Krisis Mesir Meruncing !!!

Ceh..tajuk dah macam sari berita utama dah..tapi kan serius..day by day dengar berita mengenai krisis Politik di Mesir..haih..tak penah dengar macam ni punya teruk orang merusuh..actually memang kat Thai dan Iraq pon ada dulu..tapi tak plak la dengar sampai kerajaan kene hantar transport bagai nak bawak rakyat Malaysia balik..keadaan tu macam dah caca marba dah kat sana..macam panik giler..dengan makan semua takde..duit pon tak leh nak ambik..internet access n telephone kene block la apa la..haih..i tak dapat bayangkan kalau i kat sana macam mana,.takut..seram..sedih..sebak..macam2 la..paling kesian kes pelajar perempuan kita yang kena rogol kat sana..laporan bleh klik sini..haih..



Courtesy of Google


Dorang bertempur sesama sendiri, aku sepak ko, ko sepak aku, aku tumbuk ko, ko tumbuk aku..haih..apa la nak jadi..memang kat Thai lagi teruk tapi tak la sampai satu negara merusuhkan..ni sampai semua tempat orang merusuh sakan dah macam WWR dah..tak tau nak kesian ke nak meluat..Apsal nak bertempur sesama sendiri..ko nak pro kerajaan ke anti kerajaan ke diam2 dah la..tak payah la nak express sampai jadi macam ni..tak fikir ke anak isteri mak ayah adik kakak kat rumah tu..haih..



Align CentreCourtesy of Google


Daripada sebok nak merusuh tunjuk perasaan baik dok rumah dan fikir macam mana nak teruskan hidup esok hari..tengok apa yang dah jadi bila dorang mula nak tunjuk2 perasaan..penjara pecah..banduan terlepas..haih..see see..what had happened? dah la masalah politik menyerabutkan negara, ditambah pulak dengan masalah jenayah menjadi2..lagi masalah pelabur pelancong semua lari balik negeri..habes la ekonomi Mesir yang dibangga2kan tu..tu la..buat lagi hubungan dagangan dengan Israel..kan dah terima padah..haih..marah betul plak rasanya ni..



Courtesy of Google


Apa yang kita bleh wat sekarang ni, berdoa pada Allah semoga semua rakyat kita di sana selamat balik dan dijauhi dari bencana serta bahaya oleh Allah SWT..sedih betul baca newspaper hari ni..sebab dengan apa yang jadi di sana..bukan sebak kat rakyat dorang..sebak kat rakyat kita yang tak tau apa la jadi ngan dorang sementara nak tunggu dipindahkan..dah macam pelarian dah dorang kat sana..haih...banyak2kan berdoa dan berzikir ya..


Oh ya..kalau nak tau berita terkini tentang apa yang jadi di sana bleh ke 2 blog ni..i dapat dalam newspaper tadi..

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ <----student di sana sendiri yang update..i suka yang ni..
http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/ <-----di update sejam sekali tapi banyaknya diambik dari newspaper..



Do you really need a wedding planner for you wedding?

Courtesy of Google


Mungkin i bukanlah orang yang layak bercakap tentang perkahwinan (persiapan perkahwinan to be specific) sebab i takde kelulusan academic dalam bidang berkaitan atau yang seangkatan dengannya..all these adalah berdasarkan pendapatan i jer..so kalau uol tak suka atau tak setuju is up to u la kan..sebab setiap orang mempunyai pendapat masing2..dan pendapat kita berbeza2, tak sama antara satu sama lain..pendapat pakar plak lain..dan tak semestinya pendapat dorang to kita suka dan leh terima..tapi mostly kita suka dan leh terima la sebab dorang consult berdasarkan personaliti kita..





Persiapan perkahwinan nampak jer cam senang..tapi hakikatnya susah dan sangat rumit..sebab tu seeloknya bakal pengantin tu hired seorang wedding planner untuk uruskannya..ok ok..i know WP professional tu memang la mahal kan..yer la dorang tu dah bertahun2 pengamalan dalam bidang ni..so kalau dorang charge harga yang mahal tu standard la..kita tak bleh la kata dorang charge mahal ke ape ke kan..

