The Books & I

Bila di hitung2 rupanya sudah lama tak baca novel cinta..last sekali baca novel cinta dalam tahun 2002 atau 2003..tapi tak ingat tajuk la..apa yang i ingat..dalam tahun 2002 atau 2003, novel terakhir yang i baca novel bertajuk Setinggan..novel ni bukan novel cinta..tapi kisah penduduk kampung setinggan..dari mula di buka sampai kerajaan ambik balik tanah tu..memang interesting..i wonder kenapa novel macam ni tak berapa terkenal..Novel cinta yang i maksudkan tu i baca sebelum novel Setinggan..

Novel Setinggan ni dia punya tebal memang tak hengat punya..haha..tebal gila..ada la tebal macam ensiklopedia..tapi best sangat..start dari situ i sedar yang i ni bukan penggemar novel cinta dan minat nak baca novel cinta tu hilang macam tu ja..actually dari sekolah lagi..i suka sangat baca novel seram..ingat lagi dulu masa sekolah rendah suka sangat baca novel seram Tamar Jalis..novel Bercakap Dengan Jin..dia punya tebal lebih kurang sama ngan novel Setinggan..Dulu novel Bercakap Dengan Jin tu memang tebal sebab dia kumpulkan banyak cerita dalam 1 buku..sekarang jer dia pecahkan satu2..tapi i rasa dorang tak cetak semula dah kot sebab tak pernah nampak dah novel tu di kedai buku..tu memang all time fav la..start dari situ i suka baca novel seram and tengok cita seram..

Novel cinta yang pertama i baca (actually i tak sure genre dia sebab nak kata cinta tak la romantik beria sangat) tajuk dia Badai Semalam karangan Khadijah Hashim..i still ada lagi copy lama dia yang cover dia warna biru tua tu..ada 2 copy kat rumah..actually bukan i beli..i think my dad punya kot..oh ya lupa nak citer..my dad memang suka baca buku..tak kisah la buku ke novel ke..dia memang suka membaca..dan dia punya passion tu turun kat i..i pon suka membaca..especially bila naik keta ke, bas ke, flight ke apa2 kenderaan la (tak termasuk moto dan basikal yer)..i memang tak tido la..i membaca dari start engine sampai la tiba di destinasi yang nak dituju..haha..memang tension pemandu kalau dapat copilot macam i..kah kah kah..

Berbalik kepada topic asal..Badai Semalam tu memang novel cinta yang pertama i baca..dan i baca more than 10 times..yer la masa tu sekolah rendah lagi..mana ada duit nak beli novel..so baca jer la banyak2 kali dah tu jer yang ada..actually ada lagi novel2 lain my dad punya..tapi mostly English..mana paham lagi masa tu..haha..lepas tu..i masuk sekolah menengah..baru la i mula baca novel2 lain macam Budak Setan, Lagenda Budak Setan, Budak Momok, Pilot Cafe, Sekuntum Bunga Sekeping Kad Seraut Cinta, Secangkir Kopi Panas Di Pilot Cafe, Kemelut Kasih dan banyak lagi la..i rasa bukan ratusan dah ribuan novel yang i baca..hasil dari pinjam di library sekolah dan awam..

Then bila tiba satu masa tu..otak i macam dah kebas dengan novel2 cinta..sebab banyak sangat kot baca novel2 macam ni..bila i habes baca novel Setinggan tu, i stop beli novel baru..memang takde lagi novel baru yang beli..i pegi sambung degree i bergelumang dengan buku2 akademik la pulok..haha..tapi ada jugak beli buku second hand dari lecturer yang buat book sale kat faculty..novel seram dan novel science fiction english..after a year macam tu kawan i pinjamkan novel karangan Ramlee Awang Mursheed Bagaikan Puteri..wahh terus jatuh cinta ngan karya RAM..i baca banyak kali jugak..tapi tak berpeluang nak beli hasil karya dia yang lain sebab sangat busy dengan study..lama la tak beli novel baru..habes jer belajar novel pertama i beli lepas dah keje sambungan Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta..then i follow novel2 karya RAM..habis jer baca novel baru dia i beli novel lama2 dia yang i belom baca..sekarang i know that what i need the most is novel2 RAM..

RAM ni bukan penulis novel cinta..tapi dia penulis genre Thriller..i memang suka genre macam ni so kena la ngan selera i..novel2 dia menjadi peneman i sebelum tidur dan masa i travel..sebenarnya minat membaca ni memang dari kechik lagi..i masih ingat masa kechik my dad ada belikan buku ABC..i suka sangat buku tu..then 1 day my lil sis dah koyak buku tu..i sedih sangat..nangis2 bagai..banyak la buku cerita kat rumah i..bedtime story punya pon ada..dongeng rakyat..siri Enid Blyton, Siri Salma (Siri penyiasatan yang lebih kurang macam Nancy Drew tu) dan banyak lagi la..dan buku2 tu masih ada lagi i simpan dan dalam kondisi elok macam baru beli..

Dulu masa kat sekolah rendah ingat lagi baca siri Pelajar :Tingkatan 1 Di Seri Melur and so on..haha..ada banyak siri kan..best sangat..berebut2 ngan kawan2 nak baca..pinjam kat library sekolah..zaman tu memang popular la siri ni..then ada siri salma, hardy boy dan beberapa siri lagi la..sekarang ni i wonder apa la yang budak2 la ni baca kan..tak tau dah apa yang popular sekarang...takkan baca novel cinta kot kan..

Actually bahan bacaan i dari zaman kechik sampai besor tak la tertumpu pada buku dan novel melayu sahaja..english pon banyak tapi mostly my dad yang belikan..ada la several yang i beli..tapi boleh kira dengan jari la..i tak baca bukan sebab my english teruk gila..tapi just i lebih suka baca karya anak melayu..culture dia lain..gaya bahasa dia lain..tak tau la orang lain pk macam mana kan..

Sebelum i habeskan ayat2 i..i just nak pesan pada parents kat luar sana..didik la anak2 anda untuk suka membaca..tak kisah la buku ke apa ke kan..kadang2 kita fikir susah betol nak ajar anak membaca..nak tanam budaya membaca dalam diri mereka..abang2 kakak2 pakcik2 makcik2..budaya membaca ni harus ada pada kita sebagai parent..baru anak2 akan ikut..ibu2 yang mengandung..banyak2 la membaca..anak yang kita kandung tu jugak mesti akan ikut jejak langkah kita suka membaca..tarra..:D



Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...