Los dan Faun vs Cicakman2

Olla Peep-pals!!!


Teka semalam aku pi mana..?..jeng jeng jeng..ahahah..






Semalam aku pi tengok wayang ngan adik aku..kami buat duology (ada ka word ni ..heha..bantai ja..)..Cita Los dan Foun n Cicakman2..yer2 aku tau dalam entry yang lepas aku kata aku ni bukan jenis yang suka tengok cita melayu kat panggung..oleh kerana semalam aku nak gak tengok cita Cicakman2..dan memandangkan start kul 5.15 pm..makanya kami terpaksa tengok cita Los dan Foun dulu untuk tidak membuangkan masa kami manjadi minah lepak dalam mall tu..kenapa tak tengok cita lain..yang ni n Antoo Fighter ja yang available..yang lain dah start kol 3.00 pm lagi..tak dak pilihan nampaknya..dari aku buang masa aku hampir 2 jam cam hantu rayau merayau takdah arah tuju baik aku tengok cita ni..



Los Dan Faun


Cita ni lawak gila..best gila..ni la first time aku tengok cita cam ni kat wayang yang mana aku gelak sakan..memang lawak gila..very entertaining dan sangat tak sangka yang cita ni best gila..sebab dengar tajuk dia cam nonsense kan..kalau nak ajak aku tengok sekali lagi pon aku nak..sebab sangat best..Kisah dia pasal Los dan Faun yang keja depa mencari barang hilang..Faun ni dia ada kelebihan cam Raven dalam That's So Raven kat Channel Disney tu..cuma dia ni bukan bleh tau apa yang akan jadi in future cam Raven..tapi leh tau kat mana barang2 yang hilang tu ada..memang best l..sebab depa terinvolve dalam satu konspirasi..tak sangka Khir Rahman n Stephen Rahman-Hughes tu leh berlakon lawak..konklusinya filem ni memang filem mesti tonton..sangatlah best..



Cicakman2


2nd filem yang kami tengok kelmarin Cicakman2..hmm..cita ni ok jugak..in terms of effect sangat membangga kan even ada la lack kat certain2 part tu..3D effect yang digunakan ketara sangat..kira nampak sangat la kata 3d character kan..tapi masih lagi berada di tahap membanggakan..well done !!


Cuma..dari segi jalan cerita dia pada pendapat aku agak longgar..yang mana pada aku ada beberapa scene yang aku rasa takdak pon tak menjejaskan apa2..then ada certain2 character tu yang cam samar2..ya aku tau akan ada eposide 3 bertajuk Rama..yang mana aku dapat menjangka yang character2 ni akan diperjelaskan dalam episode 3 ni..tapi aku jugak mempunyai rasa yang sepatutnya episode 2 ni tak diabaikan..sepatutnya episode 2 ni sama gah dengan episode 1..yang mana jauh lebih kukuh dan padat..setiap scene tu saling berkaitan..


Aku tak kata episode 2 ni tak best..or teruk..cuma perlu diperbaiki dan tingkatkan lagi..walau cam mana pon aku nampak character Cicakman tu ada kemajuan dan perubahan..yang mana Hairi a.k.a Cicakman tu nampak lebih matang, kuat dan serius..berbanding dalam episode 1..aku tak sure sebab apa ada watak Iman tu..sebab aku rasa watak Iman tu betol2 related bila dia kena culik n Cicakman kena selamatkan dia..sebab apa dia kena culik sebab nak dijadikan umpan untuk perangkap Cicakman..tapi aku rasa leh ja dia gunakan Tania..sebab dia pon tau yang Tania related to Cicakman as dia tau yang Hairi tu Cicakman..hmm..kena tengok sendiri baru tau apa yang aku cakapkan..konklusinya cita ni ok ja..sesuai untuk tontonan kanak2..

2 comments:

lunaticg said...

salam...
manusia sekarang memang tak boleh tinggal handphone kan? kekekeke... macamana la orang dulu-dulu hidup takdak handphone.

hoodedlicious said...

lunaticg,
Yeah..sebab dulu takdo banyak keta..so takdo banyak accident n mati mengejut..so tak la penting sangat tepon tu..dulu tak banyak kes rogol n bunuh orang tnpa sebab..so family tak la risau tahap maksima bila kita kuar rumah takut kena rogol la..kena bunuh la..sekarang banyak sangat kes2 cam ni..so ada tepon senang fam nak tau ko kat ner ngan sapa..dunia tanpa sempadan..so taham komunikasi pon kena la tanpa sempadan..tando la ko tunggu kat tepi tepon jer menunggu clien ko call..kalau ko kat jamban pon client leh call..takdo la ko kilik tepon office tu sekali masuk jamban..betol tak...

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...