Pada yang budget terhad bleh jer soh kakak ke, adik ke, cousin ke, makcik ke, mak ayah ke, abang ke mana2 relatives jadi WP..selain dari jimat, kita senang nak contact dan jumpak dorang ni..tapi kalau relatives yang bekerja tu kena sabar la ek sebab dorang pon ada commitment jugak..nak jadi WP untuk majlis sendiri? hmm..bleh tu bleh la..tapi end up sekerat jalan jugak..sebab takkan uol nak bersanding dalam masa yang sama nak manage majlis uol kan..yes..WP tu bukan setakat urus hal sebelum majlis..tapi semasa majlis berlansung jugak..dia kena pastikan semuanya berjalan lancar..makanan, jemputan, doorgift and so on..semuanya la..

So sangat penting untuk ada WP so that tak serabut majlis tu nanti..ramai orang tak nampak kepentingan WP..kenduri kat rumah or kat kampung pon ada WP dia actually..cuma secara officialnya kita tak la panggil dia WP..dalam sesebuah majlis perkahwinan tu..sape yang jadi kepala yang uruskan semua dari pemilihan menu makanan, penanggah, marhaban, jemputan, pelamin sampai lah ke bunga telur..? yesza..orang tu boleh dikatakan WP..selalunya mak dan ayah kita la kan..semua tu dorang yang uruskan..ada jugak yang adik-beradik yang uruskan..bergantung pada tuan rumah la dia appoint sape yang uruskan..

Pada family orang besar2 yang budget banyak, normally dorang ni busy dan takde masa nak uruskan semua ni..tau la nak uruskan majlis perkahwinan ni bukan bleh sehari dua..makan bulan jugak..so dorang selalunya akan hired jer WP yang ada brand (means ada nama la)..takpe la budget bukan masalah kan pada dorang..dan plak jemputan dari VIP sampai ke VVVIP..takkan nak buat ala2 jer dak..kena la ambik WP yang famous dan hasil kerjanya malatop..WP yang takde brand pon ok jugak bukan tak ok..cuma sebab takde brand means tak terkenal..so keyakinan tu agak kurang..some tu hasil kerja setanding yang ade brand..tapi dek kerana dia takde brand makanya orang kurang yakin dengan dia..

Macam mana nak ada brand..satu hasil kerja dia la..dua pengalaman dia dalam bidang ni..tiga berapa banyak wedding orang besar2 dan celeb yang dia dah buat..lagi banyak wedding orang besar2 dan celeb dia buat maka lebih famous la dia..cam tu la caranya..so WP yang baru bertapak kalau nak famous dengan cepat buat la wedding orang besar2 dan celeb..memang cepat naik..





Beza yang ketara antara WP yang profesional ngan yang tak profesional adalah labor fees dia..kalau yang profesional dan ada brand ni mahal la..kalau yang profesional tapi takde brand murah skit..means kat sini kalau nak yang profesional kene la kuar duit..kalau tak profesional ni free jer la..profesional kat sini means dia adalah WP by profession..jangan ingat i offend your fam yang jadi WP u plak..yang tu kita sebut as tak profesional sebab WP bukan profession dia..

Lagi plak..WP ni berfungsi sebagai finance manager jugak..sebab setiap perbelanjaan akan di kira..tugas WP ni kena pastikan yang expenses tak bleh melebihi budget..pernah tak dengar orang tua2 selalu kata kalau nak buat majlis perkahwinan tu budget jangan cukup2..kena lebih skit..kalau budget 20K kena simpan dalam 25K - 30K..bukan apa..selalunya akan tersasar dari budget..sebab apa? sebab takde perancangan..berbelanja tak ikut plan sebab tu jadi macam tu..tugas terpenting seorang WP adalah memastikan expenses tu tak melebihi budget..dan semua yang dibuat mengikut apa yang telah diplan..

