Salam Sejahtera !

Saja nak kongsi macam mana saya boleh turun 17 kg. Actually it took me 4 months nak turun 17 kg dan ianya tidak senang dan tidak jugak susah. 2 bulan pertama, focus saya hanya pada permakanan. Saya ikut kaedah suku-suku separuh. Saya pastikan kalori makanan yang saya ambil tidak lebih dari 1350 kal sehari, sesuai dengan berat dan gaya hidup saya. Bulan pertama saya turun 7 kg, happy tu hanya Allah saja yang tahu.

Lepas 2 bulan berat saya dah turun hampir 10kg, tapi dia dah semakin susah nak turun. Makanya saya mula faham, yang saya tak boleh hanya bergantung dengan menjaga pemakanan sahaja, saya kena mula bergerak. Saya start dengan briskwalk 10 ribu tapak sehari. Kemudian 20 ribu tapak sehari. Perlahan-lahan saya mula jogging, dari 1km membawa ke 3km, kemudian 5k dan seterusnya 7km. 

Namun 1 perkara yang saya sedar, semakin panjang jarak saya berlari, saya jadi semakin lapar. Akhirnya saya decide untuk mengubah dari berlari kepada hiking. Sampai akhirnya saya turun 17 kg. Itu yang orang tua-tua kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. 



Saya masih berharap semangat saya untuk sihat takkan pernah luntur. Saya harus kuat berusaha dan focus. Demi kesihatan dan masa depan. Nak travel the world kan. Mesti kena kuat dan sihat. Until we meet again!



No comments:

Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...