pagaq letak purse ataih bumbung keta..bila sampai Petronas Taman Bersatu baru sedaq yang purse tu mak letak ataih bumbung keta..bangun kaih mak nak pi tengok kat sana sat..


Aku pon bangun..pegi carik kat luar rumah..lama sangat tunggu aku mandi la..nak siap nak ke office lak kan...sekali aku kuar bilik air mak aku dah ada dalam rumah..


Me: Cam mana?
Mak: Takdak la..tak tau la jatuh kat mana..nak buat macam mana ni..
Me: Pi buat report dulu la..pastu bari pikiaq nak buat apa pon..
Mak: Jom bawak mak sat..


Aku pon bergegas lah naik atas nak bersiap..time tu aku 'bugil' tu..pakai towel jer..thee hee..kitorang terus kuar..aku pusing2 kat tempat mak aku cakap dia pegi..takde weii..mak aku tu dah panic giler arr..biasa la kan..pegi balai..officer incharge kat situ cakap tak yah buat report..sekarang nak buat lesen ke kad bank ke tak perlu report bertules lagi..FINE !!

Dah meneru ke pejabat pendaftaran pulak..sib bek tak ramai org..sekali abang yang tukang tangkap gambar tu tak kasi buat..dia cakap mana la tau kot2 ada orang pulang kan..dia soh tunggu seminggu..FINE !!

Pk punya pk..mak cakap dia nak buat kad bank..sebab nak ambik duit..balik rumah plak..ambik salinan i/c dia..pegi la bank..dah isi borang nak buat kad baru..officer tu datang..cakap yang takleh..kene guna i/c ori..kene ada police report..NI TAK FINE !!! ni buat aku hangin dan meledak ni..rasa cam nak hamun ja polis tu..officer tu soh kitorang just batalkan kad tu..so aku isi la borang kuning plak..

Dalam nunggu nak dipanggil..tetiba mak aku dapat panggilan..sekali ada orang dah jumpak purse mak aku..Alhamdulillah..mak aku punya la berbunga2..budak tu cakap dia kat Unikl MSI depan Politech Tunku Bainun..huh..mak aku terus bagitau officer tu..officer tu cam blur2 jer..thee hee..

Kitorang meneru plak pegi Unikl MSI tu..nunggu la dalam 10 min..budak tu datang ngan kawan dia..budak tu handsome n cute ok..tapi adik2 jer..


Mak:Makasih banyak la adik..bagi balik purse cik..
Budak tu:Saya lalu nak pegi kelas tadi..nampak purse ni kat lantai..saa ambik..pastu tengok2..ada no phone..tu yang call..
Mak:Makasih banyak la..kalau pompuan ni cik dah peluk dah..(herkhzz..amboi2 mak..melampau tau)


Mak aku siap nangis2 lagi..emo terlebih..thee hee..aku hantar dia balik rumah..aku terus pegi office..dah kul 10.00 wei..sib bek dah call Mrs. Manager bagitau..terserempak plak ngan dia kat depan CIMB..masa aku tengah meneru nak ke Unikl MSI tadi..thee hee..

Sampai kat office..aku bukak lappy..n buat apa yang patut la kan..sekali
Mrs. Manager bagi tau yang dia tak tau kat ne HP dia..dah ilang satu lagi benda plak..dia kuar nak tengok dalam kete n nak gi ambik anak dia..dalam 30 min camtu..dia sms bagitau yang hp dia dah jumpak..kat sinki rumah ia..thee hee..sib bek jumpak ok..hari ni memang hari hilang barang jumpak balik sedunia

Hah..penat kan..aku lagi penat tau..nak menaip cita ni..petang mak aku sebok nak gi bazaar ramadhan..aku pun kesian mak aku busan kat umah bawak la dia..dia siap bawak karipap lagi..aku heran la kan..takkan mak aku nak berjual karipap 10 bijik kat bazaar ramadhan plak kan..sekali dia cakap dia nak kasi budak yang cute yang kasi balik purse dia tu..amboi2 mak..siap buat anak angkat lagi..wah wah..ni jealous ni..melampau tau..aku malas nak ambik port la..ikut mak aku la..pegi bazaar ramadhan..mak aku nak makan ikan bakar..cari la kat dia..beli sekor jer pon ikan kembung..pastu beli air tebu..tu jer..

