Untuk mereka2 yang blur dan terhilang arah tujuan

Hello semua !!


Satu ketika dulu aku pernah bergelar sebagai Student IPTA..yang mana dalam otak dan pemikiran aku hanya ada kelas..dateline assignment..buku2 library yang dah tamat tarikh n nak kena hantar balik..test..quizes..final exam dan yang sewaktu dengannya..tak pernah aku terpikir apa aku nak buat bila aku dah habes belajar nanti..mana aku nak keja..cam mana nak mintak..sebab pada aku sekarang bukan masanya nak pikir semua tu..yang penting aku grad on time..yang penting aku leh jawap soalan2 final dengan baik..yang penting assignment aku siap n the best..bila hujung2 sem..sebok dengan carry mark la..last assignment la..final exam la..tak de lain dari ni semua..


Bila dalam 2007 aku habes belajar..aku jadi tak tentu arah memikirkan apa aku nak buat sekarang..takkan nak lepak rumah makan tido ja kan..mana aku nak keja..semua tu berlegar2 dalam pikiran aku..tambahan plak aku ni Graduate Industrial Relation n Labor Studies..susah jugak nak mintak keja guna degree aku..sebab Industrial Relation kat Malaysia ni masih terlalu muda..tak macam kat UK, US, German and so on..dalam pening2 tu aku dapat offer keja tempat aku keja sekarang..so aku tak nak pikir banyak2 n terus terima..dah setahun setengah aku keja sini..alhamdulillah..at least aku bekerja n tak menganggur..ada setengah kengkawan aku yang masih tak dapat kerja..means masih meganggur..tak dinafikan susah jugak nak cari keja sekarang..sebab apa..sebab kebanyakan company nak pengalaman keja atleast 1 tahun..so banyak fresh graduate yang keja tanpa kira berapa gaji yang dorang bayar n keja apa yang dorang buat demi untuk mendapatkan pengalaman dan mengukuhkan kualiti diri..pas dah kukuh baru leh market diri..baru leh demand..kalau fresh graduate dah demand memang nak kena penampar laju2 la kan..


Kepada mereka2 yang tengah belajar lagi kat tak kira la IPTA ke IPTS ke..sila la baca ni..aku ni bukan pandai sangat nak bagi2 tips ni..tapi ni serba sedikit dari apa yang aku baca..dan aku nak kongsikan dengan mereka2 yang masih tengah study, yang dah final sem or baru grad..mereka2 yang baru masuk IPT atau yang plan nak apply IPT untuk kemasukan Jun/Julai pon boleh baca..persediaan awal..


At least korang clear la kan apa tujuan korang masuk IPT, apa yang sebenarnya korang perlu buat bila dah masuk IPT n apa yang korang leh buat selain belajar, makan, tido n beronggeng2 kat IPT tu..tak la nanti bila korang dah masuk tahun 3 korang baru sedar yang korang selama ni cuma menghabeskan duit P*P*N beli HP baru, beli lappy baru, foya2 ronggeng2 n sewaktu dengannya..bila tengok balik buku panduan pelajar rupa2nya banyak lagi subject yang korang tak bawak lagi sebab tak habes2 carry paper yang kena repeat..atau banyak lagi paper tak ambik sebab bersenang2 dahulu (bawak jam kredit sikit gila untuk satu2 sem)..bila dah final year nak gerak gempur habeskan semua subject/paper memang sakit la..sebab korang kena sedar final year ada Final Year Project nak kena buat..tu memang akan ambik masa n tumpuan korang 100% tau..


Sebelum tu aku TAK CAKAP pasal korang yang ambik medic, engineering atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan sains dan teknologi..aku bercakap tentang mereka yang dalam business, sosial science dan sewaktu dengannya..kalau yang dalam bidang sains n teknologi memang tak yah cakap la..peluang dorang cerah skit dari mereka yang dalam bidang lain..sebab dorang lebih kepada teknikal..ok..harap paham..


Korang tau tak..degree n transkrip yang korang dapat tu hanya sekadar bukti yang korang ni graduate universiti n tiket untuk korang apply keja (junior eksekutif)..korang sedar tak yang bila dorang dapat resume korang..part yang mula2 dorang tengok adalah part pengalaman keja korang..then skill2 yang korang ada..kebolehan korang..then baru dia tengok CGPA korang kemudian U mana korang study..percaya tak..percaya la..itu la hakikatnya..kalau aku jadi interviewer tu aku pon akan buat cam ni..bukan senang nak kasi gaji..nak kena tengok worth it ke tak kan..jangan asyik tanya apa yang company leh kasi kat ko..sesekali tanya la apa yang ko leh kasi kat company plak kan..