Seorang WP tak semestinya memiliki butik pengantin..tapi nowadays WP memang ada butik pengantin..senang la kan..semua dia ada..so all bride-to-be out there..fikir2kan la u perlu ke tak WP ni untuk wedding u..kalau tanya i..memang perlu la..sebab u kene fikir kenduri ni banyak kerja nak kena buat..nak tempah dewan (bagi yang buat di dewan/hotel), nak tempah catering, nak tempah pelamin..all these memerlukan masa dan tenaga..sape yang penah uruskan majlis perkahwanan (i mean yang tak professional) tau la..letih dan stress...serius..trust me..



Courtesy of Andy Lim




Cititel Hotel Penang..

Pagi ni i pegi Workshop Jutawan..sape nak jadi jutawan jom ikut i..haha (gelak orang kaya)..ingat senang ker nak jadi jutawan..ade sesaper nak derma kat i 1 juta tak..i nak jadi jutawan..haha..ok ok enough mengarut..

Tajuk entry tak de kene mengena ngan entry..tajuk tu cuma nak menunjukkan yang i sekarang ni berada di Cititel Hotel, Penang..tu jer..sampai kol 5 petang i akan kat sini..so memang berasap la montot ku hari ini..tapi makanan kat sini bleh tahan best..hohoho..itu yang penting dan i suka sangat..wat pa kat sini..? ada la..jangan sebok bleh..? takde takde..kejam jer bunyinyer..i ada workshop kat sini..Workshop Jutawan..ngeh ngeh ngeh..cukup 40 kali..jutawan la i..hohoho..sambung mengarut balik..

Memendam perasaan menjeruk rasa...

Korang penah tak rasa perasaan korang di ramas2 di renyuk sebab korang terpaksa pendam perasaan korang dari dihamburkan..i selalu rasa cam tu..susah wooo bila kita terpaksa memendam rasa..nak luah takut ada yang tersinggung..terasa..sentap..tau la zaman sekarang..semua nak sentap..semua nak kechik ati..susah..last2 badan sendiri yang merana..rasa tak best..rasa benci..meluat bagai..



Courtesy of Google



Banyak benda yang i tak terluah sebenarnya demi nak menjaga hati dah perhubungan (bukan hubungan gelpren boipren ok)..kalau cakap kang sentap..dah calar relationship..kalau tak cakap i plak yang sentap..calar jugak relationship tapi dalam percentage yang kurang la..susah2..sometimes kalau kita luahkan dah orang salah paham..mula la dia ada tanggapan buruk kat kita..susah jugak...

Kita ni selalu jer takut dengan apa yang orang akan kata..tapi bila difikir2kan kalau asyik pikir apa orang akan kata tak bleh buat apa la nampaknya..sebab semua benda pon nampak tak elok di mata orang..yer la kita tak bleh nak senangkan hati semua orang kan..susah kan..so apa yang kita kena buat sebenarnya..


Jangan peduli apa yang orang kata dan fikirkan tentang kita..


Dah berbalik pada ayat yang sama..so nampaknya dilema kita takde kesudahan la kan..dah tu cam mana la..?

Tanya diri kita..kita ni milik sape? milik orang2 kat luar sana tu ke milik Maha Pencipta..? so apa nak kisah orang kat luar tu..kisah la apa yang Allah akan kata..bukan orang akan kata..as long as tak melampaui batas agama itu sudah memadai..yer dak..?

Berbalik apda persoalan yang pertama..nilai balik..worth it tak kalau kita luahkan perasaan kita tu..kalau worth it luahkan je la..kalau tak, tak payah la..buang masa ja..pikir bebetul..kalau luahan perasaan tu bisa menyinggung perasaan orang lain tak payah la..bukan apa..dah tak masal ko berdosa ngan orang tu..nak kena mintak2 maaf bagai..dosa sesama manusia hanya akan terhapus bila manusia tu memaafkan kita..so masalah pulak kan..cara paling baik..ko stay away jer dari dia..tak payah baik sangat dengan dia..dipendekkan cerita berbaik ngan orang tu berpada2..jangan rapat beria2 sangat..sebab yang rapat beria2 tu la nanti nak jadi masalah...orang kedah kata jadi 'bunga taik'..