Berbuke makan nasik ari ni..ada la 1 2 kueh mak aku buat..kitorang selalu makan kueh jer..jarang makan nasik..cannot go la..aku kalau makan nasik time berbuke..sahur memang takleh nak makan nasik dah..kene makan roti la jawapnya..dok sebok nak ketokkan ais..skali ayah aku balik..bawak bubur lambuk punya la banyak..dia sorang jer makan..aku ngan mak aku memang tak makan..lepak jap..ayah aku ajak berjemaah solat isyak n terawih..okess daddy..

Pas semayang..lepak tengok Mat Jenin..abes tu aku cam nak tido..sekali terpandang pc tu..gatal plak tangan nak online..thee hee..

Nak tido ni..mak dah bising..sebab dia takleh tido dengar bunyi keyboard ni..see u yer..

Sepetang Bersama Saya

Hari ni aku balik kul 5..sebab aku letih semacam..panas pon panas..dah 2 hari tak ujan..panas jer..mak lagi la nampak letih..aku soh makan sahur tadi takmo..dia tanak kasi tau aku yang dia tu letih sebab takmo aku bebelkan dia..aku teka je..tengok pon tau..

Balik letih2 ni malas la nak mandi dulu..aku lepak tengok drama bolly ngan mak aku..ntah apa ntah tajok dia..kat channel 'Zee' tu..best gak la..dah abes tu dia sambung ngan satu gi drama..yang ni tajok dia aku ingat..Sindoor Tere Nam..cite ni dulu best..tapi pas one of lead actress dia mati..tak best lagi..dah jadi kucar kacir n tak logik..malas nak tengok lagi..bikin ati gue panas..so aku terus melangkah ke atas untuk mandi..

Pas sembahyang..aku terasa plak nak coba mengonlinekan diri sebab TM kata dah boleh pakai internet kat umah aku masa aku call tadi..Yesza..now i'm here..berblogging sakan..kui kui kui..sambil berblogging aku layan satu game ni..aku main start 2002 lagi..Color Line..sangatlah best dan menguji minda..hehe..aku penah score 1000++ ok..bukan senang tau..nak lepas 100 pon belom tentu kalau ko takde strategy nak main..kene focus la..yang ni aku tengah main..so aku just Print Screen kan dia..thee hee..





Score sekarang ni 436 yang tinggi tu aku..hmm..ni dah nak KO dan ni..karang kene repeat balik la..karang sambung lagi la..nak turun bawah sebelom mak aku panggil..thee hee..mak aku selalu jelous ngan aku..asal aku dok atas jer dia panggil turun bawah..thee hee..tarra..

What did i do Last Friday..

Hah..baru nak update yang Friday punya entry..gila terok..kan dah kata internet kene potong..last Friday aku ngan mak pegi SP..tu memang wajib tu every Friday..pegi Tesco dengan Econsave..membeli dan membelah..ahah..mak kan dah retired..makanya dia lepak kat umah ja..so time aku coti jer aku leh bawak dia jalan..sebab mak aku ni jenis yang tak suka nak kuar sensorang..dia suka kuar ngan anak2 dia jer..manja toi..makanya aku akan bawak dia kuar ke mana2 dia nak pegi bila aku off..

Kitorang shopping groceries jer..dalam kol 2.30 pm balik rumah..sebab aku coti..makanya aku bercadang nak masak untuk berbuke ni..dah lama tak masak..sebab asyik busy jer..dulu masa aku study lagi kalau balik coti hari2 masak..macam2 jenis nasi aku masak..nasi minyak la..nasi briyani la..nasi tomato la..macam2 sampai dah takde nasi dah nak masak..*BTW aku ni memang suka masak..cuma masa dan tenaga jer yang takde sebab balik keje dah petang..Friday & Sat plak kadang2 aku kene keje..untung sape jadi hubby aku..gemuk la dia..sebab tu aku prefer laki yang kurus kering supaya aku leh sumbat dia sampai dia bulat cam aku..*grin~

Ada la yang mencebik mulut tu..hello..my exie boyfie kurus kering cam lidi ok..


Ni ada a few picas yang aku ambik masa berbuke..Tarra !!