Sebagai seorang student..korang kena betol2 clear tujuan korang study kat IPT..apa yang korang nak sebenarnya as a student..?..mesti la good grade every sem kan..dah tu apa korang kena buat..?..dah tentu la fokus n berikan tumpuan penuh kan..cam mana tu..?..buat assignment korang dengan penuh dedikasi, jangan ambik mudah test n quizes yang lecturer buat (means always prepare) dan yang penting study n faham apa yang yang korang study 2..sentiasa tanam dalam minda korang yang korang nak dapat good grade dalam semua subject n nak grad dengan CGPA yang gempak habes..grad on time tapi CGPA ciput tak guna gak kan..


Selama korang kat IPT tu cecuba la aktifkan diri ikut kursus2 extra (softskill) yang pihak IPT anjurkan..jangan la malaskan diri..bukan kena bayar pon..sebab karang bila dah keja korang akan nyesal sebab tak ikut course2 tu..takde dah free2..korang kena bayar untuk attend course2 tu..pihak company bukan nak organize sangat..kalau organize pon bukan dia nak hantar satu office kot kan..mesti la pilih2..kalau korang tak menyerlah takdenya dia nak hantar korang pegi..persaingan hebat woo..so stafs akan berlumba2 nak majukan diri..masing2 nak tingkatkan kualiti n produktiviti..untuk apa..?..nak kejar kenaikan pangkat n gaji ler..nak cepat naik kena la kukuhkan kualiti diri dari awal..bila dah masuk keje tinggal polish bagi cantek jer kan..dengan ni company akan rasa korang adalah aset yang sangat sangat sangat bernilai pada dorang..lagi plak..course2 softskill ni sangat sangat sangat berguna tau bila nak mintak keja..contohnya cara korang berkomunikasi sangat penting bila nak pegi interview..cara korang bawak diri korang pon penting..grooming n banyak lagi la..semua ni IPT melalui Majlis Perwakilan Pelajar and Unit Kerjaya n Kaunseling organize free je..kenapa nak bermalas2an join kan..dari korang tido jer kat bilik tu baik join ni..


Penuhkan la dada tu dengan ilmu2 lain selain yang korang study tu..jadikan otak korang cam National Geographic, CNN or what so ever channel kat astro tu yang padat berisi dengan pengetahuan2 am dan isu2 semasa..supaya bila korang bukak mulut tu orang cam terpegun.."Wah sangat updated n berisi budak ni"..ko tau tak competency exam untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (M41) sangat susah sebab soklan dia berkenaan isu2 semasa seluruh dunia..Malaysia punya tak main la..Sebelom pegi interview jangan lupa isi minda dengan info pasal company tu..baru la nampak cam bersungguh2 korang nak keja ngan dorang..Bila korang melangkah masuk dengan info penuh di dada..automatically korang akan jadi full of spirit n nampak sangat confident..


Sebagai student korang leh jer nak join project2 amal yang Majlis Perwakilan Pelajar buat..atau yang Faculty korang buat..atau yang Course korang buat..kalau korang leh organize sendiri lagi la bagos..kenapa..kerana melalui ni korang dah bagi satu gambaran kepada interviewer yang korang ni berkemampuan menjalankan tugas yang diberi dengan cemerlang dan mampu bekerja dalam pengawasan yang minima..company ni kalau boleh dorang nak ambik yang leh buat keja..dorang malas nak train2 ni..sebab nanti dah penat dorang train2 korang sampai korang bijak pandai korang lari pegi company lain plak..rugi la dorang..paham tak setakat ni..aku harap korang paham..


Selalu2 la berkunjung je Unit Kejaya n Kaunseling IPT korang untuk dapatkan info pasal program2 n kursus yang dorang buat..korang leh consult ngan kaunselor pasal kerjaya n sebagainya..jangan ingat orang pegi jumpak kaunselor tu orang yang adalah masalah jer..orang yang nak dapatkan nasihat pon leh pegi jumpak kaunselor..so rajin2kan la diri..supaya nanti bila korang dah habes belajar korang tak hilang arah..dah grad takde maknanya korang nak jumpak2 kaunselor lagi..nak jugak..bayar yang private punya..kat IPT FOC jer..so ambik peluang ni ok..gunakan kemudahan university dengan semaksimum mungkin..