So kalau kawan yang rapat tetiba menjauh tu paham2 jer la ek..mungkin ada benda yang dia tak suka tapi tak dapat nak luahkan sebab nak jaga ati ko tu..jangan ko pikir ko jer sakit ati..orang lain maybe lagi sakit ati dengan perangai ko tu cuma dia tak cakap..lu pikir la sendiri..ko pon bukan malaikat..

Ice Age 4: Continental Drift


I memang suka Ice Age..so tak sabar nak tunggu yang the latest ni..more hilarious i guess..video credit to Peraih Udang Dari Zimbabwe..ambik kat blog dia..lama lagi ni..2012 baru nak kuar...haha..sama2 la kita tunggu ya..or maybe i jer tunggu sebab i memang Ice Age huge fan..




Pinjam senapang gajah..nak belajar menembak hari ni..

Ada sesetengah orang tu memang hidup sentiasa bergantung pada orang lain..pegi toilet nak ekna berteman..nak pegi makan pon nak kena berteman..tido pon nak kena berteman..mati nak berteman jugak ke? fikir-fikirkan la..sampai bila nak bergantung pada orang lain..kan..kena la buat sendiri..kena belajar berdikari..berdiri atas kaki sendiri..kena belajar buat sendiri..bukan semua benda kita bleh harapkan orang lain buat..

Tu satu la..ada setengah orang ni..asyik orang jer kene tolong dia..tolong hantar barang la..tolong ambik sudu la..tolong beli makanan la..tolong jaga anak la..tolong ambik anak sekolah la..tolong jaga laki tak suruh plak..semua nak soh orang tolong..bila tiba time orang plak nak mintak tolong dia..banyak nar alasan dia bagi..dan yang paling menyakitkan ati bila dia merungut dan cakap2 belakang..itu la ini la..haih..masa orang tolong dia tak plak orang merungut atau mengata belakang dia..ikhlas jer..ni jenis tak kenang budi ni..orang macam ni mau tembak jer ngan senapang gajah...baru dia tau..

Kedua-dua jenis manusia ni sama jer..tapi yang second one tu lagi teruk la..tak leh pakai punya orang...di sekeliling kita mesti ada sorang dua macam ni..bila tak tolong marah..kan main lagi dia punya marah..dah tolong tak kenang pulak..bukan la mintak dikenang atau balasan..cuma at least pikir la skit pengorbanan orang lain..

Nak nak plak yang pilih bulu..haih hangin betol..kalau orang yang best2 skit di mata dia mintak tolong laju jer dia tolong tak cakap banyak (tapi merungut & mengata kat belakang la..)..memang tak ikhlas..tapi tak tau la..mungkin ada kepentingan dia kot makanya dia laju jer tolong orang tu tanpa banyak soal..so orang macam ni..u can go to hell..kalau ada yang terasa..ko pon pegi hell sama..yang ko nak terasa apsal..kalau ko tak buat tak payah la nak emo2..sindri mau ingat ya..tepuk dada tanya selera..


P/S: i orang macam ni i banned sampai mati..mati la ko bersama2 dengan perangai ko tu ya..i don't give a damn..what u give u get back..kalau orang tak nak tolong ko muhasabah la diri..sebab apa orang tanak tolong ko..sebab ko pon tak nak tolong orang..so fair kan..





Juara Kekal Juara Untuk Kali Ke 7

Semalam memang lawak gila..pulun buat semua cepat nak tengok final badminton punya pasal..turun kat Misi Saga (Sekolah Memandu) dalam kol 5.00 pm nak tengok, sekali beregu wanita start dulu...haha...dalam entry sebelum ni i ada cakap tak sempat nak tengok kan..tapi bila dok mengelamun tu cam dapat ilham plak yang still ada harapan sebab kat Misi Saga ada tv...teruk kan..hehe ...

