Awang Hitam

source: Yahoo News


KUALA LUMPUR, 20 Dis — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan kemasukan warga Afrika terutamanya dari Nigeria, didakwa banyak menimbulkan masalah sosial di negara ini.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mereka kerana banyak aduan mengenai penipuan ‘black money’ dan penipuan menerusi Internet melibatkan warga Afrika yang dikenali sebagai ‘Awang Hitam’.
“Kami telah menerima antara 70 hingga 80 aduan dari mangsa penipuan Awang Hitam ini yang dikenali melalui Internet,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya lagi, yang anehnya ramai yang menjadi mangsa ialah golongan cerdik pandai dan profesional yang terlibat dalam cinta Internet dengan ‘Awang Hitam’.
Beliau mendakwa yang paling dikesali kemasukan mereka ke negara ini di atas visa pelajar tetapi mereka lari dari pusat pengajian tinggi selepas mendaftar diri mereka sebagai pelajar.
“Oleh itu Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah memastikan mereka yang mahu belajar sahaja perlu diberi visa pelajar. Kami mencadangkan supaya had kewangan mereka dikenakan supaya mereka yang ada wang sahaja yang perlu masuk untuk belajar,” katanya lagi. Tambahnya, apa yang berlaku, mereka tiada wang untuk belajar tetapi mereka masuk ke negara ini untuk bekerja pula.
“Kalau setakat mereka mencari makan, kami tak kisah. Sebaliknya mereka mengganggu ketenteraman awam dan anak-anak gadis tempatan,” katanya lagi.
Tunku Azwil kesal kerana masalah ini sudah berlarutan sejak tahun 80an lagi tetapi kerajaan tidak bertindak tegas.

I guess not only Malaysia face this prob, other country also face the same thing..ofcoz not all black r bad..but because of one small group,the whole country have to bear the consequences..


2 comments:

CikTeddyCorner said...

msih ade org prcaye?isk3..

Dart Hyda Osman said...

Cik Teddy,
Its like masih ade lagi orang China dan Vietnam percayakan orang Malaysia sedangkan orang Malaysia pergi negara dia ambik pompuan2 dia bawak balik sini n jadikan pelacur..

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...