Korang kene ingat satu benda..masa study kalau ko buat resport silap paling kuat pon lecturer masukkan report korang dalam tong sampah n soh korang buat balik sampai dia puas hati..bila dah masuk alam kerjaya..kalau korang silap buat report takut bos korang buang korang keluar office bukan buang report korang..korang kena ingat gak..silap yang korang buat masa study paling kuatkan akan memalukan korang ja..tapi kalau silap yang korang buat masa keje boleh mengakibatkan kerugian pada syarikat, syarikat saman korang dan korang dibuang keje..lebih teruk lagi korang didakwa di mahkamah..nak ke..so strengthen yourself and polish your skills..supaya korang betol2 sedia untuk bersaing dengan graduate2 lain yang hebat2 belaka kat luar sana..


Kepada mereka yang belajar kat IPT tu..bila IPT buat ekspo kerjaya rajin2 kan diri pegi..sebab dorang ada buat interview sekali..mana la tau masa interview company yang interview tu berkenan dengan korang..dah kuar2 U ada keja yang menunggu..tak la tanam anggur, ternak lemak n buat taik mata ja kat umah kan..korang ingat senang ke jadi degree holder yang nganggur..susah wooo..nak plak korang nganggur tu lama..lagi la susah..otak cam dah karat2..semangat cam dah luntur..ha..nak ke..lagi satu sapa nak tolong bayarkan study loan korang..cuba pikir skit..nak ke tetiba sampai surat saman mintak ko bayar lump sum sekali..tak bayar dia black listed kan ko..menyebabkan ko tak leh nak buat pinjaman apa pon termasuk pinjaman keta n pinjaman peribadi..nak ke..


So konklusinya..ambik la peluang masa di IPT untuk belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin..sebab setiap ilmu yang kita perolehi tu adalah sangat berguna..buang sifat malas dalam diri tu..sentiasa ingatkan diri sendiri tujuan masuk IPT..tanam dalam minda yang korang nak dapat result yang gempak setiap sem..tanam dalam minda yang korang nak grad on time..tanam dalam minda yang korang nak jadi orang yang berjaya..maka dengan sendiri semangat n motivasi tu meningkat..insyallah..cuba la..


Ok la..aku dah panjang lebar berleter ni..harap2 korang tak boring..aku tak niat nak takot2 kat korang sume..aku cuma nak korang tau hal sebenar n always be prepared for all the unexpected things n posibilities..aku pon tak offended sesapa..cuma berkongsi apa yang aku baca..kalau ada yang tersinggung ngan ayat2 aku mintak maap banyak2 la ya..sampai jumpak lagi..


P/S: Adalah amat menyedihkan bila mana setiap bulan korang bayar balik study loan korang..tapi bila korang tengok cert n transkrip korang angka yang tules kat situ sangat mengecewakan..korang belajar lebih lama dari orang lain (dengan alasan biar lambat asal grad) tapi angka yang tules kat situ sangat mengecewakan berbanding dengan mereka yang grad on time tapi flying colors..fikir2kan la..nak susah2 dulu senang2 kemudian atau nak senang2 dulu susah2 kemudian..umur yang muda, minda yang segar, tenaga yang kuat jangan disia2kan dengan beronggeng2..aku tengah ingatkan diri sendiri ni..dan jugak ingatkan orang lain..

4 comments:

Anonymous said...

hye kita dh add awak tau...:)

PeZaL H.E.O said...

yup aku setuju...make sure korang belajar biasa biasa ja tapi kemahiran hiduppastikan power, bercakap,komunikasi, karisma, pengucapan awam, PR....tak guna teori bermacam macam tapi tak reti nak sampaikan....betui ka?

~ mizzAmy ~ said...

~ wahh.. enti yg berguna. that's the truth. bukan senang nak dpt kerja sebenarnya. kekadang tuh, diorg tak tengok pun degree kita nih. diorg lebih kan pengalaman kerja. ~

hoodedlicious said...

nurul,
hey share the same name..ahaha..yah i dah add u jugak..


Faizal_Perlis,
Betoi tu bro apa ko cakap..tapi taknak la study biasa2 ja..nak la gempak boom bang..baru la balance n strong..kan kan kan..tak kisah la..setakat mampu la kan..yang penting isi minda tu dengan ilmu2 baru..polish kasi cantek..


~ mizzAmy ~,
You r rite girl..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...