So happy la sebab start kol 6.oo pm kan..so sempat la balik dan tengok dengan tenang..leka dok main fb mobile teringat plak cam dah lama plak dok main2 ngan hp..toleh tengok jam..alamakkkkkkkkkkkkk !!!! dah 5.45 pm..oh saya sudah lambat !! saya sudah lambat !! nasib baik dah tutup lappy semua dah..tetiba big bro tepon plak..mummy soh beli kelapa parut..oh saya sungguh tertekan ok..

Keluar dari office..hujan pulak..dugaan sungguh..dan saya lagi bertambah tertekan..pusing2 satu pekan cari kelapa parut..semua kedai takde..ada yang kata kelapa mahal la..takde stock la..what ever la..ohh sungguh geram..tetiba cam tingggg ! dapat idea...kedai dekat ngan rumah tu ada jual kelapa n sure ada lagi punya..

So tanpa berfikir panjang terus jer la pegi kedai tu..and as expected memang ada..uncle nyoq sebijik !!! tapi uncle tu nampak bz membungkus something untuk customer dia...ohh god !!! not now uncle..selepas beberapa minit..uncle tu settle urusniaga ngan customer tu..but he seems like lost skit..so i remind him once again..and he was like ahhhh ya ya !! and dia cam mencari2 sesuatu..then i pon berkata lagi uncle saya rushing nak tengok badminton sambil tengok jam..haha..cam desperate jer..so uncle went ahh boleh boleh...apa yang boleh nyer uncle oii..hadoi..

Selang beberapa second bila uncle dah siap timbang kelapa and hand over it to me ..i ulang lagi ayat saya rushing nak tengok badminton..haha..and uncle went cepat cepat !! ahaha..oh uncle, u sangat memahami..i masuk jer kereta dan pecut..dekat jer ngan rumah..within 2 min i dah sampai rumah..thank god tak start lagi..baru habes prize giving ceremony beregu wanita and whoever yang menang i don't care sebab dua2 team pon dari China..

Datuk Lee Chong Wei bermain ngan agak baik..and it paid off..he won Terbuka Malaysia..tahniah untuk dia..set kedua tu macam nak KO dah..tapi dia cam tersedar dari mimpi bila Taufik Hidayat jerkah (sergah) dia dengan pungutan mata yang super laju..hadiah memang lumayan..super lumayan..RM96,000 plus kerusi Osim..hebat !! hebat!!..

So sesapa yang ada anak kecil..dari sekarang la mula tanam minat kepada anak2 untuk join sukan..besar bleh cari duit melalui sukan yang mana lebih lumayan dari orang yang buat bisnes..Juara 7 kali berturut Datuk Lee Chong Wei bergegas2 plak malam ni nak ke Korea..sebab ada terbuka Korea plak..haih..tak letih ke..lepas satu satu kan..and guest what..seperti yang dijangka kan..Lin Dan tu memang ada agenda tersendiri bila mana dia tarik diri dari Terbuka Malaysia..dia plan nak menang dalam Terbuka Korea..prize lagi tinggi ok..sape tak nak kan..

Nampaknya Lin Dan ni bleh tahan jugak mata duitan..haha..yer la sape tak nak kan..nak untung besar kena la lepas yang kechik2 ni..so dia tak la tamak kan..dia cuma nak untung besar..tak salah la..mungkin bukan sebab tu..mungkin ada hidden agenda tersendiri..whatever it is Lin Dan ni menjengkelkan..bila dia buat macam ni membuatkan orang rasa cam apehal ko ni..poyo jer !!! even Taufik Hidayat pon tak setuju dengan penarikan diri Lin Dan..and he said that Lin Dan suka sangat dan selalu sangat buat macam ni..bukan la i pi sembang ngan dia..menurut kata pengulas sukan tu la..haha..

