Panas hangat ganas bisa

Entry ni bukan ditujukan kepada sesape sekadar nak luahkan pendapat..bukan jugak aku nak menghina atau memperkecilkan apa2 tapi sekadar nak berkongsi apa yang aku tengah pkkan..


Ada seorang kawan yang baru aku kenali..mengajukan satu soalan yang membawa kepda 1 perdebatan yang hangat dan ganas..soalan itu:Kenapa Anda Tidak Bertudung?


Pada aku..soalan ni macam tak berapa nak sesuai ditanyakan sebenarnya..ni pada pemikiran aku la kan..sebab soalan ni sangat2 lah sensitif..orang kita ni tak boleh silap tanya atau silap cakap..cepat jer dia melenting..termasuk lah aku..tapi aku tak la melenting dengan soalan ni sebab aku penah kene tanya soalan lagi dasyat pada soalan ni (tak payah la aku detailkan apa soalannya..seolah2 tepuk air dalam talam plak kan..sesuai ke guna peribahasa tu..thee hee..)..ada baiknya kalau soalan macam ni "Kenapa Taknak Sembahyang" diajukan..aku sure perbahasan atau perbincangan akan jadi lebih peaceful dan menarik..


Sebenarnya iman seseorang itu bukan pada tudung yang dia pakai, bukan pada baju yang dia pakai dan bukan pada sopan santun yng dibuat2 yang dia cuba tunjukkan..Keimanan seseorang tak bleh diukur melalui berapa panjang janggutnya dan berapa tebal lilitan serban dikepalanya..pendek kata..tinggi mana keimanan seseorang, beriman atau tidak seseorang itu bukan dibawah kuasa kita untuk menilai..itu hak Allah..bukan hak kita..kita tak boleh kata seseorang yang tak tutup aurat dia sebagai seorang yang tak beriman kepada Allah SWT..kita tak boleh kata seseorang yang tutup auratnya (mengenakan tudung kepala dan memakai stokin kaki) sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT..sebab itu hak Allah..hanya Allah SWT saja yang berhak mengukur dan menentukannya..


Seseorang yang menutup kepalanya tidak mempunyai hak yang mutlak untuk memalukan dan mengkritik seseorang yang tidak menutup kepalanya..cukup sekadar menegur secara baik dan menasihati secara baik..membimbing dan memberikan kata2 semangat..memberikan pemahaman yang jelas berkenaan hal ini secara baik dan lembut..itu cara yang paling berkesan..


Dengan mengkritik kita hanya akan mengeruhkan keadaan..menutup aurat bukan sahaja menutup rambut dari dilihat orang bukan muhrim..tetapi menutup keseluruhan badan dengan hanya menampakkan tangan dan mukanya sahaja..memakai baju yang tidak menampak susuk tubuh jugak dikatakan sebagai menutup aurat..memakai stokin kaki juga dikatakan sebagai menutup aurat..adakah insan yang menutup kepalanya itu yakin yang dia sudah 100% menutup auratnya..dan paham erti aurat yang sebenarnya..


Kalau freehair itu dosa, maksiat jugak dosa..mengata dan mengumpat adalah satu dosa..fitnah itu dosa..menderhaka pada ibu bapa itu dosa (dosa besar lagi)..bersentuhan dengan bukan muhrin itu dosa..memuja2 dan mengingati manusia (contohnya boyfriend) lebih dari Allah SWT itu jugak dosa..adakah kita manusia ni sempurna?..kalau setakat freehair tetapi dia menjalankan perintah Allah dan menjauhi maksiat dikatakan sebagai tidak beriman kepada Allah SWT..itu sangat lah tidak adil..


