Ramadhan Al Mubarak 2010

Ramadhan datang lagi. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dipanjangkan usia untuk merasai nikmat bulan ramadhan tahun ini. Salam Ramadhan kepada semua kawan2..Hayatilah Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan dan kesederhanaan..

Nama saya Sya'ban,saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua-dua anaknya SAHUR dan IFTAAR. Mereka akan ditemani oleh 3 org cucu iaitu RAHMAT, BARAKAH dan KEAMPUNAN..mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL Airlines....Hargailah mereka dan anda akan mendpt pahala yg berlipat ganda...INSYAALLAH~AMIN...SELAMAT BERPUASA

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya yang panjang yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan, telah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan 4 perkara berikut di dalam bulan ini iaitu:-

  1. Memperbanyakkan menyebut kalimah toyyibah, bertahlil kepada Allah (Laa ilah ha ilLah)
  2. Banyakkan beristighfar
  3. Doa meminta syurga (doa yang selalu kita baca sebaik habis setiap 2 rakat solat tarawikh)
  4. Doa meminta perlindungan dari neraka (doa yang di baca seperti tersebut di atas)

No comments:

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...