Ape2 pon..kita dah berjaya..oppss..Datuk Lee Chong Wei dah berjaya..haha..tahniah tahniah..Terbuka Korea tu tak de na letak harapan tinggi kalau bleh ke fina pon dah cukup bersyukur..bukan nak kata dia tak setanding Lin Dan (walaupon hakikatnya ya) tapi dia kan baru jer habes Terbuka Malaysia..so kita tak bleh la nak push dia sangat kan..ape2 pon..Chaiyok2 ya Chong Wei...

P/S: Lin Dan tu handsome la..lebih handsome bila dia stress..erkk..tetiba...lariksss...





Final Badminton Terbuka Malaysia

Apa yang dapat i katakan ketika ini..i stress sebab tak dapat tengok badminton final..dah dekat kul 5.00 pm..i masih di office..by the time i sampai rumah..dorang dah habes main pon..T_T...sakit ati pon ada..huhu...

Semalam Datuk Lee Chong Wei berjaya menumpaskan Chen Long dari China..kata pengulas percaturan Lin Dan tidak kena dengan menarik diri daripada perlawanan menentang Datuk Lee Chong Wei di semi final semalam..Dia meletakkan Chen Long di tempatnya dengan harapan Chen Long ranking ke 3 dunia mampu menumpaskan Datuk Lee Chong Wei yang dah 6 kali menjuarai kejohanan ni..Rasa2 kalau Lin Dan main sendiri bleh menang tak dia..harapan dia agak tinggi kalau dia main sendiri..dia tarik diri atas masalah kesihatan..mungkin jugak la..dia malu la kalau tetiba kalah plak ngan pemain ranking pertama tu kan..

Tapi hari tak dapat tengok pulak Datuk Lee Chong Wei Lawan ngan Taufik Hidayat..hadoi...tension2..haih..hope dia bermain ngan baik macam mana dia main semalam..semalam nampak sangat dia menang mudah dengan Chen Long..set pertama 21-9 set kedua pon sama..kejap je permainan..tak sama masa dia lawan ngan Lin Dan..nampak stress, penat dan struggle..Go Chong Wei..haha..

P/S: Tapi i tetap kecewa tak dapat tengok hari ni..T_T..

The Choice Is Yours..

Ok entry ni takde kena mengena ngan yang hidup mau pon yang dah mati..so jangan perasan, terasa atau kechik ati (merujuk pada diri sendiri..)..

Pada pendangan korang especially guys out there...i mean yang muda2 ni..yang tuo2 taknak tanya..kalau korang cari girl friend or wife girl cam mana yang korang nak..lawa? putih gebu? muka atak licin? kurus? badan cam model? muka comel cam nora danish?..ade ke laki yang cerdik2 pasal cintan cintun jer hati dia berkata yang dia nak girl yang montel, gelap, yang lawa dia agak so-so (tak bleh la kita cakap tak lawa sebab tu menghina kejadian Allah..dosa) dan macam2 lagi la yang tak best nak cakap..ade ke..kalau ade meh sini i nak interview dia..memang pelik mamat ni..

Kalau ko cakap ko la lelaki itu..itu la pembohongan yang besar ko penah buat..ko cakap tepon ngan girl yang ko tak penah tengok pon imaginasi kau membayangkan yang girl tu adalah lawa dan comel..definitely..semua pon cam tu..even girl pon cam tu..so ko tak yah la berlagak suci kat sini ok..

Ape point yang i nak sampaikan..ok takde point ape2..saje nak buat entry nak kasi idup ini blog..ok ok takde..just nak express my thought jer..tetiba drive kete nak datang keje tadi terpikir pasal benda ni..apa yang paling penting kepada seorang lelaki tu..rupa paras..bentuk tubuh (kurus, motel)..harta benda..hmm..