Bercakap mengenai memakai tudung ni bukan sebarang orang boleh cakap..salah cakap kene batang hidung sendiri..macam menepuk air dalam talam (apsal la aku suka sangat guna peribahasa ni..thee hee..)..Pelakon A berlakon dalam filem tepi pantai..pakai swimming suit dan pario (beol eja cam ni)..ambik gambar untuk iklan sabun..separuh b***l dalam bathtub..setahun lepas tu dia dapat hidayah dan mula mendekatkan diri pada Allah dan menutup auratnya..disebabkan kejahilannya, auratnya masih dilihat orang melalui filem2 dan iklan2 yang dia lakonankan..walaupon semua tu berlaku sebelum dia insaf..sekurang2nya orang yang tengok tau cam mana rambut dia, cam mana susuk tubuh dia..apa warna kulit dia..sama la cam orang yang letak gambar dia (zaman2 dia jahil dan lupa akan sapa diri dia di sisi Allah SWT) untuk tontonan orang lain..walaupon dia dah bertudung sekurang2 nya orang tahu cam mana rambut dia..apa color rambut dia..apa color kulit tangan dan kaki dia..melalui gambar2 tu..tapi dia beruntung..sebab dia boleh buang gambar2 tu dari tontonan umum..klau artis dan model cam mana? filem dan iklan yang dorang berlakon tu bukan hak milik dorang..dorang tak leh larang sesuka hati kalau orang nak tayangkan kat public..fikir2kan la..


Adalah lebih baik kita memfokuskan kepada isu yang lebih berat iaitu solat..sebab solat itu tiang agama..kupas isu ni lagi baik..daripada menimbulkan salah paham orang lain..aku ni bukan nak mengajar (memandangkan aku pon masih mencari2 dalam memahami agama itu sepenuhnya)..tapi sekadar memberi pendapat..aku tak suka la tengok sesama muslim bertelagah pada benda yang tak perlu..


P/S: Tetibe aku jadi ustazah tak bertauliah plak...jangan marah ya..aku bukan menempelak sesapa..(menempelak tu..ni la akibatnya bila banyak sangat baca novel Ramli Awang Murshid..thee hee..jangan marah abang Ramli..)..aku sekadar meluahkan apa yang aku fikir..sowy bebanyak yer..


7 comments:

The Spiral Eyes said...

keimanan seseorang diukur melalui ketaatannya mentaati perintah tuhannya,dengan memakai tudung bermakna dia telah menyahut seruan ALLAH..
Apabila anda berkata keimanan seseorang tidak diukur melalui melalui tudung samalah seperti anda berkata tanpa solat itu masih dianggap beriman
solat yang baik dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,jika tidak masakan Allah telah berfirman
Jangan kita memandang remeh soal dosa,apabila saya membicarakan topik ini bukanlah bermaksud saya mempersoalkan keimana orang orang mahupun keimana saya kerana ia hak mutlak ALLAH,syurga dan neraka bukan ditentukan oleh saya namun bukankah sudah ada hadis dan firman serta nas nas yang mengatakan bertapa tidak menutup aurat itu suatu dosa?Jika tidak masakan dalam peristiwa Isyrak Mikraj Nabi Muhammad s.a.w melihat begitu ramai wanita di neraka yang diseksa atas sebab berkenaan
Jangan kita memperlekehkan dosa,isu solat dan isu tudung saling berkait rapat,dan telah ditegaskan bahkan disokong hadis hadis sahih betapa SOLAT YANG BAIK ITU DAPAT MENCEGAH KITA DARI MELAKUKAN PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR DAN JIKA ANDA BERSOLAT NAMUN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK MENUTUP AURAT,PADA AGAKAN ANDA ,SOLAT ANDA SEMPURNAKAH?
apakah anda ragu ragu dengan kenyataan solat itu dapat membentuk peribadi mulia.


dan sekadar pedoman untuk kita saya sertakan petikan dari Surah AL Ahzab ayat 59
(58) Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)

bukanlah saya seorang yang Ahli mahupun mengatakan bahawa saya lebih beriman ,saya tidak merasakan soalan tersebut sesuatu yang sensitif,apabila anda berkata beriman apakah susah bagi anda untuk mentaati perintah ALLAH?fikir fikirkan.Syaitan tidak pernah berasa jemu untuk menyesatkan manusia


salam ukhawah
Rabiah Al Adawieya

hoodedlicious said...