Ni la antara juadah berbuka aku ngan mak aku..kitorang 2 orang jer berbuke..kesian kan..aku ngan mak jer kat umah..kakak ngan lil sis aku memasing dok KL n Batu Pahat..abang aku time coti jer dia berbuke kat umah..tu pon kalau takde kengkawan dia ajak kuar la..ayah aku takyah cite la..malas nak cite panjang..so aku ngan mak aku la hari "aku tengok ko, ko tengok aku"...:)



Pada korang2 yang tanya apa tu yang kaler itam tu..ni aku close-up skit..ni sebenornya bingka ubi kayu bersama gula melaka mak aku..dia berkobar2 pagi baiki wire my tiny cuty lil whitey oven yang terputus digeget tikus tu pagi sebelom kitorang ke SP..balik tu dia terus buat kueh bingka tu..n try oven tu..sekali tak leh guna sebab asal on jer blackout rumah aku..so dengan kecewanya dia guna cara traditional untuk masak bingka tu..last2 jadi la camtu..kueh bingka cedok..tak leh potong sebab dia melekat kat bekas tu..so mak aku cedok ngan sudu..jadi la Bingka Cedok Ubi Kayu Bersama Gula Melaka Mak Aku..wei sedap tau !!


Ni plak pengat labu..ni aku buat..jangan pandang orang takde mata ok..masa kat Sarawak dulu..selalu aku masak pengat ni..kat Sarawak barang mentah cam ikan, udang, sayur2 giler punya murah..nak histeria aku tengok harga dia..murah bangat..labu ni murah giler..tak sampai singgit pon sebiji..besar2 ok..dah balik sini aku jadi windu plak..kat Econsave aku jumpak labu ni so aku beli la..mak aku plak memang suka giler makan pengat..so aku buat satu mangkuk bunga2 cam kat atas tu..aku makan sket cam gambar atas ni..selebihnyer mak aku makan..:)



Yang ni plak spaghetti goreng..actually ni bolognese..tapi aku kasi goreng sebab karang mak aku tak makan..memandangkan aku sebok berangan masa dok sediakan paste dia (paste buat sendiri ok..tak main prego2 instant ni)..paste dia dah terkering..makanya spaghetti aku jadi pucat sebab tak cukup paste..rasa ada cuma color tu takde..hehe..lama tak masak jadi cam ni la..dalam tu aku letak daging, button mushroom n bronkoli..giler punya banyak aku buat..haha..mak aku makan sampai 2 pinggan ok..tu first time dia makan spaghetti..gambar yang korang tengok ni..actually pinggan kedua2 aku..hehe..


**Giler punya panjang caption..ghee..Abaikan quality picas tu yer..aku ambik guna hp Nokia 3200..aku ni mana la ada duet nak beli hp best2..tu pon aku beli masa study..;)

Karipap Karipap !!

Tadi kul 3.30 pm pegi ambik karipap..banyak wei..sebab bebudak ni order..rumah dekat jer..dalam 2 minutes dah sampai rumah..hehe..sampai office Kak Na terus call suma soh datang ambik karipap memasing..dia dah tak larat nak jalan..pas abes mengagehkan karipap..June turun..dengan pinky nike bag nyer..dah ready nak ke KL..bus kol 4.30 pm..kol 4.15 pm baru gerak dari office Kak Na..dekat jer...dalam 2 minutes dan sampai..hehe..gigih nak pegi awal2 buat apa..sampai bus belom bukak pintu..so lepak dulu sambil sembang2..ada la dalam 15 minutes..esok coti yer..plan nak pegi SP ngan mak..nak beli barang sket..busan mak kata asyik dok terperok kat umah..maklum lah..sejak pencen ni memang mak lepak kat umah jer..cian kan..Sekarang dah kol 5.20 pm..aku pon dah nak chiow..hmm..nak minum apa ya berbuke nanti..*think

My life is one big soap opera - part 3 (versi Ramadhan )

4th Day of Ramadhan Al-Mubarak..Last night i was really really really sleepy and so i couldn't update anything as i promised in the evening..*grin..entahlah semalam bukan makan apa pon..makan mee sanggul goreng dengan kuih cara berlauk ja pon..kul 8.30 mata dah tak leh nak angkat..gagah jugak la menunggu Isyak..pas Isyak ja boom..terus tak sedar diri..