Guys terbahagi kepada beberapa golongan..ada yang satu golongan yang girl dia mesti kena cun, malatop, manja siot, comel cute..ada satu golongan yang tak kisah la muka berjerawat batu pon janji body mantop..ada satu golongan yang tak kisah sangat bab rupa paras & bentuk fizikal..yang penting angka dalam account bank girl tu 7 keturunan pon makan tak habes..ada satu golongan ni..yang mana i rasa semua girl mengharap dapat orang cam ni..dorang ni tak pandang luaran..pandang dalaman..ikhlas dan tak mintak balasan..hati bersih..wah..ade lagi ke orang2 cam ni..ade..tapi cam pupus la...golongan ni jenis yang setia dan menerima girl dia seadanya..

For me..kalau i ni guy..i mungkin akan pilih girl berdasarkan inner quality..tak kisah la lawa ke tak..kurus ke montel..as long as sifat dalaman dia terbaekkk seperti yang di sarankan oleh agama kita i on jer..tu kalau i la kan..dari segi luaran tu kita bleh ubah..kurang lawa kita bleh lawakan..banyak per produk kecantikan kat luar sana tu..make up set pon belambak2..yang ori tak ori..semua ada..pakai jer la..yang montel kita kuruskan..JM5 kan ada..takpon ambik jer Herbalife..kalau duit banyak..sponsor jer pegi London Weight Manangement..ape susah..sifat dalaman tu yang susah nak ubah..ade duit juta2 pon kalau tuan empunya diri taknak berubah tak jadi jugak..so guys out there..think wisely ya..


P/S: Kalau kurang lawa time nak kawen bleh dilawakan ngan tempek makeup tebal2 kan..kalau montel..bleh tak tanggalkan lemak2 tu dan letak tepi habes kenduri tampal balik..?*thingking hardly sampai mata jadi spiral*





Mee Kari World Hyda <--- Kar yang bagi nama

Hari ni as last week (start from last week actually) i dah dapat tugas baru..tukang pegi pasar tiap2 hari jumaat..haha..so today...i plan nak masak Mee Kari..so i bought everything i need and rushed back to home, prepared everything and rushed back to fetch mummy kat dewan bandaran (dia pegi dengar ceramah agama..that's the reason i dapat tugas baru..)..

Masa baru balik dari pasar i sempat jugak google resepi mee kari..i suka satu web ni..if i'm not mistaken owner web ni dok kat jepun..so resepi dia semua simple tapi sedap mencengkam..mau tak simple mana dia nak cari bahan2 macam kat malaysia kan...so kalau nak tengok resepi2 lain klik sini..banyak jugak resepi dia yang i dah cuba..dan semuanya best dan menjadi..

So berbalik pada mee kari tadi..sampai jer kat rumah terus mulakan usaha gigih untuk menyiapkan kuah mee kari..haha...jadi jugak..tu pon hasil tunjuk ajar mummy..sebab dia lagi terer..i combine resepi mummy ngan resepi dari web tu..rasa memang mencengkam..haha..so pi la tengok kat web tu kalau nak tau resepi dia cam mana..

Oh..pasal tajuk tu..i letak status kat FB..then Kar my friend masa sekolah dulu bagi nama ni..haha..ntah pape jer...

Satu ketika dahulu #2

One Silent Morning at Pusat Pengajian Asia...


Lecturer: Sihat hari? PI ok? Draft tak sampai lagi pun kat meja saya..
Me: Sihat ja..Sir tengok saya tercongok kat sini maknanya sihat la tu..hehe..
Lecturer: Bila nak hantar draft kat saya..? Bagi C baru tau..
Me: Blom siap sir..tak bleh extend masa ke? Stress la sir..banyak benda nak buat..banyak assignment nak kena submit awal minggu depan..
Lecturer: Stress? tu la awak tak pegi swimming..



Me like..what??????..ape kene mengena swimming ngan stress..ok mungkin kena mengena..tapi kenapa swimming..kenapa tak shopping ke..baru sesuai..


Rindunya nak travel...

Salam Sejahtera, Happy Wednesday! Sesungguhnya, saya sangat sangat rindu nak travel lagi. Covid 19, PKP, sangat sangat mengubah kehidupan sa...