Setiap manusia ada pandangan masing2..saya tak kata saya betul..dan saya tak kata awak salah..niat itu betul..cuma pendekatan itu tak berapa tepat..mungkin awak boleh kaji balik pendekatan yang awak gunakan n come out with something yang lebih terima umum..yang mana tak menyakitkan hati sesapa..itu lebih baik..dalam menyampaikan dakwah mengajak orang berbuat kebaikan harus ada elemen2 memujuk..umpama menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus tepung tak berselerak..bukan semua orang paham apa yang kita meksudkan..sebab bukan semua orang ada ilmu yang kita ada..niat awak itu suci..kita sebagai khalifah dibumi Allah SWT memang ditugas untuk menyampai dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW..adalah lebih baik kite menggunakan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW sebab target kita adalah golongan itelektual (zaman sekarang banyak bijak pandai duniawi yang cepat melenting bila berbicara isu2 macam ni)..pendekatan yang digunakan jugak harus sesuai dengan golongan macam ni..saya just nak bagi cadangan n pandangan..i hope benda ni habes kat sini ja..sebab saya tak suka nak berdebat pada benda yang saya rasa tak perlu..saya sokong apa yang awak buat sekarang..even saya sekarang menilai diri saya sendiri..memikirkan secara mendalam dalam mencari diri saya sendiri..Insyaallah tiba masanya perubahan itu akan berlaku..niat itu ada..cuma keikhlasan belom cukup kuat..bila..tiada jawapan untuk tu..hanya Allah yang tahu..mengharap dan memohon pertunjuk dariNya agar kuatkan iman dan tetapkan dalam agama itu sahaja..

Redbloodsnow said...

yunk!!! Zie solute n suke ssgt ngan ur post n3 neh. Sape yg g BINGAI SANGAT mempersoalkan n mengkritik sume tuh kat awak yek??? plz la kan...she/he tuh sape nk mengkritik n menghakimi awak ssuke hati die...die tuh dh cukup perfect ker??? doesnt mean die bertudung, die leh masok syurga! eeee...geram aku ah!!! Sealim² mane pown die pkir she is...die dimate Allah adakah separti mane yg die pkirkan diri die???

Sepatutnyer die x usah ler nk tegur or mengkritik ke ape...sepatutnyer if die hargai awak sbg kawan die..die spatutnyer bdoa pd Allah agar awak die beri hidayah drpd Allah kan...Zie sgt² x suke okeh org yg seriak manusia tuh. DONT THINK DIRI TUH DH PERFECT SANGAT ok!!!

X payah ler die seriak tuh n berbangga diri. Isu btudung n x btudung adalah perkara yg sgt² sensitip...lebey² if org yg mmbangkitkan isu tuh org yg baru dikenal...it was like "HEY, WTF??? u dont even know me, duh!!"

saba la ea yunk...Asalkan kte tahu sape diri kte...Asalkan Allah sape diri kite...itu sudah mencukupi. HANYA ALLAH yg BERHAK menghakimi manusia kerana ALLAH SWT perfect dn MAHA BERKUASA!!!

itulah adat manusia yunk...mereka lebey suka menhakimi dn menghukumi sesama manusia...puiii..

~hehe..teremo plak aii yuuu..hehe**

Redbloodsnow said...

owh ye...pd ssape yg bc komen zie kat atas neh...plz...no heart feeling. it juz my opinion, kan hoodedlicious kan :)

hoodedlicious said...

Adikku sayang..thanks for supporting..jangan la marahkan dia..she just doing her job..dia pon bukan lah menujukan soalan tu directly to me..in general jer..cuma akak ni terpanggil untuk memberikan pandangan di blog sendiri..semua orang ada pandangan memasing..u also have ur own opinion..kan kan kan..apa2 pon..ko tetap cute dik..cutttttteeeeee bangat..i loike..

The Spiral Eyes said...

we are friend still...as a friend we should remind each other...and dont feel hesitate to remind me about my language.hahaha..seems like i used to it

hoodedlicious said...

ahaha..no problemo..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...