****
hmm..berbalik pada cerita semalam..kenangan-kenangan berpuasa di hostel zaman-zaman belajar dulu..seronok pon ada..sedih pon ada..masa sekolah aku dok asrama..dari form 4 sampai form 5..aku sekolah kat Perlis..Teknik Kangar..jauh kan ! mak aku beria-ria nak antar aku pegi sekolah teknik..so aku pon malas nak cakap banyak ikut jer la walaupon berat hati aku nak pegi..berpuasa di sekolah ni biasa la..korang-korang yang pernah tinggal kat asrama mesti lagi tau..masa form 4 puasa kat rumah sebab kena time cuti sekolah..masa form 5 memang puasa di hostel..kena plak nak dekat SPM..seingat aku hari ke 3 puasa kot first paper..tak berapa nak sure..bersahur ni reramai kat dewan makan..sama la time berbuka..tengah menunggu azan korang leh tengok bebudak lelaki yang curik makan kurma (tak puasa la tu)..biji kurma tu dorang baling ke sebelah meja budak-budak pompuan..*masa tu lelaki kita panggil aspura, perempuan aspuri..biasa la..usik-usik manja anak-anak remaja..Ketua Biro, Ustaz Faizal *kitorang panggil dia ustaz sebab dia ni islamic..siap ada tanda lagi kat dahi..akan bacakan doa..kadang-kadang budak-budak lain bacakan..makanan tu biasa la..makan nasik..ada la 2 jenis kuih..More biasa je..yang aku ingat bubur kacang..lain-lain tak ingat sangat..bila dah hujung-hujung axam spm tak ramai yang tinggal..course aku punya subject adalah merupakan antara yang terakhir..maka akhirnya tinggal la kami 5 6 orang kat hostel..ada satu hari tu..classmate merangkap roomate aku Ina n Deq Nor) takde..dorang pegi rumah pakcik Deq Nor yang juga merupakan cikgu kat sekolah tu..Dewan makan dah tutup masa tu memandangkan esok last paper n kitorang pon dah nak balik..kesian aku..aku berbuka dengan roti jer..sampai la esok pagi..aku sahur dengan roti gak..kesian kan..berbuka baru makan..kesian kan..sedih tau..kenangan tu memang sukar nak dilupakan..tapi bila aku ingat balik aku rindu plak zaman tu..memang sangat best..kalau la boleh putar balik masa kan..

masa kat uitm biasa saja..puasa tak da yang menarik sangat..sebab uitm tu dekat ja dengan rumah aku..lebih kurang sejam setengah perjalanan dengan kereta..kalau jalan kaki maunya 2 3 hari baru sampai..LOL..masa puasa selalunya banyak masa di rumah la..so tak berapa nak rasa sangat..kenangan pon biasa2 ja..masa di unimas sarawak adalah merupakan sangat berpuasa yang sangat-sangat mencabar..1) sebab makanan dorang tu lain dari semenanjung 2) berpuasa di asrama dengan kengkawan 3)siap berniaga kat bazaar ramadhan lagi masa tahun 3 4)masa tahun 2 tak balik raya..huh~ sangat lah mengharukan tau..tapi banyak sangat kenangan tu..nak cita satu persatu memang tak habes punya..so i will update later la..sebab nak cita ni kena ada mood..mood sekarang ni mood ngantuk n malas..sebab kat luar tu hujan lebat..adios amigos berambos..tarra~



It's Ramadhan Again

Goodday peeps !

Ramadhan datang lagi..dah 3 hari umat Islam berpuasa..aku happy sangat sebab dah tiba bulan puasa..dalam keceriaan hati ni..terpahat rasa syukur pada Allah SWT sebab berpeluang merasai nikmat bulan Ramadhan sekali lagi tahun ni..Alhamdulillah..Bulan Ramadhan tahun ni sama macam tahun-tahun yang lepas..cuma yang bezanya..aku berpuasa di rumah..dah 2 tahun berpuasa di rumah..kan aku baru keja setahun setengah..tahun-tahun sebelum tu..aku berpuasa di hostel..

Puasa di rumah dengan hostel sangatlah berbeza..di rumah lebih sempurna sebab dengan family..kalau kat hostel tu dengan kengkawan..nak cita pasal berpuasa di hostel ni memang tak habes la..sebab banyak sangat kenangannya..nanti malam kalau ada masa aku cita la..sekarang nak offline..nak balik tolong mak masak kat umah..*macam rajin ja..*grin.. see yah..da..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...